Pertemuan Terakhir

THE FORCE'S

Qingdao,China

 

Pernyataan Tao sebentar tadi begitu menghampakan buat ketiga-tiga mereka.Namun jika itu merupakan keputusannya,sudah tiada apa-apa lagi yang bisa dilakukan oleh mereka dan mereka harus menerimanya dengan lapang dada.

Bersama keluhan,mereka mula bangun dan ingin beredar.YiFan merupakan orang yang terakhir bangun dari tempat duduknya."Tao,sekiranya kamu mengubah fikiran..ingatlah bahawa kita semua bersaudara.Dan kami sentiasa ada untuk kamu".Ujar YiFan menepuk lembut bahu Tao yang kemudiannya mengangguk mengerti.

Tao memerhatikan Kris yang mula ingin beredar dan membetulkan beg dibahunya.Namun ketika ini,ada sesuatu yang menarik perhatian Tao.Matanya sedikit membesar dan mula bercahaya apabila melihatkan beg yang tersandang dibahu YiFan dan sekaligus mengundang pertanyaan apabila Yifan yang mula perasaan akan pandangan Tao terhadap begnya.

"Oh my..Is that a 'GUCCI'??".Tunjuknya dibahu YiFan dengan teruja.Langsung hilang sifatnya yang kelihatan seperti (A/N: ermm..what to say,wajah dia yang kelihatan seperti ninja tuu o_O)

Berkerut dahi YiFan dibuatnya."What you mean...this?".Ditayangkan beg tersebut dihadapan Tao lantas matanya bersinar-sinar apabila beg itu yang sengaja dilayang-layangkan dihadapan wajahnya.

"Wah~it's a new design".Mata Tao tidak berganjak dari menatap beg tersebut."Kamu tahu tak,selama ni saya menyimpan duit untuk beli beg ni *mengeluh* tapi walaupun seumur hidup saya bekerja,belum tentu saya akan dapat beli".Bibir Tao memuncung.

JongIn dan MinSeok saling berpandangan akan tingkah Tao sebelum tertawa kecil.Menyedari sesuatu,JongIn segera menepuk lembut bahu YiFan daripada belakang."Hyung,i think he's a GUCCI mania".Bisik JongIn.Apabila menyedari,senyuman mula terukir dibibir YiFan dan dia masih tidak berhenti dari melayang-layangkan beg tersebut dihadapan Tao.Mindanya terfikir sesuatu dan semerta dia tersenyum sinis.

"I can give this to you.......for free".Tao memandang wajah YiFan dengan bercahaya.

"R-really?".Tao membuat muka comelnya.Matanya bersinar-sinar persis seekor puppy.

"E-hmm".YiFan mengangguk dan sepantas kilat Tao ingin mengambil beg tersebut daripada pegangan YiFan namun sepantas itu juga YiFan menariknya jauh dari jangkauan Tao."But with one condition".

Tao memuncung."What is it?".Tanyanya.YiFan tersenyum sinis.

"You must agree to follow us".

"I'll come".Tanpa berfikir Tao lantas bersetuju.

MinSeok dan JongIn yang mendengarnya saling bertepuk tangan antara satu sama lain akibat kegembiraan.YiFan pula sudah tersenyum kemenangan."This is yours now".Dihulurkan beg 'GUCCI' yang diidamkan Tao itu.Tao menyambutnya dengan gembira sekali.Dibeleknya beg yang kini sudah menjadi miliknya.

Mereka bertiga melihat gelagat Tao yang masih ralit membelek begnya.Mereka menarik nafas lega.Ternyata usaha mereka tidak sia-sia.Dan semangat untuk meneruskan lagi perjalanan semakin berkobar-kobar.Bagi menghapuskan kejahatan yang bisa membinasakan dunia itu.

 

Alicante,Spain

 

Dengan perasaan bercampur baur,Helena mengatur langkah menuju keruangan singgahsana bagi menghadap bonda dan ayahandanya.KyuHyun dan isterinya yang sedang bersemayam disinggahsana tersenyum akan kedatangan puteri tunggal mereka.

Helena segera menunduk hormat dihadapan orangtuanya.KyuHyun segera bangun dan muncul semula didepan Helena."Kamu telah melaksanakan tugas kamu dengan baik sekali anakku".Ujar KyuHyun menimbulkan senyum disebalik topeng yang menyembunyikan wajah Helena.Setelah dia berjaya menculik Renata tempoh hari,Helena bisa menarik nafas lega.

Pintu ruangan singgahsana kemudiannya terbuka.Kelima-lima penjaga istana menarik masuk penjara besi dan menuju kedalam.Dan apa yang menarik perhatian Helena ketika ini apabila dia melihatkan tubuh Renata yang dipasung didalam penjara besi itu.

Tubuh gadis itu kelihatan tidak bermaya.Helena tersenyum sinis apabila Nu'est yang mempersembahkan Renata dihadapannya.Dia berjalan mengelilingi penjara besi itu sambil memeluk tubuh.Melihat Renata yang masih tidak menyedarkan diri.KyuHyun dan SeoHyun hanya memerhati dari singgahsana.

Perlahan-lahan mata Renata yang sebentar tadi tertutup rapat mulai terbuka.Dia melihatkan Helena yang sedang memandangnya tajam.Semerta Renata meronta dan bertindak ingin melepaskan diri.Namun malang baginya kerana tangannya yang telah digari.

"L-lepaskan saya!!saya ingin pulang!".Teriak Renata.Dia masih berusaha untuk melepaskan diri.Dengan kudratnya yang masih ada,angin bertiup mulai muncul dan menghasilkan puting beliung yang semakin membesar.

"Apa yang kamu lakukan tidak bakal menghasilkan apa-apa.Lebih baik kamu hentikan sahaja".Ujar Helena.Namun semakin kuat tiupan angin itu dihasilkan oleh Renata.

Helena mula berasa marah akan tingkah Renata dan berniat untuk menggunakan kuasa mindanya bagi membinasakan Renata.Dan sejauh mana dia mencuba,ianya tidak berhasil dan dia terlupa bahawa Renata sebenarnya imun terhadap kuasanya."DAMN".Marahnya dan menepuk kasar penjara besi tersebut dan sekaligus menghasilkan gema diseluruh ruangan istana.

"AHJUSHI".Teriak Helena kemudiannya memanggil seseorang.Munculnya seorang lelaki yang berusia pertengahan tahun berjalan masuk keruangan itu.Renata terhenti dari tingkahnya.Dan ribut yang dihasilkannya sebentar tadi perlahan-lahan hilang.Terkejut dirinya melihatkan lelaki yang baru tiba itu.

"A-ahbuji".Terketar-ketar suara Renata.Airmata mula mengalir membasahi pipinya.Lelaki itu....dia kenal sekali.Meskipun seumur hidupnya tidak pernah bertemu dengan ayahnya,namun lelaki yang sedang berdiri dihadapannya kini memang mirip sekali dengan wajah lelaki didalam gambar bersama ibunya.

Helena sudah tersenyum sinis melihatkan airmata yang sudah merembes jatuh kepipi Renata apabila lelaki itu yang tidak memberikan apa-apa respon.Masih berdiri kaku .Mata hitamnya tidak kelihatan dan dirinya seperti sebuah patung yang tidak bernyawa.

Secara tiba-tiba suasana disitu dipecahkan oleh hilaian tawa Helena.Dia memandang sinis terhadap Renata."Ya,dia merupakan ayah kamu .Dan selama ini dia masih hidup".Penjelasannya.Dan sememangnya KiBum tidak pernah mati.KyuHyun tidak membunuhnya.Dia membawa KiBum dan membutakan hatinya.Dan meskipun dia masih hidup,namun KiBum hidup seperti bangkai yang tidak bernyawa dan seperti hamba abdi mengikuti telunjuknya sahaja.

Mata Renata mula membara dengan api kemarahan saat mendengarnya.Dia merentap keras gari ditangannya walaupun tidak berhasil.Renata sudah berubah seperti orang yang histeria."Ka-kamu semua takkan terlepas.Saya yakin bahawa YiXing oppa dan yang lainnya akan datang selamatkan saya dan hapuskan kalian semua!!".Teriaknya.

Mendengarkan kata-kata Renata,hati Helena mula terasa bagaikan disentap.Dalam pada itu dia berasa cemburu bilamana Renata menyatakan bahawa ada seseorang yang bakal menyelamatkannya.Dan sekaligus menimbulkan kemarahan gadis bertopeng itu.

~~~*~~~

'Kamu harus hapuskan dia Helena.Jangan kamu menjadi lemah hanya kerana cinta'.Suara ibunya bergema diminda.

 

Hatinya sedang berperang.Melihat kearah wajah tenang pemuda yang sedang lena itu.Kuku panjangnya sudah bersedia untuk mencengkam keras leher pemuda itu pada bila-bila masa sahaja.

Ditahan perasaannya.Namun matanya semakin mulai berkaca.Dan sepantas itu air jernihnya menitis dan mengalir jatuh mengenai wajah lelaki itu.Helena tersentak apabila menyedari tubuh lelaki itu yang mulai bergerak.

 

ChanYeol terjaga dari tidurnya apabila terasa ada air dingin yang jatuh diwajahnya.Tergamam dia apabila menyedari ada kelibat seseorang yang kelam kabut keluar dari kamarnya.

Dia bingkas bangun dan mengejar kelibatnya sehingga keluar rumah."T-tunggu...".Laung ChanYeol yang masih mencari nafas.Langkah Helena terhenti apabila mendengarkan suara ChanYeol.Dia sudah tidak dapat untuk melarikan diri apabila mendengarkan derapan kaki yang semakin mendekatinya."Si-siapakah kamu?".Tanya ChanYeol,teragak-agak mendekati.

Helena segera menanggalkan topeng yang menutupi wajahnya.Tiada pilihan lain,dahulu ChanYeol sudah pernah melihat wajahnya.Dan tidak ingin sekiranya suatu hari nanti jika mereka bertemu lagi,tangannya sendiri yang akan membunuh lelaki itu.

Secara perlahan Helena berpaling dan menunjukkan rupanya untuk kedua kali terhadap lelaki itu.ChanYeol hanya tergamam melihatkan gadis dihadapannya.Helena memberikan senyuman manisnya."Terima kasih kerana telah menyelamatkan saya...wahai pemuda".Ucap Helena dan memandang kebawah.Tidak berani untuk menatap wajah pemuda itu dan melihatkan matanya yang sedang berkaca.

"ChanYeol...Park ChanYeol".Beritahu ChanYeol sambil tersenyum."Siapakah nama kamu?".Tiada suara.Ketika ini Helena hanya mampu mendiamkan diri.Dan kemudiannya berpaling semula.

ChanYeol segera berlari ingin mendapatkan Helena apabila menyedari dia ingin berganjak daripada situ.Apabila semakin dekat tangan Helena segera diraih.Langkah Helena terhenti,dan secara tiba-tiba tubuhnya dipaut daripada belakang.ChanYeol mendakapnya erat.

Ketika ini Helena dapat merasakan degupan jantung ChanYeol turut sama dengannya.Berdegup dengan kencang dan terasa seperti nafas terhenti buat seketika."Who ever you are...Please stay".Ujar ChanYeol perlahan.

Selama ini,ChanYeol menyimpan perasaan rindu terhadap Helena.Semenjak kejadian malam itu,ChanYeol sentiasa mencari Helena dan menantikan kedatangannya.Dan dengan kesempatan ini,dia tidak ingin melepaskan Helena lagi.

Helena menarik nafasnya.Ditahan airmatanya supaya tidak jatuh.Dia memegang tangan ChanYeol yang melingkari bahunya.Dilepaskan pegangan tangan ChanYeol dan berhadapan dengannya semula.Helena hanya mampu menguntumkan senyuman saat anak mata mereka bertemu.ChanYeol mengelus perlahan pipi Helena dan tersenyum memandangnya.

Secara perlahan-lahan matanya semakin memberat.ChanYeol mulai rebah dipangkuan Helena."I'm sorry..We never meant to be together".Ucap Helena dengan sayu.

Perlahan-lahan Helena membaringkan tubuh ChanYeol ketanah.Dan tanpa sesiapapun mengetahui bahawa Helena telah menggunakan kuasa mindanya untuk menidurkan ChanYeol.Helena menatap wajah ChanYeol buat terakhir kalinya.Dengan perasaan yang berkecamuk,tubuhnya mulai hilang daripada situ.

~~~*~~~

Pernyataan Renata sebentar tadi begitu menyakitkan buat Helena.Bukan kerana dirinya berasa takut.Namun mengenangkan percintaan antara Renata dan juga YiXing membuatkan dirinya dilanda api cemburu.Apa salahnya apabila dirinya mencintai seseorang?kenapa dirinya dihalang untuk bercinta?

Hatinya berasa sakit apabila mengenangkan itu.Maka hatinya menjadi semakin membara untuk memisahkan mereka.Kini hasratnya untuk menculik Renata bukan kerana kehendak ayahandanya semata-mata.Helena mula memberikan isyarat terhadap KiBum yang masih berdiri kaku.Dan seperti lembu dicucuk hidung,KiBum mula berganjak dan mendekati Renata.

Renata menatap wajah KiBum.Sedih hatinya melihatkan keadaan ayahnya.Ingin saja dia memeluk tubuh ayahnya itu ketika ini.Namun yang mengharukannya,ayahnya itu seperti tidak mengenali dirinya.Malahan memandangnya dengan pandangan yang agak menakutkan.

Seketika kemudian munculnya pantulan yang datang daripada cermin yang tergantung didinding hadapan Renata.Pantulan cahaya tersebut begitu menyakitkan matanya.Mulut KiBum mulai terkumat-kamit.Helena tersenyum sinis apabila menyaksikan kejadian didepan matanya.

Jeritan Renata yang sedang mengerang kesakitan bergema diseluruh ruang itu apabila roh baiknya yang sedang dihisab oleh KiBum.Kesakitannya ketika ini seperti sahaja nyawanya ingin dicabut keluar dari tubuhnya.Dia bergelut dengan rohnya sendiri yang ingin keluar daripada tubuhnya.Roh jahatnya pula berusaha untuk menakluki hati Renata.

KiBum yang masih terkumat-kamit berjaya menarik roh baik Renata dan jeritan mulai keluar daripada cahaya putih itu  sekaligus cahaya yang datang daripada pantulan cermin tersebut menyedut roh baik Renata dan menguncinya dari dalam.Sejurus itu juga tubuh KiBum terjelupuk jatuh kelantai akibat kuasa yang dikeluarkan Renata terlalu kuat dan melemahkan anggota badannya.

Semua yang berada diruangan itu menyaksikan kejadian tersebut.Dan kini Renata yang masih hidup,bagaikan patung yang tidak bernyawa dan tubuhnya hanya ditakluki oleh roh jahatnya.Ianya adalah kunci kepada dunia kejahatan apabila usianya telah genap 21 tahun.Dan masa yang akan memberitahu segala-galanya.

 

~~~*~~~

"In this world,there have two type of person.Whether the good or bad one...It depends to your heart,which one you're going to be".

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
azure_bliss
#1
Tahniah sbb telah direcommend c:

Vrite nih btul2 nmpk interesting. Bookmark activated! c:
sayhershe
#2
Chapter 37: x penah imagine citer yang macam ni... daebak lah author nim... hohoho

*jeles ngn Renata huhu Yi Xing ge~
thelucidream
#3
Chapter 37: All I can say is DAEBAK !!
KayKyuQ
#4
OMGGG SRSLY I LOVE THIS STORYYYYY ! SM RULE ! AUTHOR RULE <3 LOVEEE !
cutegirl99 #5
Chapter 30: wow.... saya sangat suka ff ni...