Nyawa Menjadi Taruhan

THE FORCE'S

 

Matanya terbuka luas apabila tersedar dari mimpi yang dilandanya sebentar tadi.Terlunjur kakinya dan tercungap nafas.Keringat dingin mengalir daripada liang-liang roma.Dilihatnya suasana sekeliling yang gelap-gelita tanpa dilimpahi sebarang cahaya.”Dimana aku?”.Seketika,tidak tahu dimana dia berada.Fikirannya terbejat.Otaknya terasa berpusing-pusing.

 

Kemudian dengan keadaan terduduk terlunjur kaki itu,dia mengimbau.Perlahan-lahan,ingatan diraih kembali kedalam benak.”KYUNGSOO”.Anak matanya bergerak-gerak.Dalam kegelapan,meraba dia dalam gelap.Dan tidak jauh dari situ,dia terdengar suatu rintihan.

 

Dan ianya milik KyungSoo!

 

JoonMyun mendekati dengan mendengar rintihan KyungSoo yang seperti sedang menahan kesakitan.Dia menyentuh wajah KyungSoo dan mendudukkan tubuh kepangkuannya.Kemudian,JoonMyun mula mengeluarkan titisan air daripada telapak tangannya lalu KyungSoo meminumnya secara perlahan.

 

“H-hyung—dimana kita?”.Tanya KyungSoo dengan suara yang masih lemah.JoonMyun melihat disekeliling.Tiada apa yang dapat dilihatnya kerana disitu tidak terdapatnya sebarang cahaya.Mereka juga terasa kekurangan udara.

 

“Tubuh kita sekarang mungkin tertimbus dibawah tanah akibat diserang sebentar tadi”.JoonMyun menahan kesesakan yang mula menghimpit dadanya.”KyungSoo-ah..kita kena cepat bertindak sebelum kita semakin kekurangan udara”.

 

Mendengarkan itu KyungSoo cuba bangkit,tetapi terduduk semula.Urat-urat yang melingkari sekujur tubuh terasa sakit.JoonMyun mendorongnya daripada belakang dan cuba membantu KyungSoo daripada terjatuh ketanah.Dan dengan tenaga yang masih ada,KyungSoo berusaha bangun.

 

Dia mula menyentuh tanah sekeliling cuba untuk mencari jalan keluar.Mencari garis rekahan tanah yang sedikit lembut supaya senang ianya dileburkan.Dan apabila dia mula menemui,KyungSoo mula menghentak rekahan tersebut sehingga membuatkannya terbelah dua.Tanah tersebut mulai bergegar dan pasir-pasir lembut mulai jatuh dan menimpa tubuh mereka.

 

“They’re still alive!!”.Suara seseorang yang menyaksikan.Bagai terlihat sinar harapan apabila melihat tanah yang telah tertimbus tadi mula bergegar dan semakin menampakkan kesan rekahan.

 

Perlahan-lahan tanah tersebut semakin membelah kepada dua.Kelibat JoonMyun dan KyungSoo terlihat dari timbusan tanah yang agak dalam.Namun akibat berada lama dibawah timbusan itu,udara yang kurang menyesakkan dada ditambah dengan sinar matahari yang terbias mengenai wajah.Lantas tubuh mereka berdua rebah ditanah.

 

~~~~~~

Alicante,Spain

 

Satu-persatu wajah para penjaganya dipandang.Fikirannya tidak betah.Rasa hati tidak keruan sekali.Dan itu jelas terlihat dari riak wajahnya.Helena kian resah.”Apa yang sedang berlaku disinggahsana?”.Helena bertanya kepada penjaganya.

 

Perkara yang ditakutinya sedang berlaku dan itulah yang diberitahu oleh Kara yang sejak tadi berulang-alik kesana atas permintaan Helena.Dia menghembuskan nafas yang terasa memberat didada.

 

”Apakah tiada jalan lain untuk menghentikan semua ini?”.Bisiknya seperti berputus asa.Hatinya meronta-ronta ingin menghentikan perbuatan ayahandanya itu namun tiada apa yang bisa dilakukannya.Dirinya bukan saja dikurung dikamarnya sendiri,malahan disitu terdapatnya satu dinding lutsinar yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar mengelilingi kamar tersebut.

 

“Tiada apa yang dapat menghentikan semua yang telah berlaku,tn.puteri”.Pujuk JiYoung yang berada disisinya.

 

Helena seperti tenggelam dengan fikirannya sendiri.Dia memikirkan berbagai kemungkinan yang bakal berlaku.”TIDAK”.Suaranya bergema diruangan itu.Lima pasang mata memandangnya.JiYoung yang berada disebelahnya semakin erat memegang tangan Helena apabila menyedari tubuh gadis itu yang sedikit menggigil.

 

“Saya ingin kesana!!”.Seperti dirasuk,Helena melepaskan pegangan JiYoung dan meluru laju kearah pintu.Namun belumpun sempat dia sampai kesana,tubuhnya seperti melanggar satu dinding yang keras lalu dirinya terundur jauh kebelakang sehingga tubuhnya terjelupuk kelantai.

 

“TN.PUTERI”.JiYoung dan SeungYeon mendapatkan Helena yang sedang memeluk lutut.

 

“Apakah tn.puteri mulai ingin berpaling tadah…….,”.GyuRi bersuara dan kemudian tubuhnya tiba-tiba muncul didepan Helena dengan pandangan mata yang tajam.”Dan membelakangi ayahanda puteri sendiri?!”.Suara GyuRi kedengaran tegas sekali.

 

Sebagai ketua kepada Kara,dia harus bertindak demikian dan sentiasa mengingatkan Helena.Walaupun jauh dari sudut hatinya mengasihi dan kasihankan Helena,namun dia harus bertegas dan melaksanakan tugas yang diberi oleh KyuHyun kepadanya.Dan ini juga demi keselamatan Helena.

 

Airmata mula dilihat jatuh kepipi tn.puteri mereka.Dan itu membuatkanhati GyuRi mulai sakit dan lemah.Pertama kali dia melihat airmata gadis itu jatuh.Dan dia tahu itu semua disebabkan oleh pemuda itu.Pemuda yang membuatkan sifat kejam dan pembengisnya…Beransur hilang.

 

“T-tolongg…benarkan saya pergi..”.Rayu Helena dengan suara yang lemah.Masakan dia harus mendiamkan diri apabila pemuda yang pernah menyelamatkan nyawanya dalam bahaya dan segalanya dalam kemusnahan.Apakah dia tidak bisa untuk membalas budi lelaki itu kepadanya?

 

Try to remember your vow…To go against the war,it means your life will been stake”.Suara GyuRi mengingatkan Helena.

 

“Besides,you have no power anymore..my lady”.Suara Nicole pula yang sedari tadi mendiamkan diri.Mereka tidak sanggup sekiranya berlaku sesuatu yang buruk kepada tn.puteri mereka.

 

“I’m willing they take everything from me…Even it is my life”.Tekad Helena membuatkan kesemua mereka terkesima.

 

~~~~~~

Bersama dengan dentuman guruh dan perubahan cuaca yang tiba-tiba berubah didada langit,dari kesan lantai yang tiba-tiba terbelah dua dan mewujudkan laluan daripada bawah tanah,perlahan-lahan 6 orang pemuda yang wajah dan susuk tubuhnya saling tidak tumpah dengan bentuk manusia mendaki naik dari timbusan tanah tersebut.

 

Mereka semua seperti tergamam dengan apa yang disaksikan.Namun jangan sesekali tertipu oleh bentuk tubuh keenam mereka yang terlihat seperti manusia.Mereka adalah merupakan DEMON OF THE HELL.Dan kini sedang berdiri,mata biru mereka memandang kesemua anak-anak the force’s dengan tajam.Seluruh ruangan tersebut terasa berbahang.

 

KyuHyun tersenyum sinis saat melihatkan ketibaan DEMON OF THE HELL dan akhirnya rancangannya selama ini telah berjaya.Turut terdengar gelak tawa Lord ShinDong yang masih lagi bergema dimindanya.

 

Secara tiba-tiba terdapatnya kuasa yang kuat menyerang kearah anak-anak the force’s lalu menghumban tubuh mereka sebelum sempat mereka ingin menghampiri Renata.Membesar mata mereka apabila menyaksikan dengan senangnya Renata menghancurkan penjara besi yang mengelilinginya.Rantai yang menggari seluruh tubuhnya terlerai hanya dengan sekali tarik sahaja.Keenam pemuda tersebut menghampiri Renata dan seperti saja mendengar arahan daripadanya.

 

Dalam kesemua mereka sedang menahan sakit akibat terhumban sebentar tadi,BaekHyun melihat YiXing yang bangun dan ingin menghampiri Renata.Mulutnya melaung nama gadis itu dengan harapan supaya gadis itu mendengarinya.Dalam kesakitan itu YiXing menghampiri Renata.

 

“HYUNG”.BaekHyun menyedarinya dan melihatkan salah satu daripada lelaki tersebut mula menghampiri YiXing.Dia melihatkan bahawa Renata seperti sedang dirasuk.”Hyung,dia bukan lagi noona yang dulu”.Teriaknya namun YiXing tetap tidak mempedulikan panggilan BaekHyun.

 

Mereka yang lain ingin segera mendekati YiXing yang sedang dihalang oleh lelaki yang berambut berwarna ungu,juga mukanya yang kelihatan bengis.5 makhluk suruhan Renata yang lainnya mendekati anak-anak the force’s dan turut menyerang mereka.

 

“RENATA”.YiXing tidak mempedulikan makhluk yang sedang menghalangnya dan berlari ingin memeluk tubuh Renata yang masih berdiri kaku.

 

SeHun menyerang lelaki yang paling tinggi antara keenam mereka dengan menghantar pusaran.Sementara yang lain turut sama menyerang.Dalam pada itu YiFan memerhatikan sekeliling sambil menghalang serangan.Matanya memandang kearah Renata.Dia melihat tubuh gadis itu yang terjelupuk jatuh kelantai.Matanya kemudian melihatkan YiXing yang menendang makhluk yang menghalangnya.

 

“Kalian jangan mengapa-apakan mereka semua!”.Teriak YiFan yang menyedari sesuatu.Semua mata memandang kearah YiFan sambil masih menghalang serangan.”Kamu lihat,Renata sepertinya akan mengalami apa yang mereka alami”.Ujarnya.

 

Tao yang sebentar tadi membantu LuHan dan juga SeHun menyerang,segera menghampiri YiFan yang masih bertarung dengan lelaki yang berambut hitam.Walau macamana kuat sekalipun serangan lelaki itu,YiFan berusaha untuk mengelak dari membalas serangannya kerana telah menyedari ianya akan membahayakan diri Renata.

 

“Apa yang kita harus lakukan sekarang?”.Tanya Tao sambil membantu YiFan pula.Keenam lelaki tersebut hanya bertindak atas arahan Renata.Mereka hanya menyerang anak-anak the force’s secara rawak namun ke-10 mereka dapat merasa kuasa yang dihasilkan keenam lelaki itu sangat kuat.

 

YiFan memberitahu mereka bahawa mereka hanya bisa menahan serangan daripada keenam makhluk itu tanpa mencederakannya.Dalam pada itu mereka harus mencari kelemahan dan lantas menumpaskan kuasa jahat tersebut.

 

Maka dengan itu mereka hanya bisa menahan serangan yang bertubi-tubi sejak tadi.Dan dalam keriuhan itu,KyuHyun yang hanya menyaksikan tiba-tiba melihat kearah ChanYeol yang masih sedang bertarung.Matanya memandang ChanYeol dengan penuh benci.Mengapa?lelaki itu adalah anak kepada musuh kuatnya,PARK JUNGSOO.Lelaki itu jugalah merupakan alasan mengapa anaknya Helena mulai berpaling tadah.

 

Dengan sekali bacaan sahaja,tangan ghaib KyuHyun menumbangkan tubuh ChanYeol dan semua tumpuan beralih padanya. Mereka semua terkejut apabila melihatkan tubuh KyuHyun yang tiba-tiba muncul dihadapan ChanYeol.

 

MinSeok dan JongDae ingin menghampiri tetapi ChanYeol menyuruh mereka mencari kelemahan DEMON OF THE HELL tersebut.Dia ingin berhadapan dengan ketua kejahatan tersebut sendirian kerana dia menyedari lelaki dihadapannya kini merupakan pembunuh kedua ibubapanya.

 

“Dari cara daya pertarungan dan kuasamu,aku tahu kau merupakan anak kepada ketua THE FORCE’S,Park.Jung.Soo”.Ujar KyuHyun berjalan mengelilingi tempat dimana ChanYeol berdiri.

 

“Dan kau merupakan PEMBUNUH kedua ibubapaku!”.Tingkah ChanYeol dengan marahnya.Matanya mengikuti pergerakan KyuHyun.Mendengarkan kata-kata yang keluar dari mulut ChanYeol,KyuHyun kelihatan marah.Lantas dia menyerang ChanYeol menggunakan kuasanya dan membuatkan tubuh lelaki itu terjatuh semula kelantai.

 

ChanYeol menyentuh darah yang mengalir dari pinggir bibirnya.Pandangannya kini penuh dengan rasa benci.”Promise me son,kill ‘em all”.Dan kata-kata itu kembali mengingatkannya.

 

KyuHyun mencapai sebilah mata pedang yang tidak jauh darinya.Dahulu dia pernah menumpaskan ketua pahlawan tersebut dan kini tidak mustahil baginya untuk turut menghabisi nyawa anaknya pula.Dan dia ingin menghabisi ChanYeol dengan cara yang sama dia menghapuskan JungSoo.Dengan menggunakan MATA PEDANGNYA.

 

Apabila ChanYeol ingin bangkit semula,dia terpana melihatkan KyuHyun yang sedang meluru kearahnya laju.Dia turut mendengar semua suara yang memanggil namanya bergema diruangan itu.Dan sepantas kilat dia mendengarkan tujahan mata pedang tersebut.

 

Matanya membesar apabila mata pedang tersebut tidak mengenai dirinya,namun terdapat suatu tubuh yang menjadi pendindingnya dan saat itu dia menyedari terdapat darah merah yang mengalir jatuh kelantai.

 

Mata pedang yang dipegang oleh KyuHyun terlepas jatuh dari pegangan tangannya.

 

~~~*~~~

" I hope they both will  survived."

 

 


 

HannahYeolS says : Sorry if i'm failed to describe how B.A.P was -_-

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
azure_bliss
#1
Tahniah sbb telah direcommend c:

Vrite nih btul2 nmpk interesting. Bookmark activated! c:
sayhershe
#2
Chapter 37: x penah imagine citer yang macam ni... daebak lah author nim... hohoho

*jeles ngn Renata huhu Yi Xing ge~
thelucidream
#3
Chapter 37: All I can say is DAEBAK !!
KayKyuQ
#4
OMGGG SRSLY I LOVE THIS STORYYYYY ! SM RULE ! AUTHOR RULE <3 LOVEEE !
cutegirl99 #5
Chapter 30: wow.... saya sangat suka ff ni...