023
The Unspoken Words (Malay Version)“YOHOOOO~!!!”
Dua belas orang lelaki kacak berlarian dan melompat ke dalam lautan di pagi hari. Yeah, mereka semua mengambil keputusan untuk singgah ke pantai sekejap sebelum menyambung perjalanan. Untuk sekejap atau mungkin lebih, Eunji terperangkap diantara Luhan,Chanyeol dan Sehun.
Dengan sembilan orang lelaki lagi yang sedang berenang dengan gembiranya,bermain bola tampar,mengorat,blah blah, Mereka hanya duduk di bawah payung yang sama. Eunji menyumpah seranah di dalam keadaan yang janggal ini. Apa yang membuat ianya lebih teruk mereka kesemuanya separuh bogel, mereka hanya memakai seluar mandi, menunjukan dada mereka.
Oh Tuhan, kenapa.. Eunji menepuk dahinya.
Eunji memakai bikini-nya tapi memakai baju yan labuh untuk melindungi bahagian atas badannya dan membiarkan rambutnya jatuh ke bahunya.
“EUNJI~! Tolong ambil bola tu! Xiumin melambai tangannya ke arah Eunji. Eunji melihat sekelilingnya dan menjumpai bola yang tidak jauh darinya. Eunji melemparkan senyuman kepada Xiumin sebelum bangun dan mengambil bola tersebut. “Baling dekat sini~” Lambai Tao. Eunji mengangguk dan membaling bola itu ke arahnya. “Terima kasih!~” Tao menaikkan ibu jarinya.
“Kau kelihatan cantik hari ni.” Tiba-tiba Chanyeol muncul disebelah Eunji dengan senyuman yang cerah. Pipi Eunji merona merah dan mengangguk malu. “Dekat sana ada kedai aiskrim, apa yang awak fikir?”
Eunji hanya menangguk dan mereka berdua berjalan ke kedai aiskrim.. Tanpa mengetahui, yang Luhan sedang memerhatikan pergerakkan mereka di sebalik sunglasse-nya. “Pft..” Rasa menyampah muncul.
Sehun juga melihat Eunji dari belakang dan bangun. “Kau nak pergi mana?” Tanya Luhan. “Aku nak pergi mandi sekejap.” Sehun mengusutkan rambutnya sebelum terjun ke dalam air.
Eunji dan Chanyeol duduk di atas bangku di hadapan sebuah kedai aiskrim sambil menikmati aiskrim mereka masing-masing. “Awak sukakannya?” Tanya Chanyeol dengan senyuman. Eunji mengangguk. “Ianya sedap?” Eunji mengangguk lagi. “Boleh saya rasa sikit?”
Belum sempat Eunji berkata apa-apa Chanyeol sudah mendekati aiskrimnya dan merasa aiskrim Eunji dengan bibirnya. Pipi Eunji kembali merona kemerahan. Itu indirect kiss, kalau aku tak salah…kan?? Eunji mencubit pipinya sendiri.
“Mm.” Angguk Chanyeol, “Ia memang sedap.”
Sambil Eunji menikmati aiskrimnya, tiba-tiba bola terkena pada aiskrim Eunji dan rambutnya turut terkena aiskrim. Seorang perempuan berlari ke arah Eunji dengan muka yang panik, “Oh my! Maafkan saya! Saya tak sengaja!” Dia menunduk ke arah Eunji.
Eunji menunduk balik, cuba untuk memberitahu kepada perempuan itu yang dia okay. “Tolong berhati-hati lain kali” Pesan Chanyeol kepada perempuan itu sebelum menyerahkan bola itu kepadanya kembali. Selepas perempuan itu pergi, Chanyeol melihat ke arah Eunji. “Lihat awak” Chanyeol tertawa kecil. “Saya akan dapatkan tuala, okay? Tunggu sini.”
Chanyeol berlari ke tempat dia meletakkan tualanya. Eunji duduk di bangku dengan aiskrim berwarna hijau di atas rambutnya. Ianya sangat melekit.. Eunji mengembungkan pipinya.
Please Subscribe to read the full chapter
Comments