Dendam Yang Tersemat

THE FORCE'S

 

Shikoku,Tokyo,Japan

 

" Promise me son,kill em all".Dia mendengarkan suara ayahnya yang sedang membisikkan ketelinganya.ChanYeol bangun dan cuba untuk berlari mendapatkan ayahnya semula.Dia terkapai-kapai saat melihatkan ayahnya yang semakin hilang disebalik kabus putih yang semakin menyelubungi dirinya.

 

Dia memejamkan mata dan apabila dia tersedar semula,dia mendapati dirinya berada dihamparan pasir,dan kabus gelap yang menyelubungi membuatkan matanya terpinga-pinga mencari kelibat sesuatu.

 

Disitu,dia kemudiannya melihatkan kelibat ayahnya yang tidak berseorangan.Ayahnya sedang berhadapan dengan seorang lelaki yang wajahnya kelihatan bengis dan menakutkan sekali.Lelaki itu berpakaian serba hitam.Dibelakangnya berdiri gah barisan tentera-tentera yang siap memegang senjata.

 

ChanYeol ingin berganjak daripada situ dan ingin berlari menuju keayahnya.Namun langkahnya seperti terkunci dan dia terkaku disitu.

 

Dia mula menyaksikan lelaki tersebut sedang bertarung hebat bersama ayahnya.Tentera-tentera tersebut pula mula menyerang penduduk kampung dan memusnahkan kampung tersebut.Muncul ibunya pula yang datang dengan menunggangi seekor burung gergasi.

 

Terjadinya pertarungan antara lelaki kejam tersebut bersama ibu dan ayahnya.Dia menyaksikan sendiri pertarungan itu.Dirinya ingin melakukan sesuatu untuk menghentikan perang itu,namun tiada apa yang dapat dilakukan olehnya.

 

“AYAH,IBUUU”.Teriaknya.Matanya membesar  apabila melihatkan ayah dan ibunya yang diserang secara kejam oleh lelaki berpakaian hitam itu.Namun teriakannya seperti tidak dapat didengari.ChanYeol menangis apabila melihatkan ayah dan ibunya yang terdampar tidak berdaya.

 

 

ChanYeol terjaga dari mimpinya.Wajahnya dibasahi peluh.Dadanya bergetar hebat apabila mengalami mimpi yang sama.Dia menarik nafas berkali-kali bagi menenangkan dirinya.Matanya melihat kearah tingkap biliknya yang separuh terbuka.Bulan gerhana masih lagi menampakkan dirinya dan menunjukkan hari yang masih malam hari.

 

Disudut katil,burung gergasi yang kini diwarisi olehnya masih lagi memerhatikan tingkahnya yang terjaga dari tidur.Mata bercahaya haiwan lagenda itu memandang wajah ChanYeol dengan penuh perhatian.Tubuhnya mengeluarkan api yang marak,namun ChanYeol yang memilikinya tidak dapat merasa bahang yang dikeluarkan dari tubuh haiwan lagenda tersebut.

 

ChanYeol yang memandang haiwan miliknya mendengari haiwan tersebut yang sedang berkata sesuatu kepadanya walaupun ianya tidak mengeluarkan sebarang suara.Jika sesiapa yang mendengarinya pasti hanya mendengar derumannya sahaja.Namun sebagai pemilik,ChanYeol dapat memahaminya.

 

“I had that dream again…About the war”.

 

~~~~~~

 

Dihadapan sebuah rumah yang telah lama terbiar,ChanYeol berdiri lama memerhati.Kampung tersebut telah lama tidak dikunjunginya.Terlalu lama,sehingga perasaannya menahan rasa sakit saat mengingatinya.Rumah yang dulu pernah memberi kebahagiaan terhadap mereka sekeluarga.

 

ChanYeol melangkah masuk kedalam rumah usang itu.Masih segar lagi dalam ingatannya sewaktu saat terakhir ibu dan bapanya meninggalkan dirinya.Dia melangkah menuruni bilik bawah tanah dimana tempat terakhirnya berada sebelum dirinya pergi meninggalkan kampung itu.

 

Sewaktu itu dia yang sedang ketakutan hanya duduk disatu sudut menanti ibubapanya supaya kembali.Dia menggigil ketakutan apabila mendengarkan jeritan penduduk-penduduk kampung yang diserang.Sehinggalah ada sekumpulan pemuda yang datang mendapatkannya yang sedang keseorangan itu.Mereka mengakui dan memperkenalkan diri sebagai penjaganya disaat itu.

 

SHINEE,5 orang pemuda yang diutuskan oleh TaeYeon ibunya merupakan makhluk yang bersayap dan mereka tidak akan dimamah usia.Mereka merupakan orang kepercayaan TaeYeon dan mereka sememangnya mempunyai kuasa yang luar biasa.

 

Setelah kejadian itu,ChanYeol dijaga dan diasuh oleh mereka berlima.Dia diajar pelbagai seni mempertahankan diri dan setelah itu dia turut mengetahui bahawa dirinya ternyata merupakan anak kepada ketua pahlawan yang digelar ‘The force’s’.Dia juga mengetahui bahawa dia turut mewarisi kuasa yang ada pada ayahnya iaitu JungSoo dan dia turut mewarisi kuasa daripada ibunya yang merupakan seorang puteri yang memiliki haiwan lagenda iaitu phoenix.

 

Matanya memandang sekeliling bilik bawah tanah itu.Dia duduk mencangkung apabila melihatkan ukiran batu yang mempunyai satu logo yang menarik perhatiannya.Dibeleknya ukiran batu tersebut yang dirasakan agak aneh.Apakah batu ini merupakan suatu petunjuk?fikirnya.

 

“ChanYeol”.Secara tiba-tiba dia terasa bahunya disentuh oleh seseorang.Dia berpaling dan mendapati ianya milik suara MinHo dan dibelakangnya berdiri 4 orang lagi pemuda yang bersayap.”Kita harus meneruskan perjalanan sekarang”.Katanya lagi.

 

ChanYeol memandang keatas bumbung yang sedikit terbuka itu.Langit yang luas terbentang jelas kelihatan.Disaat itu senjakala yang mula menyinsing menampakkan matahari yang mulai terbenam.Dia mengangguk sebelum menempatkan ukiran batu yang dipegangnya sebentar tadi kedalam begnya.

 

Park ChanYeol,seorang pemuda yang membesar dengan api dendam yang membara.Dia turut terpanggil untuk menjejaki semula,manusia yang telah membunuh kedua ibubapanya.Dirinya yang masih meneruskan kehidupan sehingga kini mempunyai satu matlamat.Iaitu meneruskan perjuangan bapanya dengan menghapuskan kejahatan yang menakluki dunia.Itu sumpah janjinya.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
azure_bliss
#1
Tahniah sbb telah direcommend c:

Vrite nih btul2 nmpk interesting. Bookmark activated! c:
sayhershe
#2
Chapter 37: x penah imagine citer yang macam ni... daebak lah author nim... hohoho

*jeles ngn Renata huhu Yi Xing ge~
thelucidream
#3
Chapter 37: All I can say is DAEBAK !!
KayKyuQ
#4
OMGGG SRSLY I LOVE THIS STORYYYYY ! SM RULE ! AUTHOR RULE <3 LOVEEE !
cutegirl99 #5
Chapter 30: wow.... saya sangat suka ff ni...