036

The Unspoken Words (Malay Version)
Please Subscribe to read the full chapter

“…Luhan.”

 

Dunia bagaikan terhenti buat seketika apabila Luhan mendengar sebuah suara. Untuk kali pertama setelah Eunji hadir dalam hidupnya, dia akhirnya mampu mendengar suara Eunji yang merdu itu memanggil namanya.

 

Luhan hanya beberapa langkah dari Eunji. Eunji dapat melihat air mata yang mulai bertakung di mata Luhan, air mata Eunji juga turut jatuh. “Luhan..” Eunji memanggil namanya lagi dengan suara yang lemah sebaik sahaja air matanya menitis jatuh ke pipinya.

 

Eunji merenung warna rambutnya dan uniform doktor yang dipakai oleh Luhan sehingga dia tersedar akan sesuatu, “Ianya kau..” bisik Eunji perlahan-lahan, “Ianya kau yang menolong aku tempoh hari.” Luhan tertawa lemah dan mengangguk.

 

Mereka berdua mendiamkan diri ditemani dengan suasana yang janggal buat seketika.

 

“Dimanakah kau?” Luhan memecah suasana sunyi dan menanyakan soalannya kepada Eunji sebaik sahaja dia menangis, cukup sahaja untuk melepaskan sedikit rasa sedih di hatinya. “Aku menunggu kau, Aku-“ Luhan merenung ke langit dan mula menangis dengan kuat, “Hanya- dimana kau berada??”

 

Eunji memandang kakinya dengan pandangan yang pahit sebelum memandang Luhan semula, “Kau dapat lihat sendiri, Luhan..”

 

Luhan berjalan dengan lemah ke arah Eunji sambil mengelap sisa air matanya sebelum lututnya jatuh dihadapan Eunji. Luhan memegang erat tangan Eunji dengan lembut, “Apa yang terjadi pada kau..?”

 

Eunji tersenyum kelat sebaik sahaja dia memegang tangan Luhan, “Aku mengalami kemalangan kereta.” Suara Eunji serak. “Sekarang aku mampu bercakap tapi aku tak mampu berjalan..Hidup sungguh kejam, huh?” Eunji ketawa memikirkan nasibnya.

 

Luhan menarik tangannya Eunji dekat dengan pipinya sambil teresak-esak, “Aku fikirkan aku sudah kehilangan kau- kau tiada idea betapa takutnya aku bila aku dapat mengetahui yang kau sudah berpindah dari rumah kita.”

 

Eunji merenung ke arah Luhan dan mengusap rambutnya perlahan-lahan, “Aku minta maaf, aku tiada pilihan. Aku perlukan duit untuk pembedahan, Luhan, aku betul-betul minta maaf yang aku tak mampu melindungi rumah ibubapa kita.”

 

Luhan mengangguk beberapa kali sebelum membenamkan mukanya di atas paha Eunji, “Aku dah bersyukur yang aku akhirnya dapat berjumpa dengan kau.” Bahunya mengeletar sedikit apabila Eunji menyentuh pipinya.

 

“Luhan.”

 

“Tolong panggil nama aku sekali lagi.” Katanya sambil masih membenamkan mukanya di atas paha Eunji.

 

“Luhan.”

 

“Sekali lagi..”

 

“Luhan.”

 

“..Sekali lagi.”

 

“Luhan..”

 

Dengan itu, Luhan bangun dan membalut tangannya di bahu Eunji dengan erat. Luhan meletakkan dagunya di atas bahu Eunji dan meminta Eunji untuk memanggil namanya berulang kali.

 

Eunji tersenyum sambil memanggil nama Luhan. Bila dia menyebut nama Luhan, perasaannya terasa begitu tepat. Perlahan-lahan tangan Eunji ke belakang Luhan dan memeluk Luhan dengan erat. “Aku ingatkan kau sudah lupa akan janji kau.”

 

“Aku sudah bagitahu kau yang aku pulang secepat mungkin untuk kau.” Luhan meleraikan pelukan itu supaya dia boleh merenung muka Eunji. “-dan kini aku disini dan aku akan bagitahu rahsia aku.”

 

Mata Eunji merenung Luhan dengan wajah yang penuh dengan persoalaan. Dalam beberapa saat, hati Eunji mula berdegup dengan pantas. Eunji uga teringat akan janjinya kepada Luhan yang telah dia janjikan untuk bagitahu selepas Luhan kembali.

 

“I would give up everything before I’d separate myself from you.

After so much suffering, I’ve finally found a woman that’s true.

I was all by myself for the longest time, so cold inside.

And the hurt from the heart it would not subside I felt like dying.

Until you saved my life.

Thank God I found you, I was lost without you.

My every wish and every dream somehow became reality.

When you brought the sunlight, completed my whole life.

I’m overwhelmed with gratitude cause baby,

 I’m so thankful I found you.”

 

Nyanyi Luhan dengan suaranya yang sedap sambil memegang tangan Eunji dekat di dadanya. Euni dapat merasakan degupan jantung Luhan yang berdegup dengan pantas di dalam. Eunji merenung Luhan dengan mata yang berair.

 

Eunji bagaikan tidak percaya dengan apa yang terjadi atau apa yang sudah dia bagitahu.

 

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Hundotlove
banyaknya typo T^T

Comments

You must be logged in to comment
sol-ians
#1
Chapter 23: i swear jongdae the cutest dalam cerita ni lmao ?
intanshahirah #2
Chapter 37: cutenya perangai chen;p
intanshahirah #3
Chapter 1: Memang daebak ah
teentop_angeljoe04 #4
Chapter 37: daebakkk!!!!
minlee123 #5
Chapter 36: best lah cerita awak
minlee123 #6
Chapter 25: saya cinta kan awak
wo hen ai ni tu ape masuk dia
minlee123 #7
Chapter 7: best lah time luhan tu
fazreen #8
Chapter 35: Update soon