TEMUJANJI BERUBAH TRAGEDI

THE FORCE'S

 

   PERGUNUNGAN HIMALAYA, INDIA
 
 
   Renata terjaga dalam keadaan tersentak - kelopak matanya terbuka luas dan nafasnya tertahan-tahan. Cahaya kelabu pudar dan samar-samar , cahaya yang biasa pada pagi yang mendung, menggantikan sinaran terik matahari dalam mimpinya tadi.
 
   Entah mengapa dia bermimpi sedemikian, dia bermimpi tentang dirinya sendiri tetapi entah mengapa di dalam mimpinya, dirinya seperti dirasuki oleh sesuatu. Tetapi yang paling dia takuti apabila melihat warna matanya bertukar warna kepada warna biru. Renata melihat wajahnya sendiri dari cermin dan melihatya tiada sebarang perubahan pada anak matanya. Itu cuma mimpi, fikirnya sendiri.
 
  Renata selesai membersihkan diri sendiri lalu menyalin pakaian yang ringkas. Dia melihat bahu kirinya yang mempunyai tanda. Tanda yang dia ada sejak dia lahir lagi. Dia keluar dari biliknya dan melihat ommanya yang sedang sibuk menyediakan sarapan pagi. " Omma" Renata memeluk tubuh ommanya dari belakang.
 
  " Aigoo, kamu masih lagi bersikap seperti kanak-kanak" Renata ketawa kecil apabila Pn. Kim memicit hidungnya. " Omma dah sediakan makanan kegemaran kamu, nasi goreng kimchi" Renata segera duduk setelah Pn. Kim menghidangkan makanan. Dengan girangnya dia menyuapkan sesudu nasi ke mulutnya.
 
  Betapa gembiranya hati Pn. Kim yang melihat anak perempuannya yang telah meningkat dewasa.  Usia anaknya itu tidak lama lagi mencapai 21 tahun, selama ini dia menjaga anak perempuannya itu dengan penuh kasih sayang walaupun Renata di besarkan tanpa kasih sayang dari insan yang di gelar 'appa'.
 
  Malam itu YiXing dan Renata melihat pemandangan di kaki gunung. Angin malam yang dingin, di tambah dengan sinar bulan penuh di hamparan langit yang di hiasi kerlipan bintang-bintang ternyata membangkitkan keindahan pada perasaan Renata. Mereka berdua saling berbalas renungan. Senyuman menghiasi bibir. 
 
  Walaupun hanya di temani dengan kepekatan malam tetapi segala-galanya tampak indah. Menatap wajah Renata terasa membahagiakan perasaannya. Ternyata perasaan bila di cintai serta mencintai begitu indah sekali. Segala-galanya tampak sempurna di matanya. Kebahagiaan bila bersama dengan orang yang kita cintai membuatkan dirinya seperti mendapat kekuatan.
 
  Dari kejauhan pasangan tersebut melihat JongDae dan BaekHyun yang bersikap seperti kanak-kanak kecil.  Seperti kanak-kanak kecil mereka berdua saling berkejaran.  Entah bila mereka berdua akan matang, keluh YiXing.    
 
~~*~~
 
  YiXing sedang sibuk membuat persiapan sambil di bantu oleh JongDae dan BaekHyun. Sebenarnya hari ini dia ingin membuat kejutan pada Renata. Baru seminggu secara rasmi mereka berdua menjadi pasangan kekasih. JongDae dan BaekHyun turut tumpang gembira dengan perhubungan tersebut apatah lagi YiXing dan Renata merupakan pasangan yang sangat sesuai sekali.
 
  YiXing tersenyum puas apabila hasil kerjanya bersama JongDae dan BaekHyun telah pun siap setelah hampir sepanjang hari mereka bertiga bertungkus lumus. " Wah, mesti noona suka melihat semua ini" JongDae mengangguk menyetujui kata-kata BaekHyun.
 
  Renata baru teringat tentang janjinya yang ingin bertemu dengan buah hatinya. Tergesa-gesa dia merias diri supaya kelihatan cantik di mata kekasihnya itu. Rambutnya yang panjang ke paras bahu di biarkan beralun. Dia membelek wajahnya untuk kali terakhir di cermin sebelum beredar. Seperti kanak-kanak riang, dia berjalan sambil menggumam sebuah lagu.
 
  Begitu riang hatinya tidak menyedari lima pasang mata sedang memandangnya. " Diakah orangnya?" tanya seorang pemuda pada teman-temannya. " Dia kelihatan begitu cantik" ujarnya membuatkan semua mata memandangnya. " What! I'm just telling the truth" 
 
  " Hyung, kamu kena ingat gadis itu milik Lord ShinDong" tegas sahaja seorang pemuda yang berambut panjang memberitahu. Seperti kabus  kelima-lima pemuda tersebut hilang lantas tiba-tiba muncul di hadapan Renata. Terkejut besar Renata di buatnya apabila tiba-tiba di hadapannya muncul 5 pemuda yang langsung tidak dia kenali.
 
  " Siapa kalian?" tanyanya dalam keadaan ketakutan melihatkan 5 pemuda yang kacak tetapi raut wajah mereka seperti sang pemangsa yang sedang memburu mangsanya. Wajahnya serta merta menjadi pucat. Renata menjerit apabila seorang daripada pemuda memegang pergelangan tangannya dengan kasar.
 
  " Renata" ujar lelaki tersebut. Mata Renata membesar apabila pemuda yang dia tidak kenali bagaimana bisa mengenali namanya itu. Dia meronta-ronta untuk membolosi diri daripada pemuda tersebut tetapi ternyata pegangan lelaki tersebut begitu kuat sehingga membuatkan lengannya kemerahan kerana kesakitan. 
 
  Renata segera mengambil peluang menendang bahagian sulit lelaki tersebut sehingga lelaki itu mengerang kesakitan lalu terjelepuk ke tanah. pegangan lelaki itu sedikit longgar membolehkan Renata meloloskan diri. " Aron hyung" jerit seorang dari temannya apabila melihat Aron yang mengerang kesakitan. 
 
  MinHyun lantas menggunakan kuasanya dan muncul di hadapan Renata. Angin yang sedari tadi beralun lembut tiba-tiba berubah corak. Pukulannya bertambah kencang. Di arah matahari terbit dan awan mulai bergulung-gulung. berambal-ambal dan berombak-ombak kemudian berpecah-pecah dalam sekelip mata di bawa angin yang kian buas bertiup. Kaki langit menjadi gelap.
 
  YiXing melilau ke langit. Pelik apabila melihat cuaca mulai berubah. Entah mengapa perasaannya kini begitu gundah, hatinya langsung tidak tenang. Walaupun puas dia cuba untuk menenangkan hatinya tetapi hatinya masih gelisah. Satu jeritan bergema memecah suasana alam.
  
  Suara itu milik Renata. Terburu-buru YiXing berlari menuju ke arah suara Renata. JongDae dan BaekHyun turut mengekori hyungnya dari belakang. Mereka berdua juga mendengar jeritan yang sama. Apakah noona di dalam bahaya, fikir mereka berdua di dalam hati.
 
  YiXing dan yang lain berhenti berlari apabila tiba di kawasan lembah. Ketika itu jualah tiba-tiba kilat memancar di ikuti dengan dentuman guruh yang amat kuat. Hanya sekali sahaja. " RENATA " jeritnya apabila melihat kekasihnya itu. Adanya seorang pemuda di hadapan Renata.
 
  Tetapi gadis itu seperti tidak mendengar suaranya. Suara Renata garau sekali, sepertinya dia ditakluki oleh sesuatu. Secara tiba-tiba tubuh Renata mengeluarkan sesuatu cahaya dan semakin lama cahaya itu semakin membesar membuatkan sinar terang yang menyilau pandangan.
 
  MinHyun yang berada di hadapan Renata tiba-tiba terpelanting jauh. Seolah-olah ada tangan ghaib yang menghumbannya. YiXing, JongDae dan BaekHyun bertempur dengan 4 orang lelaki. JongDae menendang Jr. sehingga dia tersungkur dalam keadaan terpinga-pinga. Jr. membuang debu yang melekat di bajunya itu.
 
  BaekHyun pula menyerang Ren, yang paling muda di antara Nuest dan juga kelihatan lemah. BaekHyun dengan mudahnya menumbuk wajah Ren. BaekHyun memukul Ren secara bertubi-tubi. Manakala YiXing melawan 2 orang yang paling kuat di antara Nuest iaitu BaekHo dan Aron. Renata pula seperti patung yang tidak bernyawa. Anak matanya berubah kepada warna kebiruan. 
 
  Susah untuk YiXing melawan kedua mereka kerana ternyata kekuatan yang dimiliki oleh BaekHo dan Aron 2 kali ganda daripada dirinya. Untung dengan bantuan BaekHyun yang berhasil mengalahkan Ren membantunya kini. Pertarungan itu berlangsung tanpa mengetahui yang mana akan menang.Helena bersama Kara hanya memerhatikan pertarungan itu dari atas langit. Perlahan-lahan tubuh Helena dan Kara mendarat turun ke lembah tersebut.
 
 " CUKUP" 
 
  Satu suara yang halus dan nyaring muncul di hadapan YiXing, BaekHyun dan JongDae membuatkan mereka bertiga berhenti berlawan. Nuest segera berdiri di belakang Helena. Kara hanya memandang wajah setiap ahli Nuest dengan wajah yang kosong, kecewa kerana langsung tidak dapat melakukan tugas yang telah di beri. Nuest hanya menunduk ke bawah.
 
  Mungkin perempuan itu merupakan ketua mereka, benak YiXing sendiri apabila melihatkan Nuest berdiri di belakang gadis itu. Raut wajah gadis itu di tutupi dengan topeng membuatkan dia tidak dapat melihat wajah sebenar gadis itu. JongDae segera menghampiri Renata.
 
  " Noona, kwenchana" tanyanya. Pada awalnya dia terkejut melihat perubahan anak mata Renata yang kembali bertukar kepada warna hitam. Renata terkejut melihat kehadiran JongDae di hadapannya kini. Bukankah sebentar tadi dia di serang dengan sekumpulan lelaki yang tidak di kenali. Helena tersenyum sinis melihat Renata.
 
  Dengan kuasa yang Helena ada segera dia menghantar bebola api kepada lawannya. YiXing dan yang lainnya dapat menepis bebola api tersebut setelah berkali-kali gadis itu menyerang mereka. YiXing melindungi Renata daripada terkena bebola api sehingga lengannya terluka.
 
  " O-ppa..." Renata melihat YiXing tercedera demi untuk menyelamatkan dirinya. Anak mata JongDae berubah menjadi hitam pekat lantas kedengaran percikan api yang begitu kuat sekali sehingga mengenai sebatang pohon lantas terbakar. Helena lantas menggunakan kuasa mindanya sehingga membuatkan YiXing, BaekHyun dan JongDae mengerang kesakitan.
 
  " HENTIKAN" jerit Renata melihatkan teman serta kekasih hatinya di dalam kesakitan. Walhal tiada seorang pun menyentuh mereka tetapi mereka bertiga telah pun terbaring di hamparan rumput dalam keadaan menggelupur kesakitan. Renata melihat Helena yang seolah-olah tersenyum disebalik topeng yang menutupi wajahnya.
 
  " Kalau kamu tidak ingin melihat mereka bertiga mati, ikut kami" ujarnya. Renata mengigit bawah bibirnya. Dia memandang sekilas setiap wajah di hadapannya. " Comelnya dia, membuatkan aku ingin menarik nyawanya" Ujar Helena memandang kearah BaekHyun yang masih terdampar. Tiba-tiba BaekHyun mengerang dan wajahnya berkerut menahan kesakitan.
 
  " Owhhh, sakitkah"  Helena tersenyum sinis melihatkan lawannya itu, kemudian dia menyasarkan mangsanya kepada JongDae. Air mata Renata mulai membasahi pipi.
 
  " H-hentikan..." tangisnya melihatkan kedua dongsaengnya yang di dalam kesakitan.
 
  " Untuk apa.... Apa perasaan kamu jikalau teman lelaki kamu di sakiti." YiXing menjerit kesakitan, jeritannya begitu kuat sekali.  Jeritannya bergema dalam keheningan suasana. Tiada satu pun yang keluar dari bibir YiXing ketika di mengerekot. Renata merasakan kepalanya seperti hendak pecah oleh rasa terseksa menyaksikan semua itu.
 
  " Tolong, h-hentikan semua ini" suara Renata mulai garau. Anak matanya berubah kepada kebiruan sekali lagi. Helena hanya tersenyum sinis melihatkan kuasa Renata mulai mengalir keluar. Dia dapat merasakan aura kuasa gadis itu teramat kuat, lebih kuat daripada kuasanya itu.
 
  Puting beliung mulai muncul membuatkan semua pohon yang berada di situ tercabut dari tanah. Nuest menggunakan kuasanya mengelakkan diri daripada memasuki puting beliung itu. Helena lantas menggunakan kuasa dalamannya untuk melemahkan gadis itu tetapi tiada apa-apa yang terjadi membuatkan Helena menderam kemarahan. 
 
  Secara tiba-tiba tubuh YiXing mulai terangkat dari tanah. Anak mata Renata mulai bertukar kembali seperti sedia kala melihatkan YiXing. YiXing memegang batang lehernya, terasa menyeksakan apabila dia merasakan ada tangan ghaib yang sedang mecekiknya kini.  
 
  " Ikut kami ataupun kamu ingin melihat kekasih kamu mati di hadapan kamu." Perlahan-lahan puting beliung tersebut lenyap.
 
  " Re-nata, jangan p-pergi." terputus-putus suara YiXing memberitahu apabila melihat kekasihnya mulai ingin melangkah menuju ke arah Helena. YiXing terjelepuk ke tanah.  YiXing segera menarik pergelangan tangan Renata tidak merelakan gadis itu pergi. Mereka berdua saling berpandangan antara satu sama lain. Tidak menyangka behawa mereka berdua harus berpisah dalam keadaan sedemikian. 
   
  JAUHI DIRI DARI CINTA
 
  Suara ibunya bermain-main di minda Helena. Kerana cinta, dirinya tidak dapat bersama orang yang dia cintai dan kerana cinta jugalah hidupnya di dalam kegelapan tanpa sinar kebahagiaan. Melihatkan YiXing dan Renata, hatinya berkecamuk. Benar kata ibu, cinta itu hanya membuatkan kita lemah. Helena memandang tajam ke arah mereka.
 
  YiXing merasakan kesakitan mengalir ke seluruh tubuh. Dia bernafas perlahan-lahan , berusaha mengimbangi kesakitan yang menjalar, terasa melumpuhkan sekali gus meragut nikmat kehidupan ini. Renata menghampirinya, dipegangnya kedua tangan lelaki itu. Peluh mulai membasahi dahi YiXing sambil menahan kesakitan.
 
  " Jangan sakiti dia, aku akan mengikuti kalian...asalkan mereka tidak di sakiti" rayu Renata memandang Helena. Hara segera menghampiri Renata. YiXing menggengam erat tangan Renata tidak ingin membiarkan gadis itu pergi. " You know  i have no choice but to do this " tangisnya sebelum mengekori Hara.
 
  Dia berpaling melihat YiXing yang telah menangis. Di gigit bawah bibirnya, menahan diri daripada menerpa ke arah YiXing. Perlahan-lahan tubuhnya lenyap seperti kabus. Helena masih lagi tidak berganjak dari tempat dia berdiri. Dia menghampiri YiXing, BaekHyun dan JongDae. YiXing memandang wajah gadis itu dengan kebencian. 
 
  " Kalian semua tidak akan dapat menemuinya lagi...untuk selama-lamanya" hilainya sebelum dia terbang meninggalkan mereka. Kesakitan mereka hilang setelah Helena pergi. 
 
~~*~~
 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
azure_bliss
#1
Tahniah sbb telah direcommend c:

Vrite nih btul2 nmpk interesting. Bookmark activated! c:
sayhershe
#2
Chapter 37: x penah imagine citer yang macam ni... daebak lah author nim... hohoho

*jeles ngn Renata huhu Yi Xing ge~
thelucidream
#3
Chapter 37: All I can say is DAEBAK !!
KayKyuQ
#4
OMGGG SRSLY I LOVE THIS STORYYYYY ! SM RULE ! AUTHOR RULE <3 LOVEEE !
cutegirl99 #5
Chapter 30: wow.... saya sangat suka ff ni...