019

The Unspoken Words (Malay Version)
Please Subscribe to read the full chapter
 019

 

Disaat Eunji sedar dari dunia mimpinya, Eunji melihat wajah Chanyeol yang hanya beberapa inci jauh daripadanya. Chanyeol tidur dengan tenang dengan nafasnya yang stabil. Jari Eunji bergerak dengan sendirinya ke arah hidung mancung milik Chanyeol.

Chanyeol beralih ke sebelah kanan apabila hujung jari telunjuk Eunji mendarat di atas hidungnya. Eunji segera memejamkan matanya, berpura-pura tidur. Apabila dia tidak merasakan sebarang tindak balas daripadanya, mata Eunji dibuka sedikit untuk mengintainya.

“Hey.” Dia menyapa Eunji dengan suaranya yang serak. Pipi gadis itu merona merah disebabkan wajah Chanyeol pada waktu pagi. Eunji mengangguk dengan malu.

Chanyeol menolak beberapa helaian rambut Eunji ke belakang telinganya, senyuman yang puas terukir di wajahnya apabila dia melihat wajah cantik milik Eunji.
“Seronok tak tidur?” Eunji mengangguk sekali lagi.

“Kita bangun boleh tahan lambat.” Chanyeol tertawa kecil apabila dia bangkit dari kantil. “Saya buat kopi sikit, menarik tak?” Eunji mengangguk sambil tersenyum.

“Selamat pagi, sayang!” Puan Park menyapa Eunji sewaktu dia melangkah keluar daripada bilik Chanyeol. Dia membiarkan Eunji untuk membersihkan diri sendiri, dia juga membenarkan Eunji untuk memakai pakaian Kakak Chanyeol.

Setelah Eunji selesai mandi, dia menjenguk ke dalam dapur dan melihat Chanyeol sibuk membantu ibunya menyediakan makanan tengah hari. “Oh, hai.” Chanyeol tersenyum. “Kamu boleh mandi sekarang, Eunji boleh bantu ibu.” Puan Park menghalau Chanyeol dengan ketawa. “Ouch, ibu, sakitlah.” Chanyeol menggosok dadanya. “Okay, nanti datang balik.” Dia mengucup bibir Puan Park sebelum dia berlalu pergi.

“Boleh tolong mak cik potong sayur, sayang?” Puan Park tersenyum. Eunji mengangguk dan dia mula memotong sayur dengan penuh berhati-hati.

“Mak cik gembira sebab Chanyeol yang lama sudah kembali.” Puan Park berkata, Eunji memberinya sebuah pandangan yang penuh tanda tanya, “Bila ayah dia sudah meninggal dunia, dia sangat pendiam dan dingin. Dia tak nak makan pun makanan yang mak cik buat dan dia jarang pulang ke rumah.”

Wow, betul ke? Eunji berfikir.

“Ini mengambil masa lebih dari tiga tahun untuk dia menerima kematian ayahnya. Tak mengejutkan, dia rapat dengan ayahnya.” Puan Park tersenyum. “Mereka yang berdiam diri setelah kematian orang yang disayanginya adalah orang yang paling menderita.”

“Tapi Mak cik gembira, dia semakin ceria dan ceria sejak dia bertemu kamu.”

Eunji terkebil-kebil dan pipinya mula merona merah. Saya? Dia menunding ke arah dirinya sendiri. Puan Park meletakkan sayur-sayuran yang Eunji baharu sahaja potong ke dalam periuk. “Yup. Mak cik rasa dia sukakan kamu.” Dia tertawa kecil sambil mengangkat keningnya dengan ceria.

“Saya kembali.” Eunji terlonjat sedikit apabila Chanyeol tiba-tiba muncul di sebelahnya. “Apa yang korang bualkan?” Chanyeol menyoal dengan penuh curiga. Eunji dan Puan Park memandang di antara satu sama lain sebelum mereka berdua tersenyum. “Rahsia” Puan Park mengenyitkan matanya kepada Eunji sebelum dia pergi.

Chanyeol mencebik, “Sudi untuk ceritakan?” Chanyeol berpeluk tubuh ke arahnya. Dia mengangkat bahunya sebelum menekankan jari telunjuknya ke atas bibir, memberitahunya bahawa itu satu rahsia. Dengan sebuah kenyitkan mata, Eunji meninggalkan Chanyeol.

“... Yah!”

 

Chanyeol menghantarkan Eunji pulang ke rumah setelah Eunji selesai makan tengah hari bersama keluarganya. Chanyeol sering kali menceritakan Eunji beberapa kisah yang lucu yang tidak pernah gagal untuk membuatkan Eunji tertawa. Tanpa disedari, Eunji sudah selamat tiba.

“Mesej saya kalau awak tak sihat.” Kata Chanyeol dan Eunji mengangguk kepadanya.

Kedua mereka merenung mata di antara satu sama lain. Dia berjalan mengundur degan matanya masih memerhatikan Eunji. “Mesej

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Hundotlove
banyaknya typo T^T

Comments

You must be logged in to comment
sol-ians
#1
Chapter 23: i swear jongdae the cutest dalam cerita ni lmao ?
intanshahirah #2
Chapter 37: cutenya perangai chen;p
intanshahirah #3
Chapter 1: Memang daebak ah
teentop_angeljoe04 #4
Chapter 37: daebakkk!!!!
minlee123 #5
Chapter 36: best lah cerita awak
minlee123 #6
Chapter 25: saya cinta kan awak
wo hen ai ni tu ape masuk dia
minlee123 #7
Chapter 7: best lah time luhan tu
fazreen #8
Chapter 35: Update soon