RAHSIA YANG TERUNGKAI (part 2)

THE FORCE'S

 

  "Uncle" DongHae memandang wajah LuHan yang kelihatan risau, mungkin dia terdengar perbualannya sebentar tadi. Dia mencuba untuk melemparkan senyumannya pada LuHan yang dia anggap sebagai anaknya juga. LuHan membalas senyuman DongHae tetapi senyuman tersebut hambar. 
 
  "Biar saya cuba pujuk seHun." ujarnya." SeHun masih muda sebab itu dia tidak menerima hakikat yang sebenar. Dia cuma terkejut saja." pujuk LuHan mencuba untuk memujuk hati DongHae. LuHan segera meninggalkan DongHae sendirian di halaman rumah. DongHae mengeluh setelah dia menghempaskan tubuhnya di sofa. YuRi memerhatikan wajah suaminya itu.
 
  'Kesian suamiku... bilalah SeHun akan mengerti mengapa kami berdua merahsiakan hal tersebut darinya,' YuRi mengajak Amber menuju ke dapur untuk menyediakan minuman sementara HenRy dan DongHae berbincang tentang agenda mereka yang ingin ke Jepun.
 
  "Stop sighing...SeHun will understood" DongHae memandang sahabat baikkya itu. Ya, mungkin SeHun akan mengerti walaupun bukan dalam masa terdekat ini. "Saya juga yakin anak-anak kita juga akan membantu kita untuk mencari kunci 'Demon Of The Hell'. Tiada sesiapa pun harus memiliki kunci tersebut termasuk KyuHyun." DongHae menyetujui kata-kata HenRy. Benar, misi mereka kini ialah untuk menghapuskan kunci tersebut kerana khuatir sesiapun yang menemui kunci tersebut, bisa mengancam dunia.
 
  Perbualan mereka berdua terhenti apabila munculnya seseorang yang telah lama mereka berdua tidak temui. Mata DongHae dan HenRy terbeliak besar melihatkan kemunculan lelaki tersebut.
 
  Cho KyuHyun.
 
  Dan dia tidak bersendirian tetapi dirinya di apit bersama sekumpulan pemuda yang kelihatan mentah lagi. Tetapi mereka berdua tahu bahawa 5 orang pemuda tersebut walaupun tampak mentah tetapi mereka dapat merasakan kuasa mereka berlima sangat kuat. Dan mereka berdua mengenali siapakah yang mereka, iaitu NUEST, salah sebuah kumpulan yang terkuat.
 
  Belum sempat DongHae dan juga Henry menggunakan kuasa mereka, KyuHyun menyerang mereka berdua dengan kuasanya lantas membuatkan tubuh mereka berdua melayang ke arah dinding sehingga bingkai gambar yang tergantung pecah berderai. 
 
  HenRy mengerang kesakitan apabila kaki kanannya tertusuk dengan kaca. Dia lantas mencabut kaca tersebut. Darah mengalir dari kakinya tetapi tidak di endahkan. DongHae menggunakan kuasanya untuk menyerang KyuHyun tetapi dapat di tepis. YuRi dan Amber yang sedang rancak berbual terkejut apabila mendengar bunyi bising di ruang tamu. Tergesa-gesa mereka berdua menuju kesana.
 
  Mereka berdua tergamam melihatkan suami mereka sedang bertarung dengan KyuHyun. Ren, maknae kepada kumpulan NUEST bertindak ingin menyerang HenRy dari belakang apabila melihatkan HenRy yang sedang sibuk menepis serangan KyuHyun. "Dibelakang abang!!" teriak Amber. Untung HenRy bertindak lebih awal, dia mengelak serangan tersebut.
 
  "Ren dan MinHyun pergi hapuskan anak mereka berdua manakala Aron dan BaekHo mencari maklumat tentang kunci tersebut" ujar JR. Walaupun dia muda tetapi sebenarnya Aron yang lebih tua darinya. Mereka berlima lenyap meninggalkan KyuHyun yang sedang sibuk bertarung.
 
  "Mata hati kamu telah di tutupi dengan kegelapan. Kamu terlalu tamakkan kuasa sehingga menuntut ilmu dari lord of darkness." ujar DongHae.
 
  "Apa kata kalian berdua mengikut langkahku. Dengan kuasa kita bertiga , pasti dunia ini akan menjadi milik kita" tingkah KyuHyun dengan megah.
 
  "Jangan harap.Kami masih setia dengan ketua kami" marah HenRy.
 
  KyuHyun tersenyum sinis." Nampaknya kalian berdua masih tidak mengetahui tentang ketua kamu. Telah lama dia lenyap dari dunia ini"
 
  "Kamu berbohong, mustahil JungSoo hyung mati!" tukas DongHae.
 
  "Tidak dan kalian berdua akan menemuinya di neraka sebentar nanti" KyuHyun segera menyerang mereka berdua. Dan berlangsunglah pertarungan tersebut. Pertarungan diantara kebaikan melawan kejahatan. Tiada siapa pun akan mengetahui yang mana akan menang. 
 
  Mata KyuHyun terbeliak sambil menahan kesakitan apabila dia merasakan batang lehernya seperti di cekik oleh seseorang. Perlahan-lahan tubuhnya terangkat sedikit dari bumi. Terapung-apung di atas tanah. Dia cuba untuk menggunakan kuasanya untuk melepaskan diri namun gagal kerana tubuhnya tidak dapat dia gerakkan walaupun jarinya.
 
  Dia mengerang kesakitan apabila tubuhnya bagaikan di lilit oleh seekor ular sawa, makin dia ingin meloloskan diri makin kuat rangkulan itu. DongHae menggunakan kesempatan itu untuk menyerang KyuHyun. HenRy menggunakan sebelah tangannya dan kaca-kaca yang bersepahan di atas lantai mulai terangkat sehingga ke paras dadanya dan terhala ke arah KyuHyun. Laju sahaja kaca-kaca tersebut bergerak pantas seperti peluru sesat menghampiri tubuh KyuHyun.
 
 "TIDAK" jerit HenRy melihatkan tubuh isterinya yang terjelepok ke lantai. Mata isterinya terpejam rapat menandakan bahawa ajal telah menjemputnya. Ternyata KyuHyun sempat mengelakkan diri dan dia telah menggunakan kuasanya dan menjadikan Amber sebagai pendinding dirinya.
 
 "Go to hell" ujar KyuHyun lantas munculnya api dari tubuhnya dan dia segera menghalakan api tersebut ke arah HenRy sehingga HenRy terpelanting. Kemudian KyuHyun menghampiri HenRy. Sejurus, membenamkan tangan ghaibnya menembusi dada. Mencengkam jantung. Saat ini, HenRy terkapar-kapar. Terasa ajal kian mendatang. Nafas HenRy tersekat di rengkungan  dan dia turut mengikuti isterinya ke alam kematian.
 
 Mata KyuHyun berubah kepada warna merah dan tubuhnya mulai mengeluarkan cahaya berwarna ungu-keunguan tetapi DongHae dapat merasai bahang cahaya tersebut. Cahaya tersebut semakin besar dan walaupun DongHae mencuba untuk menghalang tetapi ternyata kuasa KyuHyun begitu hebat.Kediaman mereka musnah sehingga yang berada di situ pasti tidak akan selamat melainkan KyuHyun.
 
 KyuHyun tersenyum sinis melihatkan kediaman HenRy musnah. Walaupun pada awalnya agak susah untuk dia menghapuskan HenRy yang dapat menghapuskannya. Untung dia dapat memcari helah sebelum kaca mengenai tubuhnya tadi. Jika tidak mungkin nyawanya telah melayang sebentar tadi. Perlahan-lahan tubuh KyuHyun mulai hilang dari situ.
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
azure_bliss
#1
Tahniah sbb telah direcommend c:

Vrite nih btul2 nmpk interesting. Bookmark activated! c:
sayhershe
#2
Chapter 37: x penah imagine citer yang macam ni... daebak lah author nim... hohoho

*jeles ngn Renata huhu Yi Xing ge~
thelucidream
#3
Chapter 37: All I can say is DAEBAK !!
KayKyuQ
#4
OMGGG SRSLY I LOVE THIS STORYYYYY ! SM RULE ! AUTHOR RULE <3 LOVEEE !
cutegirl99 #5
Chapter 30: wow.... saya sangat suka ff ni...