CINTA DAN PERSAHABATAN.....

THE FORCE'S

 

PERGUNUNGAN HIMALAYA, INDIA
 
 
  "Dae-ah, kamu ada nampak YiXing oppa?" tanya Renata pada JongDae.Ketika itu JongDae baru sahaja selesai berlatih hapkido bersama-sama YiXing serta BaekHyun. JongDae mengeleng kepalanya tanda tidak tahu. .
 
  "Mungkin YiXing hyung balik kot" tekanya. Renata memuncungkan bibirnya. Sebenarnya dia ingin mengajak YiXing untuk menikmati pemandangan di kaki gunung tetapi ternyata YiXing telah pulang. 
 
  "Dae, jom kita pergi- oh noona...noona buat apa kat sini?" tanya BaekHyun. Renata memalingkan tubuhnya ke belakang. Dia melihat BaekHyun yang berjalan ke arah Renata dan JongDae sambil memegang sehelai tuala kecil. Renata segera melemparkan senyuman pada BaekHyun. "Noona cari YiXing hyung ke?" Renata mengangguk.
 
  "Dia baru sahaja pulang" 
 
  "Kalau macam itu noona pulang dahulu..." Renata meminta diri. BaekHyun dan JongDae memerhatikan tubuh Renata mulai menghilang daripada pandangan mereka berdua.
 
  Renata segera melajukan langkahnya kerana matahari mulai tenggelam. Dia langsung tidak menyedari bahawa di hadapannya terdapat sebuah lubang besar. Renata terjatuh terjelepuk ke dalam lubang tersebut. "Ouchhhh..." dia mengerang kesakitan. Seluruh pakaiannya habis sahaja kotor kerana terkena tanah yang basah.  Renata cuba untuk mendaki naik ke atas tetapi gagal kerana mungkin hujan baru sahaja berlaku di kawasan tersebut menyebabkan tanah tersebut menjadi lecak dan membuatkan dia susah untuk mendaki.
 
  Berkali-kali dia ingin mendaki tetapi usahanya gagal. Apatah lagi kedua lututnya berdarah. Lengan kanannya sedikit calar. Namun dia langsung tidak mengendahkan kesan lukanya, yang di fikirkan kini bagaimana caranya untuk dia keluar dari lubang tersebut.
 
  YiXing yang sedang memandang ke arah langit dari tingkap biliknya seperti sedang berfikir tetapi entah apa yang dia sedang fikirkan kini. ' Apa perasaan ini.... seperti sesuatu telah terjadi, tapi apa dia ' kelopak matanya terpejam untuk seketika.  Dia melihat burung peliharaannya sedang terbang menuju ke arahnya setelah YiXing membuka matanya.
 
  Burung tersebut hinggap di atas bahu YiXing. " YiXing, Renata berada di dalam kesusahan" mata YiXing membesar mendengar kata-kata burungnya itu. ' Patutlah tadi aku merasa semacam '
 
  " Kat mana?" tanya YiXing pada burungnya itu. Burung tersebut memberitahu bahawa Renata terjatuh di sebuah lubang besar berdekatan dengan tempatnya berlatih. Tergesa-gesa YiXing memasukkan tali ke dalam begnya serta dia tidak lupa untuk membawa alatan kecemasan. 
 
  YiXing menuju ke bangsal keluarganya lantas dia segera menunggang naik ke atas kuda miliknya." Kamu tunjukkan tempat tersebut" ujar YiXing pada burung itu. " Kamu ikut arah burung tersebut pergi" YiXing menepuk sedikit tubuh kudanya. Kudanya mengangguk mengerti mengikuti arahan daripada tuannya itu. 
 
  Renata menjerit meminta pertolongan sekiranya ada yang mendengarnya walaupun dia tahu mungkin itu cuma sia-sia sahaja kerana hari sudah lewat petang. ' Apakah aku akan mati di sini ' air mata Renata mulai merembes membasahi pipinya. " Omma.... appa... YiXing oppa, saya takut" gumamnya sendiri. Dia memeluk kedua lututnya itu.
 
  Penantiannya berakhir apabila dia mendengar bunyi tapak kuda yang menghampiri. Renata bangun dari tempatnya lantas menjerit supaya pemilik kuda tersebut mendengar jeritannya.
 
  YiXing menunggangi kudanya sehingga ke tempat tersebut. Dari kejauhan dia bisa mendengar suara Renata meminta pertolongan.
Dia turun dari kudanya lalu mengikatkan tali kudanya di sebuah pokok. "Renata, kamu di mana?" jeritnya. Mata Renata bersinar kerana ternyata pemilik kuda tersebut ialah YiXing. "Renata" jeritnya lagi.
 
  "Xing oppa....saya kat sini" YiXing yang mendengar jeritan Renata segera memandang sekeliling. Dia segera berlari apabila terlihat sebuah lubang besar di hadapannya.
 
  "Renata...kamu tak apa-apa ke?" cemas sahaja suara YiXing. Lubang tersebut amat dalam, kemungkinan sepanjang 15 cm . Renata mengeleng kepalanya walaupun sedar mungkin YiXing tidak dapat melihatnya. " Kamu tunggu sebentar, oppa pasti akan selamatkan kamu." YiXing mengeluarkan tali dari begnya lantas dia mengikatkan tali tersebut pada sebatang pokok yang berdekatan. Setelah dia yakin dengan ikatannya, YiXing melontarkan tali tersebut ke bawah.
 
  " Kamu pegang tali tersebut " Renata mengikuti kata-kata YiXing. YiXing menarik tali tersebut dari atas. Perlahan-lahan tubuh Renata mulai terangkat dari tanah. Segera YiXing memberi tangannya pada Renata. Tangannya di sambut oleh Renata. Tubuh Renata terhempap pada tubuh YiXing setelah dia berhasil keluar atas pertolongan lelaki itu. 
 
  Wajah YiXing mulai kemerahan kerana Renata berada di atasnya kini. Dia dapat merasai deruan nafas gadis itu. Renata mulai menyedari posisinya lantas tergesa-gesa dia bangun. YiXing berdehem kerana merasa kekok. Sejujurnya dia sentiasa merasa segan apabila berdepan dengan gadis itu.
 
  YiXing terlihat bahagian lengan Renata sedikit tercalar lantas dia memegang pergelangan tangan Renata. "Lengan kamu terluka.." YiXing segera mengeluarkan peti kecemasan dari beg sandangnya. Sekejap sahaja lukanya di rawat oleh YiXing. "Lutut kamu juga tercedera." perlahan sahaja suara YiXing apabila melihat skirt Renata ada kesan darah. 
 
  Perlahan-lahan YiXing membersihkan luka Renata. Renata menahan kesakitan apabila YiXing merawatnya. Hati YiXing merasa sayu apabila melihat wajah Renata yang cuba untuk menahan kesakitan. " Oppa, bagaiman oppa tahu saya berada di sini?" tanya Renata membuatkan YiXing terdiam. YiXing tidak menjawab pertanyaan Renata. 'Jangan risau...sebentar lagi luka tersebut akan hilang' Bisiknya memandang wajah Renata.
 
  Tidak sampai sepuluh minit kemudian YiXing telah siap membaluti luka Renata." Ayuh kita pulang" ujar YiXing memasukkan kembali peti kecemasan ke dalam begnya. Rena mulai bangun dan ingin berjalan tetapi di sebabkan lututnya yang tercedera, dia tidak dapat berjalan.
 
  YiXing segera mencempung tubuh gadis itu. Malu apabila YiXing berbuat sedemikian. Dia merasakan jantungnya berdegup dengan kencang sekali. Dia yakin YiXing pasti terlihat wajahnya yang telah kemerahan. YiXing dengan lembutnya meletakkan Renata di atas tempat duduk kudanya.
 
  YiXing naik ke atas kudanya setelah dia membuka tali kudanya. Tubuhnya dengan Renata begitu dekat sekali. Sepanjang perjalanan mereka berdua hanya mendiamkan diri. YiXing dapat merasakan degupan jantung Renata yang sedang berdegup dengan kencang sekali dan dia yakin Renata tentu dapat mendengar degupan jantungnya.
 
  Kuda YiXing berhenti di perkarangan rumah Renata. YiXing segera turun lantas dengan perlahannya dia membantu Renata turun dari kuda tersebut. YiXing mencempung Renata lagi sehingga ke bilik gadis itu. Dia membaringkan Renata ke katilnya. " Oppa, kumao" YiXing hanya tersenyum apabila mendengar kata-kata tersebut dari bibir Renata. 
 
  " Oppa akan sentiasa selamatkan kamu sekiranya kamu berada di dalam kesusahan." ujar YiXing sambil meramas lembut rambut Renata. Sebelum YiXing beredar dari bilik Renata sempat dia membelek luka di kaki Renata. Tanpa Renata sedari YiXing menggunakan kuasanya lantas menyembuhkan kaki gadis itu.
 
  Renata memerhatikan YiXing yang semakin hilang. Dia ingin membersihkan diri apabila melihat keadaannya yang sedikit kotor. Renata merasa bingung kerana dia merasakan kakinya tidak sakit lagi apabila dia ingin menuju ke bilik air. Dia beranggapan mungkin ubat yang YiXing sapukan pada lututnya amat mujarab.
 
  YiXing menghempaskan tubuhnya di katil setibanya dia di biliknya. Matanya memandang ke atas siling biliknya. Dia masih lagi terbayangkan wajah Renata walaupun baru sahaja dia bertemu dengan gadis itu. Apakah perasaan ini, apabila aku bersamanya hatiku sentiasa berdegup dengan kencang sekali, dia mengeluh perlahan.
 
~~~~~
 
  BaekHyun dan JongDae bermain-main di air terjun yang terletak di hutan. Mereka selalu bermandi manda di air terjun tersebut setelah hampir seharian berlatih seni mempertahankan diri daripada orang tua masing-masing. Manakala YiXing menemani Renata yang hanya memerhatikan BaekHyun dan JongDae. "Oppa, kamu pun pergilah mandi bersama mereka" YiXing hanya mengeleng kepala.
Dia lebih suka untuk menemani Renata berbanding untuk mandi.
 
  BaekHyun dan JongDae yang melihatkan hyung mereka hanya duduk tetapi tidak mandi bersama langsung membuat rancangan untuk mengenakan hyungnya itu. Mereka berdua menyorok dari belakang pokok lantas berbisik antara satu sama lain bagaimana untuk membuat YiXing masuk ke dalam air.
 
 1
 
 2
 
 3
 
 BaekHyun dan JongDae segera menerpa di hadapan YiXing dan Renata sehingga membuatkan mereka berdua terkejut. YiXing terkejut lantas dia bangun untuk memarahi dongsaengnya tetapi tiba-tiba JongDae memegang kedua kaki YiXing manakala BaekHyun memegang kedua lengan YiXing. "Yah, Hajima! Hajima!" jerit YiXing.
 
  Terbahak-bahak JongDae dan BaekHyun apabila melihat tubuh YiXing yang telah pun basah. Renata turut ketawa. Dia mengeleng kepala apabila melihat YiXing mulai mengejar JongDae dan BaekHyun. JongDae dan baekHyun segera cabut lari melihatkan YiXing yang ingin membalas dendam.'
 
  Termengah-mengah YiXing dibuatnya selepas dia cuba mengejar JongDae dan BaekHyun. Namun mereka berdua seperti lipas kudung, laju sahaja berlari sehingga tidak nampak bayang pun. Akhirnya dia berhenti ingin mengejar JongDae dan BaekHyun lalu dia kembali lagi ke tempat air terjun.
 
  YiXing dan Renata segera mengemaskan barang-barang yang dibawa untuk pulang setelah JongDae dan BaekHyun masih tidak kelihatan, mungkin takut YiXing akan menghukum mereka berdua. Mereka berdua tidak menuju untuk pulang tetapi YiXing membawa Renata sehingga ke satu tempat.
 
 " Wahh....cantiknya tempat ini" YiXing gembira melihat Renata tersenyum. Renata segera memetik bunga liar yang sedang berkembang mekar lalu dia menghidu kewangian bunga tersebut. Jantung YiXing berdengup dengan kencang sekali, dia menyentuh dadanya itu. Bagaikan berirama kini.
 
  " Oppa, sudah lama saya tidak mendengar nyanyian oppa....boleh tak kalau oppa nyanyikan sebuah lagu" pinta Renata. YiXing segera mengajak gadis itu duduk bersebelahannya. Untung dia membawa gitarnya maka dapatlah dia menyanyikan sebuah lagu untuk gadis itu.
 
  Suara YiXing oppa begitu indah lebih indah daripada sinaran matahari, lebih indah daripada bunga-bunga yang berkembang indah lebih indah daripada bulan purnama , fikir Renata. 
 
  "Renata..." terkebil-kebil Renata memandang YiXing, tidak sedar bila lelaki itu telah berhenti menyanyi. "O-oppa, ingin memberitahu....kamu sesuatu" YiXing memarahi dirinya sendiri apabila tergagap-gagap untuk berbicara dengan gadis itu. " Oppa sukakan kamu...." laju sahaja suara YiXing memberitahu.
 
  "Saya juga" malu sahaja suara Renata memberitahu. Betapa gembiranya YiXing apabila ternyata cintanya tidak bertepuk sebelah tangan. Dia memegang tangan Renata dengan lembutnya.
 
  " My heart is yours now " YiXing meletakkan tangan Renata didada kirinya. Renata dapat mendengar degupan jantung YiXing yang kini hanya berdegup untuk dirinya. Bahagia menyelubungi mereka berdua, tanpa mereka sedari ada seseorang yang sedang memerhatikan mereka berdua.
 
  " Kebahagiaan kalian berdua tidak akan kekal lama" ujarnya lantas lenyap seperti kepulan asap.
 
~~*~~
 
  " You know that I have no choice but to do this
 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
azure_bliss
#1
Tahniah sbb telah direcommend c:

Vrite nih btul2 nmpk interesting. Bookmark activated! c:
sayhershe
#2
Chapter 37: x penah imagine citer yang macam ni... daebak lah author nim... hohoho

*jeles ngn Renata huhu Yi Xing ge~
thelucidream
#3
Chapter 37: All I can say is DAEBAK !!
KayKyuQ
#4
OMGGG SRSLY I LOVE THIS STORYYYYY ! SM RULE ! AUTHOR RULE <3 LOVEEE !
cutegirl99 #5
Chapter 30: wow.... saya sangat suka ff ni...