DIMANA IANYA TERJADI

THE FORCE'S

 Sepuluh tahun yang lalu.....Di Korea

  JungSoo membuat perjumpaan dengan beberapa ahli 'THE FORCE'S ' yang masih belum pergi. Yang tinggal hanya SungMin,HanGeng,JongWoon serta JungSoo. KiBum yang baru tiba segera mengkhabarkan bahawa tentera KyuHyun semakin menghampiri mereka." Saya akan menggunakan kuasa saya untuk menarik perhatian mereka untuk seketika. Kalian semua segera memanggil isteri supaya tidak terpisah" ujar JongWoon.

  Kedengaran bunyi guruh yang amat teramat kuat sekali. Percikan kilat bercabang-cabang membelah kepekatan malam, meskipun hanya sejenak, sudah cukup untuk menakutkan tentera yang menghampiri.

  KyuHyun yang semakin menghampiri menghamburkan sumpah seranah."Tentu ini kerja JongWoon." bisiknya."Ayuh, kita semakin menghampiri mereka" terkocoh-kocoh tenteranya berlari mengikuti KyuHyun yang menunggang kuda. Sejurus itu, kedengaran lagi bunyi guruh berdentum-dentum. Diiringi dengan lintasan kilat.

  JungSoo telah pun memasuki pintu gerbang bersama isterinya dan mereka berdua tenggelam ke dalam cahaya setelah memasuki pintu tersebut.Satu-persatu ahli 'THE FORCE's' memasuki pintu tersebut. Yang tinggal hanyalah KiBum bersama isterinya, dan apabila kaki mereka ingin melangkah memasuki pintu gerbang apabila munculnya KyuHyun secara tiba-tiba. Berlakunya pertarungan di antara KiBum menentang tentera KyuHyun sendirian.

 YoonA  terpaksa melihat dari tempat persembunyiannya setelah suaminya menyuruh dia untuk menyorok. Dia menggigit bawah bibirnya apabila melihat suaminya bertarung sendirian. Dia tidak berdaya untuk menentang tentera KyuHyun kerana kudratnya sebagai wanita yang lemah.

  "Jangan bergerak atau isteri kesayanganmu akan mati" YoonA cuba untuk meloloskan diri apabila entah dari mana kemunculan KyuHyun di belakangnya tetapi mata pedang KyuHyun hanya seinci dari lehernya dan seandainya dia bergerak sedikit sahaja, pasti mata pedang tersebut akan mengenai kulitnya.

  KiBum berhenti bertarung tetapi pedangnya masih tidak di lepaskan. Dilihatnya wajah isterinya yang ketakutan." Lepaskan dia..hal ini antara kau dan aku, tiada kaitan dengannya" marah KiBum. KyuHyun tersenyum sinis melihat KiBum yang marah.

  "Untuk apa dia di lepaskan, apa yang akan terjadi sekiranya pedang ini mengenai batang leher isterimu." terdapat sedikit darah yang menitik apabila mata pedang KyuHyun mengenai sedikit leher YoonA.

  "HENTIKAN" jerit KiBum apabila melihat YoonA yang meraung kesakitan. "Lepaskan dia" jeritnya lagi. Anak mata KiBum menjadi begitu hitam seperti kepekatan malam. Tiba-tiba munculnya pusaran angin yang begitu kuat sehingga sebahagian tentera KyuHyun memasuki pusaran angin serta atap rumah turut terbang. Tubuh KyuHyun juga nyaris ditarik oleh pusaran angin tersebut sekiranya dia tidak menggunakan kuasanya.

  Pusaran tersebut semakin kuat dan segala-gala yang berada di sekitar mereka turut terbang. Bahkan rumah tersebut mulai goyah kerana pusaran tersebut semakin lama semakin kuat. KyuHyun mulai sedikit cemas namun dia tidak menunjukkan reaksinya. Anak mata KyuHyun mulai berubah menjadi warna kemerahan dan munculnya cahaya merah dari sebelah tangannya.

  Perlahan-lahan cahaya merah tersebut semakin besar dan YoonA dapat merasakan bahang dari cahaya tersebut.'Tidak, dia akan menyerang suamiku dengan cahaya kematian itu', fikir YoonA.

  KyuHyun ralit dengan memfokuskan cahaya tersebut sehingga dia tidak menyedari bahawa pegangannya terhadap YoonA mulai longgar. Dia ingin menghantar cahaya merah tersebut apabila YoonA menggigit lengan KyuHyun membuatkan dia terlepas menghantar ke sasarannya.

  KyuHyun segera menghumban YoonA sehingga YoonA terhempas ke dinding yang telah hancur. YoonA mengerang kesakitan apabila tubuhnya mengenai dinding. KiBum yang melihat isterinya yang tercedera segera dia menggunakan kuasanya membuatkan KyuHyun jatuh terpelanting.

  KiBum berlari menuju ke arah YoonA." Sayang tak apa-apa kew?" belek KiBum. YoonA hanya mengeleng. Yang dia risaukan kini hanyalah takut seandainya KyuHyun akan muncul lagi. "Sayang, kamu masuk dahulu ke cahaya...abang akan menyusul nanti."

  "Tak nak...kita pergi berdua.Saya tak nak tinggalkan abang sendirian di sini"

  KiBum dapat merasakan KyuHyun telah menghampiri mereka. Dirinya mula terkumat-kamit mengucapkan perkataan dan munculnya cahaya putih. "Cepat masuk sebelum terlambat!!" gesa KiBum. Melihatkan isterinya yang masih lagi enggan berganjak segera dia menggunakan kuasanya supaya isterinya akan memasuki cahaya tersebut.

  "Lepaskan saya!" jerit YoonA apabila dirinya terangkat sendiri. Dia tahu suaminya telah menggunakan kuasanya dan apabila semakin dia memasuki cahaya tersebut YoonA terlihat di belakang suaminya,  munculnya KyuHyun berdiri sambil memegang pedang. "ABANG" jerit YoonA melihat pedang KyuHyun menembus tubuh suaminya. Dia ingin berlari tetapi kuasa KiBum menahannya dan dia hanya bisa melihat suaminya yang mengerang kesakitan apabila KyuHyun mencabut pedang tersebut.

  Mulut KiBum terbuka. Wajahnya berkerut menahan sakit. Kedua-dua matanya hampir terkatup. Air jernih terus melimpah keluar, mengalir di pipi seumpana mata air yang enggan surut.

  "Abang...." suara YoonA terketar-ketar. "TIDAK" jeritnya lagi sekali apabila KyuHyun menghunuskan lagi pedangnya ke perut suaminya itu. Tubuh YoonA ditenggelami oleh cahaya putih dan dia hilang setelah memasuki cahaya tersebut. Cahaya tersebut menjadi bola-bola cahaya umpama ketulan berlian, kemudiannya ia bergerak laju sepantas cahaya matahari lalu ghaib.

~~*~~

 "They called it dark gift & I gave it to you"

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
azure_bliss
#1
Tahniah sbb telah direcommend c:

Vrite nih btul2 nmpk interesting. Bookmark activated! c:
sayhershe
#2
Chapter 37: x penah imagine citer yang macam ni... daebak lah author nim... hohoho

*jeles ngn Renata huhu Yi Xing ge~
thelucidream
#3
Chapter 37: All I can say is DAEBAK !!
KayKyuQ
#4
OMGGG SRSLY I LOVE THIS STORYYYYY ! SM RULE ! AUTHOR RULE <3 LOVEEE !
cutegirl99 #5
Chapter 30: wow.... saya sangat suka ff ni...