PERPISAHAN AMAT MENYAKITKAN......

THE FORCE'S

 

PERGUNUNGAN HIMALAYA, INDIA
 
 
  " RENATA" teriak YiXing setelah Helena membawa pergi Renata. Air matanya mengalir deras kerana gadis yang dia cintai pergi meninggalkan dirinya hanya untuk menyelamatkan dirinya itu. 
 
  Dirinya tidak dapat menerima perpisahan itu sehingga jantungnya terasa sakit....terasa sakit sehingga ianya berhenti untuk berdenyut lalu YiXing rebah membuatkan BaekHyun dan JongDae terkejut.
 
  " Hyung...irona" BaekHyun menepuk lembut pipi YiXing tetapi hanya kedengaran suaranya memanggil-manggil nama Renata. " Kita bawa hyung ke rumah dengan segera." BaekHyun mendukung YiXing dari belakang. Tergesa-gesa mereka berdua menuju ke rumah YiXing. Ibu YiXing iaitu SongQian sedang menyiram pokok bunga di halaman rumahnya apabila terlihat anak tunggalnya yang didukung oleh Baek Hyun. 
 
  " Kenapa dengan YiXing?" tanya SongQian setelah BaekHyun membaringkan YiXing dikatil. Kedua-duanya hanya mendiamkan diri tanpa membalas pertanyaan ibu YiXing. 
 
  Belum sempat JongDae ingin memberitahu hal yang sebenar muncul pula ayah YiXing iaitu Zhang Han Geng diekori dengan dengan kedua orang tua JongDae serta BaekHyun.
 
 " Appa, omma"
 
 " Abhuji"
 
  Ujar mereka berdua. Han Geng menyuruh mereka semua supaya meninggalkan bilik YiXing. Pada awalnya mereka berdua enggan tetapi pabila orang tua mereka masing-masing ingin memberitahu sesuatu membuatkan mereka berdua beredar dari bilik YiXing.
 
  Ketika JongDae dan BaekHyun keluar dari bilik YiXing, mereka terlihat ibu Renata yang sedang menangis sambil memanggil-manggil nama Renata. Ditahannya air mata yang hampir merembes.* Imo, maafkan kami kerana tidak dapat melindungi noona.* 
 
  SunYoung serta SunKyu terpaksa menenangkan YoonA yang sedang menangis di sebuah kerusi." Sabarlah, YoonA." pujuk SunKyu sambil menepuk perlahan belakang badan YoonA. Dibiarkan YoonA menangis di bahunya. Tidak mengendahkan bajunya yang basah dengan air mata wanita itu.
 
  " Unnie, kenapa nasibku malang sekali!!!" tangisnya." Mula-mula mereka meragut nyawa suamiku dan kini mereka membawa pergi anakku!!!Apa salahku sehingga aku harus kehilangan dengan orang-orang yang aku sayangi!!!!!"  SunYoung cuba untuk menahan diri untuk menangis tetapi gagal.
 
  Manakala SungMin serta JoongWon mengajak BaekHyun serta JongDae untuk duduk di sebuah pangkin dibelakang rumah YiXing. " Kalian berdua mesti terkejut dengan kejadian yang baru sahaja di alami." JoongWon mengeluh seketika. " Tidak, kami sangka setelah hampir berpuluh tahun, kini mereka kembali."
 
  " Abhuji, mereka semua siapa? Dan mengapa mereka menculik noona?" tanya JongDae. SungMin mengeluh perlahan. " Abhunim, tolonglah bagitahu kami berdua." JongDae memandang ke arah SungMin yang sedang duduk. Suasana begitu senyap, yang kedengaran hanyalah bunyi kicauan burung. JoongWon melihat matahari yang hampir tenggelam.
 
  " Appa, selama ini appa dan omma selalu mendiamkan diri pabila saya bertanya kenapa kita sekeluarga tinggal di India." tanya BaekHyun yang asyik mendiamkan diri. 
 
  " Sudah tiba masanya untuk kalian mengetahui tentang mereka." ujar JoongWon. Dia berpaling ke belakang. Dilihatnya wajah BaekHyun serta JongDae saling berpandangan memandangnya. " Mereka semua merupakan anak buah kepada Cho KyuHyun."
 
  * Cho KyuHyun???? Siapa dia???* BaekHyun dan JongDae saling berpandangan memikirkan apakah mengenali nama itu.
 
  " KyuHyun bersahabat dengan kami-- tetapi itu dulu apabila dia mulai tamakkan kuasa." suara JoongWon memberitahu. JoongWon mulai menceritakan hal yang sebenarnya pada mereka berdua. Segala rahsia yang tersimpan selama ini akhirnya dia telah pun luahkan tanpa ketinggalan satu pun rahsia. " Itulah yang terjadi."
 
  " Rahsia ini kami pendamkan hanya untuk menyelamatkan nyawa kalian daripada di buru oleh konco-konco KyuHyun tetapi tidak kami menyangka mereka berhasil menemui kalian serta menculik Renata." ujar SungMin.
 
  "  Jadi kami berempat mempunyai kuasa juga?" tanya BaekHyun.
 
  " Hanya kalian bertiga sahaja yang mempunyai kuasa tetapi Renata tidak mempunyai kuasa seperti mana dengan bapanya." SungMin membalas pertanyaan anaknya itu.
 
  " Mustahil....saya melihat noona mewujudkan kuasa yang begitu kuat sehingga hampir membuatkan penjahat-penjahat tersebut hampir sahaja ditarik masuk ke dalam puting beliung malahan anak matanya bertukar kepada warna biru jernih pada masa itu."
suara JongDae memberitahu.
 
  " Berwarna biru.. Mungkin kamu salah pandang." ujar SungMin. JongDae mengeleng kepalanya." Benar, hanya noona sahaja yang tidak apa-apa ketika kami bertiga diserang oleh ketua mereka. SungMin dan JoongWon saling berpandangan satu sama lain. Mustahil Renata juga mempunyai kuasa yang sama seperti KiBum, lagipula bagaimana mungkin anak matanya berubah kepada warna biru. BaekHyun terlihat ayah YiXing yang sedang berjalan ke arah mereka, lalu di terus bertanya akan keadaan lelaki itu.
 
  " Dia tak apa-apa, cuma hatinya tidak dapat menerima kenyataan bahawa Renata telah pergi lalu membuatkan dirinya telah pengsan." ujar HanGeng.
 
  " Jadi dia akan sedarkan diri?" tanya JongDae.
 
  " Bergantung dengan dirinya. Tentu kalian berdua terkejut dengan apa yang baru sahaja lalui.Biar, Abhunim lihat luka kamu." HanGeng terus menekapkan tangannya pada bahu JongDae yang terluka lalu cahaya putih keluar dari tangan HanGeng lalu perlahan-lahan luka tersebut terus hilang, yang tinggal hanyalah kesan darah sedikit.
 
  " Seperti appamu, abhunim juga mempunyai kuasa iaitu kuasa untuk memulihkan." HanGeng hanya tersenyum melihatkan riak wajah JongDae yang kelihatan terkejut. " Tentu kamu telah mengetahui masa silam kami semua."
 
  " Kalau begitu kami berdua juga pasti mempunyai kuasa?" tanya BaekHyun.SungMin mangangguk kepalanya.
 
  "Sudah tiba masanya untuk kalian berdua melatih kuasa yang selama ini terpendam didalam diri kalian. Dan esok bermulanya latihan kalian berdua." JoongWon terus beredar sambil diekori oleh HanGeng serta SungMin.
 
~~~*~~~
 
   Peluh membasahi tubuh BaekHyun serta JongDae setelah hampir seharian mereka berdua berlatih dengan SungMin dan JoongWon. Ternyata latihan yang diterima amat payah sekali. Lebih payah berbanding daripada dahulu. Sudah seminggu mereka berdua berlatih di atas puncak gunung Himalaya.Terasa kesejukan memeluk tubuh. 
 
  " Abhunim, kami berdua penat. Boleh tak kami berdua berehat untuk seketika." ujar BaekHyun sambil termengah-mengah. JoongWon memberi masa pada mereka untuk berehat selama beberapa minit sahaja. " Apa yang kamu menungkan." tersedar JongDae dari menungannya apabila di tegur oleh BaekHyun.
 
  " Ani...Hyung, apakah YiXing Hyung akan sedar??" pertanyaannya membuatkan BaekHyun hanya mendiamkan diri, tidak tahu bagaimana caranya untuk dia memberitahu. Sudah seminggu mereka berdua berlatih dan seminggu juga YiXing masih tidak menyedarkan diri. YiXing bukannya mengalami kecederaan fizikal tetapi dari segi emosi.Kehilangan Renata benar-benar membuatkan lelaki itu terluka.
 
  SongQian menyentuh pipi anak tunggalnya itu yang terbaring lemah di katil. Bagaimana hatinya tidak merasa sedih dengan melihatkan anaknya itu yang tidak menyedarkan diri. Begitu sayu hatinya. HanGeng menyentuh lembut bahu isterinya itu. " Jangan risau, dia tak apa-apa." pujuknya. 
 
  " Renata....jangan...tinggalkan...saya..." HanGeng dang SongQian terus memandang kearah YiXing yang sedang sedang merayu supaya Renata tidak pergi. Airmatanya mengalir keluar dari kelopak matanya yang terpejam." Ren..jangan...ikut mereka" ujar YiXing di dalam tidurnya." RENATA!!!!" jeritnya lantas dia terjaga dari tidurnya.
 
  " Ayah??? Ibu???" SongQian terus memeluk tubuh anaknya itu. Dia bersyukur kerana akhirnya YiXing terjaga dari tidurnya itu. " Ibu, mana Renata??" SongQian menggigit bawah bibirnya, tidak tahu bagaimana caranya untuk dia memberitahu hal yang sebenarnya." Saya nak cari dia" dia mulai bangkit dari katilnya, hampir sahaja dia terjatuh dari katilnya itu tetapi untung HanGeng berada disebelahnya maka dia tidak apa-apa.
 
  " Lebih baik kamu berehat sahaja. Tubuhmu msih lemah lagi." HanGeng ingin menenangkan YiXing tetapi anaknya itu keras kepala sekali. YiXing masih lagi ingin mencari kekasihnya itu." Dia telah tiada!!!" teriak HanGeng.
 
  " Tidak, saya yakin dia masih ada lagi. Ayah jangan nak membohongiku." suara YiXing terketar-ketar memberitahu." Dia tidak mungkin akan tinggalkan saya." YiXing mulai mengalirkan airmatanya." Ini semua salah saya, salah...saya"tangisnya.HanGeng mulai memeluk tubuh anaknya itu." Salah...saya" bisiknya.
 
  " Kamu kena kuat, jangan lemah." pujuk HanGeng menenangkan anaknya itu.
 
~~~**~~~
 
  YiXing duduk di hamparan rumput yang menghijau sambil memandang bulan yang bersinar. " Renata" bisiknya lalu munculnya bayangan gadis itu di bulan sambil tersenyum. Semenjak dia menyedarkan diri, YiXing sentiasa mengasingkan dirinya. Pabila orang tuanya bertanya akan keadaannya, dia hanya melemparkan senyumannya tetapi senyuman itu hambar tanpa sinar kebahagiaan.Bila larut malam, dia pasti akan duduk di tempat yang selalu dia kunjungi bersama Renata. 
 
  "Oppa, kamu lihat bintang itu?" jari Renata menunjukkan pada bintang yang berada di hamparan langit." Bintang yang besar itu ialah oppa." ujar gadis itu.
 
  " Kalau begitu, bintang yang paling bersinar di atas langit ialah kamu." tunjuk YiXing pada satu bintang yang paling bersinar di atas dada langit." Kerana bagiku, kamu ialah bintang di hati oppa dan tiada siapa pun yang dapat merubah itu." Renata tersipu malu apabila YiXing berkata sedemikian.
 
  Mengingati Renata membuatkan hatinya begitu terluka, dia merindui kehadiran gadis itu yang sentiasa membuatkan hari-harinya begitu indah. Hanya bersama Renata, terasa dunianya telah lengkap. Tanpa gadis itu, hidupnya kehilangan cahaya kebahagiaan."I will try to find and save her..Even my life been stake".Itulah janjinya.
 
~~*~~
 
 SungMin menggunakan kuasanya untuk mencari keberadaan Renata tetapi gagal.Kemudian dia mencari pula kewujudan-kewujudan bekas ahli-ahli 'THE FORCE'S ' dengan menggunakan sebuah cermin tetapi dia hanya menemui gambaran beberapa pemuda yang tidak dia kenali.
 
  " Kalian bertiga pergilah ke Kenya, South Africa. Di sana, kalian akan bertemu dengan anak-anak ' THE FORCE'S' dan ternyata mereka semua ingin menghapuskan KyuHyun." SungMin melihat lagi cermin tersebut." Dengan bantuan mereka, kalian pasti dapat menyelamatkan Renata serta menghapuskan ketua kegelapan." Tiada sesiapa pun yang dapat melihat cermin tersebut melainkan SungMin serta BaekHyun.
 
  " Adakah mereka ialah anak-anak bekas 'THE FORCE'S'?" tanya BaekHyun pada SungMin. SungMin menganggukkan kepalanya. BaekHyun masih lagi belajar bagaimana caranya untuk dia mengawal kuasanya itu manakala JongDae pula telah berjaya untuk mengawal kuasanya tetapi dia harus belajar bagaimana untuk mengawal emosinya kerana kadang kala pabila dirinya berada didalam keadaan marah, petir akan memercik di dada langit secara mengejut.
 
  " JongDae, abhuji tahu kamu kadang kala susah untuk mengawal diri kamu pabila kamu marah tetapi abhuji harap kamu sentiasa menenangkan diri sendiri. Berfikir dengan tenang sebelum menyerang." JongDae mendengar dengan penuh tekun." Abuji ingin memberikan kamu sesuatu." 
 
  Tiba-tiba di kaki langit, petir dan kilat memercik di dada langit. Percikan tersebut amat kuat sekali. Sesiapa pun yang mendengar pasti merasa takut dengan bunyi tersebut. Munculnya satu senjata yang berbentuk zigzag dan cahaya memancar daripada senjata tersebut. Senjata tersebut terhasil daripada petir yang memercik sebentar tadi.
 
    
 
  JoongWon menyerahkan senjata itu pada anaknya." Senjata ini telah lama abhuji pegang dan kudrat abhuji juga semakin lemah. Dengan senjata ini kamu boleh menggunakannya untuk melawan musuh kita." 
 
~~*~~
 
 YiXing memeluk kedua orang tuanya sebelum berangkat ke Afrika selatan untuk menemui sebahagian anak-anak 'THE FORCE'S'. BaekHyun dan JongDae turut memeluk orang tua masing-masing kerana mereka berdua akan mengharungi satu perjalanan yang jauh. Disertai dengan doa oleh keluarga masing-masing, mereka bertiga menunggang kuda masing-masing lalu melambaikan tangan sebelum menghilang.
 
 Bermulanya perjalanan mereka menuju ke negara lain untuk mencari dan menyelamatkan Renata serta untuk menghapuskan ketua kejahatan iaitu CHO KYUHYUN.
 
~~*~~
 
  " Together we united and destroyed our enemy."
 
 
  Hello everyone, XingGirlLove here...... I wanna thanked to the subcriber that subcribed this story. This story will have more adventured.
 
  Renata the meaning of her name is ' born again' just like this story her bad side were born after her father take her good side into the mirror. 
 
  Helena cannot harm Renata by using her power because Renata father were the second maknae of 'THE FORCE'S', Helena father was ex of 'THE FORCE'S' member and KyuHyun actualy the maknae but when KyuHyun betraying , the tittle maknae belong to KiBum. 
 
  I wanna to wish happy birthday to ChanYeol(actually he not my first bias) , but he also a member of EXO. I wish you always happy and spreading a happy towards a people with your smiled...Sincere from XingGirlLove  
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
azure_bliss
#1
Tahniah sbb telah direcommend c:

Vrite nih btul2 nmpk interesting. Bookmark activated! c:
sayhershe
#2
Chapter 37: x penah imagine citer yang macam ni... daebak lah author nim... hohoho

*jeles ngn Renata huhu Yi Xing ge~
thelucidream
#3
Chapter 37: All I can say is DAEBAK !!
KayKyuQ
#4
OMGGG SRSLY I LOVE THIS STORYYYYY ! SM RULE ! AUTHOR RULE <3 LOVEEE !
cutegirl99 #5
Chapter 30: wow.... saya sangat suka ff ni...