Bertemu Mereka Akhirnya

THE FORCE'S

Kenya,South Africa

 

"Jadi kalian berdua juga berasal daripada hangung?".

 

JoonMyun menghulurkan segelas minuman sebelum menjawab pertanyaan ChanYeol."Ibubapa kami yang berasal daripada sana.Dan kami berdua membesar disini".Penjelasan JoonMyun.ChanYeol mengangguk tanda mengerti.

 

Pandangan matanya dibawa keseluruh ruangan rumah milik kedua pemuda yang baru ditemui seawalnya dia sampai ditempat itu.Entah bagaimana ketiga mereka bisa memiliki jam tangan yang sama.Apabila mengetahui bahawa ibubapa mereka berasal dari negara yang sama,maka terjawablah segala persoalan.Kedua pemuda itu turut mempunyai hati yang mulia apabila sudi menumpangkan ChanYeol dirumah mereka apabila mengetahui bahawa ChanYeol yang sudah merantau jauh.

 

"Sebenarnya perjalanan hyung hendak kemana?".Tanya KyungSoo pula.

 

"Saya ingin meneruskan perjalanan keutara.Ingin bertemu dengan saudara disana".Beritahunya sedikit berbohong.Bagi tidak ingin memanjangkan cerita.Lagipula bimbang akan sangkaan mereka terhadap dirinya.

 

Hampir tengahari mereka begitu rancak berbual.Sehinggalah perbualan mereka terhenti apabila mendengarkan bunyi sesuatu yang datangnya dari perut ChanYeol.Oleh kerana bekalan makanannya yang telah habis,hampir seharian dia tidak mengisi perutnya.

 

"Biar saya masakkan sesuatu buat hyung".KyungSoo yang memahami segera menawarkan diri untuk memasak sesuatu buat ChanYeol.

 

~~~~~~

 

Setelah mereka bertiga selesai makan,KyungSoo segera mengemaskan tempat untuk ChanYeol berehat.Tiba-tiba jamnya berbunyi dengan kuat dan ianya menunjukkan 2 titik merah yang semakin menghampiri.KyungSoo segera keruang tamu.Dilihatnya wajah ChanYeol dan JoonMyun yang berkerut dahi sambil memandang jam tangan masing-masing.

 

"Hyung,kamu lihat.Jam ni berbunyi lagi".Ujar KyungSoo.ChanYeol tertanya-tanya mengapakah jam tangannya turut berbunyi dan apakah kaitannya diantara mereka.

 

Sebuah kenderaan berhenti dihadapan rumah JoonMyun dan KyungSoo.Mereka bertiga bingkas bangun dengan pelbagai soalan menimpa diminda.KyungSoo segera membuka pintu utama.Didapati 2 pemuda asing yang baru sahaja turun dari kenderaan mereka.Ketiga mereka saling bertukar pandangan apabila melihatkan kedua pemuda itu yang sedang memasang langkah mendekati mereka.

 

"Akhirnya kita bertemu juga dengan mereka,hyung".Tingkah pemuda yang lebih tinggi kepada temannya saat berdiri dihadapan pintu.Mereka tersenyum apabila memandang kearah JoonMyun,KyungSoo dan juga ChanYeol yang masih terpinga-pinga.

 

Mereka bertiga kelihatan kaget apabila mendengarkan perbualan kedua pemuda itu yang menggunakan bahasa ibunda mereka.JoonMyun yang kelihatan lebih matang segera menyapa."Siapakah gerangan kalian berdua?".

 

Lelaki yang berwajah keanak-anakan itu segera tersenyum."Telah lama kami mencari kalian semua..............."

 

~~~~~~

 

Akhirnya dengan segala bukti yang ada,penjelasan oleh LuHan dan SeHun yang baru tiba,terungkailah semuanya dan kini mereka berlima telah bersatu.ChanYeol juga tidak menyangka bahawa perjalanannya selama ini bakal mempertemukannya dengan saudara-saudaranya yang lain.

 

"Together we united and destroyed our enemy".Kata-kata LuHan membekas dihatinya.Sebelum ini ChanYeol hanya meneruskan perjalanan sendirian bagi ingin melunaskan dendamnya.Namun kehadiran mereka semua,pasti bakal menjamin keselamatan mereka.Dan mereka ternyata mempunyai misi yang sama.

 

Bagi JoonMyun dan KyungSoo pula,mana mungkin mereka bakal mendiamkan diri jika kuasa kejahatan semakin berleluasa.Jadi dengan kuasa yang mereka miliki,bersama-sama mereka bakal menghapuskan anasir-anasir jahat tersebut.Dan mereka berbesar hati untuk bergabung tenaga.

 

~~~~~~

 

"Wah...Canggihnya kenderaan ni".Ujar KyungSoo yang kelihatan terpesona.Buat pertama kalinya dia melihat kenderaan secanggih itu.

 

Sewaktu itu SeHun sedang membawa KyungSoo dan JoonMyun bagi melihat kedalam persekitaran kenderaan yang bakal membawa mereka bagi meneruskan perjalanan.Sementara LuHan dan juga ChanYeol sedang berbual dihadapan unggun api dimalam hari tersebut.

 

JoonMyun melihat SeHun yang sedang menekan sebuah butang.Lalu terpaparlah peta dunia yang muncul dari sebuah skrin diantara butang-butang tersebut.Sementara KyungSoo pula?seperti anak kecil yang baru sahaja mendapat mainan.Bermain dengan butang-butang yang ada.Mata pula terbuka dengan seluasnya akibat berasa teruja.

 

"Jadi menurut kamu masih ada anak-anak The Force's yang lainnya?'.Tanya JoonMyun apabila mendengarkan penjelasan SeHun.SeHun mengangguk perlahan.Dia menunjuk kearah skrin tersebut.

 

"Lihat,cahaya merah ini memberitahu dimanakah keberadaan mereka.Masih ada 7 yang lainnya".Jari SeHun menunjukkan kearah cahaya kecil merah yang terdapat didalam skrin.

 

JoonMyun memerhatikan secara dekat.Cahaya tersebut seakan terpisah kepada 2.Kebanyakan mereka sepertinya bersama antara satu sama lain.Baru dia mengerti.Ternyata selama ini jam yang dimiliki oleh mereka bisa menunjukkan dimana mereka berada.JoonMyun seakan terkejut apabila melihatkan sesuatu.

 

"SeHun,cuba kamu perhatikan.4 cahaya ini seperti sedang menuju laju ketempat kita".Terang JoonMyun.SeHun turut terkejut.Segera dia menekan satu butang bagi membesarkan peta tersebut.Sebelum SeHun sempat mengetahui hal tersebut,ketiga-tiga mereka mendengarkan bunyi bingit yang datang dari jam tangan masing-masing.

 

"Hyung,SeHun.Apa yang sedang berlaku?".KyungSoo yang turut terkejut apabila mendengarkan bunyi yang sama.

 

"Mereka seperti semakin dekat".Terang SeHun lagi.

 

Secara tiba-tiba datangnya bunyi yang kuat menimpa kenderaan mereka.Ketiga mereka terkejut apabila kenderaan itu bergegar seketika.Segera mereka keluar dan mendapati ChanYeol dan LuHan sudah berdiri dihadapan dengan suatu pandangan.

 

"Alamak...Salah landinglah pulak".Suara salah seorang dari 4 pemuda yang terjatuh diatas kenderaan tersebut.

 

~~~*~~~

"She will be dead...Or worse,infected"

 


 

HannahYeolS says : Hello everyone ^^ .. Sorry for not updating in almost 3 weeks.Author-nims is to excited with Exo-M coming to Malaysia.Plus too lazy and busy with some other stuff.

 

So here the chapter 23.Hope you'll enjoy reading :D

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
azure_bliss
#1
Tahniah sbb telah direcommend c:

Vrite nih btul2 nmpk interesting. Bookmark activated! c:
sayhershe
#2
Chapter 37: x penah imagine citer yang macam ni... daebak lah author nim... hohoho

*jeles ngn Renata huhu Yi Xing ge~
thelucidream
#3
Chapter 37: All I can say is DAEBAK !!
KayKyuQ
#4
OMGGG SRSLY I LOVE THIS STORYYYYY ! SM RULE ! AUTHOR RULE <3 LOVEEE !
cutegirl99 #5
Chapter 30: wow.... saya sangat suka ff ni...