Segalanya bermula...

THE FORCE'S

 

Alicante,Spain

 

Disebuah kaki pergunungan,berdiri megahnya sebuah istana yang tidak diketahui kewujudannya.Disitulah dimana tempat persembunyian KyuHyun sekeluarga.Ditengah kepekatan malam,disaat semua manusia sedang beradu,makhluk yang berhati hitam itu sedang bersemayam disinggahsana.Ruang istana kosong dan sunyi hingga sebarang bunyi bisa menghasilkan gema.

 

 

PANG!!

 

 

Pipi seorang anak gadis ditampar didepan anak matanya.Disatu sudut istana berdirinya 5 pemuda yang merupakan penjaga tegar istana.Mereka turut memerhatikan peristiwa itu.

 

“Ini merupakan peringatan buat kamu.Jauhi diri dari cinta”.SeoHyun isteri kepada KyuHyun memperingati anak gadisnya.

 

Itu yang ingin sekali KyuHyun dan isterinya terapkan kepada anak gadisnya.Sejak kecil lagi Helena diajar bagaimana untuk mempertahankan diri.Malah dia juga turut menjadi seperti ibubapanya.Seorang pembengis dan berhati kejam.

 

20 tahun berlalu,Helena membesar menjadi seorang gadis yang cantik.Namun kecantikannya tersembunyi disebalik topeng yang menutupi wajah dan hanya melihatkan anak matanya yang bundar.

 

“Ini merupakan ingatan agar kau tidak mudah lupa”.Kata SeoHyun lagi dengan nada yang tegas.Dia harus bertindak begitu,walaupun harus menyakiti anaknya.Dia khuatir,anaknya itu akan jatuh cinta.Baginya cinta itu akan memusnahkan.Cinta itu ibarat titisan air kedalam batu.Ia melembutkan hati walaupun hati itu sekeras batu.

 

Cinta itu mencairkan jiwa walau sekukuh mana ia bersemadi didalam jasad.Maka cinta itu perlu dihindari.Kerana itu,Helena harus diajari membenci cinta.SeoHyun sendiri teramat keras mengasuh Helena dengan unsur-unsur itu.

 

KyuHyun yang sedari tadi memerhatikan mereka dari singgahsana,tiba-tiba muncul dan berdiri didepan anak gadisnya.Dia yang menguasai ilmu hitam itu mempunyai kelebihan untuk berbuat begitu.Pergi kemana dengan sesuka hatinya tanpa perlu berjalan dengan menggunakan kuasanya.Wajah bengis miliknya tidak pernah terpadam.

 

'Sudah tiba masanya.Anak gadis kamu harus meneruskan perjuangan kita'

 

 

Suara Lord Shindong bergema ditelinganya.Entah darimana datangnya,namun hanya KyuHyun saja yang bisa mendengarinya.

 

They called it dark gift and I gift to you”.

 

Tangan kasarnya menyentuh kepala Helena.SeoHyun beralih apabila mendengarkan mulut suaminya itu mula terkumat-kamit.

 

Disaat itu,ruang singgahsana yang gelap dan hanya bertemankan cahaya malap mula bercahaya apabila kepala Helena yang disentuh oleh telapak tangan KyuHyun mula mengeluarkan cahaya.Anak mata Helena terbeliak memandang keatas.Tubuhnya pula sudah menggigil sambil mulutnya menjerit akibat menahan sakit yang mula menerjah ketubuhnya.

 

Apabila suatu semangat mula masuk kedalam badan Helena,anak matanya berubah menjadi warna merah dan memandang wajah KyuHyun dengan bengis.Dia mengerang kesakitan lagi sebelum anak matanya menjadi kewarna hitam pekat semula.Tubuh badannya mulai longlai sebelum dirinya jatuh kelantai.

 

 

“Bangunlah anakku.Bangunlah semula menjadi orang yang baru.Kau harus berjuang dan menghapuskan semua yang pernah menghalang ayahmu”.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
azure_bliss
#1
Tahniah sbb telah direcommend c:

Vrite nih btul2 nmpk interesting. Bookmark activated! c:
sayhershe
#2
Chapter 37: x penah imagine citer yang macam ni... daebak lah author nim... hohoho

*jeles ngn Renata huhu Yi Xing ge~
thelucidream
#3
Chapter 37: All I can say is DAEBAK !!
KayKyuQ
#4
OMGGG SRSLY I LOVE THIS STORYYYYY ! SM RULE ! AUTHOR RULE <3 LOVEEE !
cutegirl99 #5
Chapter 30: wow.... saya sangat suka ff ni...