BERAKHIR SUDAH

THE FORCE'S

Perlahan mata ChanYeol terbuka dan dia melihatkan dirinya yang telah kembali ke masa lalu.Segala-galanya terkaku dan dia melihatkan temannya yang turut langsung tidak berganjak dari tempat dimana mereka berada. Dia tahu dirinya hanya mempunyai satu peluang sahaja untuk merubah apa yang pernah terjadi dan ChanYeol tidak ingin kelepasan peluang tersebut. 

 

" Remember ChanYeol, you only has a 1 chance." kedengaran suara salah seorang daripada INFINITE. Tanpa membuang waktu dia terus berlari menuju ke arah KyuHyun dan merampas pedang dari tangan musuhnya. Dan masa yang terhenti mulai bergerak kembali. Dia terus menghayunkan pedang yang di rampasnya sebentar tadi ke perut KyuHyun yang benar-benar terkejut bagaimana ChanYeol dapat merampas pedang miliknya itu.

 

" Arghhhhhh!!!!!"  jeritan KyuHyun bergema di ruang istana. Yang lainnya terkejut melihatkan tubuh KyuHyun yang mulai mengalirkan darah merah pekat. Helena terkaku di tempat dia berdiri kini. Secara jujurnya dia terkejut melihatkan bapanya yang terjelepuk di lantai mengerang kesakitan sedangkan dia yakin bahawa sebentar tadi dia melihatkan bapanya yang ingin menghunuskan pedang ke arah ChanYeol.

 

" Sampai hari ini sahaja riwayatmu, KyuHyun. Kau akan mati diatas perbuatanmu." mata pedang KyuHyun mengenai dada KyuHyun dan menembusi jantungnya. Anak mata hitamnya hampir tidak kelihatan, matanya terbelalak besar apabila ChanYeol memusing pedang tersebut  dan dia mati di situ dengan matanya yang terbuka. 

 

~~~~~~

Segala-galanya telah pun berakhir. Mereka dapat menumpaskan kejahatan tanpa ada yang cedera. Renata juga telah berhasil terlepas daripada di kawal oleh jiwanya yang jahat. YiXing melihatkan Renata yang perlahan-lahan membuka matanya dan matanya mulai bergenang dengan air mata.

 

" X-xing oppa--" serak suaranya menyebut nama lelaki itu. YiXing terus memeluk tubuh kekasihnya itu. Betapa rindunya dia pada gadis itu. Setiap saat, setiap minit betapa dia merindui kehangatan gadis itu. Rasa rindunya tidak dapat dia luahkan dengan kata-kata.

 

" Noona, bogoshipo.." ujar JongDae serta BaekHyun serentak. Mereka berdua tahu betapa kacaunya hidup hyung mereka apabila Renata di bawa pergi tanpa rela. Mata gadis itu tercari-cari kelibat seseorang apabila YiXing melepaskan rangkulannya.

 

" Kenapa ni?" tanya lelaki itu. 

 

" Appa---KiBum appa masih hidup..." beritahu Renata kemudian matanya terpandang tubuh bapanya yang tidak jauh dari tempatnya. " APPA!!!" jeritnya lantas menuju ke arah bapanya." Appa, ireona...."

 

KiBum mendengarkan rintihan seseorang. Perlahan matanya mulai terbuka dan dia terkebil-kebil beberapa kali apabila cahaya mengenai matanya. Dengan sebelah tangannya, KiBum mencuba mengelakkan cahaya dari mengenai matanya.

 

Pandangan matanya terpandangkan ke arah seorang gadis yang duduk berteleku. Memandang wajah gadis itu entah mengapa membuatkan dia mengingati isterinya." SIapa kamu??"  Belum sempat Renata ingin memberitahu siapa dirinya, kedengaran suara ibunya memanggil namanya.

 

" Omma!!!" jerit Renata apabila melihatkan ibunya yang berdiri tidak jauh darinya. Dia lantas bangun lalu memeluk tubuh erat ibunya itu. Begitu gembiranya dia melihatkan ibunya yang kini telah berada di depan mata. Baru sahaja dia ingin bertanya bagaimana ibunya bisa sampai ke situ, BaekHyun terus sahaja menyampuk.

 

" YiXing hyung yang suruh Kai jemput imo ke sini." beritahunya. Renata memandang ke arah kekasihnya dengan pandangan terima kasih. YiXing tersenyum melihatkan Renata yang tersenyum ke arahnya. 

 

" Omma, saya nak kenalkan omma pada seseorang." beritahu gadis itu dengan rasa riang sambil menarik tangan ibunya ke arah KiBum.

 

" Abang!!!"

 

"YoonA"

 

Kedua mereka terkedu antara satu sama lain. Dengan linangan air mata, YoonA memeluk tubuh suaminya itu.  Dia tidak menyangka sebenarnya suami tercintanya masih bernafas lagi. Bertahun-tahun dia meratapi kematian suaminya itu. 

 

" Yoon-A" serak suara KiBum menyebut nama isterinya. Tidak dia menyangka mereka berdua akan bertemu kembali. Sangkanya dia tidak akan dapat menemui lagi isterinya apabila mengingatkan kembali dia harus menghantar isterinya ke satu tempat yang asing tanpa dirinya.

 

Renata hanya mampu menangis apabila melihatkan pertemuan kembali antara ibubapanya. YiXing berdiri sebelahnya sambil menenangkannya dengan memeluk bahu gadis itu. " Abang, saya sangkakan abang telah tinggalkan kami berdua selama ini." beritahu YoonA dengan linangan air mata setelah KiBum lepaskan pelukannya itu.

 

" Abang, saya kandungkan anak abang ketika kita berdua terpisah."

 

" A--nak.." tergamam dia apabila mendengarkan kata-kata isterinya itu. YoonA mengangguk kepalanya. " Apakah anak kita berada di sini??" tanyanya lagi.

 

" Ya..dan anak kita tidak sabar untuk menemui ayahnya." dia memegang tangan suaminya itu." Renata, kemari sayang." dia memanggil Renata. YiXing tersenyum ke arah Renata dengan anggukan kepala. Perlahan dia menuju ke arah orang tuanya.

 

" Dia---anak kita???" tanya KiBum pada isterinya. Dan dia tahu gadis itu memang anak gadisnya apabila melihatkan ada persamaan gadis itu dengan isterinya. " Anakku.." dengan tangan terbuka, KiBum memeluk tubuh genit Renata.

 

" Appa..." tangisnya lagi. Betapa dia merindui belaian kasih sayang daripada seorang bapa. KiBum memeluk erat tubuh anak gadisnya itu. * Maafkan appa kerana tidak berada disisi kamu dan juga ibu kamu. Appa janji, bahawa appa akan menebus kembali segala yang pernah terlepas.* gumamnya di dalam hati. Kemudian dia turut menghulurkan lengannya ke arah YoonA. YoonA memeluk 2 insan yang dia sayangi iaitu suami dan juga anaknya yang dia sayangi.

 

 Anak-anak ' The Force's ' yang menyaksikan pertemuan tersebut turut melinangkan air mata. Siapa sangka perjalanan mereka juga menyatukan satu keluarga yang telah lama terpisah. Sebahagian daripada mereka turut mengalirkan air mata kecuali ChanYeol yang memandang ke arah satu tempat ataupun seseorang.

 

Dia melihatkan Helena yang sedang berdiri sambil memandang ke arah jasad kaku KyuHyun. Perlahan-lahan dia menapak ke arah gadis itu. Mendengarkan ada bunyi tapak kaki, Helena berpaling ke belakang. Topengnya masih lagi tidak terlepas dari wajahnya, Dan dia tidak sanggup untuk melihatkan riak wajah ChanYeol yang kecewa sekiranya mengetahui siapa dirinya.

 

Matanya membesar apabila melihatkan kedudukan lelaki itu yang begitu dekat dengan dirinya. ChanYeol langsung tidak mengetahui tentang dirinya kini. Namun mungkin juga lelaki itu mengetahui bahawa dia sebenarnya anak gadis KyuHyun dan kemungkinan juga lelaki itu membencinya. Untuk pertama kalinya dia takut sekiranya ChanYeol akan membencinya.

 

Helena langsung tidak dapat membaca apa yang sedang di fikirkan oleh lelaki itu. Dia takut sekiranya ChanYeol akan membencinya dan mustahil dia dapat menghapuskan kebencian yang telah lama bersarang di dalam hati lelaki itu. Mustahil kedua mereka dapat bersama, memandangkan bapanya sendiri yang telah membunuh kedua orang tua lelaki itu.

 

Perlahan-lahan ChanYeol menanggalkan topeng gadis itu yang berdiri di hadapannya kini. Terbukalah topeng Helena dan terserlahlah kecantikannya yang selama ini tersembunyi." Helena----"

 

" Awak tak bencikan saya?" tanyanya sambil mencari kebenaran di mata lelaki itu.

 

" Kamu masih ingat dengan kata-kata yang pernah saya luahkan pada kamu dulu..."

 

" As a person I loved you." beritahu gadis itu. ChanYeol tersenyum apabila gadis tersebut mengingati apa yang pernah dia beritahu.

 

" Namun ada satu perkara lagi yang saya ingin beritahu kepada kamu." ChanYeol memegang kedua belah pipi Helena dan kedua mata mereka saling bertembung. "Please...don't you ever leave my side again"   beritahunya lalu mengucup lembut dahi gadis itu. Helena mengalirkan air matanya apabila ChanYeol bertindak sedemikian terhadapnya.

 

Sangkanya lelaki itu akan membencinya namun sebaliknya yang berlaku. Ternyata lelaki itu juga mencintainya. * Because of you, I changed into different person. I loved you too, Park ChanYeol and I swear that I will always be by your side and accompany you until death separated us. * Itu janjinya lantas memeluk ChanYeol.

 

 

 

                           THE END.....

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


  ~Mehrong~

XingGirlLove : Nah, It's still not the end..... I just wanna said thank you to all of you because always reading this story xDD

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
azure_bliss
#1
Tahniah sbb telah direcommend c:

Vrite nih btul2 nmpk interesting. Bookmark activated! c:
sayhershe
#2
Chapter 37: x penah imagine citer yang macam ni... daebak lah author nim... hohoho

*jeles ngn Renata huhu Yi Xing ge~
thelucidream
#3
Chapter 37: All I can say is DAEBAK !!
KayKyuQ
#4
OMGGG SRSLY I LOVE THIS STORYYYYY ! SM RULE ! AUTHOR RULE <3 LOVEEE !
cutegirl99 #5
Chapter 30: wow.... saya sangat suka ff ni...