DAN BERAKHIRLAH IA...

THE FORCE'S

 TaeYeon memandang wajah anaknya itu. Airmata ChanYeol mulai bergenang. "Sayang, ibu pergi sebentar sahaja." pujuk TaeYeon tetapi ChanYeol enggan.Dia ketakutan untuk berada di tempat yang sunyi.

  "Ibu, apakah ibu dan ayah akan kembali dan kita hidup seperti dahulu lagi?" tanya ChanYeol membuatkan ibunya terdiam.

  "Ketahuilah anakku. Ayah serta ibu amat menyayangimu, walaupun kita akan terpisah tetapi kami tetap berada di sini" ujar TaeYeon sambil tangannya berada didada ChanYeol. " Kamu jaga diri baik-baik" airmatanya mulai merembes mengalir membasahi pipi.

  "I-ibu" ChanYeol mulai menangis memikirkan pemergian ibunya. 'Aku harus meminta pertolongan daripada mereka.' fikir TaeYeon. Dia mulai berjalan menuju ke arah pintu.

  "Whatever you hear, don't scream" ujar TaeYeon sebelum dia menutup pintu meninggalkan anaknya yang masih berada di ruangan bawah tanah. Setelah dia menutup pintu tersebut, TaeYeon terkumat-kamit menyeru seseorang. Selang beberapa minit kemudian munculnya sekumpulan pemuda yang dianggotai 5 orang.

  "Telah lama kita tidak bertemu, Tuan puteri TaeYeon" ujar seorang lelaki. TaeYeon memandang wajah pemilik suara tersebut.
Onew, Ketua SHINEE, salah seorang angel yang terbaik serta penjaganya sejak dahulu lagi. Dan kini dia ingin mereka menjaga anak tunggalnya itu kerana dia tahu masanya sudah tiba.

  "Onew, saya memerlukan bantuan kalian semua" MinHo yang dari tadi mendiamkan diri dapat menjangka apa yang sedang Tuan Puteri fikirkan.

  "Tuan puteri ingin kami semua menjaga ChanYeol"

  "Memang betul apa yang kamu katakan MinHo.Sememangnya kamu memang salah seorang yang terbaik." ujar TaeYeon dengan senyuman. "Saya ingin membantu suami saya"

  "Tuan puteri akan mati" bentak JongHyun yang mendiamkan diri dari tadi.

  "Saya mohon dengan kalian semua...Jagalah dia dengan sebaik-baik yang mungkin" TaeYeon melutut pada mereka. Terkejut mereka apabila melihat puteri mereka melutut di hadapan mereka. SHINEE berjanji akan menjaga anak lelaki Tuan Puteri TaeYeon walaupun ajal akan menjemput mereka.

~~~~

  JungSoo terpelanting ke belakang menerima tujahan serangan daripada KyuHyun. Tubuh JungSoo berguling di udara kemudiannya mendarat ke tanah dan terseret sehingga menghampiri sebuah rumah. Dia mengelap sedikit darahnya ditepi bibirnya. Belum sempat dia berdiri KyuHyun melemparkan bebola api padanya menyebabkan bahunya mengenai bebola api tersebut.

  "Kamu sudah terlalu tua, JungSoo" ujar KyuHyun sambil tersenyum sinis. JungSoo menggunakan kesempatan itu dengan menghantar serangan api padanya." Kamu harus membayar semua ini" marah KyuHyun.

  Tujuh pusaran angin muncul dari tanah, sekali gus menerbangkan daun-daun mati yang berjatuhan berdamparan di merata tempat. JungSoo tidak cemas, dia lekas mengelak tujahan dahan-dahan kayu yang sebesar genggaman manusia, yang menerjah secara meruncing. Tujuh pusaran itu pula membuat kepungan.

  "Kau bukan siapa-siapa! Aku memiliki kuasa yang akan membinasakanmu!" suara KyuHyun bergema keras dari setiap penjuru. Serangan menimpa bertali arus. Persekitaran dijadikan senjata. Jungsoo bergolek di tanah, berlindung di sebalik pohon kayu. Terjahan dahan-dahan kayu menghempas ke mana-mana arah, dimana JungSoo berada. Dua, tiga kalijuga dia terpelanting menerima hambatan sekuat tenaga seekor gajah jantann yang berganding runcing.

  Munculnya burung Phoenix yang besar, burung tersebut mengibaskan sayapnya sehingga lenyapnya pusaran tersebut. KyuHyun menderam marah kerana serangannya dipatahkan oleh seekor lagenda haiwan kepunyaan TaeYeon. JungSoo terkejut dengan kehadiran isterinya.

  "Mari kita berganding bahu menentang kejahatan" ujar TaeYeon. Bersama dia dan suaminya berganding bahu untuk menghapuskan KyuHyun. Mereka saling berganding bahu untuk menghapuskan KyuHyun tetapi kuasa KyuHyun dapat mencantas serangan mereka.

  Hujan lebat mula mengganas. Awan hitam semakin gelap di kaki langit.Pokok-pokok kayu menanti sahaja untuk rebah kerana di hulu, angin ribut taufan mula menuju ke arah mereka.

  TaeYeon menjerit kesakitan apabila pedang KyuHyun menembusi jantungnya. Dia rebah di tanah. JungSoo segera menjatuhkan senjatanya lantas dia menuju ke arah isterinya. Isterinya pergi untuk selama-lamanya. "Keparat" jerit JungSoo lantas dia menyerang KyuHyun tanpa henti.

  Pertarungan itu semakin sengit tanpa salah seorang pun yang tumpas. KyuHyun mendengus melihatkan JungSoo yang masih lagi belum ingin mengalah. Bibirnya tiba-tiba terukir dengan senyuman sinis. KyuHyun menggabungkan keempat-elemen kuasanya lantas menyerang JungSoo. JungSoo cuba menahan serangan tersebut apabila dia merasakan ada cecair hangat yang mengalir keluar dari tubuhnya.

  Biji matanya terbeliak. Pedang KyuHyun masih masih lekat tertusuk di dada JungSoo, menikan jantung. Kakinya mula goyah lantas dia terduduk melutut. Pandangan mata JungSoo mulai kabur dan yang dia fikirkan sekarang ialah keselamatan ChanYeol dan perlahan-lahan matanya tertutup rapat sebelum dia tumbang....

  Dari kaki langit, SHINEE hanya melihat kematian Tuan Puteri serta suaminya. Hujan mulai renyai-renyai. KyuHyun ketawa keriangan apabila berhasil mengalahkan ketua 'THE FORCE'S'. Perlahan-lahan tubuhnya lenyap di tenggelami kabus hilang setelah menang di dalam pertarungan itu.

 Pintu terbuka dan ChanYeol yang sedang duduk sambil memeluk lututnya melihat ke atas. Cahaya silau membuatkan dia terpaksa menggunakan sebelah tangannya untuk menahan silau tersebut. "I-ibu...ayah" duganya. Apabila dia dapat melihat dengan betul ternyata wajah orang yang dia tidak kenali....

  "Don't afraid, take my hand" ujar MinHo apabila melihat wajah ChanYeol yang ketakutan. "Kami ialah penjaga kamu mulai sekarang" 

 

  ~~*~~

 

   

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
azure_bliss
#1
Tahniah sbb telah direcommend c:

Vrite nih btul2 nmpk interesting. Bookmark activated! c:
sayhershe
#2
Chapter 37: x penah imagine citer yang macam ni... daebak lah author nim... hohoho

*jeles ngn Renata huhu Yi Xing ge~
thelucidream
#3
Chapter 37: All I can say is DAEBAK !!
KayKyuQ
#4
OMGGG SRSLY I LOVE THIS STORYYYYY ! SM RULE ! AUTHOR RULE <3 LOVEEE !
cutegirl99 #5
Chapter 30: wow.... saya sangat suka ff ni...