Kegelisahan Hati

THE FORCE'S

 

Alicante,Spain

 

Malam sudah semakin larut.Saat itu Helena masih berjaga.Dia bersendirian diberanda biliknya.Hatinya gelisah,walau macamana pun dia berusaha memejamkan mata,dia tidak juga mahu terlelap.Fikirannya disaat ini masih bercelaru.Angin malam dingin yang bisa menyerap sehingga ketubuh,tidak mampu mendinginkan hatinya detik ini.

 

Dia menyentuh pipinya.Masih terasa hangat tamparan yang pernah hinggap dipipinya itu.Semerta kata-kata ibunya bermain diminda.

 

 

JAUHI DIRI DARI CINTA

 

Kata-kata itu membekas dihatinya.Dan kata-kata itu membuatkan dirinya menjadi takut.Memang sesungguhnya dia diajari menjadi seorang yang tiada berhati dan membesar menjadi seorang yang kejam.Tetapi dirinya merupakan seorang wanita.Dan jauh disudut hati,dirinya hanya merupakan seorang wanita yang lemah.Walaupun dirinya itu mempunyai kuasa yang gah dan ditakuti oleh semua pengikutnya.

 

“Apakah yang membuatkan tuan puteri Helena bermuram durja?”.Suara seseorang mematikan lamunannya.Helena melepaskan keluhan.Dibelakangnya berdiri seorang dari 5 penjaganya iaitu Nicole.

 

Helena hanya mampu memberikan senyuman hambar.Dia memandang penjaganya sekilas sebelum mengalih pandangannya kembali kearah bulan gerhana yang tersergam indah diatas langit itu.

 

Sebagai salah seorang penjaganya,Nicole mengerti gelora yang sedang melanda dihati tuan puterinya itu.Dan berita yang ingin dibawanya ketika ini pasti akan menyulitkan lagi keadaannya.

 

“Dimanakah yang lainnya?”.Tanya Helena cuba menyembunyikan gelora yang sedang menimpa dihatinya.

 

“GyuRi dan yang lain sedang menghadap tuanku disinggahsana”.Beritahu Nicole.Dan ketika itu Helena tahu,jika penjaganya itu sudah menghadap ayahandanya,pasti dirinya akan diberi suatu tugas.Dan tugas itu merupakan tugas pertamanya setelah dirinya bangkit kembali menjadi orang yang baru.

 

Helena Cho.Dirinya sebelum ini hanya menguasai kuasa ayahnya yang mempunyai kebolehan untuk terbang dan menguasai elemen api,berserta sifat kejam yang dituruni oleh ayahnya.Setelah dirinya dibangkitkan semula,dirinya telah memiliki kuasa yang baru.Kuasa yang sangat hebat sehingga bisa menakutkan semua untuk menatap matanya.Kerana dengan tatapan matanya sahaja,dia bisa membuatkan sesiapa yang menjadi mangsanya menderita dari dalaman.

 

Dirinya bisa saja membinasakan semua.Namun dia takut.Takut jika mangsanya itu merupakan pemuda yang pernah ditemuinya.Pemuda yang telah membuatkannya gagal dalam tugasannya.Dan kerana itu juga dia menerima hukuman dari orang tuanya.Kerana sesungguhnya pemuda itu telah mengusik hatinya.

 

~~*~~

“You such a beautiful creature.And as a person…I love you”.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
azure_bliss
#1
Tahniah sbb telah direcommend c:

Vrite nih btul2 nmpk interesting. Bookmark activated! c:
sayhershe
#2
Chapter 37: x penah imagine citer yang macam ni... daebak lah author nim... hohoho

*jeles ngn Renata huhu Yi Xing ge~
thelucidream
#3
Chapter 37: All I can say is DAEBAK !!
KayKyuQ
#4
OMGGG SRSLY I LOVE THIS STORYYYYY ! SM RULE ! AUTHOR RULE <3 LOVEEE !
cutegirl99 #5
Chapter 30: wow.... saya sangat suka ff ni...