Halangan Yang Menimpa

THE FORCE'S

Mereka terus berjalan.Meredah hutan,merentasi beberapa batang sungai.Melewati banyak perbukitan.Cuasa yang panas dirasakan beransur dingin.Dan kini mereka melangkaui garis sempadan antara dua musim.Memang ajaib,umpama tabir terbentang luas sebagai pemisah kedua-dua kawasan itu.

 

"Uwaahhh".Kedua-dua maknae baik Tao mahupun SeHun ternganga luas menyaksikan fenomena itu.

 

ChanYeol pula seakan tergamam tidak terkata.Tidak pula berkata apa apabila mendengarkan YiFan bersuara."Jadi betullah apa yang dikatakan oleh Shinee,tempat sebegini pasti tiada siapa yang menjumpai..".ChanYeol mengangguk seakan mengiyakan kata-kata YiFan.Dia merentangkan tangan melepasi garisan itu.Telapak tangannya ditimbuni salji.Manakala tempat dia berdiri sekarang dipanah sinar matahari yang tidak begitu terik.

 

LuHan segera menarik tangan SeHun dan Tao yang mula asyik ingin bermain dengan salji."Diwaktu begini tiada masa untuk kamu berdua bersikap seperti anak kecil".Marahnya membuatkan kedua maknae memuncung.Mereka berjalan mendekati keramaian yang lainnya yang mula ingin meneruskan perjalanan.

 

"Memandangkan waktu sudah semakin lewat,kita harus mencari tempat untuk bermalam".Usul JoonMyun lalu semua menyetujuinya.

 

~~~~~~

Dihutan belantara nan luas itu,mereka menjumpai tempat yang sesuai untuk bermalam.Akibat penat seharian berjalan,mereka masing-masing mula merehatkan diri setelah kekenyangan mengisi perut dengan makanan ringkas yang disediakan oleh KyungSoo dan YiXing.Pertama kali buat seumur hidup mereka harus bersusah-payah apabila tidak boleh menggunakan kuasa yang dimiliki.

 

Apabila malam semakin lewat,masing-masing mula lena dan sudah berada dialam mimpi.Namun oleh kerana tempat yang disangka indah itu ternyata berbahaya,tidak semudah itu malam yang harus mereka lalui.Dua pasang mata terbuka apabila mendengarkan sesuatu bunyi yang aneh.SeHun yang baru ingin melelapkan mata terduduk apabila sesuatu bunyi yang menangkap telinganya.Manakala Tao yang memang sedia ketakutan apabila berada dikegelapan.

 

"Hyung..LuHan hyung~~".Panggil SeHun kepada LuHan yang telah lena disebelahnya.Anak mata memandang sekeliling.Bunyi tersebut masih kedengaran lagi.LuHan yang masih tidak menyedarkan diri digoncang lembut bahunya oleh SeHun.Hanya kedengaran suara LuHan mengerang perlahan sebelum tubuh SeHun ditolaknya keras tanda tidurnya yang diganggu.

 

"Aishh..such a sleepyhead".SeHun memuncung mengenangkan sifat LuHan sememangnya begitu apabila tidur.

 

*Kenapa bunyi suara tu masih ada lagi?*.Tubuh Tao menggigil apabila masih mendengarkan suara yang sama.Dia memeluk tubuh YiFan yang tidur disebelahnya akibat ketakutan.Tidak semena tubuhnya melompat kecil apabila merasakan ada sesuatu yang menyentuh bahunya dari belakang.Tao menggosok perlahan dadanya akibat terkejut."SeHun?!".

 

"Tao-ah,kau dengar tak apa yang aku tengah dengar?".Bisik SeHun merujuk kepada suara aneh yang masih mendayu-dayu kedengaran.Tao mengengsot sedikit punggungnya mendekati SeHun.Dia turut mengangguk.

 

"Bunyi apa tu?".Tanya Tao pula.Mereka berdua mengamati suara tersebut sebelum menyedari sesuatu..."Suara perempuan?!!!".Keduanya saling berpandangan.

 

~~~~~~

"Y-yahh..Mana kita nak pergi ni?".Tao sedikit meronta apabila tangannya diheret pergi oleh SeHun.Matanya sedikit membesar apabila jalan yang dibawa oleh SeHun kini menuju kearah semak belukar yang berada ditengah-tengah hutan tersebut.SeHun meletakkan telunjuk dibibir untuk menyuruh Tao supaya diam.

 

"Just follow me..".SeHun berjalan dihadapan dengan niat ingin mencari punca yang menganggu tidur mereka.Dia menggeleng kepala apabila sesekali Tao yang melompat ketakutan dikegelapan apabila mendengarkan suara nyanyian yang mendayu-dayu tersebut diselangi dengan esak tangis yang perlahan lalu memeluk erat bahu lelaki yang lebih muda darinya dari belakang.

 

Dan perjalanan mereka terhenti apabila menyelak semak belukar terakhir.Mereka menjumpai sebuah danau yang kecil berhampiran sebuah air terjun.Disitu kelihatan seorang perempuan sedang bermandi-manda seorang diri.Tubuhnya yang membelakangi mereka tidak kelihatan.Perempuan itu menoleh sedikit lalu tersenyum sinis apabila mendapati terdapat 2 orang pemuda yang mendatanginya.

 

Perempuan tersebut mulai bangun dan melihatkan rambut panjangnya yang mengurai kebelakang.Maka terlihatlah separuh badannya yang telanjang terdedah."Oh my innocent eyes~~".Tao menutup matanya menggunakan sebelah tangan.Sesekali mengintai disebalik celah jarinya.SeHun pula ternganga melihatkan rupa gadis itu yang cantik rupawan.Terlupa seketika bahawa hakikatnya kejadian itu hanyalah salah satu halangan yang harus mereka hadapi.

 

"Hello handsome boy".Suara perempuan itu lunak kedengaran sejurus keluar daripada danau tersebut dengan kebasahan.Untung rambut panjangnya menutupi sebahagian depan tubuhnya.Berjalanan dengan lemah gemalai mendekati 2 pemuda tersebut.

 

*Bagaimana mungkin ditengah-tengah hutan sebegini ada gadis yang cantik,berseorangan lagi*.Fikir kedua mereka.

 

"Untuk sampai kesana,akan terdapatnya halangan...Tidak semestinya ia dapat dilihat dengan mata kasar.Dari segi lembut,mahupun kasar.Dan untuk sampai kesana tidak semudah itu.Kalian harus melepasi halangan tersebut".Nasihat daripada 5 penjaga ChanYeol bermain diminda mereka.

 

Saat mereka baru menyedari bahawa apa yang dialami mereka adalah godaan semata,perempuan tersebut sudah hanya dua jarak sahaja dari tempat dimana berdiri.SeHun dan Tao ingin berganjak daripada situ namun terkejut apabila pergerakan mereka seakan terkunci.  " Why both of us cannot move ???? ".Mereka berdua meronta dan ianya terlambat apabila perempuan tersebut sudah berdiri dihadapan mereka.

 

Perlahan-lahan perempuan itu mendekat jarak wajahnya kewajah SeHun dan Tao.Peluh mula menitis kedahi mereka.

 

*LuHan hyung*

 

*YiFan hyung~~*.Seru mereka berdua.Tubuh mulai menggigil ditambah dengan kesejukan angin malam.Perkara sebegini terasa begitu ganjil bagi pemuda 'innocent' seperti mereka berdua.

 

"I smell fresh young blood".Perempuan tersebut menunduk sedikit.Matanya terkelip-kelip menampakkan seri wajahnya walaupun dalam kesuraman malam.Tangan lembutnya mulai menyentuh pipi SeHun dan membuatkan bulu romanya menaik tinggi.Dia beralih pula pada Tao yang berdiri kaku tanpa dia kehendaki."Want to have fun tonight?".Bisiknya sebelum menggigit lembut cuping telinga Tao.

 

*I-i ne-ed to p-ee~*.Jeritnya didalam hati sambil memejam mata.Kedua mereka hanya mampu berdoa agar sesuatu keajaiban menyebelahi mereka.

 

Dan doa mereka seakan didengari apabila kedengaran suara YiFan dan LuHan yang melaung-laung memanggil nama SeHun dan Tao ditengah hutan tersebut.Perempuan tersebut merengus kuat apabila mendengarkan suara yang memanggil.Dia memandang wajah SeHun dan Tao,"Kita akan berjumpa lagi tidak lama lagi...".Ujarnya sebelum hilang disebalik kabus putih yang terhasil dari tubuh badannya.

 

Suara tersebut semakin menghampiri kedua mereka.Perempuan tersebut melihatkan keberadaan mereka dari sebalik rimbunan atas pohon.Tersenyum sinis melihatkan kedatangan YiFan dan juga LuHan.Kedua mereka kelihatan aneh apabila mendapati tubuh kedua dongsaeng mereka terkunci dan tidak boleh berganjak sedikitpun.Senyuman galaknya tidak sedikitpun berganjak dari raut wajah manisnya.Dan hanya sekali petik yang keluar dari hujung jarinya,pergerakan SeHun dan Tao pulih semula.

 

"Ini hanyalah salah satu rintangan yang harus kalian lalui..Perjalanan ini masih jauh sebelum kita berjumpa semula...The force's".Tawanya kedengaran sedikit garau sebelum menghilangkan diri disebalik kabus putih.

 

~~~~~~

Sepanjang perjalanan Tao tidak henti-henti menangis akibat apa yang baru sahaja dilalui mereka sebentar tadi."Hyung~i'm not anymore~~".Esak tangis Tao kedengaran.Namun percakapannya menimbulkan gelak tawa YiFan dan juga LuHan.

 

"Tao-ah,kamu nampaknya sudah dewasa bermula dari malam ini".Ujar LuHan turut merujuk kepada SeHun yang sedari tadi masih mendiamkan diri.Masih terkejut dengan kejadian tadi.YiFan dan LuHan sepakat untuk menyimpan tawa bagi untuk mendengarkan penjelasan mereka berdua apabila setibanya ditempat mereka bermalam.

 

Maka dengan itu selepas ini mereka akan lebih berwaspada dengan apa sahaja yang bakal mereka hadapi.

 

~~~*~~~

 

" The journey will be end but soon the battlefield will begin again..."

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
azure_bliss
#1
Tahniah sbb telah direcommend c:

Vrite nih btul2 nmpk interesting. Bookmark activated! c:
sayhershe
#2
Chapter 37: x penah imagine citer yang macam ni... daebak lah author nim... hohoho

*jeles ngn Renata huhu Yi Xing ge~
thelucidream
#3
Chapter 37: All I can say is DAEBAK !!
KayKyuQ
#4
OMGGG SRSLY I LOVE THIS STORYYYYY ! SM RULE ! AUTHOR RULE <3 LOVEEE !
cutegirl99 #5
Chapter 30: wow.... saya sangat suka ff ni...