HAL YANG SEBENARNYA

THE FORCE'S

 

Kenya,South Africa
 
 
 " Di sini bukan tempat yang sesuai untuk kami menceritakan siapakah kami." ujar TaeMin. Anak matanya mulai berubah warna kepada warna keemasan.
" Lebih baik kalian semua pegang tangan satu sama lain dan jangan lepaskan." Anak-anak 'The Force's' mengikuti kata-kata TaeMin lalu perlahan cahaya mengalir keluar dari tubuh TaeMin dan menyelubungi kawasan itu.
 
 
 
Cahaya tersebut teramat terang sehingga membuatkan mereka menutup mata apabila cahaya itu mengenai mata. Perlahan-lahan tubuh mereka menghilang seperti kabus. " Where are we?" tanya LuHan setelah dia membuka kelopak matanya. Kepalanya memandang sekeliling. Mereka berada di sebuah tempat yang kelihatan asing, seolah-olah bukan berada di bumi.
 
 
YiXing terus memulihkan keadaan kaki ChanYeol dengan menggunakan kuasanya."Mereka semua siapa?" tanya YiXing. Belum sempat ChanYeol ingin menjawabnya, Onew terus menjawab soalan YiXing.
 
 
" Kami sebenarnya merupakan penjaga ChanYeol." mereka semua terkejut dari mana kehadiran Shinee. Shinee berjalan ke arah mereka dengan langkah yang penuh gaya. Sayap Onew tampak lebih berkilauan dan lebih besar daripada ahli Shinee menunjukkan bahawa dia ialah ketua.
 
 
" Saya ialah Onew dan mereka berempat ialah saudara saya. Kami di tugaskan oleh Tuan Puteri TaeYeon untuk melindungi ChanYeol daripada sebarang musibah". Onew membawa mereka ke satu tempat. Tempat tersebut amat gelap, Tao terus memeluk lengan Kris memandangkan lelaki itu dekat dengannya.
 
 
"Hyung, this place creeping me..." JongHyun menggunakan kuasanya lalu tempat tersebut menjadi terang benderang. 
 
 
ChanYeol terus bertanya pada TaeMin mengapa tiba-tiba dirinya di serang oleh sekumpulan kelawar. TaeMIn memberitahunya bahawa dia di serang atas arahan 'Lord ShinDong'. Dahi ChanYeol berkerut kerana dia tidak pernah mendengar nama tersebut melainkan nama KyuHyun, orang yang telah meragut nyawa kedua orang tuanya.
 
 
" Dia merupakan ketua kegelapan, dia dibuang dari syurga kerana melanggar perintah. ShinDong sebenarnya merupakan pak cik kami dahulu namun kerana dia terlalu tamakkan kuasa dan sentiasa ingin menang,dia dibuang dari tempat kami." ujar Key. Key kemudiannya meniupkan serbuk kilauan di telapak tangannya lalu muncullah gambaran wajah ShinDong. 
 
 
Onew sebagai yang lebih tua lalu menceritakan tentang kewujudan pintu kegelapan yang membisakan pemilik pintu tersebut mempunyai kuasa keabadian serta kuasa yang begitu menakutkan yang bisa memusnahkan dunia sebenarnya tersembunyi di bumi dan apabila ShinDong mengetahui tentang hal tersebut, dia berusaha untuk mencari pintu tersebut. ShinDong menginginkan kuasa abadi namun ingin mendapatkan kuasa abadi, dia harus mencari pintu kepada kegelapan,
 
 
" Untuk membuka pintu kegelapan tersebut, dia memerlukan kunci untuk membukanya..."
 
 
" Namun kenapa kelawar tersebut menyerang saya??" tanya ChanYeol yang kurang mengerti.
 
 
" Kerana kunci tersebut berada di tangan kamu selama ini.." ujar MinHo.
 
 
" Tapi saya tidak pernah melihat kunci tersebut...melainkan" MinHo terus memotong kata-kata ChanYeol.
 
 
" Batu tersebut merupakan kunci kepada Pintu kegelapan.."
 
 
" Lalu, mengapa mereka menculik Renata..Dia langsung tiada kaitan dengan peperangan ini."  tanya YiXing membuatkan Key mengeleng kepalanya.
 
 
" Kamu salah..."
 
 
" Kalau begitu kita semua harus cepat bertindak untuk menemui Pintu kegelapan tersebut lalu kita musnahkannya supaya ShinDong tidak akan mendapat kuasa keabadian." beritahu LuHan.
 
 
" Kalau begitu mungkin susah untuk kalian hapuskan Pintu kegelapan tersebut setelah kalian semua berhasil menemuinya." keluh JongHyun. " YiXing, sanggupkah kamu menghapuskannya setelah menemuinya??" tanya JongHyun memandang tepat ke anak mata lelaki itu. YiXing mengangguk kepalanya.
" Kalian semua benar-benar ingin menghapuskannya???" tanyanya lagi.
 
 
" Sekiranya itu yang terbaik dan dapat menyelamatkan bumi ini daripada musnah.Kami semua sanggup." ujar MinSeok yang dari tadi mendiamkan diri.
 
 
Anak mata ChanYeol merenung kosong seolah-olah dirinya terhumban di tempat yang asing. Dia dapat  melihat bayangan seorang gadis menerpa di mindanya, memandangnya dengan anak matanya yang berwarna biru jernih. Pandangan mata gadis itu penuh dengan kebencian.
 
 
" Mustahil..." bisiknya namun dapat di dengari oleh BaekHyun yang berdiri di sebelahnya.
 
 
" Dialah pintu kegelapan itu." MinHo memandang ke arah ChanYeol.
 
 
" Dia???" anak-anak ahli ' The Force's ' tidak mengerti apa yang baru di katakan oleh MinHo tetapi ChanYeol telah pun mengetahuinya.
 
 
" Sebenarnya, Renata merupakan-- pintu kegelapan itu." mendengarkan penyataan tersebut membuatkan YiXing tergamam. Peluh mulai membasahi wajahnya kerana terkejut. Bagaimana mungkin dia sanggup untuk membunuh gadis yang dia cintai. Dia berhijrah dari satu tempat yang lain semata-mata untuk mencari Renata namun mengapa pabila semakin dia hampir berjaya , dia harus meragut nyawanya. Tidak..........
 
 
" TIDAK!!!!!" jeritnya. " Bagitahu saya yang semua ini cuma satu sandiwara" teriaknya.
 
 
Tubuh Key tiba-tiba berada di hadapan YiXing. Bagaikan di hipnosis dengan pandangan mata Key yang memandang ke arahnya membuatkan kemarahan YiXing mulai reda. Key meniupkan serbuk kilauan lagi lalu munculnya sebuah gambaran di dinding. Anak mata mereka yang berada di situ terkejut melihatkan apa yang terjadi di hadapan mereka.   
 
 
Gambaran tersebut melihatkan Renata yang sedang di gari. Keadaan gadis itu seperti patung, langsung tidak bergerak namun anak matanya itu berwarna biru jernih. " Renata...." tangis YiXing.
 
 
" Dia bukan Renata yang kamu kenali, YiXing." MinHo memandang ke arah YiXing. " Yang kamu lihat sekarang ialah jiwanya yang jahat telah merasuki tubuh Renata. Renata yang sebenarnya berada di situ." telunjuk jari MinHo pada sebuah cermin besar yang menghadap di hadapan.
 
 
Kesemua yang berada di situ tidak tahu bagaimana untuk bereaksi, tergamam. Renata sedang terbaring lemah di situ sambil menangis memanggil-manggil nama kedua orang tuanya dan juga, nama YiXing.
 
 
" Xing oppa, tolong saya...." tangisnya. Mendengarkannya hati YiXing mulai sayu, melihatkan keadaan Renata.
 
 
" Ren-a-ta---" terasa ada sesuatu yang tersekat di kerongkongnya ketika itu. Renata bagaikan mendengar suara YiXing, dia perlahan-lahan bangun sambil memandang sekeliling.
 
 
" Xing oppa, kamukah itu??" tanyanya apabila melihat bayangan yang semakin manghampiri. " Siapa kamu???" serak suara Renata menjerit apabila melihatkan ShinDong yang menghampiri. Dia menjerit tetapi tiada kedengaran teriakannya. Bagaikan ada sesuatu yang menyekatnya untuk menjerit. Jari-jemari ShinDong menyentuh pipi Renata terasa ada kesakitan yang menghambat dirinya kini. Dia terus rebah di situ tidak dapat menangkis kesakitan itu.
 
 
" Jangan risau, tidak lama lagi..kesakitan yang kamu alami akan menghilang." tawa ShinDong lalu tubuh lelaki itu terus menghilang ditenggelami oleh kabus hitam meninggalkan Renata sendirian di dalam kegelapan. 
 
 
" RENATA!!!! BANGUN!!!!!!!" YiXing terus menerpa ke arah dinding tersebut namun bayangan gadis itu perlahan-lahan menghilang. " Kenapa tiba-tiba hilang.." dia terus menumbuk dinding tersebut yang telah pulih seperti biasa, tidak mempedulikan tangannya yang mulai berdarah.
 
 
" Hyung, hentikan...Walaupun kamu berbuat demikian, noona takkan kembali kepada kita." terpa JongDae menghampiri YiXing yang jatuh terduduk sambil menangis. 
 
 
" Takkan tiada cara lain lagi....Walau bagaimanapun, dia juga merupakan saudara kami." YiFan memandang ke arah Shinee dengan harapan bahawa ada cara lain yang boleh mereka lakukan. YiXing mengetap bawah bibirnya. Tidak tahu bagaimana untuk dia melakukan hal sedemikian. Tidak sanggup untuk dia menghapuskan gadis yang dia cintai.
 
 
" Tidak ada cara lain lagi, kamu mesti hapuskan Renata sebelum purnama menjelang..dan itu tidak lama lagi.." tegas suara MinHo.
 
 
" Tetapi ada satu cara lagi..." YiXing terus memandang Onew." Kamu harus menghapuskan kunci tersebut sebelum semuanya terlambat, akan tetapi nyawa Renata juga tidak mungkin akan selamat kerana sekiranya kalian menghapuskan kunci tersebut sebelum jiwa kejahatan Renata terhapus maka Renata tetap akan mati." 
 
 
Renata tetap akan mati, kata-kata Onew bermain di minda YiXing berulang kali.
 
 
" Kami harus hapuskan jiwa jahat Renata sebelum hapuskan kunci tersebut, begitu" Onew mengangguk kepalanya.
 
 
" Dan hal tersebut susah untuk kalian lakukan kerana pasti jiwa jahat Renata akan menentang kalian." 
 
 
" Bagaimana pula caranya untuk kami semua menghapuskan jiwanya yang jahat?" tanya BaekHyun. Yang mereka kedengaran hanya keluhan perlahan.
 
 
" Kami tidak tahu....Kalian semua mungkin akan menemui jawapannya di sana..."
 
 
" Kami pasti akan menghapuskan mereka serta menyelamatkan Renata.." ujar ChanYeol dengan nada suara yang yakin.
 
 
"You'll the source of wave...To clean this unclean world". beritahu MinHo memandang setiap anak-anak ' The Force's'."Pergilah kalian dengan selamat.Sebelum semuanya terlambat". Kesemua mengangguk dan memandang satu sama lain dengan pandangan yang sama.
 
 
~~~~~~
 
" Ingat...Kita mesti hapuskan mereka.Jangan biarkan sesiapa pun terlepas." ujar Jr.Nuest menanti kemunculan anak-anak ' The Force's'. Mereka di tugaskan untuk menghapuskan kesemua mereka atas arahan 'Lord ShinDong' kerana tidak ingin anak-anak ' The Force's menganggu upacara yang penting. Dengan penuh sabar, mereka menanti dan akhirnya penantian mereka berakhir apabila melihat anak-anak ' The Force's'.
 
 
" Sekarang...." MinHyun menggunakan kuasanya dan membuatkan munculnya larva di sekeliling anak-anak ' The Force's'. JoonMyun menggunakan kuasanya untuk menyejukkan larva namun kemunculan Jr yang muncul di hadapan sekalian menumbuknya sehingga dia terpelanting jauh. SeHun menggunakan kuasanya dan mewujudkan puting beliung.
 
 
Kemudian munculnya askar-askar bawahan Nuest. Bertarunglah mereka melawan kejahatan. Tanpa henti pertarungan tersebut. " Kalian berdua cepat pergi..Biar kami berdua menghalang mereka.." teriak JoonMyun.
 
 
JoonMyun mewujudkan gelombang air yang begitu kuat manakala KyungSoo menghentak kaki kanannya sehingga tanah mulai retak dan retakan itu menghala menuju ke arah musuh. Retakan tanah turut bergerak menuju ke arah anak-anak ' The Force's' yang lainnya. 
 
 
 
Untung dengan kuasa JongIn serta haiwan peliharaan ChanYeol dan YiFan, mereka dapat menyelamatkan diri daripada terjatuh namun tidak pula pada JoonMyun dan KyungSoo yang terjerumus ke dalam tanah. 
 
 
 
" JoonMyun...KyungSoo.." teriak mereka semua  yang tergamam kerana melihatkan mereka berdua tertimbus di dalam tanah.  
 
 
 
 
~~~*~~~
 
   " You're too late...This war not over...not for me"
 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
azure_bliss
#1
Tahniah sbb telah direcommend c:

Vrite nih btul2 nmpk interesting. Bookmark activated! c:
sayhershe
#2
Chapter 37: x penah imagine citer yang macam ni... daebak lah author nim... hohoho

*jeles ngn Renata huhu Yi Xing ge~
thelucidream
#3
Chapter 37: All I can say is DAEBAK !!
KayKyuQ
#4
OMGGG SRSLY I LOVE THIS STORYYYYY ! SM RULE ! AUTHOR RULE <3 LOVEEE !
cutegirl99 #5
Chapter 30: wow.... saya sangat suka ff ni...