SEGALANYA TELAH BERAKHIR

THE FORCE'S

 

Mereka semua benar-benar terkejut dengan kehadiran JoonMyun dan KyungSoo.  Masakan tidak, semuanya menyangkakan JoonMyun dan KyungSoo telah meninggal dunia dan secara tiba-tiba mereka berdua muncul di hadapan mereka semua.

 

" JoonMyun hyung"

 

" KyungSoo"

 

Jerit kesemua mereka dengan wajah yang tergamam itulah yang terpamer di raut wajah mereka semua. JoonMyun melihat ada seorang pemuda berambut perang yang tidak dia kenali ingin menyerang hendap JongDae, terus sahaja dia menggunakan kuasanya dan gelombang air yang deras mengenai pemuda di belakang JongDae.

 

Tubuh pemuda tersebut terus terhempas mengenai dinding istana. Keadaan Renata juga sama seperti pemuda tersebut. "Hyung, jangan serang mereka lagi." tegah SeHun apabila JoonMyun ingin menyerang pemuda itu lagi. 

 

" Kenapa? Bukankah mereka musuh kita." tanya KyungSoo.

 

" Just don't kill or hurt them.." desis LuHan sambil sibuk mempertahankan diri apabila melihatkan pendinding yang di wujudkannya mulai retak. " Hyung, your turn..." jeritnya pada MinSeok.

 

" JoonMyun, boleh tak kamu buat gelombang air yang kuat supaya mengelilingi mereka." JoonMyun membuat signal 'ok' dan kemudiannya kedua belah tangannya bergerak-gerak perlahan tetapi dengan lembut dan mewujudkan gelmobang air. 

 

SPLASSH.....

 

Gelombang air tersebut mulai mengelilingi 6 pemuda tersebut. Gelombang tersebut terlalu kuat apatah lagi dengan kuasa angin yang dikeluarkan oleh SeHun membuatkan ianya sukar untuk di bolosi oleh mereka. Lelaki yang paling rendah antara mereka menggunakan kakinya untuk menendang gelombang tersebut tetapi dengan bantuan LuHan yang menjadikan gelombang tersebut seperti dinding menyukarkan pergerakan mereka semua.

 

MinSeok terus menggunakan kusanya lalu gelombang tersebut bertukar menjadi bekuan ais. Walaupun keenam-enam pemuda tersebut mencuba untuk menghancurkan bekuan ais itu namun dengan gabungan daripada kuasa JoonMyun, MinSeok, SeHun dan LuHan mereka benar-benar tidak dapat  hancurkan seolah-olah bekuan ais itu akan kekal di situ.

 

" Kalian...saya telah menemui caranya bagaimana untuk menyelamatkan Renata dan itu memerlukan bantuan kamu YiXing dan juga BaekHyun." 

 

~~~~~~
 

TIDAK!!!!! KyuHyun tidak mungkin akan mati di tangan pemuda itu. Dia benar-benar tidak mempercayai bahawa KyuHyun akan tewas di tangan seorang budak mentah. Apatah lagi dengan kuasa KyuHyun yang sepuluh kali ganda lebih kuat masakan dapat di kalahkan. Lord Shindong melihatkan tubuh KyuHyun yang sudah terkulai layu di lantai manakala ChanYeol termengah-mengah mungkin kepenatan setelah penat berlawan KyuHyun.

 

" Menyerah sajalah atas nama kebaikan... Segalanya telah berakhir..." kedengaran pujukan Onew daripada fikirannya. ShinDong memandang ke arah ' bekas' anak-anak saudaranya itu yang baru sahaja masuk ke dalam pentas perlawanan. Dia hanya tersenyum sinis apabila kedengaran suara Onew yang  mencuba memujuknya supaya kembali ke pangkal jalan.

 

" Menyerah....Tidak sama sekali. Kalian semua tetap akan aku hapuskan walaupun kita mempunyai pertalian darah."  tingkahnya membalas pujukan Onew yang hanya sia-sia.

 

" Renata, kamu hapuskan mereka semua....." entah bila masa Lord ShinDong berdiri disebelah gadis itu. Renata pula sepertinya tidak mengendahkan arahan yang baru sahaja keluar dari mulut Lord ShinDong. " CEPAT!!! Hapuskan mereka. Ini perintah dari tuanmu." jeritnya.

 

Renata terus memandang ke arah Lord ShinDong yang mengakui sebagai tuannya sebentar tadi. Tangan Renata kemudiannya memegang batang leher lelaki itu. Walaupun tubuh lelaki tersebut lebih besar darinya tetapi sepertinya tubuh ShinDong begitu ringan seperti sehelai kain. Tubuh ShinDong terangkat dan kakinya tidak mencecah lantai. Renata tersenyum sinis melihatkan ShinDong yang tercungap-cungap.

 

 Lord ShinDong benar-benar terkejut dengan tindakan gadis itu. Nafasnya sedikit sesak dan mata hitamnya kelihatan tidak nampak." L-epaskan...." dia cuba untuk menepis tangan gadis itu tetapi tangan Renata sepertinya tidak berganjak. Renata melemparkan tubuh ShinDong seperti benda yang tidak berguna membuatkan ShinDong terlempar mengenai dinding istana. 

 

 Renata melempar tubuh ShinDong dengan terlalu kuat menyebabkan dinding menjadi retak lalu dinding tersebut runtuh sedikit.  Lord ShinDong meraung kesakitan kerana cahaya matahari mengenai sedikit tubuhnya. Bahu kanannya terbakar. Walau sekuat mana pun makhluk kejahatan tersebut tetapi pasti akan ada kelemahannya. Dia memiliki kuasa yang luar biasa namun dirinya telah pun di sumpah di mana, dia hanya akan mati apabila cahaya matahari mengenai dirinya.Dan oleh kerana itu,dia tidak pernah keluar dari tempat persembunyiannya dan hanya duduk didalam kegelapan.

 

Tanpa membuang masa SeHun terus sahaja mewujudkan pusaran angin kencang membuatkan Lord ShinDong tercampak ke luar istana setelah LuHan menggunakan kuasanya dan meruntuhkan sebahagian dinding istana.

 

" Argh... Onew, MinHo selamatkan pak cikmu..." kedengaran raungannya meminta pertolongan namun Shinee hanya melihatkan keadaan ShinDong di mana tubuhnya hangus terbakar menjadi debu lalu debunya di terbangkan oleh angin.

 

KiBum yang berdiri seperti patung bernyawa terus rebah setelah Lord ShinDong berjaya di hapuskan. Terhapuslah sihir yang telah menutup mata hati KiBum dengan kematian lelaki kejahatan itu. Bekuan ais yang menghadang 6 pemuda tersebut mulai merekah.

 

" Oh crap, they too strong.." omel YiFan melihatkan itu. 

 

Entah dari mana munculnya seorang daripada mereka yang paling rendah dan menumbuk wajah YiFan dengan terlalu kuat dan membuatkan lelaki itu terjatuh. " Aishh, my face..." dia mengelakkan serangan daripada pemuda tersebut.

 

" JoonMyunHyung, cepat lakukan..."  ujar Tao yang hanya bertahan daripada serangan salah seorang Demon Of The Hell yang berambut hitam serta dengan pandangan mata yang menakutkan. Dia terundur-undur menangkis asakan yang melibas dan menghentak dari semua arah.

 

JoonMyun berdiri berdekatan dengan pelantar dinding di mana tersimpannya kunci tersebut. BaekHyun menuju ke arah cermin besar yang mengurung roh kebaikan Renata manakala YiXing ingin menuju ke arah Renata apabila dirinya di halang oleh seorang pemuda yang rambutnya berwarna kelabu asap. 

 

" Biar kami berdua uruskan mereka hyung." JongDae dan JongIn saling berpandangan  lalu menarik perhatian pemuda tersebut daripada YiXing.

 

Jari JoonMyun menyentuh batu tersebut lalu keluarlah cahaya kebiruan terang. YiXing melihatkan tubuh Renata mulai ingin menuju ke arah JoonMyun lantas dia bertindak menghalang gadis itu. Mata biru Renata memandang tajam ke arah lelaki itu lalu dengan mneggunakan kuasanya YiXing terhumban dari tempat dimana dia berdiri.

 

LuHan yang melihatkan tubuh YiXing yang terhumban terus sahaja dia menggunakan kuasanya lalu membuatkan tubuh gadis tersebut tidak dapat bergerak sama sekali. " JoonMyun, lebih baik kamu cepat..." teriaknya sambil mencuba untuk bertahan apabila melihatkan Renata sepertinya akan dapat menghapuskan pertahanannya.

 

Cahaya tersebut pada awalnya kelam semakin lama ianya semakin terang. BaekHyun terus menggunakan kuasanya lantas cahaya yang mengalir keluar dari batu tersebut bersatu dengan kuasanya lantas dia pancarkan kuasanya ke arah cermin.

 

Roh Renata yang terkurung di dalam cermin tersebut mendengarkan ada seseorang yang sedang memanggil namanya kini. Dia memisat-misat matanya apabila melihatkan BaekHyun berdiri di hadapannya kini. " Baek--"

 

" Noona, cepat ikut saya...ikut cahaya itu"  Renata mengerdip matanya beberapa kali menyangka apakah dia cuma bermimpi. Namun apabila matanya benar-benar yakin bahawa BaekHyun sedang berdiri di hadapnnya dia tahu dirinya tidak bermimpi. Renata mengikuti cahaya tersebut walaupun sebenarnya dia sedikit ragu.

 

Roh jahat Renata mencuba untuk meloloskan diri daripada kuasa LuHan tetapi LuHan semakin memperkemaskan pegangannya. Salah seorang daripada Demon Of The Hell melayangkan kakinya untuk menjatuhkan LuHan apabila muncul MinSeok entah dari mana dan menolong LuHan daripada LuHan menjadi mangsanya.

 

" Hyung, kwenchana?" tanya LuHan dengan nada risau namun MinSeok hanya tersengih mencuba mempertahankan Luhan daripada hilang kawalan mengawal tubuh Renata.

 

" Jangan risau, saya dan YiFan akan menghalang mereka...kamu tumpukan saja dengan tugas kamu." Min Seok dan YiFan sama-sama menghalang pemuda yang berambut merah jambu daripada menyerang LuHan.  YiXing terus sahaja menggunakan kuasanya untuk menghantar roh baik Renata ke dunia nyata. Tubuh Renata yang dikawal oleh kejahatan meronta ronta untuk menghapuskan kawalan LuHan dan gadis itu berhasil.

 

Roh baik Renata berhasil keluar dari cermin tersebut lantas seperti masa itu terhenti untuk seketika dan semuanya tidak bergerak melainkan anak-anak ' The Force's' . " Hyung, cepat...hanya ini saja yang dapat saya lakukan..." Tao ternyata memperlahankan masa. YiXing terus menggunakan kuasanya dan roh baik Renata seperti memasuki kembali kepada tubuh asalnya.

 

JoonMyun dengan segera terus menghancurkan batu itu berkecai menjadi kepingan kecil. Roh jahat Renata turut hancur seperti asap. Cermin yang mengunci roh Renata turut retak Demon Of The hell tidak dapat di hapuskan tetapi mereka berenam seperti tidak aktif lagi. KyungSoo menghentak tanah ke arah Demon Of The Hell lalu keenam-enam mereka kembali ke tempat mereka iaitu di dasar tanah.

 

~~~~~~

 " Apakah kamu yakin dengan keputusan kamu, ChanYeol?" tanya JongHyun di balas dengan anggukan pemuda itu. " To save her, you must face the challenge that coming around...".Kedengaran keluhan kecil yang keluar dari mulut penjaganya itu.

 

" Saya sanggup walau apa pun cabaran yang menanti saya..." tegas suara ChanYeol. Nada suaranya penuh dengan keazaman. Dia memandang kelima-lima penjaganya itu.

 

~~~*~~~

 

 " I'm promise that we both will be together again....Forever"

 

 


XingGirLove here: Sorry for the late update...... This story still not ending....I wanna to said thank you to my Subcribers and also the Silent Reader that reading my story....  Love all of you <3<3<3

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
azure_bliss
#1
Tahniah sbb telah direcommend c:

Vrite nih btul2 nmpk interesting. Bookmark activated! c:
sayhershe
#2
Chapter 37: x penah imagine citer yang macam ni... daebak lah author nim... hohoho

*jeles ngn Renata huhu Yi Xing ge~
thelucidream
#3
Chapter 37: All I can say is DAEBAK !!
KayKyuQ
#4
OMGGG SRSLY I LOVE THIS STORYYYYY ! SM RULE ! AUTHOR RULE <3 LOVEEE !
cutegirl99 #5
Chapter 30: wow.... saya sangat suka ff ni...