PENCARIAN BERMULA

THE FORCE'S

 

 
Kenya,South Africa
 
 
 ' Dimana aku'seorang pemuda melihat dirinya berada di tempat yang asing. Dirinya hanya berjalan dan dia melihat ada sebuah pondok kecil di hadapannya. Pondok tersebut seolah-olah terbiar lama memandangkan keadaan tempat tersebut kelihatannya lama sekali tidak di huni oleh manusia.
 
Dia ingin beredar dari situ apabila dia terlihat satu cahaya yang memancar tidak jauh dari pondok tersebut. Dengan perasaan ingin tahu , kakinya melangkah mengekori cahaya tersebut. Semakin dia menghampiri cahaya itu semakin ianya terang bersinar . Pabila dirinya mendekati cahaya tersebut, ternyata cahaya itu datangnya daripada seketul batu.
 
Dilihatnya terdapat ukiran yang amat dia kenali dan alangkah terkejutnya pemuda itu apabila batu tersebut bertukar menjadi debu saat jarinya menyentuh batu itu. 
 
 
~~*~~
 
Terbangun dia dari tidurnya. Tubuhnya di basahi oleh peluhnya sendiri seolah-olah baru sahaja berlari.' It just a dream' keluhnya sendiri sambil mengelap peluhnya. Memandangkan matanya sudah tidak mengantuk lagi, dia membuat keputusan untuk mengambil angin.
 
Sunyi dan sepi.Itulah yang dapat di rasai.Dia langsung tidak mempedulikan bunyi-bunyian haiwan yang mencari makanan pada waktu malam ataupun bunyi cengkerik. Agak lama dirinya berdiri apabila telinganya dapat mendengar bunyi derapan kaki yang semakin hampir.
 
Seorang pemuda yang bertubuh genit melihat seorang pemuda itu yang kelihatannya ralit memandang ke angkasa langit. Dihentaknya tanah dengan perlahan membuatkan batu-batu kecil terangkat di udara lalu batu tersebut laju sahaja hampir mengenai tubuh pemuda itu tetapi ianya dapat di elak.
 
Lalu pemuda yang di serang hendap secara mengejut  menggunakan kuasanya untuk mewujudkan gelombang air yang kuat tetapi pemuda bertubuh genit itu menggerakkan kedua tangannya dan membuatkan tanah di hadapannya menjadi dinding. Lelaki itu mengeluh perlahan pabila menyedari itu hanya merupakan helah pemuda itu kerana di saat pemuda itu membuat pertahanan ternyata lelaki itu telah pun berdiri di belakangnya.
 
" Saya menyerah" jeritnya sebelum dirinya mengenai gelombang air tersebut. 
 
" Lain kali kamu harus banyakkan berlatih kuasa kamu, KyungSoo" gelombang air tersebut terus lenyap.
 
" Jezzh, JoonMyun hyung. Saya pasti dapat mengalahkan hyung satu saat nanti" JoonMyun hanya mengeleng kepalanya. Dia lantas duduk diatas pangkin kerusi. " Dah larut malam, kenapa tak tidur lagi?" tanya KyungSoo.
 
" Dan kamu pula kenapa masih lagi berjaga?" JoonMyun memulangkan pertanyaan pada KyungSoo. Dia hanya membulatkan matanya mendengar soalan hyungnya.
 
" Aishh...hyung, saya tanya hyung kenapa pula hyung tanya saya pulak." omelnya.
 
" Ada sesuatu yang sedang bermain di minda hyung sekarang" 
 
" Apa dia" laju sahaja KyungSoo bertanya.
 
" Hyung dapat rasakan bahawa peperangan melawan kejahatan semakin menghampiri." untuk seketika dia tidak mengerti.
 
" Hyung nak katakan bahawa sudah tiba masanya untuk kita mencari ahli 'The Force's' , begitu." persoalan itu yang sedang bermain di mindanya kini.
 
" Mungkin ya atau tidak" jawapan yang terbit dari bibir JoonMyun membuatkan KyungSoo keliru. Lelaki itu bangkit dari tempat duduknya." Hyung mengantuk.Selamat malam" JoonMyun beredar dari situ dan meninggalkan lelaki itu termangu-mangu.
 
" Yah, hyung.Wait for me" laju sahaja KyungSoo berlari mengejar JoonMyun yang telah pergi.
 
~~*~~
 
JoonMyun dalam perjalanan menuju ke sebuah perkampungan yang selalu dia kunjungi. Kali ini dia hanya bersendirian kerana KyungSoo mempunyai urusan yang terpaksa di uruskan. Dia hampir tiba apabila melihat ada asap kepul hitam di udara.
Terkocoh-kocoh dia berlari dan pabila dirinya tiba dikawasan itu ternyata perkampungan tersebut hampir dihangusi oleh api yang marak. JoonMyun segera memandang ke dada langit. Tidak mempedulikan sinar matahari yang terik. Selang kemudian, awan mulai mendung lalu hujan pun turun. Membasahi tempat tersebut sehingga api yang marak terpadam.
 
Para penduduk bersorak keriangan kerana hujan telah turun lantas sekaligus membantu mereka memadamkan api yang marak. JoonMyun menarik nafas lega kerana membantu para penduduk untuk menghentikan api yang marak itu.
 
Dengan kuasa yang dia miliki, tidak pernah sesekali lelaki itu menyalah gunakan kuasanya itu. Masih lagi dia ingati, orang tuanya sentiasa berpesan kepadanya agar membantu manusia yang berada di dalam kesusahan.
 
Pabila dirinya dahulu mengetahui bahawa dia dapat mengawal elemen air, dirinya agak takut dengan kuasa itu kerana sekiranya dia tidak berhati-hati dengan kuasanya, pasti dia akan menyusahkan orang lain. Untung dengan latihan bertahun serta tunjuk ajar daripada orang tuanya, dia dapat mengawal kuasanya dengan baik sekali.
 
Orang tuanya meninggalkan dirinya ketika dia berusia belasan tahun. Selepas kematian orang tuanya, dia tinggal bersama dengan keluarga Do. Tetapi hampir beberapa bulan kemudian, orang tua KyungSoo meninggal dunia gara-gara penyakit wabak yang melanda di Afrika.
 
Sejak dari itu, dia menjaga KyungSoo seperti ahli keluarganya sendiri memandangkan kedua-dua mereka telah pun kematian orang tua.
 
~~*~~
 
Mengingat kembali
 
 
Kuala Lumpur, Malaysia
 
 
 
Kedengaran di atas tebing bunyi bergemuruh seakan membelah bumi. Bunyi itu adalah suara-suara ketakutan binatang-binatang yang mendiami kawasan persekitaran. Binatang-binatang itu becempera melarikan diri menjauhi tebing tasik sejauh-jauhnya.
 
Kali ini air tasik berpusar-pusar dan menjadi tohor di bahagian tengah sehingga mengunjur ke hujung jeti.SeHun dan LuHan saling berpandangan memikirkan apakah yang sedang berlaku di sekeliling mereka. Seketul batu muncul bergerak perlahan menghampiri hujung jeti lalu menjadi pelantar.
 
Ianya terapung di permukaan air biarpun mereka berdua berdiri diatasnya dan batu tersebut merupakan batu yang terhasil dari lahar gunung berapi. Mereka berdua melompat ke atas batu itu lalu belayarlah mereka berdua ke tengah tasik sehingga menghilang di sebalik air tasik titiwangsa. 
 
Ternyata rupanya tempat persembunyian berada di tengah-tangah tasik titiwangsa setelah mereka berdua tiba di situ. Pada mulanya mereka berdua agak terkejut. Mata SeHun serta Luhan terkejut dengan bilik rahsia itu kerana terdapat sebuah kenderaan serta beberapa peralatan teknologi canggih.
 
Mata mereka meliar sambil melihat rekaan yang pernah dihasilkan oleh DongHae.Mata SeHun tertancap pada sekeping gambar yang di letakkan di dinding. ' Mungkin gambar ini merupakan gambar ahli-ahli 'The Force's'' duganya sendiri.
 
LuHan melihat SeHun yang sedang merenung gambar tersebut agak lama. Hatinya pilu apabila menatap gambar orang tuanya. Tidak dia menyangka begitu cepat sekali orang tuanya meninggalkan dirinya walhal baru kelmarin mereka sekeluarga bergurau senda. Ditahan air matanya yang hampir jatuh membasahi pipinya.
 
'Tidak...aku bukannya lelaki yang lemah. Aku akan menghapuskan mereka yang telah membunuh orang tuaku' teriaknya di dalam hati. SeHun mengeluarkan gambar tersebut dari bingkai gambar.  LuHan ingin masuk ke dalam kenderaan tersebut. Terdapat banyak butang yang di situ.
 
" SeHun-ah, ke mari" panggil LuHan. " Kamu tahu tak bagaimana untuk mengendalikan kenderaan ini?" tanya LuHan.
 
SeHun juga tidak mengetahui bagaimana untuk mengendalikan kenderaan itu, matanya terlihat nota yang terselit di tepi. Di bacanya nota itu.
" Hyung, kamu kena tekan butang hijau untuk menghidupkan kenderaan ini." LuHan mengikut kata SeHun.
 
" Butang apa pula ini?" tanyanya sendiri, dia ingin menekan butang tersebut lalu munculnya hologram DongHae.
 
" SeHun-ah, kenderaan ini akan membawa kamu ke mana-mana sahaja yang kamu ingin pergi lagipula abhuji telah menyediakan buku nota bagaimana untuk mengendalikan kenderaan ini. Abhuji yakin kamu pasti dapat mencari sebahagian ahli ' The Force's'"
 
~~*~~
 
"Apa yang kamu menungkan" tersedar SeHun daripada terimbas kenangan lalu. Dia memandang wajah LuHan yang memberinya segelas cawan padanya.Mereka berdua baru sahaja tiba di Afrika setelah hampir seminggu meneruskan perjalanan. Ternyata orang tua mereka juga telah menyediakan laluan tersembunyi ketika ingin keluar dari Tasik Titiwangsa. 
 
Ternyata laluan mereka menuju ke sebuah tasik yang terletak di Ausralia. Mulanya mereka berdua kagum apabila tasik tiba-tiba membelah dua sehingga mewujudkan laluan. Setelah kenderaan itu telah pun naik ke atas daratan, tasik itu menjadi seperti sedia kala.
 
Setelah itu mereka berdua meneruskan perjalanan ke Afrika kerana SeHun melihat isyarat daripada sebuah alat elektroniknya yang menunjukkan keberadaan ahli-ahli ' The Force's'.
 
Disebuah tanah yang gersang itu, SeHun dan LuHan mengambil keputusan untuk berhenti memandangkan hari sudah larut malam apatah lagi kedua-duanya kepenatan. Setelah memasang unggun api, SeHun dan LuHan duduk berdekatan dengan unggun api untuk memanaskan suhu badan.
 
" Hyung" 
 
" Hmm" LuHan memasang sedikit kayu api supaya api tidak terpadam. Untuk sesaat dia membisu sebelum bibirnya bergerak.
 
" Dapatkah kita mencari mereka?" tanya SeHun membuatkan lelaki itu diam." Mungkin juga mereka tidak ingin lagi mencampurkan diri tentang urusan ' The Force's' lagi."
 
" SeHun-ah, kamu kena yakin dengan niat kita untuk mencari mereka.In this world,there have two type of person.Whether the good or bad one...It depends to your heart,which one you're going to be". ujar lelaki itu membuatkan yang muda terdiam.
 
 
 
 
~~*~~
 
"You would have made a good leader just like your father"
 
 
 
           
            
     
                      Happy Birthday To ChangJo 
 
 
                    
 
 
                       
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
azure_bliss
#1
Tahniah sbb telah direcommend c:

Vrite nih btul2 nmpk interesting. Bookmark activated! c:
sayhershe
#2
Chapter 37: x penah imagine citer yang macam ni... daebak lah author nim... hohoho

*jeles ngn Renata huhu Yi Xing ge~
thelucidream
#3
Chapter 37: All I can say is DAEBAK !!
KayKyuQ
#4
OMGGG SRSLY I LOVE THIS STORYYYYY ! SM RULE ! AUTHOR RULE <3 LOVEEE !
cutegirl99 #5
Chapter 30: wow.... saya sangat suka ff ni...