HALANGAN DEMI HALANGAN

THE FORCE'S

Setelah matahari menyinsing di awal pagi, mereka terus meneruskan perjalanan lagi mencari 7 penjaga masa. Kelopak bunga semakin hari ianya mulai gugur membuatkan mereka risau sekiranya tidak dapat menemui INFINITE. Mereka mengagahkan diri merentasi kawasan bersalju, padang pasir serta kawasan pergunungan.

 

Mereka mendaki sebuah gunung sehingga hampir tiba di puncak gunung tersebut. " Hyung, saya penat. Boleh tak kita berehat sebentar." omel SeHun sambil mengelap peluh yang membasahi wajahnya. Entah sudah berapa lama mereka semua berada di dunia khayalan ini namun masih tidak menemui INFINITE.

 

" Sebentar lagi kita berehat." SeHun hanya mendengar kata-kata JoonMyun. Semakin mereka berjalan, kedengaran bunyi air. " Saya dengar bunyi air terjun..." suara JoonMyun memberitahu.

 

" Mungkin ada anak sungai. Lebih baik baik kita berehat di situ." suara YiFan memberitahu. Mereka semua terus melajukan langkah mencari bunyi air tersebut.  Mereka menemui sebuah anak sungai berhampiran air terjun. Danau tersebut begitu cantik sekali.

 

 

   images?q=tbn:ANd9GcTnbswhUfFapdHUHrHc1MT

 

Suasana ketika itu begitu syahdu sekali. Tempat itu  cukup mendamaikan untuk melabuhkan jiwa yang gundah. Namun YiFan lebih bijak menduga ketenangan merupakan satu perangkap. Di sebalik ketenangan dan kesyahduan suasana persekitaran tersembunyi satu kejahatan yang tak terjangka. Maka, dia meminta saudaranya agar sentiasa berwaspada.

 

Tidak tergugah dengan kedamaian yang di anggap satu pendustaan belaka. YiFan mengarahkan saudaranya untuk duduk berteduh di bawah pohon untuk berehat sebentar. Melihatkan matahari tidak lama akan terbenam, dia membuat keputusan mengajak mereka supaya memasang khemah di situ.

 

JongIn dan MinSeok di tugaskan untuk mencari kayu api manakala Tao, SeHun, LuHan dan YiFan pula sedang memasang beberapa khemah. ChanYeol dan JongDae mencari buah liar yang dapat di makan. JoonMyun dan KyungSoo pula harus mengambil bekalan air berdekatan dengan air  terjun.

 

Mereka berdua berjalan perlahan di tepi air terjun mengelakkan diri daripada terjatuh ke dalam danau yang kelihatan dalam. " Berhati-hati, KyungSoo-ah.." ujar JoonMyun. KyungSoo menarik nafas sedalamnya lantas perlahan-lahan tubuhnya semakin dekat dengan air terjun yang jernih airnya.

 

Dia mengambil bekalan air sehingga penuh dan apabila KyungSoo ingin beredar, dirinya terlihat kelibat bayangan seseorang dari sebalik air terjun tersebut. Kyung Soo cuba mendekati apabila merasa pelik akan kehadiran lelaki tersebut yang hanya berseorangan.Pemuda itu sedang duduk dalam keadaan bertapa dan kedatangan KyungSoo seperti tidak disedari ataupun barangkali tidak diendahkan.Apabila KyungSoo menyapa,juga tidak disahutnya.

 

Dia memandang dengan matanya yang besar,merenung kewajah lelaki itu yang kelihatan sempurna.Namun matanya tidak juga berkelip."Pelik,dia ni patung ke manusia?".KyungSoo menggaru kepalanya yang tidak gatal sebelum memandang wajah pemuda itu sekali lagi.Pemuda tersebut masih tidak bergerak sedikitpun."Alah..abaikan jelah".Dia ingin berganjak apabila dirinya terdengarkan satu suara yang sekaligus menghentikan langkahnya.

 

" The journey will be end but soon the battlefield will begin again..."

 

Alangkah terkejutnya apabila dia menoleh kelibat lelaki tersebut sudah tiada lagi.Semerta meremang seluruh bulu romanya.

 

~~~~~~

Sampainya dia kebawah,dia terdengar 2 suara sahabatnya yang menjerit meminta tolong. Dia melihat YiXing dan BaekHyun yang di tarik oleh sesuatu ke dalam sungai. YiFan dan yang lainnya berada di situ cuba untuk memegang tangan YiXing dan BaekHyun daripada di tarik namun sayangnya terlambat.

 

LuHan dan Tao terus terjun ke dalam sungai secepat yang mungkin untuk mencari kelibat kedua sahabat mereka namun di sebabkan air sungai tersebut agak sedikit keruh, membuatkan susah untuk menemui mereka. JongIn dan MinSeok yang baru sahaja selesai mencari kayu api, tidak mengetahui apa yang berlaku sebentar tadi di situ.

 

" Xing hyung dan Hyun hyung di tarik sesuatu ke dalam dan sekarang Tao dan Lulu hyung sedang mencari mereka." perlahan suara SeHun memberitahu. " Hyung, kamu ketemui mereka?" jeritnya apabila terlihat LuHan yang baru sahaja muncul daripada air.

 

" Belum lagi.." jerit LuHan. JongIn turut terjun ke dalam untuk membantu mencari kedua hyungnya. JoonMyun dan yang lainnya berada di atas mulai risau akan keselamatan 2 saudara mereka yang di timpa musibah.

 

* Hope they both save.* doa mereka semua di dalam hati.

 

" ARGGGGGGGGGGGGGGHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" jerit BaekHyun dan YiXing serentak.  " AUCCCHHHH!!!" mereka berdua terjatuh di atas tanah yang rata.

 

" Di mana kita???"

 

" Zhang YiXing.. Byun BaekHyun.." panggil seseorang menyebut nama mereka berdua. Kedengaran tawa seseorang yang datang dari mana arahnya.  

 

Datangnya entah dari mana kehadiran 2 orang pemuda tersebut. Seorang daripada mereka sedikit berisi tubuhnya tetapi dengan pandangan matanya kelihatan menakutkan dan tampak begitu kuat. Manakala yang lagi seorang pula tampak berbeza dengan temannya tetapi YiXing dan BaekHyun sedar bahawa mereka berdua mungkin sama-sama kuat.
 
 
" Siapa kamu dan mengapa menangkap kami!!!" marah BaekHyun. Kemudian muncul satu bebola arus elektrik menuju ke arahnya namun sempat dia mengelak serangan itu.
 
 
" Apa yang kamu inginkan dari kami berdua??" tanya YiXing dengan nada suara yang lembut tetapi penuh tegas. Seorang pemuda daripada mereka tersenyum sinis lantas dari telapak tangannya muncul satu anak benih lalu membesar menjadi akar pokok yang menjalar.
 
 
" Kalau kamu dapat kalahkan kami berdua, kalian akan bebas daripada tempat ini atau----" pemuda itu memandang ke arah YiXing. " Atau Renata, gadis yang kamu cintai tidak akan sedar untuk selama-lamanya.." muka YiXing menjadi pucat mendengarkan nama gadis yang dia cintai. 
 
 
" Apa maksud kamu----" 
 
 
" Kalian semua ingin menemui INFINITE bukan...Tetapi bukan mudah untuk menemui mereka, ada banyak rintangan yang harus kalian semua hadapi."
 
 
" Itu termasuk kalian berdua.." balas BaekHyun.
 
 
" Kamu sememangnya bijak, tetapi kami berdua bukannya lawan yang mudah untuk di kalahkan."
 
 
" Jangan risau, kami pasti akan kalahkan kamu berdua dan menyelamatkan Helena serta Renata akan sedar..." tegas suara YiXing dan pabila 2 pemuda itu menghilangkan diri, bermulalah pertarungan di antara mereka. 
 
 
Pertarungan itu benar-benar tidak adil buat YiXing dan BaekHyun kerana mereka berdua langsung tidak mempunyai kuasa masing-masing. Mereka harus bertarung dengan tangan yang kosong. Entah datang dari mana akar pokok yang menjalar lalu menarik kaki BaekHyun.Untung YiXing membantunya. 
 
 
Mereka berdua semakin lelah dan semakin kehilangan tenaga. Mungkin mereka tidak dapat menahan lagi serangan yang akan datang. " Kita kena buat satu rancangan.." YiXing menarik nafas. BaekHyun mengelak serangan yang datang secara tidak henti. Dia masih lagi tidak dapat menemui musuh dengan anak mata kasar. Dia tahu bahawa musuh mereka berdua kini menggunakan kuasa halimunan, membuatkan lebih sukar untuk menyerang kembali.
 
 
" Bagaimana?" tanya BaekHyun. YiXing berfikir untuk sebentar lalu dia memerhatikan sekelilingnya. Mencari jawapan yang di rasakan bahawa sebenarnya pertarungan itu hanya ingin melambatkan mereka sahaja. Dan anak matanya terpandangkan sesuatu. " Di sana!!" jeritnya lantas dia menendang satu benda kosong tetapi kedengaran satu jeritan kesakitan. 
 
 
Sedetik kemudian, bayangan seorang pemuda perlahan-lahan menjadi jelas dan YiXing tanpa membuang waktu terus menyerang bertubi-tubi. BaekHyun merasakan ada seseorang di belakangnya, belum sempat dia untuk menyerang tubuhnya terpelanting ke belakang di tujah oleh lelaki itu.
 
 
" Aishh, bagaimana caranya untuk mengalahkan lelaki itu." omelnya tidak puas hati. BaekHyun mengelap darah yang mengalir dari bawah bibirnya. Dia memandang YiXing yang masih sibuk bertempur dengan salah seorang pemuda. 
 
 
* Ingat, BaekHyun..Kadang kala musuh yang kita tentang sebenarnya berada di sekeliling kita. Ingat, gunakan kepintaranmu dan jangan kamu berlawan dengan api kemarahan kerana itu hanya membuatkan kamu lalai.* kata-kata bapanya muncul di mindanya kini. Dia terus menutup kelopak matanya lantas menenangkan fikirannya. Yang kedengaran hanyalah bunyi angin serta bunyi telapak kaki yang mendekatinya.
 
 
Dia mendengar bunyi derapan kaki yang semakin dekat dan BaekHyun tahu bahawa musuhnya berada di sebelah kirinya. Dia membuka kelopak matanya lantas mengelak serangan pemuda itu dan dia membalas serangan musuhnya. Musuhnya ketawa berdekah-dekah kerana BaekHyun berhasil mengalahkannya sebentar tadi.
 
 
" Hahaha...ternyata kamu berdua tetap hebat bertarung walaupun tanpa kuasa kalian." ujarnya. " Baiklah, kalian berdua lulus dengan ujian daripada kami berdua." ujar seorang daripada mereka.
 
 
" Sekarang kami berdua hantar kalian berdua ke tempat saudara kalian berdua dan kita akan ketemu lagi nanti. Selamat tinggal." dan tubuh YiXing dan BaekHyun perlahan-lahan hilang dari situ.
 
 
" Mereka berdua ternyata dapat mengalahkan kita,betul tak hyung."
 
 
" Benar, nampaknya mereka semua bukannya calang-calang orang. " ujar seorang pemuda menjawab pertanyaan dongsaengnya.
 
 
~~~~~~
 
" Hyung!!!!" jerit JongIn dan SeHun apabila melihat YiXing dan BaekHyun yang baru sahaja keluar dari sungai itu. MinSeok menghulurkan tangannya ke arah YiXing memandangkan dia berada di tepi anak sungai.
 
 
" Kamu tak apa-apa?" tanyanya dan YiXing mengeleng kepalanya. MinSeok menarik nafas lega apabila melihatkan kedua dongsaengnya yang kini telah berada di depan mata. JoonMyun memberikan tuala kepada mereka berdua. Tidak ingin YiXing dan BaekHyun sakit.
 
 
 
" Apa yang terjadi tadi?" tanya JoonMyun dengan tanda tanya.
 
 
" Biar mereka berehat seketika, LuHan-ah, kamu bantu KyungSoo untuk panaskan air." LuHan mengangguk lalu dia menuju ke arah KyungSoo untuk melaksanakan tugas yang di berikan oleh YiFan.'
 
 
Matahari hampir terbenam dan Tao serta SeHun sibuk untuk menghidupkan unggun api. " Yah SeHun, kamu tahu ke bagaimana untuk menghidupkan api?" tanya Tao apabila melihatkan SeHun yang terkial-kial menggesel 2 batu kecil.
 
 
 " Aishh hyung, kamu tunggulah sebentar.." gerutu SeHun apabila Tao asyik membebel kepadanya. Tao merampas 2 batu tersebut dari tangan SeHun.
 
 
" Kamu lambat sangat.." Tao pun mencuba beberapa kali tetapi gagal. " aisshh, kenapa tak boleh lak.." gerutunya dan dia mencuba lagi sehingga mengalah.
 
 
" kamu berdua buat apa tu?" tanya MinSeok mengejutkan Tao dan SeHun.
 
 
" Aisssh hyung, terkejut saya." ujar mereka berdua serentak.
 
 
" Sorry, apa yang kalian cuba buat?" tanya MinSeok lagi. Tao menunjukkan kayu api yang masih belum menyala lagi."Susah betullah..Kalaulah ChanYeol hyung boleh menggunakan kuasa dia masa ni".Keluh Tao menimbulkan senyum pada MinSeok.
 
 
" Oww...nah, guna ini." MinSeok memberikan pemetik api pada Tao.
 
 
" Hyung, kenapa tak cakap awal-awal yang hyung ada benda ini." 
 
 
" Kamu tak tanya. Manalah hyung tahu." MinSeok memberikan senyuman lebarnya pada 2 maknae tersebut.
 
 
~~~~~~
 
Suasana malam itu begitu dingin sekali. Mereka semua mengelilingi unggun api yang yang marak. ChanYeol memandang tepat ke arah unggun api lalu mengeluh perlahan. Perjalanan mereka masih panjang lagi tetapi bunga yang di pegangnya sepertinya tidak akan dapat bertahan lagi. 
 
 
Dia risau bahawa mungkin mereka semua tidak akan dapat menemui 7 penjaga masa. Bayangan Helena muncul di unggun api tersebut.Kata-kata terakhir gadis itu sebelum dia menghembuskan nafas masih terngiang ditelinganya.
 
 
* Tidak!! Aku tidak boleh menyerah. Aku harus menemui mereka dan aku tidak akan berhenti selagi tidak menemui mereka.* dengan penuh azam, dia berikrar pada diri sendiri.
 
 
Tiba-tiba unggun api tersebut terpadam sendiri membuatkan mereka semua bangkit dari tempat duduk masing-masing. Untuk seketika mereka semua berada di dalam kegelapan. Kemudian, unggun api menyala lagi dan muncul seorang datuk tua yang sedang duduk tidak jauh dari tempat mereka.
 
 
" SIAPA KAMU???"
 
  
 ~~~*~~~
 
"Let's turn back the time......."
 
 
 
 

 

 
 
images?q=tbn:ANd9GcQ3fQjg7HB-4dHuude820w
 
 
 
                 images?q=tbn:ANd9GcSN35oYjKSEAV5uMWP8dhC   images?q=tbn:ANd9GcRQtMqgwR7abn1c4NFaY3k
 
 
 
 
 
  HAPPY BIRTHDAY TO YONG GUK OPPA....LOVE<3......
 
 
 AND ALSO HAPPY BIRTHDAY TO HO WON OPPA a.k.a HOYA OPPA FROM INFINITE ( 28/03/1991)
 
images?q=tbn:ANd9GcQsjTZ0oJQitkg4d16hHxh    images?q=tbn:ANd9GcR3Yad4dFIfgpGumfwFPxS   images?q=tbn:ANd9GcT5CifwCEqF0eua8jI8VDZ
 
 TO GI KWANG OPPA FROM BEAST TOOO ( 30/03/1990)
 
 
  images?q=tbn:ANd9GcSrjxGwBa372svN_yixYiE  images?q=tbn:ANd9GcTAWs2aJFEoujMW_hhPXQl
      
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
azure_bliss
#1
Tahniah sbb telah direcommend c:

Vrite nih btul2 nmpk interesting. Bookmark activated! c:
sayhershe
#2
Chapter 37: x penah imagine citer yang macam ni... daebak lah author nim... hohoho

*jeles ngn Renata huhu Yi Xing ge~
thelucidream
#3
Chapter 37: All I can say is DAEBAK !!
KayKyuQ
#4
OMGGG SRSLY I LOVE THIS STORYYYYY ! SM RULE ! AUTHOR RULE <3 LOVEEE !
cutegirl99 #5
Chapter 30: wow.... saya sangat suka ff ni...