Bermulanya Kehidupan Baru

THE FORCE'S

Imbas kembali disempadan pulau Korea Selatan

 

Kepulan cahaya yang dihasilkan sebentar tadi membawa mereka jauh dari jangkauan KyuHyun dan seluruh bala tenteranya.Tubuh mereka terpelanting jauh akibat dibawa oleh cahaya tersebut.Dan dari kejauhan,mereka berempat menyaksikan tanah negara mereka yang semakin musnah akibat dendam kesumat bekas rakan seperjuangan mereka itu.

 

YoungWoon dan juga RyeoWook memandang dari kejauhan sambil ditemani oleh suri masing-masing.Entah bagaimanakah nasib teman-teman mereka yang lainnya,dipelusuk manakah mereka berada ketika ini.Namun persoalan itu tidak dapat difikirkan oleh akal mereka kerana saat ini,kehidupan mereka sendiri yang harus difikirkan.

 

Demi itu,mereka tidak mempunyai jalan lain selain meninggalkan negara tersebut.YoungWoon begitu khuatirkan keadaan isterinya,MiYoung yang ketika ini sedang membawa kandungan anak sulungnya.Pandangan sekeliling diperhatikan oleh anak matanya.Tiada jalan yang bisa membawa mereka keluar daripada situ apabila melihatkan tubuh mereka yang kini sedang terdampar disebuah pinggir pulau yang hanya lautan luas dikelilingi oleh mereka.

 

"Abang,apakah yang harus kita lakukan?".Tangisan SooYoung apabila melihatkan kemusnahan yang berlaku dihadapan matanya.RyeoWook hanya bisa menenangkan hati isterinya yang pilu.Namun untuk memulihkan keadaan seperti sediakala,jauh dari batasan kuasanya.

 

~~~~~~

Sepertiga malam,mereka berempat meneruskan kehidupan dipulau tersebut apabila menyedari bahawa tiada jalan untuk mereka keluar daripada tempat itu.Meskipun RyeoWook dan juga YoungWoon merupakan salah seorang antara pahlawan yang menjaga keamanan dinegara tersebut,namun malang bagi mereka kerana kudrat kuasa yang dimiliki tidak bisa memberi mereka jalan keluar.

 

Bunyi deruman enjin kapal yang didengari dari kejauhan seperti memberi sinar harapan bagi keempat-empat mereka.Dilihatnya sebuah kapal yang sederhana besar sedang belayar ditengah lautan yang luas itu.

 

Kapal yang membawa barang muatan itu belayar teguh ditengah lautan.Anak-anak kapal tidak pernah berhenti dari mengemudi bahtera tersebut supaya sampai kedestinasi.Menuju kearah selatan,lalu bahtera tersebut meninggalkan sempadan pulau yang telah musnah tanpa mereka tahu apakah punca bencana tersebut.Dan apa yang tidak mereka ketahui,masih terdapat beberapa manusia yang terdampar dipulau itu mengharapkan bantuan dari mereka.

 

Tiba-tiba angin berhembus kencang.Sekali lalu sahaja.Bahtera tersebut teroleng-oleng dilautan yang luas.Ia bagaikan seekor semut dihamparan sebuah gurun.Lalu bahtera tersebut hilang kawalan kemudi apabila secara tiba-tiba datangnya ombak besar yang memukul lautan luas itu.

 

MiYoung dan juga SooYoung segera berlari kepenghujung pulau.Sebentar tadi RyeoWook dan juga YoungWoon baru sahaja berpadu tenaga menggunakan kuasanya bagi menghasilkan pukulan ombak yang besar bagi menarik perhatian bahtera tersebut.Mereka segera melambai-lambai apabila melihatkan pengemudi kapal tersebut mula menyedari keberadaan mereka.

 

~~~~~~

Malam dilautan begitu sepi sekali.Alunan air laut yang berkali-kali diraduk bahtera menjadi latar suasana sunyi.Hamparan kelipan bintang-bintang mengindahkan lagi suasana malam.Bulan bercahaya suram membuat persekitaran bertambah syahdu.Desiran angin terasa lembut mengelus tubuh sesiapa sahaja yang berada dipelantar.

 

SooYoung merenung malam dari hadapan pelantar bahtera.Suasana itu benar-benar mengamit hatinya.Dia dan suaminya baru sahaja mendirikan rumah tangga.Tidak menyangka nasib mereka menjadi sedemikian rupa.

 

"Sayang...masih tidak boleh tidur?".Suara suaminya menerpa dari belakang.Menerima gelengan dari SooYoung,lalu RyeoWook mendekati isterinya.Mereka sama-sama memandang kearah langit luas.Angin laut sesekali memukul lembut tubuh mereka.

 

"Abang,apakah KyuHyun masih akan menjejaki kita?".Jelas terpampar kerisauan diraut wajah isterinya.SooYoung sebagai wanita yang lemah begitu khuatirkan akan hal-hal sebegitu.Mengasihi suaminya,dan tidak ingin sekiranya terjadi hal-hal yang buruk berlaku padanya.

 

Perlahan,RyeoWook hanya mampu melepaskan keluhan.Dia sendiri tidak tahu apa yang bakal menimpa mereka sekiranya KyuHyun masih terus-terusan dengan dendamnya.Dia memeluk tubuh SooYoung cuba untuk menenangkan.Lalu dikucup dahinya bagi memberi sedikit kekuatan."Sayang jangan terlalu memikirkankannya.Tiada apa-apa yang bakal berlaku pada kita semua.Kita akan memulakan kehidupan yang baru....Bersama anak-anak kita yang bakal dilahirkan nanti".Kata-kata suaminya mengundang senyuman dibibir SooYoung.Lalu dipeluk tubuh suaminya itu.Tiada apa yang harus dirisaukannya lagi,jika suaminya itu ada disisi.

 

~~~*~~~

Hari ini....

 

ChanYeol terjaga dari tidur.Lenanya terganggu akibat mengalami mimpi yang sama.Tetapi kali ini bukan sekadar mimpi itu saja.Semenjak kejadian yang telah menimpanya tempoh hari,mimpi dia kini diselangi oleh gadis misteri yang masih bermain dibenaknya.Tidak pernah sesekali gadis itu dilupakan.Kemunculan gadis itu masih lagi membekas dihatinya.

 

Saat matanya terbuka,ChanYeol mendapati bahawa tubuhnya sedang bersandar disebuah pohon rimbun yang terdapat dihutan belantara.Hampir seminggu dia meneruskan perjalanan dengan hanya ditemani oleh haiwan lagendanya.Meredah hutan belantara dengan berjalan.Dan apabila tiba disempadan yang memisahkan tanah jajahan yang lain,ChanYeol mula menunggangi burung phoenix miliknya bagi mempercepatkan perjalanan.

 

Akibat keletihan bagi terus-terusan berjalan buat beberapa ketika,ChanYeol membuat keputusan untuk melepaskan lelah disitu buat seketika.Dia membuat keputusan untuk bermalam lagi disitu buat sehari lagi.Lagipula jarak destinasi yang ingin ditujuinya sudah semakin dekat.

 

Bagi malam yang tidak ditemani sebarang cahaya itu,ChanYeol mula menghidupkan unggun api bagi menghangatkan kedinginan malam.Kesunyian malam tidak dirasai apabila mendengarkan bunyi-bunyian serangga-serangga kecil yang berirama lembut sekalian menjadikan peneman sepanjang malam.

 

Saat teringat sesuatu,ChanYeol mula membuka beg yang dibawa.Sebuah batu yang ditemuinya tempoh hari dikeluarkan lalu dibeleknya batu tersebut.Ketika batu tersebut mengenai sinaran dari unggun api,ukiran dari batu tersebut memancarkan cahaya kebiu-biruan.Maka terserlah ukiran batu yang kelihatan unik sekali.Seperti sebuah logo titisan air dihadapan.Manakala bahagian belakangnya pula jika diterbalikkan,ukiran batu tersebut terlihat seperti tanduk haiwan.

 

'Aku pasti bahawa batu ini bisa membawaku kepada tempat persembunyian mereka'.Hatinya berbisik .Dendamnya semakin membara.Kata-kata mendiang ayahnya tidak sesekali dilupakan.Malah itulah yang menjadi sumber semangat hidupnya sehingga detik ini.ChanYeol mengurut-urut dada.Dia bukannya mengalami kesukaran bernafas tetapi sedang berusaha menahan sebak yang terasa ngilu,yang hampir-hampir mengalirkan airmatanya.Sesekali hati ChanYeol terkenangkan saat-saat bahagia bersama mendiang ibubapanya.Hatinya dihimpit kesunyian.

 

Dalam pada itu ChanYeol yang merasakan dirinya bersendirian ternyata dia tidak berseorangan.Terdapat 5 pasang mata yang sedang memerhatikannya ketika ini.Mereka mendarat dibumi setelah melihat kesedihan diwajah ChanYeol.

 

"Kamu semua tidak perlu risaukan saya".Beritahu ChanYeol apabila menyedari kedatangan penjaganya yang sedang berdiri mengelilingi dirinya dengan raut yang penuh dengan perhatian.Memang awalnya ChanYeol berkeras untuk meneruskan perjalanan sendirian.Namun sepanjang perjalanan itu,SHINEE memerhatikannya daripada jauh.Dan apabila melihatkan kesedihan ChanYeol,mereka terpanggil untuk menemaninya.Walau untuk seketika cuma.

 

Onew membelai lembut rambut ChanYeol yang separuh lena didakapannya sambil yang lainnya memerhatikan wajah ChanYeol dengan penuh kasih.Walaupun wajah mereka tampak muda,namun usia mereka sudah menganjak ke beratus-ratusan tahun.Sifat melindungi mereka terhadap ChanYeol seperti saja sikap seorang ayah terhadap anaknya.

 

"Mengapakah mereka sanggup membunuh ibu dan ayah?kenapa.....kebahagian seperti tiada didalam kehidupan saya".Kata ChanYeol secara tiba-tiba.Wajah Onew yang kelihatan tenang lantas mengukirkan senyuman memandang telus kewajah ChanYeol.

 

"Apa yang kita tidak sukai dan menimpa diri kita,sesungguhnya terdapat hikmah disebaliknya.Jika kita mengetahui,sebenarnya ia lebih baik daripada apa yang kita sukai itu berlaku".Kata-kata terakhir yang didengari ChanYeol sebelum matanya tertutup rapat dan mulai lena didalam dakapan Onew.

 

Mereka berlima mula berganjak dan ingin meninggalkan ChanYeol.MinHo menatapi wajah lena ChanYeol sebelum membelai lembut rambutnya."You would have made a good leader just like your father".Kata-kata terakhir dari MinHo sebelum mereka berlima melebarkan sayapnya.

 

~~~~~~

Tatkala matanya terbuka,ChanYeol menyaksikan matahari terbit.Hatinya terasa lapang sekali.Jalur merah diufuk langit beransur hilang.Angin pagi yang bertiup lembut terasa dingin menujah batang tubuhnya.Terasa nyaman membungkus sekujur tubuh.Fenomena alam itu membuatkan damai terasa dijiwanya.

 

Setelah beberapa ketika,ChanYeol mula memasang langkah bagi meneruskan perjalanan.Dia membawa diri mengikuti arah yang bakal membawanya keluar daripada hutan belantara tersebut.Beberapa jam berjalan,matanya mula menangkap kearah sebuah perkampungan.Digagahkan lagi langkahnya.Secara tiba-tiba,jam yang berada dipergelangan tangan berbunyi.ChanYeol tersentak.Masih berasa asing akan fungsi jam tangan tersebut.

 

Ianya mengeluarkan bunyi yang membingitkan sekali.Semakin dia berjalan kehadapan,semakin kuat bunyi jam ditangannya.Tubuhnya kini sedang berada dikhalayak keramaian manusia.Sedang dia menahan lelah akibat berjalan sebentar tadi,ChanYeol terdengar bunyi yang sama.Namun datangnya bukan dari jam tangan miliknya.Ianya datang dari arah dua orang pemuda yang sedang memandang kearahnya.

 

~~~*~~~

"I will try to find and save her..Even my life been stake".

 

A/N: It's HannahYeolS here.....Yay!!!finally finished updating 21 chapter.Though that this story is still

long  way to go   -__-

15 subsciber!!(can't contains feeling).You guys so awesome *bearhug to all of you*

So,as you'll already know that this story have 2 different author.Which is me and XingGirlLove.With that you can see this story actually had 2 different writing skill.But our idea it's still the same as a plot story going as well.We hope that you guys keep supporting us and do comment yah ^^

 

It's 23 november..Today is L.Joe and JongHwan from 100% birthday.Tomorrow is XingGirlLove birthday to(Happy birthday to one of my precious lil' friend ^^)

And since it's going to 27 soon,i'm going to take this opportunity to wish for my ultimate bias early.Since next chapter it's not my turn for updating.

This boy,his smile is light up everyday of my life.HAPPY BIRTHDAY to Park Chan Yeol.May your birthday be filled with lots of love,joy,and happiness!And may all your dreams and wishes come true.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
azure_bliss
#1
Tahniah sbb telah direcommend c:

Vrite nih btul2 nmpk interesting. Bookmark activated! c:
sayhershe
#2
Chapter 37: x penah imagine citer yang macam ni... daebak lah author nim... hohoho

*jeles ngn Renata huhu Yi Xing ge~
thelucidream
#3
Chapter 37: All I can say is DAEBAK !!
KayKyuQ
#4
OMGGG SRSLY I LOVE THIS STORYYYYY ! SM RULE ! AUTHOR RULE <3 LOVEEE !
cutegirl99 #5
Chapter 30: wow.... saya sangat suka ff ni...