032

The Unspoken Words (Malay Version)
Please Subscribe to read the full chapter

4 tahun kemudian…

 

Seorang lelaki berjalan keluar dari orang ramai sambil menarik bagasinya. Dia berhenti seketika ababila dia menjumpai cermin untuk membetulkan rambutnya dan sunglass-nya. Senyuman puas muncul di wajahnya sebelum berjalan semula.

 

“Ke alamat ini, ya?” Beritahu dia selepas memasuki sebuah teksi. Pemandu itu mengangguk dengan senyuman sebelum mengambil alamat itu dari tanganya.

 

Aku rindukan kau..

 

Fikir lelaki itu sambil merenung ke luar jendela. 20 minit kemudian, teksi itu berhenti di sebuah bangunan apartment. “Terima kasih.” Dia memberikan wang kepada pemandu itu sebelum keluar dari teksi tersebut.

 

Hatinya bagai disengat melihat pintu apartment yang pernah dia tinggal sebelum dia ke US. Tangannya terkebil-kebil sedikit sebaik sahaja, tangannya menghampiri tombol pintu. Bawah bibirnya digigit sedikit, masih lagi ragu-ragu sama ada dia patut membuka pintu tersebut atau tidak.

 

Dia terundur ke belakang sedikit sebaik sahaja seseorang membuka pintu itu dari dalam. Seorang makcik muncul dan memandang dia. Dia jugak agak terkejut apabila makcik tersebut.

 

“Boleh saya tolong kamu?” Tanya makcik tersebut. “Uh..” dia hanya mengerdipkan matanya dengan rasa keliru.

 

Mereka berdua senyap buat seketika. “Ah..” Makcik itu bersuara. “Kamu mesti datang mencari Eunji, bukan?” makcik itu tersenyum.

 

Mata pemuda itu mula bersinar selepas mendengar nama itu. Nama yang selalu menghantui mindanya enam tahun yang lepas. “Y-ya.” Angguknya.

 

“Dia sudah berpindah dua tahun yang lalu. Beberapa bulan yang lalu juga ada seorang lelaki datang bertanyakan tentang dia.” Beritahu makcik tersebut.

 

“Berpindah..? K-ke mana?”

 

“Maaf, tapi makcik tak tahu, nak..”

 

Pandangan Luhan merenung tanah beberapa saat sebelum menunduk meminta diri kepada makcik tersebut dan pergi dengan hatinya yang remuk. “Kau dekat mana..” Keluh dia memandang langit yang mendung.

 

Luhan menyeluk poket seluarnya apabiloa telefon bimbitnya berbunyi. Dia mengangkat panggilan tersebut, “Yo. Betul kata kau, dia tiada di sini.”

 

Pemuda itu mengambil keputusan untuk berjalan ke sebuah café berdekatan untuk membeli minuman sambil telefonnya masih lagi berada di telinganya. Dia hanya memberikan ‘hmmm’ sebagai balasan kepada apa sahaja yang kawanya katakan.

 

Satu lagi per

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Hundotlove
banyaknya typo T^T

Comments

You must be logged in to comment
sol-ians
#1
Chapter 23: i swear jongdae the cutest dalam cerita ni lmao ?
intanshahirah #2
Chapter 37: cutenya perangai chen;p
intanshahirah #3
Chapter 1: Memang daebak ah
teentop_angeljoe04 #4
Chapter 37: daebakkk!!!!
minlee123 #5
Chapter 36: best lah cerita awak
minlee123 #6
Chapter 25: saya cinta kan awak
wo hen ai ni tu ape masuk dia
minlee123 #7
Chapter 7: best lah time luhan tu
fazreen #8
Chapter 35: Update soon