KEMATIAN INSAN YANG DICINTAI

THE FORCE'S

 

KyuHyun terkaku melihatkan siapakah gerangan yang membantu ChanYeol. Seorang gadis yang bersarung topeng menjadi mangsa tikaman KyuHyun. Darah dari tikaman itu tersembur. Kawasan istana di cemari dengan warna darah.  ChanYeol terkaku kerana seseorang telah menyelamatkannya dan dia tidak mengetahui siapakah yang menyelamatkan nyawanya.
 
 
Kejadian itu berlaku sekelip mata. Pantas dia berlari menyambut tubuh longlai penyelamatnya ke dalam pangkuannya. " S-siapa kamu???" Topeng yang menutupi wajah penyelamatnya tertanggal lalu anak matanya terbeliak kerana ternyata yang menyelamatkannya merupakan gadis yang dia sukai pada kali pertama dia pernah menyelamatkannya dan kini nyawa gadis itu berada di hujung tanduk kerana menyelamatkan nyawanya pula.
 
 
Helena meraung kerana kesakitan yang dia alami. Mulutnya ternganga seakan mengizinkan nyawa pergi membawa rohnya. Kelopak matanya terbelalak kerana kesakitan itu." ChanYeol.... sebagai insan aku juga mencintaimu..." Helena mengungkapkan kata-kata yang pernah di luahkan oleh ChanYeol kepada dirinya dahulu. ChanYeol mengenggam jari jemari gadis itu. 
 
 
Kesakitan itu membuatkan Helena kehilangan suara. Mata hitamnya terangkat ke atas sehingga menampakkan bahagian putih sahaja. Kemudian perlahan-lahan mata hitamnya kembali melihat ChanYeol " YIXING HYUNG." teriaknya memanggil nama YiXing. Lelaki itu terus berlari ke arah ChanYeol apabila namanya di panggil. " Tolong selamatkan dia..." tangisnya.
 
 
Mengetahui gadis itu merupakan penyebab Renata menjadi jahat, YiXing teragak-agak untuk membantunya namun apabila memikirkan gadis itu yang telah menyelamatkan ChanYeol, dia meletakkan tangannya ke arah luka tikaman itu untuk merawatnya tetapi sayangnya dia terlambat. Kelopak mata Helena semakin terpejam rapat, tubuhnya longlai dan pegangan ChanYeol terlepas. Helena telah pergi tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal.
 
 
SeoHyun meraung sekuat hati melihat kematian Helena di pangkuan ChanYeol. Kekecewaan itu membuatkan dia histeria lalu menerpa ke arah anaknya. Goddess of Lupin juga merasa sedih di atas pemergian Helena kerana anak gadis itu merupakan anak jagaan mereka semenjak kecil lagi.
 
 
" Bangun anakku...Jangan tinggalkan bonda.." rayunya memegang kedua belah pipi anaknya itu. Air matanya membasahi lalu mengenai pipi Helena. 
 
 
" Jahanam kamu..." KyuHyun berteriak. ChanYeol dan YiXing menoleh ke arah suara teriakan itu. KyuHyun merengus-rengus umpana seekor naga menyembur api dari mulut dan hidung. Kemurkaan dari lubuk kalbu telah membakar seluruh jiwa raganya. Dari cengkaman amarah, KyuHyun tidak dapat mengawal perlakuannya. Dia langsung tidak memandang ke arah YiXing ataupun ChanYeol. Anak matanya merayapi tubuh longlai Helena.
 
 
Kematian itu tidak di tangisi seperti isterinya walaupun hatinya berasa pilu. Anaknya itu di asuh , di besarkan mengikuti acuannya dan kemudiannya menjadi seseorang yang di geruni musuh. Namun di saat akhir, Helena telah memilih ChanYeol. KyuHyun tidak menumpukan kesalahan itu pada Helena tetapi membuat tuduhan liar bahawa ChanYeollah merupakan penyebab malapetaka itu berlaku.
 
 
" Kamu telah membunuh anakku!" tuduh KyuHyun, menyinga. YiXing melangkah ke hadapan.
 
 
" Kamulah yang telah melakukan pembunuhan itu!" tingkahnya. Dia menelan liur apabila KyuHyun memandang tajam ke arahnya. Ternyata sinar mata lelaki bengis itu menzahirkan kemurkaannya. Ibarat kemarahan gunung yang mengamuk membuakkan lahar.
 
 
" Keparat kamu!" KyuHyun menolak tapak tangannya ke hadapan. Ia jurus angin yang membuatkan YiXing dan ChanYeol terpelanting jauh. " Beta akan hapuskan kamu....bersiap sedialah untuk menemui orang tuamu!!!!" teriak KyuHyun.
 
 
~~~~~~
 
 
TaeMin serta Key terus menebarkan sayapnya itu dari dada langit lantas turun ke bumi untuk menyelamatkan 2 orang anak 'THE FORCE's' yang di sangka telah mati di medan pertarungan. Dada JoonMyun berombak naik akibat kekurangan oksigen kerana terlalu lama berada di bawah tanah. KyungSoo pula tidak menyedarkan dirinya sewaktu tubuhnya di bawa pergi oleh Key...
 
 
JoonMyun melihat seperti ada seseorang yang datang menghampirinya. Hanya sinaran matahari dengan satu bayangan yang tidak jelas di lihatnya. Pandangan matanya sedikit kabur.* Adakah aku akan mati...Apakah aku akan menemui kedua orang tuaku dan sampai sini saja nyawaku berakhir. Dapatkah saudaraku yang lain menghapuskan kejahatan* Begitu banyak persoalan yang bermain di mindanya. Dia tidak dapat melihat dengan jelas kerana perlahan-lahan matanya terpejam dan matanya terkatup rapat.....
 
 
TaeMin segera membawa tubuh JoonMyun pergi menuju ke tempatnya... Di situ, di lihatnya JongHyun menanti kehadiran mereka berdua. " Mereka berdua masih hidup?" tanya JongHyun. Dia kemudian meletakkan 2 jarinya di tangan JoonMyun untuk mengetahui sama ada pemuda itu masih hidup. " Dia luka parah, nampaknya umur mereka tidak panjang lagi.." keluhnya. Entah dari mana pula kehadiran Onew dan MinHo... Datang seperti angin, malahan adik-beradik mereka tidak dapat mengesan kehadiran mereka berdua.
 
 
Kuasa Onew dan MinHo lebih kuat daripada mereka berlima. Raut wajah mereka berdua kosong tetapi dari tindakan mereka mengetahui akan bahawa JoonMyun dan KyungSoo yang terselamat daripada perang yang telah berlaku. " Hyung, nampaknya mereka berdua mungkin tidak akan dapat di selamatkan juga...Walaupun mereka terselamat namun hampir keseluruhan daripada tubuh mereka hilang kuasa......"
 
 
 " Hyung, bantu mereka...." rayu TaeMin yang lebih muda daripada mereka. Onew dan MinHo saling berpandangan seperti berkomunikasi tanpa bersuara.
 
 
" Kita letakkan mereka berdua di bilik ' LUCIFER'." ujar MinHo. Ketiga-tiga mereka seperti terkaku dengan apa yang baru sahaja di beritahu oleh MinHo.
 
 
" WHAT!!!" Jerit Key." Tempat tersebut telah lama kita tutup dan tidak boleh di buka lagi..Hyung, lupakah kamu kerana bilik itu, kita hampir kehilangan JongHyun hyung." tukas Key memandang ke arah Onew.
 
 
" Itu saja cara yang paling cepat dan mudah.Untuk menggunakan kuasa kita berlima ianya memerlukan masa beberapa hari dan kita sudah kesuntukan masa." bidas MinHo memberitahu. Key baru sahaja ingin bersuara, Onew terus bersuara.
 
 
" That enough.." jeritnya membuatkan keempat-empat mereka terus saja terdiam apabila melihatkan Onew yang telah marah. " Just do what MinHo said and don't all of you dare to said any more words."  dengan akurnya mereka mengikuti arahan Onew. Onew jarang bersuara tetapi apabila dia bersuara, adik-beradiknya pasti akan menurut perintahnya.
 
 
Bilik LUCIFER merupakan sebuah bilik yang telah lama di tutup dan di larang oleh sesiapa pun ataupun malaikat untuk memasukinya kerana bilik itu merupakan tempat segala kejahatan bersemayam di situ. Sesiapa pun yang memasuki tempat itu pasti sudah tidak akan keluar dari tempat tersebut secara hidup. JongHyun pernah memasuki tempat tersebut secara tidak sengaja dan hampir sahaja nyawanya melayang sekiranya Onew tidak datang menyelamatkannya.
 
 
Bilik itu begitu dingin seperti ais dan juga panas seperti cahaya matahari.Hanya Onew dan MinHo sahaja yang memasuki bilik itu kerana kuasa kejahatan tidak dapat mengapa-apakan mereka, tubuh JoonMyun dan KyungSoo di baringkan oleh mereka. Onew meletakkan telapak tangannya di kepala JoonMyun dan KyungSoo sambil mulutnya terkumat kamit mengungkapkan sesuatu. Mereka berdua terus beredar dari situ setelah selesai urusan mereka.
 
 
" I hope they both will survive." keluh Key setelah melihatkan pintu itu tertutup rapat. Yang memisahkan Shinee dengan JoonMyun dan KyungSoo merupakan pintu tersebut. TaeMin, JongHyun dan Key berharap keajaiban akan membantu mereka berdua yang sedang bertarung dengan kematian.
 
 
Ada cahaya kegelapan mulai ingin menyelubungi tubuh KyungSoo dan JoonMyun tetapi dari tubuh mereka berdua mengalir cahaya putih yang memancar keluar membuatkan cahaya kegelapan itu menjauhi sedikit dari mereka. Puas cahaya kegelapan itu ingin mendekati tetapi tubuh mereka berdua seperti di lindungi oleh cahaya putih yang menjadi dinding. Cahaya kegelapan itu cuma berlegar-legar di ruangan bilik itu.
 
 
~~~~~~
 
JoonMyun dan KyungSoo berjalan di satu tempat yang asing di mana kawasan itu di litupi dengan warna putih seperti salji. Terasa sedikit kedinginan. Walaupun ketika itu merupakan waktu siang tetapi di dada langit sang bulan memancar bersinar tetapi yang anehnya bulan itu memancarkan cahayanya berwarna kemerahan. Mereka berdua terus berjalan sehingga kaki mereka tiba di sebuah taman bunga. " Hyung, lihat...ada orang di situ." suara KyungSoo memberitahu.
 
  Mereka berdua ingin menapak apabila mata mereka berdua terkejut melihatkan siapakah gerangan orang itu.
 
 
  RENATA
 
 
  " JoonMyun....KyungSoo...." lunak suara Renata. 
 
 
" Bagaimana kamu berada di sini???" tanya JoonMyun..
 
 
" Selamatkan saya...." rayu gadis itu." Selamatkan saya sebelum ianya terlambat..." serak suara Renata. " Hapuskan batu itu, kunci itu harus kalian hapuskan..." Renata ingin melangkah ke arah mereka berdua apabila dirinya di tarik oleh sesuatu. " Arghhh." jerit gadis itu apabila dirinya tenggelam memasuki cahaya kegelapan.
 
 
" RENATA..." teriak mereka berdua.
 
 
~~~~~~
 
JoonMyun tersedar daripada tidurnya itu. Kemudian kata-kata Renata bermain di benak mindanya. Suara Renata bermain-main di fikirannya kini. " Arghh, sakitnya kepalaku..." KyungSoo mulai bangun dari tidurnya. Dia memicit-micit dahinya yang berdenyut-denyut kesakitan.
 
 
" KyungSoo, kamu okey ke?" tanya JoonMyun dengan nada risau.
 
 
" Saya tak apa-apa, cuma sakit kepala saja..Hyung, kita berdua di mana?" tanya KyungSoo apabila melihat mereka berada di sebuah tempat yang begitu asing dan tidak di kenali.
 
 
Belum sempat JoonMyun menjawab, sebuah pintu terbuka. " Nampaknya kalian berdua telah pun sedar."
    
 
~~~~~~
 
Kawasan di dalam istana penuh dengan ketegangan. Anak-anak ' The Force's' hanya cuba untuk menahan serangan daripada 6 pemuda kecuali ChanYeol yang di serang oleh KyuHyun. LuHan menggunakan kuasa telekinesisnya mewujudkan dinding halimunan di mana dia dapat menahan daripada serangan bertubi-tubi daripada 6 pemuda tersebut.
 
 
" Mereka berdua terlalu kuat.." peluh mulai membasahi pipinya apabila seorang daripada mereka yang berambut ungu ingin menyerangnya tetapi dia mewujudkan seperti sebuah bilik kecil untuk menguncinya dan membuatkannya tidak dapat keluar. Pintu istana kemudiannya terbuka dan muncul 2 pemuda.
 
 
 
" Do you miss us?" 
 
 
~~~~~~
 
"To save her,you must face the challenge that coming around"
 
 
 ~~~~~~
 

  XingGirlLove: Sorry for the late update.....Please comment......

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
azure_bliss
#1
Tahniah sbb telah direcommend c:

Vrite nih btul2 nmpk interesting. Bookmark activated! c:
sayhershe
#2
Chapter 37: x penah imagine citer yang macam ni... daebak lah author nim... hohoho

*jeles ngn Renata huhu Yi Xing ge~
thelucidream
#3
Chapter 37: All I can say is DAEBAK !!
KayKyuQ
#4
OMGGG SRSLY I LOVE THIS STORYYYYY ! SM RULE ! AUTHOR RULE <3 LOVEEE !
cutegirl99 #5
Chapter 30: wow.... saya sangat suka ff ni...