Bencana Yang Melanda

THE FORCE'S

Alicante,Spain

 

"Tuan puteri Helena".Lamunannya ketika itu dikejutkan oleh kedatangan 2 penjaganya iaitu SeungYeon dan juga JiYoung.

Kedatangan mereka ingin memberitahu bahawa ayahandanya KyuHyun ingin berjumpa dengannya diruangan singgahsana.'Apakah hasrat ayahanda ketika ini pula?'.Hati Helena tertanya-tanya.Belum cukup lagikah tugas-tugas yang telah dilaksanakannya sebelum ini?

Untuk sekian kalinya Helena ingin menjejakkan kakinya diruangan itu.Kebanyakan masanya hanya banyak mengurungkan diri didalam kamar.Bersendirian,dan hanya waktu-waktu yang tertentu sahaja antara kelima-lima penjaganya bisa menemani Helena.DIa jarang sekali untuk berbual dengan orang tuanya.Jika dia melangkah keluar daripada kamar,hanyalah untuk menjamu selera dan juga bagi memastikan Renata yang berada dalam tahanan sentiasa ada.

KyuHyun yang sedang berada diatas singgahsana melihat kedatangan anaknya.Tujuannya memanggil Helena adalah untuk meneruskan rancangan jahatnya."Masanya sudah semakin tiba".Beritahu KyuHyun kedengaran tegas lalu memandang kearah 5 pemuda yang berdiri disuatu sudut."Jr dan yang lain,kamu berlima dititahkan untuk mengiringi puteri kesana".Ujarnya dan beberapa detik kemudian menghilang daripada situ.

Helena diiringi lalu dibawa berjalan disatu laluan rahsia.Ianya menembuskan laluan yang bisa membawa mereka keruangan bawah tanah.Helena sendiri tidak tahu kemanakah dirinya sedang dibawa pergi.Matanya melilau keseluruh ruangan yang gelap itu.Hanya lampu yang disuluh oleh kelima-lima penjaganya yang menerangi laluan itu.

"Jr,kamu tahu kemanakah yang ingin kita tuju tika ini?".Tanya Helena memecahkan kesunyian.Dia memandang Jr dan BaekHo dihadapannya.Yang lain pula sedang berdiri dibelakangnya.

"Hyung,seharusnya puteri tahukan?".Bisik MinHyun pula kepada Jr.

"Mind to explain me?".Pinta Helena berupa arahan.

Kesemua mereka lalu menceritakan kemanakah tujuan mereka ketika itu.Ternyata mereka kini sedang menuju ketempat persembunyian Lord ShinDong.Helena kelihatan terkejut pada awalnya Selama ini tidak pernah dia melihat rupa ketua kejahatan tersebut.

"Dan dengar cerita,dia tidak pernah keluar dari tempat persembunyiannya".Jelas Ren pula.

 

~~~~~~

Saat pintu dibuka,mereka dikejutkan dengan sekumpulan kelawar hitam yang berterbangan kearah mereka dan hanya mata merahnya tersuluh dan kelihatan amat menakutkan sekali.Masing-masing merasa gerun seketika.

Setelah menarik nafas,Jr yang mengetuai semua segera mengiringi Helena bertemu dengan ketua kejahatan tersebut.Disitu Helena melihat ayahandanya yang sedang melutut dan merendahkan diri terhadap ShinDong.Helena terkesima,itulah pertama kali dia melihat ayahnya itu merendahkan diri terhadap seseorang.

Nu'est telahpun mengikuti tingkah KyuHyun dan mula melutut dibelakang KyuHyun.Helena hanya berdiri kaku disitu melihatkan ShinDong yang duduk dengan megahnya disinggahsana miliknya.Dalam kegelapan,Helena tidak dapat melihat wajah ketua kejahatan tersebut.Helena melihat ShinDong dengan rasa kurang senang.

'Helena..Apa lagi yang kamu buat disitu?!!'.Suara KyuHyun menerpa dimindanya.Namun Helena masih berkeras dan tidak berganjak sedikitpun.

Secara tiba-tiba kedengaran hilai tawa yang kedengaran amat menakutkan bercampur dengan ngauman.Dengan sekelip mata Lord tersebut berada dihadapan Helena.Terasa angin kuat menghempas tubuhnya tempias kehadiran ShinDong.Dia masih lagi dengan gelak tawa.Barulah Helena bisa melihatnya dengan jelas.

Mata merahnya yang tersembunyi dibalik topeng besi yang menutupi wajahnya kelihatan menakutkan sekali.Bertubuh besar dan mengenakan sepersalinan lengkap berwarna hitam.Helena seakan terkaku dan dagunya mula terangkat dan matanya memandang keatas akibat rasa sakit yang mula menerjah tubuhnya.Bagai ada tangan ghaib yang sedang mengawal dirinya.Ketawanya masih bergema diruangan itu.

"Tuan puteri.......Saya mempunyai tugasan buatmu".Katanya dengan nada yang kedengaran sinis sekali dicampur dengan gelak tawanya.

 

Kenya,South Africa

 

Ditengah-tengah hutan belantara yang luas itu,terdapatnya bunyi-bunyi dentuman yang saling bergema dari setiap sudut.Terbahagi kepada beberapa bahagian.Disitu dapat dilihat bahawa ke-12 mereka sedang giat melatih kuasa oleh kerana masa yang sudah semakin suntuk.Dibahagian atas langit,YiFan sedang terapung diudara.Berterbangan dari ufuk ketimur.Beradu tenaga bersama naga miliknya.

Sedang dimuka bumi pula,kesemua lainnya turut berganding bahu.JongIn darimana keberadaannya,sering muncul dari satu tempat kesatu tempat yang lain.Disuatu sudut pula,JoonMyun sedang menghasilkan sebahagian besar air yang mulai keluar dari gerakan telapak tangannya dan ingin menghantar gelombang air tersebut kepada MinSeok yang sudah bersedia untuk membekukannya.

Gelombang air tersebut mula dilontar laju kearah MinSeok.Lalu dengan hanya satu sentuhan sahaja gelombang air tersebut membeku.Bekuan ais tidak berhenti menjalar akibat MinSeok yang terlebih menggunakan kuasanya.Sedang Tao yang giat melakukan seni wushunya tiba-tiba merasakan sejuk yang amat sangat.

Tanah yang tadinya sedia ada mula bertukar kepada hamparan ais dan Tao yang baru sahaja memulihkan masa seperti biasa mula ingin mendarat dengan penuh gaya.Namun malang baginya apabila tergelincir jatuh oleh kerana tidak menyedari apa yang sedang berlaku disekelilingnya.

"Auchhh'".Tao menggosok punggungnya yang kesakitan.Sedang yang lain mengetawakan Tao yang sedang memuncung dan mengadu sakit.

"Tao-ah..be careful".Jerit JoonMyun dari kejauhan."Yah..MinSeok hyung.Look what you're just done to me?!!".Jerit Tao.

"Ah mianhei Tao.I'm over done my power".

"You better run right now hyung.Before i kick your with my wushu stick".

ChanYeol ketawa melihatkan MinSeok yang mula kelam-kabut lari ingin meloloskan diri daripada Tao yang sedang mengejarnya dengan wushu stick ditangan.Dia lantas menghasilkan bebola api yang kuat lalu dihalakan kesuluruh hamparan ais yang dihasilkan oleh MinSeok sebentar tadi.Lalu mencairlah bekuan tersebut menjadi sediakala.

"Wah~chan-chan is the best".Jerit BaekHyun dengan riang.Mereka semua yang tadi kesejukan seperti saja baru berada dikutub utara keriangan apabila merasakan kehangatan yang dihasilkan oleh kuasa ChanYeol.

 

~~~~~~

ChanYeol mengambil kesempatan untuk berehat seketika setelah letih akibat berlatih sebentar tadi.Dia duduk memencilkan diri disuatu sudut.Dicapai sebotol air lalu diminumnya bagi menghilangkan dahaga.Tersenyum dia apabila mendengarkan jeritan teman-temannya yang masih berkelahi.Dentuman juga masih dapat didengari disetiap sudut.

ChanYeol melepaskan keluhan seketika sebelum tersenyum memandang kelangit."Ibu,ayah..dapatkah kamu melihat?saya dan teman-teman sedang berusaha...Tak lama lagi janji saya pada ayah pasti akan ditunaikan".Katanya berbicara sendiri.ChanYeol seperti melihat wajah ibu dan ayahnya yang seperti sedang tersenyum kepadanya dari balik awan.

Dalam pada itu yang sedang memerhatikan dari langit merupakan 2 dari penjaganya."ChanYeol sememangnya mempunyai semangat yang amat tinggikan hyung".Ujar TaeMin kepada Key.

"Kasihan dia.Puteri TaeYeon dan suami pergi oleh kerana KyuHyun yang masih dengan dendam tak sudahnya".Pandangan Key kepada ChanYeol dengan perasaan kasih.

Secara tiba-tiba kedua mereka terasa bahu disentuh lembut oleh JongHyun daripada belakang.Dia turut memerhatikan ChanYeol sejak tadi.Key dan TaeMin menoleh kebelakang memandang kearah JongHyun yang penuh dengan perhatian.Dalam kerisauan yang bertandang dihati kelima-lima mereka,namun mereka turut berbangga."This tragedy will surely took a boy and return a man...".

 

~~~~~~

'Ingat,kunci utama tersebut...Ianya telah terjatuh ketangan salah seorang daripada mereka'.Kata-kata ShinDong sebentar tadi.KyuHyun dan Helena sedang terapung dibalik awan.Berdiri sambil memerhatikan kedua belas anak-anak the force's.

"Kamu perhatikan mereka.Jika sesiapa yang memilikinya,jangan teragak-agak untuk menghabisi mereka".Nasihat KyuHyun terhadap anaknya.Mereka sudah kesuntukan masa dan tidak seharusnya lagi dia mempunyai sifat toleransi terhadap anaknya itu.

Helena terpaksa menuruti.Diperhatikan satu persatu mereka.Dan mula berkeliaran diudara.Namun ada sesuatu yang dia terlupa.Bahawa dia harus berhadapan dengan ChanYeol semula.Pemuda yang pernah memberikan kesan yang mendalam terhadap dirinya.

 

~~~~~~

"ChanYeol-ah..Kami semua sudah selesai berlatih.Marilah makan bersama....KyungSoo dah masakkan untuk kita semua".Laung BaekHyun mematikan lamunan ChanYeol.Dia segera menyahut lalu tergesa-gesa mencapai begnya.Dan sedang dia melangkah,dia terdengarkan sesuatu yang tercicir keluar dari begnya.Dan itu sekaligus menarik perhatian Helena dan juga KyuHyun.

 

'Dapatkan kunci itu..Dan HABISI dia'.

 

Kedengaran suara KyuHyun yang lebih merupakan arahan diminda Helena.Dilihatnya ChanYeol yang mula memasukkan batu tersebut kedalam begnya semula sebelum berjalan menghampiri teman-temannya.'C-chanYeol...'.Helena memerhatikan ChanYeol dengan perasaan yang berbelah bahagi.Sedang KyuHyun dengan pandangan tajam sedang memerhatikannya.

Helena mengelak dari memandang mata ayahnya lalu dibawa pandangannya kearah ChanYeol.again'JUST DO IT.And never do the same mistake again!!'.Suara KyuHyun lagi.

Dengan teragak-agak Helena mula menumpukan perhatian.Anak matanya memandang telus pergerakan kaki ChanYeol.Walau payah baginya kini,minda Helena yang bagaikan tangan ghaib itu mula bergerak laju lalu menarik kaki panjang tersebut dan membuatkan tubuh ChanYeol terjatuh kasar ditanah.Helena tersentak apabila melihatkan lutut ChanYeol yang mula mengalirkan darah.Tangannya mula bergetar dan mula berasa tidak tenteram melihatkan keadaan ChanYeol.

'Apa lagi yang kamu tunggu...HELENA?!'.

Helena menggeleng-gelengkan kepala lalu terbang mengundurkan diri beberapa ela dari situ.Dia tidak menghiraukan suara KyuHyun."No-no...i c-can't do it".Terketar-ketar suaranya.

'You such a disappoinment to me...All that strenght but no will to use it'.Suara KyuHyun yang mulai murka.Maka KyuHyun dengan marahnya mulai mengeluarkan kuasa yang amat kuat.Ribut mulai bertiup kencang.Bagai sahaja bakal menghasilkan puting beliung yang bakal memusnahkan tempat itu.

'PULL THAT CRAP BACK..You two no use at all'.Suara ShinDong yang kedengaran marah memecahkan gegendang telinga KyuHyun lalu kuasa yang dikeluarkannya sebentar tadi terhenti.Beberapa minit kemudian secara tiba-tiba munculnya sekumpulan besar kelawar hitam yang diketahui milik kepada ShinDong berterbangan melintasi KyuHyun dan meluncur laju kearah ChanYeol.

 

~~~~~~

ChanYeol melihat perubahan cuaca dilangit yang tiba-tiba mengejutkannya.Segera dia menggagahkan diri walaupun kakinya yang telah tercedera.Kilat mulai sabung-menyabung.Guruh berdentum dan amat membingitkan telinga.Mata ChanYeol memandang kearah teman-temannya yang telah tiada.Terkelip-kelip matanya apabila melihatkan dari hadapan bahawa terdapat bayangan aneh yang semakin membesar.Ianya menuju laju kearahnya.Dan dalam sekelip mata bayangan tadi yang sebenarnya merupakan sekumpulan kelawar hitam menyerang ChanYeol.

Kumpulan kelawar tersebut begitu banyak dan mereka begitu pantas sehingga ChanYeol tidak sempat untuk menggunakan kuasanya.Sedang dia diserang,batu yang sebentar tadi tersimpan rapi didalam begnya terjatuh.Salah satu kelawar tersebut segera menyambar batu tersebut.Lalu kumpulan kelawar itu menyerang ChanYeol sehingga tubuhnya terjatuh ketanah.ChanYeol seakan tidak sempat untuk melakukan sebarang pertahanan oleh kerana serangan tersebut yang berlaku hanya dalam sekelip mata.

KyuHyun yang masih berada diudara turut menyaksikan.Dia mengunci pergerakan Hekena dari meronta untuk mempertahankan ChanYeol.KyuHyun tahu,tuannya iaitu ShinDong amat murka akan tindakan anaknya.Lalu dia mengambil kesempatan itu dengan meneruskan untuk menyerang ChanYeol semula.

Maka dengan sekali bacaan sakti yang keluar daripada mulutnya,percikan kilat mulai sabung menyabung.Tanah yang dipijak ChanYeol mula bergegaran.Lebih kuat gegaran tersebut daripada kuasa yang dihasilkan oleh KyungSoo.Lalu pokok-pokok yang tadinya teguh berdiri mulai ingin tumbang.Dan ianya ingin menghempap tubuh ChanYeol.

Saat pohon besar tersebut hanya beberapa inci ingin menghempap tubuhnya,secara tiba-tiba terdapat tiupan angin yang amat kencang.Seluruh ruangan itu seperti timbulnya dinding lutsinar yang menghalang pohon-pohon tersebut dan serangan-serangan lain dari mengenai ChanYeol.

Teman-teman ChanYeol yang tadinya mendengarkan dentuman yang amat kuat dan setelah menyedari kehilangan ChanYeol mereka segera mencarinya.Mereka terkejut apabila menemui ChanYeol dan melihatkan dia yang tercedera.Apatah lagi dengan ketibaan 5 makhluk bersayap yang baru sahaja mendarat dibumi kini berdiri dihadapan mereka.Masing-masing dilanda dengan seribu persoalan.

 

~~~*~~~

"You'll the source of wave...To clean this unclean world".

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
azure_bliss
#1
Tahniah sbb telah direcommend c:

Vrite nih btul2 nmpk interesting. Bookmark activated! c:
sayhershe
#2
Chapter 37: x penah imagine citer yang macam ni... daebak lah author nim... hohoho

*jeles ngn Renata huhu Yi Xing ge~
thelucidream
#3
Chapter 37: All I can say is DAEBAK !!
KayKyuQ
#4
OMGGG SRSLY I LOVE THIS STORYYYYY ! SM RULE ! AUTHOR RULE <3 LOVEEE !
cutegirl99 #5
Chapter 30: wow.... saya sangat suka ff ni...