025
The Unspoken Words (Malay Version)025
Aku tak patut minum kopi tadi
Eunji mengeluh sebaik sahaja dia mengeliat diatas katilnya. Ianya sudah subuh tapi dia masih lagi berjaga. Dia penat tapi dia tidak boleh tidur.
Dengan rambutnya yang kusut, dia kelaur dari biliknya. Dia ingin mencari minuman di dapur sehinggalah dia terdengar suara yang sedap menarik perhatiannya.
Perlahan-lahan, dia mengekori arah dari manakah bunyi itu. Eunji bersembunyi di sebalik muka pintu sambil meningtai Luhan. Dia sedang menyanyi bersendirian, berseorangan, sambil merenung langit.
Eunji bersandar di pintu sambil menutup matanya. Bibirnya membentuk sebuah senyuman sambil mendengar suara Luhan yang merdu itu. Suara Luhan yang sedap itu menenangkan hati Eunji.Tolong jangan berhenti. Fikir Eunji dengan senyuman di wajahnya.
Tapi dahinya berkerut apabila Luhan berhenti menyanyi. Eunji membuka matanya dan melihat Luhan yang sudah berdiri di hadapanya. Mereka berdua saling berpandangan.
“Kau buat apa dekat sini?” Tanya Luhan dengan suaranya yang lembut.
A-aku tak boleh tidur
“Sama lah.” Cakap Luhan.
Eunji yang mula merasakan suasana janggal, berjalan menjauhi Luhan. Sebelum Eunji boleh melangkah setapak lagi ke hadapan, Luhan menarik tangannya perlahan-lahan. Untuk kali kedua, Eunji merenung mata Luhan.
“Teman aku.”
Eunji tidak dapat memikirkan jawapan lain kecuai bersetuju.
Mereka berdua meluangkan masa bersama pada malam itu dengan tangan Luhan yang memegang lengan Eunji. Eunji mengalihkan pandangannya ke arah Luhan. Pipi Eunji mula berona merah apabila melihat Luhan juga sedang memandangnya.
Yah.
“Mm?”
Nyanyikan satu lagu untuk aku.
Luhan senyap seketika sebelum mula menyanyi sambil matanya masih lagi merenung mata Eunji.
“After a while when I recgonized you everything was clearly changing,
My world separates to before and after knowing you,
When you breath, a warm wind blows,
When you smile, dazzling sunlight shines,
Because you stayed there, because it’s you,
I’m really, completely happy,
Sometimes, I gaze at you,
Comments