026
The Unspoken Words (Malay Version)
Pagi Ahad.
“Selamat pagi!”
Dua orang lelaki mengucapkan selamat pagi kepada Eunji dengan senyuman yang tak pernah lengkang dari bibir masing-masing sebaik sahaja Eunji keluar dari biliknya. Eunji mengelipkan matanya dengan wajah yang keliru sebaik sahaja mereka menarik Eunji.
“Ikut jer kitaorang, kitaorang ada sesuatu untuk awak!” Tao tersenyum girang.
Mulut Eunji melopong melihat ruang tamu yang dipenuhi dengan hiasan seperti sebuah parti hari jadi.Belon,riben,hadiah,kek,makanan sedap dan bermacam-macam lagi.
“Luhan bagitahu kitaorang yang hari ni birthday awak.” Baekhyun menunjukan anak jarinya kepada Luhan.
Eunji merenung syiling sambil berfikir seketika sehinggalah dia tersedar yang dia terlupa yang hari ni adalah hari jadi dia. Eunji menempuk dahinya sebelum respon. Oh jeez, aku lupa hari jadi aku sendiri.
Eunji mengalihkan pandangannya ke arah Luhan. Luhan berdehem dengan janggal bila matanya bertemu dengan mata Eunji. “U-uh saya teka, selamat hari jadi.” Luhan mengaru pipinya sebelum melihat ke arah lain.
“Ey, jangan jadi begini. Tadi bukan main kau paksa kitaorang untuk hiaskan tempat ni~!” Ujar Xiumin sambil menepuk bahu Luhan. “…SENYAP.” Luhan mengejar Xiumin.
Bibir Eunji menguntum senyuman manis. Dia ingat? Tidak sampai beberapa saat pipinya merona merah jambu.
“Selamat hari jadi.” Chanyeol mengusap rambut Eunji. “Nah, ini dia.” Chanyeol menghulurkan kotak hadiah yang berwarna biru dengan namanya di atas. Eunji menunjukan anak jari kepadanya dirnya. “Ya, untuk awak lah” Chanyeol tertawa kecil.
Perlahan-lahan Eunji membuka balutan tersebut. Mata Eunji jelas terpancar rasa gembira bila melihat sebuah beg galas yang comel dengan riben di atasnya.
Terima kasih! Eunji memeluk Chanyeol.
Chanyeol menangkap badan Eunji dan membalas pelukan tersebut. Mata Chanyeol berkelip-kelip malu sebelum meletakan tangannya di atas kepala dan menepuk perlahan-lahan. “Sama-smaa. Awak sukakannya?” Eunji mengangguk.
“Saya bersyukur yang awak sukakanya.” Dia memeluk tan
Comments