010

The Unspoken Words (Malay Version)
Please Subscribe to read the full chapter

 

Lonceng terakhir pada hari itu akhirnya berbunyi.

 

Semua orang bergegas mengambil beg mereka dan berjalan keluar dengan gelak ketawa. Sedihnya, apabila semua orang telah pulang, Eunji masih ada tugas yang perlu diselesaikan berkenaan dengan tugas kimia.

 

“Awak tak boleh balik selagi kerja awak tak disiapkan,cik.” Kata Cikgu Lee.Walau bagaimana pun Eunji berharap agar dia dapat meloloskan dirinya dari Cikgu Lee. Sedihnya, Cikgu Lee tidak bergerak seinci pun dari tempat duduknya, matanya masih memerhatikan Eunji.

 

Eunji terasa ingin menangis apabila telefon bimbitnya bergetar. Dia menerima dua mesej baru. Dengan keluhan, dia menekan ibu jarinya untuk membuka mesej tersebut.

 

Dari: Chanyeol-ssi

Eunji-ssi,saya akan amek awak untuk lunch dalam 20 minit.

Saya tunggu dekat pangsapuri awak,k?

 

Dari:Luhan ge

Aku akan sampai rumah dalam 30 minit lagi,lebih baik kau amek aku.

Bodoh.

 

Eunji menulis sesuatu di atas pad lakarannya sebelum menunjukkannya kepada Cikgu Lee. Dia membacanya dan dia mengeluh. “Cikgu tahu,tapi kalau kamu gagal projek ni, kamu dah tak boleh buat dah.”

 

Hanya ada dua buah beg sahaja yang tinggal di bilik darjah itu. Beg Eunji. Dan rakan kerjanya yang tidak bertanggungjawab. Dia telah ponteng kelas setelah Cikgu Lee mengumumkan tentang tugasan itu dan kumpulan.

 

Tak guna, Aku benci kau,Oh Sehun

 

Eunji melirik ke arah tempat duduk yang tiada penghuni dan dia mula menyiapkan tugasannya semula. Apa yang patut aku buat dengan manusia dua orang ni. Eunji merintih setiap kali dia memikirkan Luhan dan Chanyeol.

 

--

 

“Lu,kau datang tak?!” Xiumin melompat ke belakang Luhan dengan tangan kanannya memeluk sebiji bola sepak. “Aku akan kalahkan kau kali ni.” Chen menumbuk lembut bahu Luhan.

 

Luhan tertawa kecil dan dia menarik dirinya dari Xiumin.”Nah,aku dah sudah. Kerja menunggu.”

 

Kris tersedak minuman sodanya dan akhirnya tertawa, “KAU APA?” Dagu Tao juga terjatuh, sama sahaja seperti Lay.”Kau pasti ke yang kau okay?” Lay menggelengkan kepalanya tanda tidak percaya.

 

“Kesian hyung. Aku akan hantar kau balik.” Tao membelai rambut Luhan bagaikan seorang ibu dan menjauhkan diri selepas Luhan menembak sebuah jelingan kepadanya. “GURAU” Tao menjulingkan matanya.

 

“LU!” Mata Luhan terbeliak luas apabila Sunmi memeluk tangannya secara tiba-tiba. “Awak nak datang rumah saya hari ini?” Dia mengerdipkan matanya secomel mungkin.

 

“Kita orang pergi sekaranglah.Bye,hyung!” Tao dan yang lain melambai ke arah Luhan sebelum mereka meninggalkan padang bola.

 

“Maaf,sayang.Saya tak bolehlah. Esok,okay?” Luhan tertawa kecil apabila Sunmi memuncungkan bibirnya seperti seorang bayi. “Jangan buat macam tu. Awak buat saya nak cium awak.”

 

“Esok! Janji?!” Dia menunjukkan jari telingkingnya. Luhan mengangkat keningnya ke arah Sunmi. “Awak tahu kan yang ini bukan barang saya.” Dia ketawa sebelum dia menekup muka Sunmi dan menariknya dekat.

 

Luhan menekan bibirnya kepada bibir Sunmi dengan lembut,  “Janji,baby. Kena pergi sekarang,okay?”

 

Keluhan lega telah dilepaskan dari bibir Luhan apabila Sunmi berlalu pergi. Kenapa aku rasa begini? Seriously,Luhan, dia girlfriend kau dan kau sayang dia. Luhan menggarukan kepalanya sambil berjalan keluar dari pagar utama.

 

Dia asyik menghentak tapak kakinya ke permukaan lantai, menunggu Eunji untuk tiba. Dia menjelingkan lidahya dalam keadaan menjengkelkan setelah dia melirik ke arah jam tangannya.

 

“Mana perempuan bodoh ni,kita pergi kerja dalam sepuluh minit lagi!”  Bisiknya perlahan.

 

Sepuluh minit telah berlalu.

 

Kesabaran Luhan semakin hilang. Dia mengetuk skrin telefonnya dengan riak muka yang menjengkelkan.

 

“..Hello,manager-nim? Ini saya,Luhan.”

 

“Boleh saya bantu kamu,Luhan-ssi?”

 

“Ah... Saya cuma nak tanya, ada ke ... maskot-“

 

“Ah,Eunji-ssi kata yang dia tidak boleh datang kerja hari ini. Apapun, kami memerlukan kamu di sini!”

 

<
Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Hundotlove
banyaknya typo T^T

Comments

You must be logged in to comment
sol-ians
#1
Chapter 23: i swear jongdae the cutest dalam cerita ni lmao ?
intanshahirah #2
Chapter 37: cutenya perangai chen;p
intanshahirah #3
Chapter 1: Memang daebak ah
teentop_angeljoe04 #4
Chapter 37: daebakkk!!!!
minlee123 #5
Chapter 36: best lah cerita awak
minlee123 #6
Chapter 25: saya cinta kan awak
wo hen ai ni tu ape masuk dia
minlee123 #7
Chapter 7: best lah time luhan tu
fazreen #8
Chapter 35: Update soon