PESTA HARIJADI

THE FORCE'S

Pergunungan Himalaya, India


  YoonA sedang sibuk menghias rumahnya sempena ulang tahun anak perempuannya yang bakal berusia 9 tahun. Tersenyum dia apabila mendengar gelak tawa anaknya itu di luar rumah. " YoonA, kamu dah siap hias kek ke?" tanya SunYoung.

  "Unnie SunKyu sedang hias sekarang ni manakala unnie SongQian pula menyediakan makanan" ujar YoonA setelah dia meletakkan sejambak bunga di atas meja. SunYoung segera menuju ke dapur untuk membantu SongQian yang sedang memasak.

  "SunYoung, kamu tolong saya untuk hiris sayur-sayuran kat tepi tu" ujar SongQian. SunYoung segera membilas sayur tersebut dan memotong sayur-sayuran tersebut.

  Hampir fajar menyinsing barulah majlis hari jadi anak perempuan YoonA dijalankan. Tersenyum YoonA melihat anak perempuannya yang telah siap berpakaian cantik. "Sayang, mari kita pergi" anak perempuan YoonA mencapai tangannya.

  "Selamat hari jadi, selamat hari jadi, seamat hari jadi Renata....Selamat hari jadi....." semua bertepuk tangan apabila Renata meniup 9 batang lilin menandakan umurnya. YoonA mencium kedua belah pipi Renata."Happy birthday sayang..." Renata tersenyum girang apabila ibunya menghadiahkan hadiah untukknya.

  Renata bermain dengan girang bersama-sama YiXing, BaekHyun serta JongDae di pesta hari jadinya. Hanya YiXing sebaya dengan Renata manakala BaekHyun dan JongDae baru sahaja mencapai usia 8 tahun. YoonA tersenyum riang melihat kegembiraan anak tunggalnya itu. Melihatkan kegembiraan itu tiba-tiba dia merindui suaminya.

  Sayang, anak kita telah pun berusia 9 tahun....Semakin lama perangainya sama seperti kamu.Apakah kamu dapat melihat dia dari sana, fikir YoonA sendiri. Menungannya tiba-tiba ternganggu apabila SunKyu memberikan yang menghulurkannya segelas jus oren.

  "Apa yang kamu fikirkan sekarang?" tanya SunKyu.YoonA hanya mengeleng kepalanya."Unnie tahu kamu rindukan suami kamu." dia hanya mendiamkan diri mendengarkan pernyataan SunKyu

  "Saya rindukan dia......" perlahan sahaja suara YoonA."Hampir 10 tahun dia pergi tetapi saya merasakan dia meninggalkan saya seperti semalam" ujar YoonA. Airmatanya mulai menitis membasahi pipinya.

  "I-ibu, kenapa menangis" tanya Renata apabila melihat air mata ibunya. YoonA segera menyeka air matanya dan dia melemparkan senyuman kepada anak gadisnya..

  "Tak delah sayang...mata ibu terkena habuk tadi" YoonA memeluk anak perempuannya. Renata yang tidak mengerti akan situasi tersebut hanya tersenyum pada ibunya.

  "Ren, marilah kita bermain lagi" panggil YiXing. Renata mengangguk lantas meninggalkan ibunya serta SunKyu dan segera bermain bersama YiXing dan yang lainnya.

  " Adakah Renata juga mempunyai kuasa seperti KiBum juga?" tanya SunKyu.

  "Tidak, kelakuannya tidak menunjukkan bahawa dia mempunyai kuasa yang sama seperti KiBum" balas YoonA." Bagaimana pula dengan BaekHyun, apakah dia sedar bahawa dia mempunyai kuasa?"

  "Tidak dan SungMin langsung tidak ingin memberitahu BaekHyun.Apakah betul tindakan kita ini?" tanya SunKyu pada YoonA.

  "Ya, sekiranya dengan itu anak-anak kita akan terselamat..." balas YoonA.

~~*~~

  YoonA perlahan-lahan membuka pintu bilik Renata. Dilihatnya Renata sedang lena tertidur di katilnya. Perlahan-lahan dia menuju ke arah Renata. Dia duduk di tepi katil sambil memandang raut wajah Renata. YoonA mengelus rambut anak perempuannya.  Dia memerhatikan raut wajah Renata yang lena tidur tanpa sebarang kerisauan di wajahnya.

  Anaknya sudah berusia 9 tahun kini. Sekiranya suaminya masih hidup, pasti puteri tunggalnya akan ditatang dengan penuh kasih sayang. "Kesian anakku, ayahmu meninggalkan kita sewaktu kamu berada di dalam rahim ibu.Bahkan ayahmu tidak mengetahui akan kewujudanmu. Ayahmu pergi tanpa mengetahui bahawa ibu sedang mambawa zuriatnya." bisik YoonA.

  "Selamat malam sayang dan selamat hari jadi" ujar YoonA lantas mengucup dahi Renata.Sebelum YoonA ingin beredar dari bilik Renata, dia menyelimuti tubuh Renata sehingga menutupi bahunya. Dari bilik tidurnya, YoonA melihat kepekatan malam melalui pintu tingkapnya. Apabila dia melihat bulan mengambang yang sedang menerangi malam itu, rindunya pada sang suami menerpa di minda.

  "Abang.....saya rindukan kamu" bisik YoonA berduka.

  Kenangan sewaktu memadu cinta dahulu bertandang dalam fikiran. Mendiang suaminya itu sangat pandai mengambil hatinya. Masih lagi dia ingati pertemuan pertamanya dengan KiBum. Suaminya sentiasa menulis puisi-puisi cinta buatnya. Masih segar lagi ingatan tersebut walaupun sudah sepuluh tahun suaminya meninggal.

  A Special World

A special world for you and me
A special bond one cannot see
It wraps us up in its cocoon
And holds us fiercely in its womb.

Its fingers spread like fine spun gold
Gently nestling us to the fold
Like silken thread it holds us fast
Bonds like this are meant to last.

And though at times a thread may break
A new one forms in its wake
To bind us closer and keep us strong
In a special world, where we belong.

  Masih lagi tergiang-giang ketika KiBum membacakan puisi luahan rasa hatinya. Tidak sukar menjangka tekaan. Umpama siang meneluskan pandangan. Tidak tersembunyi di malam gelap.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
azure_bliss
#1
Tahniah sbb telah direcommend c:

Vrite nih btul2 nmpk interesting. Bookmark activated! c:
sayhershe
#2
Chapter 37: x penah imagine citer yang macam ni... daebak lah author nim... hohoho

*jeles ngn Renata huhu Yi Xing ge~
thelucidream
#3
Chapter 37: All I can say is DAEBAK !!
KayKyuQ
#4
OMGGG SRSLY I LOVE THIS STORYYYYY ! SM RULE ! AUTHOR RULE <3 LOVEEE !
cutegirl99 #5
Chapter 30: wow.... saya sangat suka ff ni...