PERJALANAN MENCARI MEREKA

THE FORCE'S

 " Hyung, sudah tiba masanya untuk kita semua berangkat." suara BaekHyun memberitahu YiXing setelah dia memasuki kamar yang menempatkan Renata di sebuah bilik.

 

" Baiklah...beri hyung masa beberapa minit untuk seketika..." lelaki itu mengangguk lalu meninggalkan YiXing sendirian lagi bersama Renata. Renata sudah beberapa hari tidak menyedarkan diri semenjak berakhirnya peperangan itu yang hampir meragut nyawanya

 

YiXing mengenggam jari jemari gadis tersebut. " Renata, oppa terpaksa pergi .....Abhunim dan imo akan menjaga kamu sepanjang pemergian oppa..." dia mengeluh melihatkan tiada reaksi daripada tubuh gadis itu..." Kamu cepat sedar dan tunggu oppa kembali....." dia mengucup lembut jemari Renata lalu meninggalkan kamar tersebut.

 

" Mana ChanYeol?" tanya JoonMyun yang baru sahaja selesai memasukkan barang-barang keperluan pada kenderaan yang bakal dia naiki sebentar lagi dan tidak melihat kelibat pemuda itu. Mencari 7 penjaga masa memerlukan pengorbanan dan perjalanan mereka menjadi sia-sia sahaja apabila menggunakan kuasa mereka.

 

" Aigoo hyung, kamu seperti tidak tahu akan keberadaan ChanYeol hyung..." ujar Kyung Soo sambil menggeleng kepala.  Mulutnya membuat bentuk ' O ' apabila menyedari.  SeHun dan LuHan sedang sibuk dengan alatan elektronik untuk mencari kedudukan Mesir.

 

ChanYeol memasuki kamar dingin yang menempatkan tubuh Helena yang di baringkan di sebuah keranda ais.

 images?q=tbn:ANd9GcQ1Dmfp7KGPehgSaqAVrEU ( Just think Helena inside the coffin)

Raut wajah Helena seperti sedang tersenyum ke arahnya." Helena----sebagai insan biasa, aku juga mencintaimu..." dia menunduk sedikit lalu mengucup lembut dahi gadis itu dengan linangan air matanya. Setelah lama dia berada di situ, ChanYeol terus meninggalkan tempat tersebut.

 

Ibu bapa Renata, ibu Helena dan Shinee serta Goddess of Lupin terus mengucapkan selamat jalan untuk pemergian  ke-12 anak ' THE FORCE'S ' di  mana misi mereka mencari INFINITE. Yang akan membantu mereka untuk menghidupkan kembali Helena.

 

YiFan dan Tao beredar dengan menunggangi naga hitam milik YiFan manakala yang selainnya menaiki kenderaan milik SeHun dan Luhan. Pada mulanya, JongIn ingin menuju ke Mesir dengan menggunakan kuasanya tetapi di halang oleh Shinee kerana mereka semua tidak di benarkan untuk menggunakan kuasa masing-masing.

 

~~~~~~

Kematian Helena tergiang-giang di dalam mimpi ChanYeol. Seperti pita rakaman yang rosak, ianya bermain-main berulang kali. " He--lena.....tidak----" dalam tidur dia meracau." Helena" untung sahaja dia tidak menjerit terlalu kuat kalau tidak akan mengejutkan mereka yang masih tidur.

 

" ChanYeol-ah, kamu kenapa? Bermimpi buruk ke?"  ChanYeol melihat raut wajah YiXing yang sedang mamai, terjaga mungkin di sebabkan dia menjerit sebentar tadi.

 

" A-ni hyung, kamu tidurlah...saya tak apa-apa..." ujar ChanYeol. YiXing mengangguk lantas dia tidur semula apabila rasa mengantuk mulai membaluti tubuhnya. Lelaki itu cuba untuk tidur lagi tetapi matanya tidak terasa mengantuk lagi. Dia perlahan-lahan keluar tanpa sebarang bunyi untuk mengejutkan hyung ataupun dongsaengnya yang sedang nyenyak tidur.

 

Namun dia tidak menyedari bahawa seseorang daripada mereka tidak melelapkan mata memerhatikan ChanYeol. * Apa yang sedang bermain di minda kamu, Park ChanYeol * 

 

Kedinginan malam tidak ChanYeol endahkan. Dia memandang ke atas langit yang tidak kelihatan sang bulan mahupun bintang. Perasaannya kini sama seperti dada langit, terasa kosong. Dia terus mengeluh. " Apa yang kamu keluhkan..." tanya seseorang membuatkan lelaki itu terbangun dari tempat duduknya, terkejut dengan kemunculan seseorang.

 

" Aishh...hyung, kamu membuatkan saya terperanjat." ChanYeol mengurut dadanya kerana terkejut. Kemudian dia terus memuncungkan bibirnya membuatkan YiFan tertawa kecil. YiFan melihatkan dongsaengnya tampak matang di usia yang masih muda. Kehilangan orang tersayang membuatkan jiwa ChanYeol begitu kental menghadapi sebarang musibah tetapi dia tahu kadang kala ChanYeol juga memerlukan seseorang untuk dia luahkan segala kedukaan yang tersemat di dalam hati.

 

" Apa yang kamu keluhkan sebentar tadi?" tanya YiFan sekali lagi.

 

" Ani...cuma memikirkan tentang hari esok, lusa dan hari yang akan datang..." kening lelaki itu terangkat mendengarkan kata-kata ChanYeol.

 

" Kamu tidak sendirian lagi....kami semua akan membantu kamu sebaik yang mungkin. Percayalah." bahu ChanYeol di tepuk perlahan olehnya.

 

" Hyung, terima kasih..."

 

* Terima kasih kerana menemani dan ingin membantuku... Saya tidak tahu bagaimana untuk mengucapkan rasa terima ksih walaupun dengan hanya kata-kata.* Dia memberikan senyuman yang tulus dari lubuk hatinya.

 

 " Kamu jangan duduk terlalu lama di sini.... Tubuh kamu juga memerlukan rehat yang mencukupi... Perjalanan kita masih lagi panjang..." dia terus bangun dari tempat yang baru sahaja dia duduk." Hyung mengantuklah, selamat malam..." YiFan terus meninggalkan ChanYeol sendirian.

 

 

~~~~~~

Keesokan paginya, hanya YiXing serta KyungSoo yang bangun awal dan sedang sibuk untuk menyediakan sarapan pagi untuk saudara mereka. Suasana pagi itu begitu tenang untuk mereka berdua melakukan kerja apabila kedengaran teriakan JoonMyun.

 

" Biarkan saja, mungkin Myunnie hyung ingin mengejutkan mereka yang masih lagi tidur." YiXing hanya tersenyum menampakkan lesung pipitnya itu lantas meneruskan lagi pekerjaannya.

 

 JoonMyun mencuba untuk membangunkan Kim JongIn yang sedang terlena tidur. " JongIn, BANGUN!!!!" JongIn langsung tidak mengendahkan hyungnya yang berusaha untuk membangunkan dia. Tanpa sebarang kata, tubuhnya di basahi oleh air  dan membuatkan JongIn membuka mata seluasnya.

 

 "  Aishhh, hyung..." marahnya. JoonMyun tersenyum sinis kerana akhirnya JongIn telah pun bangun dengan sedikit bantuan kuasanya.

 

" Lain kali, kamu jangan nak membuta saja....Cepat pergi tukar pakaian...Rasanya kamu sudah tidak perlu lagi mandi..."  di tinggalkan JongIn sendirian.

 

SeHun yang berada di situ hanya ketawa terbahak-bahak kerana melihatkan apa yang baru sahaja terjadi. JongIn memberikan jelingan tajam lalu SeHun terkocoh-kocoh meninggalkan JongIn sendirian dan menuju ke arah hyung kegemarannya.

 

" Kenapa ni?" tanya LuHan. SeHun hanya mengeleng kepalanya.

 

Seusai sahaja mereka semua menikmati sarapan pagi dengan tenang huru-hara apabila Tao dan SeHun bertekak ingin makan pancake terakhir di atas meja namun keduanya langsung tidak dapat kerana JongIn mengambil dahulu pancake tersebut.

 

Mereka semua meneruskan perjalanan sehingga tiba berdekatan dengan sempadan mesir. " Hyung, nampaknya kita semua harus berjalan kaki menuju ke sana." telunjuk BaekHyun menunjuk ke arah hadapan. LuHan memberhentikan kenderaannya di satu tempat dan mereka semua mulai keluar dari kenderaan tersebut sambil membawa beg galas masing-masing.

 

" Bagaimana dengan kenderaan ini...Takkan kita nak biarkan sahaja di sini?" tanya JoonMyun. SeHun tersenyum lantas dia menekan satu butang kecil membuatkan kenderaan tersebut mengecil seperti mainan kecil.

 

" Masalah selesai.." dia memasukkannya ke dalam begnya. Bermulanya perjalanan mereka sehingga di hadapan mereka munculnya satu belukar. 

 

 

Bunga yang di pegang oleh JongDae tiba-tiba sahaja bercahaya terang. Seperti warna pelangi, ianya bersinar untuk sebentar. Cahaya yang mengalir daripda bunga tersebut menuju sebuah batu yang berada di hadapan mereka bersinar juga walaupun hampir di litupi oleh rantaian daun. 

 

 

 

 

MinSeok membersihkan batu tersebut dan ada tulisan bersinar membolehkan mereka membaca manuskrip tersebut. " To use the time, you must search it with your heart not your eyes."

 

Mereka menemui tanda permulaan mereka mencari 7 penjaga masa apabila memahami maksud manuskrip tersebut. " Are you ready???" tanya YiFan pada saudaranya.

 

" Yes"

 

" Here we go..." ke-12 mereka mulai berjalan memasuki ke pintu gerbang ruangan masa dan perlahan-lahan belukar tersebut hilang setelah mereka semua memasuki belukar tersebut menjadi kawasan padang pasir.

 

 

 

 

 

 

 

 

" It's begin...." ujar seorang pemuda melihatkan anak-anak ' THE FORCE'S ' yang telah pergi...

 

 

 

 

~~*~~

  "  Why both of us cannot move ???? "

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
azure_bliss
#1
Tahniah sbb telah direcommend c:

Vrite nih btul2 nmpk interesting. Bookmark activated! c:
sayhershe
#2
Chapter 37: x penah imagine citer yang macam ni... daebak lah author nim... hohoho

*jeles ngn Renata huhu Yi Xing ge~
thelucidream
#3
Chapter 37: All I can say is DAEBAK !!
KayKyuQ
#4
OMGGG SRSLY I LOVE THIS STORYYYYY ! SM RULE ! AUTHOR RULE <3 LOVEEE !
cutegirl99 #5
Chapter 30: wow.... saya sangat suka ff ni...