Jejaka Yang Tampan

THE FORCE'S

 

Kuala Lumpur,Malaysia

 

Bunyi jam loceng yang bingit mengejutkan SeHun yang sedang lena tidur.Perlahan dia membuka kelopak matanya yang tadi tertutup rapat.Terkelip-kelip matanya seketika apabila mengenai sinaran pagi yang memancar dari tingkap biliknya.Pemuda itu memandang sekitar biliknya yang berselerakan.Seluruh pakaian berada diatas lantai,barang-barang dibiliknya pula bertaburan.Dia menggaru kepalanya akibat merasa aneh.Walhal malam tadi biliknya sangat kemas dan rapi.

 

“Mungkin saja angin sangat kuat malam tadi”.Fikirnya tidak mahu memanjangkan cerita.Lagipula tidak perlu dirisaunya.Kerana sebentar nanti,orang gajinya pasti akan mengemas biliknya itu.Tanpa membuang masa,dia mencapai tuala dan segera menuju kebilik air untuk menyegarkan diri.

 

~~~~~~

 

Sehabisnya kelas,SeHun bergegas keluar menuju keperkarangan kolej.Setibanya dia disana,dia melihat terdapat ramai pelajar baik lelaki mahupun perempuan semuanya mengerumuni tempat parking kereta.Apabila dia turut berjalan menghampiri mereka,SeHun juga turut mendapat perhatian yang sama apabila tadinya hanya rakan-rakan sekelasnya yang mengikuti langkahnya sejak tadi,kini para-para pelajar melihat jejak langkahnya pula menghampiri seorang pemuda yang sedang bersandar dipintu sebuah kereta mewah.

 

Pemuda yang dimaksudkan kelihatan segak memakai pakaian serba putih dengan tersarung jacket berwarna hitam.Sekaligus menyerlahkan kulit cerahnya.Apabila menyedari orang yang dinantinya sudah kelihatan,bibirnya segera terukir senyuman.

 

“LuHan hyung”.SeHun menyapa riang.Dia berlari anak menghampiri LuHan.”Dah lama tunggu?”.Tanyanya apabila dia berdiri dihadapan LuHan.LuHan mengangguk tanda menjawab soalannya.”Hyung dah habis kelas hampir setengah jam yang lalu”.Beritahunya sebelum mula membuka pintu tempat duduk pemandu dan memboloskan diri kedalamnya.SeHun turut mengikuti jejak LuHan.

 

“So,lepas ni ada pape plan tak?”.Tanya SeHun dengan teruja.Sememangnya,LuHan memang bercadang untuk menghabiskan masa petangnya bersama SeHun.

 

2 pemuda itu sememangnya rapat.Walaupun mereka bukannya adik-beradik kandung,namun LuHan menganggap SeHun seperti adiknya sendiri.Lagipula mereka berdua dibesarkan dinegara orang,jadi mereka sering bergantung sesama sendiri.

 

~~~~~~

 

SeHun tersenyum puas hati apabila dia berjaya menjatuhkan kesemua pin.Gadis-gadis yang memerhatikan mereka semuanya bersorak.Itulah mereka,wajah tampan yang dimiliki mereka berdua sememangnya sering mendapat perhatian ramai walau kemana sahaja mereka pergi.

 

Kini tiba pula giliran LuHan untuk membaling.Dia sudah mencari bola yang sesuai dan bersedia untuk bermain dengan berjalan kedalam barisan.

 

“Hyung,hwaiting!!”.Jerit SeHun dari belakang.LuHan menoleh seketika dan menguntumkan senyumannya buat SeHun sebelum ingin menumpukan perhatiannya semula.

 

 

BUKKK!!

 

 

Semua mata teralih pada gadis yang sedang mengerang kesakitan yang berdiri tidak jauh dari barisan LuHan.Ternyata bola yang dipegangnya terjatuh kekakinya akibat ralit memandang 2 pemuda yang kacak itu.Sementara LuHan dan SeHun sedang menahan tawa kerana merasa lucu.

 

 

“Seriously..Hyung belum pun dapat jatuhkan semua pin tapi dah dapat perhatian semua”.Se Hun masih ketawa mengingatkan kejadian tadi.Sewaktu itu,mereka berdua berjalan keluar dari pusat boling yang dikunjungi.LuHan turut sama ketawa sebelum mengangkat kedua-dua bahunya.

 

Mereka menyedari,setiap kali mereka berada dikolej ataupun berada diluar,mereka pasti akan ditimpa peristiwa yang melucukan.Masakan tidak,setiap kali gadis yang melihat mereka berdua buat pertama kali,setiap kali juga mereka akan ketawa melihatkan reaksi gadis-gadis yang ditemu mereka.

 

“Lepas ni nak pergi mana?”.Tanya LuHan setelah ketawa mereka reda.SeHun berfikir seketika.”Bubble tea pleasee?”.Ajak SeHun sambil memegang kedua-dua tangan hyungnya penuh berharap.Sementara LuHan terangkat keningnya mendengar permintaan SeHun.

 

“That drink again?Aigoo..SeHun,boleh tak kita tukar menu lain?”.Keluh LuHan sambil menggaru lehernya yang tidak gatal.SeHun menggeleng-gelengkan kepalanya.”Nope.I want bubble tea.My chocolate bubble tea juga”.SeHun mula menghentak kedua-dua kakinya dengan manja(dari seorang pemuda yang kacak bergaya menjadi seorang budak yang comel)

 

‘Aishh this kid’.LuHan mengeluh didalam hati.”Hyung,pweease..BUING BUING”.SeHun menggunakan senjata akhirnya sebelum mendengarkan LuHan yang melepaskan keluhan panjang.”Arasseo”.

 

~~~~~~

 

“Give me one chocolate and taro milk tea please”.Pinta SeHun dengan menyimpulkan senyuman dan eyesmilenya kepada cashier tersebut.Seperti dijangka,cashier tersebut berasa gementar saat melayan SeHun.

 

“Erg-gh this i-is your d-drink..”.Gadis itu terketar-ketar menghulurkan kepada SeHun.Sementara SeHun memerhatikan raut wajah cashier tersebut dengan dekat.”Hey,your nose bleeding”.Spontan gadis itu menyentuh hidungnya dan merasa ada cecair yang mengalir keluar.Teman-teman sekerja gadis itu mula menerpanya.Mereka kemudiannya terpesona melihat SeHun yang mula ingin mendapatkan LuHan.

 

“See,you make them fainted because of your hotness”.LuHan berkata sebelum ingin menolak kerusi yang ingin diduduki SeHun,namun kerusi itu tidak perlu ditolak apabila ianya bergerak kebelakang dengan sendirinya sebelum disentuh oleh LuHan.”Huh?”.Dia memandang wajah SeHun sebelum SeHun mula duduk dan menghulurkan minuman kepadanya.’Aishh,maybe it’s just my imagination’.LuHan menggaru kepalanya yang tidak gatal.

 

~~~~~~

 

Mereka berdua pulang dengan riang.Seharian menghabiskan masa petang bersama memang cukup menyeronokkan.Apabila tibanya dirumah,mereka berdua disapa oleh DongHae dan juga Henry  sebelum mereka meluru kebilik masing-masing.

 

Dong Hae dan juga Henry tersenyum melihat anak-anak mereka yang tersenyum gembira.Mereka bersyukur kerana hidup mereka sekeluarga rukun sepanjang berada disana.Namun didalam hati mereka tersimpan kerisauan yang mendalam.Ianya satu rahsia yang telah lama mereka pendam.

 

 

~~*~~

 

"Why do you even care?they is nothing,but a stranger to you"

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
azure_bliss
#1
Tahniah sbb telah direcommend c:

Vrite nih btul2 nmpk interesting. Bookmark activated! c:
sayhershe
#2
Chapter 37: x penah imagine citer yang macam ni... daebak lah author nim... hohoho

*jeles ngn Renata huhu Yi Xing ge~
thelucidream
#3
Chapter 37: All I can say is DAEBAK !!
KayKyuQ
#4
OMGGG SRSLY I LOVE THIS STORYYYYY ! SM RULE ! AUTHOR RULE <3 LOVEEE !
cutegirl99 #5
Chapter 30: wow.... saya sangat suka ff ni...