Pertemuan Dua Insan

THE FORCE'S

 

Imbas kembali…

 

Disebuah perkampungan kecil di Jepun

 

Kala ini…matahari baru saja melabuhkan cahayanya diufuk setengah jam yang lalu.Para penduduk memulakan pagi mereka dengan melakukan kerja mereka seharian.Suasana yang aman ketika itu kemudiannya dicemari dengan bunyi letupan yang mengejutkan semua.

 

Penduduk kampung bertempiaran ingin lari menyelamatkan diri apabila bunyi letupan berdentum-dentum diseluruh tempat sekalian mula menghancurkan kampung tersebut.

 

Dari kaki langit,Helena memerhatikan anak-anak buah dan bala tenteranya sedang membinasakan penduduk kampung yang tidak berdosa itu.Dia ketawa terhilai-hilai melihatkan peristiwa yang menyenangkan hatinya itu.

 

5 orang pemuda yang merupakan pengikut SHINEE yang digelar M-BLAQ itu tidak betah untuk mendiamkan diri sementara tuan mereka yang tiada disitu.Mereka mula bertarung hebat menentang NUEST yang tidak kurang hebatnya.

 

Tatkala melihatkan pertarungan yang semakin sengit,Helena secara tiba-tiba menghasilkan segumpalan besar api yang membara dan dihalakan kearah 5 orang pahlawan tersebut.Mereka berlima terpelanting jauh apabila terkena serangan dari Helena.

 

Tubuh wanita bertopeng itu melayang-layang sebelum mendarat ditanah dengan hilaian tawa yang sangat menakutkan.

 

“Tuan puteri”.Jr ketua kepada pengikutnya menghadapkan diri didepan Helena sementara M-Blaq berusaha untuk bangkit semula dari luka yang telah menghambat mereka.

 

“Dimana penjaga kepada kampung ini?!”.Tingkah Helena dengan suara yang menakutkan.Dia sudah tidak sabar untuk menghapuskan musuh yang telah lama diburu oleh ayahandanya.

 

Helena secara tiba-tiba muncul didepan LeeJoon yang sedang mengerang kesakitan.Apabila tiada jawapan yang terbit dari mulut pemuda tersebut,kuku tajam Helena segera mencengkam lehernya dengan kuat.

 

“Mir,khabarkan berita ini kepada tuan Shinee”.Arah G.O kepada temannya apabila melihatkan LeeJoon yang menjerit kesakitan apabila tangan Helena tidak dilepaskan.

 

Mir baru saja ingin melangkah dan secara tiba-tiba munculnya 5 makhluk bersayap tersebut dibelakang mereka.

 

“Bencana apakah ini??”.Suara Onew berbaur kemarahan.Helena mengalihkan pandangannya dan menyedari kemunculan orang yang dinantinya.Semerta tangannya dilepaskan dan mula melayangkan tubuhnya diudara.

 

Helena berdiri dibalik awan,Shinee turut melebarkan sayap mereka dan mereka semua bertarung hebat diudara.Helena tidak berputus asa apabila dia menerima serangan hebat dari 5 pahlawan tersebut.Dia melontarkan kuasanya dengan menghantar gumpalan-gumpalan api yang sangat besar.Hantaran pertamanya tidak mengena,dia mencuba lagi dan mengunakan kepantasannya sekaligus gumpalan api tersebut mengenai keempat-empat pahlawan tersebut.

 

JongHyun dan yang lainnya terjatuh ketanah.Dan yang tinggal hanyalah MinHo,pahlawan yang tergagah antara mereka berdiri teguh diatas awan.Dia tidak mendiamkan diri,MinHo segera menghantar kuasanya.Cahaya putih yang menyilaukan menghambat keras tubuh Helena sekaligus menjatuhkan topeng yang menutupi wajahnya.Cairan merah mengalir dari pinggir bibir Helena.

 

Saat Helena yang sedang ralit ingin menarik mantel jubahnya bagi menutupi wajahnya yang telah terdedah,saat itu MinHo mengambil kesempatan menyasarkan anak panah ketubuh wanita itu.Ianya tepat mengenai bahu kiri Helena dan membuatkan dia terjatuh kebawah.

 

Nuest menyaksikan pertarungan antara tuan puterinya dengan makhluk bersayap itu.Mereka melihatkan tubuh Helena yang jatuh dari kaki langit dan tubuhnya terjatuh jauh dari tempat dimana mereka berada.

 

”Kerahkan kesemua tentera mencari keberadaan tuan puteri”.Teriak Jr yang menyedari tubuh Helena yang telah ghaib dan hilang dari pandangan mereka.

 

~~~~~~

 

ChanYeol sedang ralit melakukan sesuatu pada saat itu yang kemudian cuping telinganya menangkap satu bunyi yang kedengaran agak sayup.

 

Dari arah laut,tiba-tiba muncul seorang wanita yang berpakaian koyak-rabak.Berjalan tergugah-gugah menuju kearahnya.Terhuyung-hayang dan hampir-hampir rebah.Wanita itu kelihatan lemah sekali.

 

ChanYeol segera berdiri.Masa ini wanita itu tertiarap kepasir lantai.ChanYeol berlari mendapatkan wanita itu.Dia segera mencempung tubuh wanita tersebut dan menelentang tubuhnya disebuah pondok kecil yang tidak jauh dari tempat itu.

 

Maka terserlah wajah perempuan itu yang kelihatan pucat dan lesu.Matanya menangkap satu anak panah yang tertusuk dibahu kiri wanita tersebut dan punca yang membuatkan dirinya tidak menyedarkan diri.Dia menyentuh pergelangan tangan wanita itu dan menyedari dirinya masih bernyawa.Entah dari mana datangnya wanita itu,dia sendiri tidak tahu.Namun dasar hatinya ingin sekali menyelamatkan wanita tersebut.

 

Perlahan-lahan ChanYeol menarik anak panah tersebut.Helena yang separuh sedar merintih perlahan akibat rasa sakit yang menujah tubuhnya.Namun dia membiarkan saja pemuda yang tidak dikenalinya itu merawatinya oleh kerana tubuhnya itu yang tidak berdaya.

 

ChanYeol membalut luka dibahu Helena.Setelah selesai dia bangun seketika dan menyalakan unggun api menggunakan kuasanya.Seketika kemudian tubuh mungil wanita itu diselimutkan agar kesejukan angin laut dapat dikurangkan.Dia duduk bersila menghadap Helena.

 

Wajah manis wanita itu ditenungnya.Dia tidak dapat menangkis perasaannya saat melihat wajah wanita asing tersebut.Semerta bibirnya mengukirkan senyuman.Dia mengelus lembut pipi mulus Helena.

 

”You such a beautiful creature.As a person…I love you”.

 

ChanYeol menjaga Helena sehingga fajar menyingsing tiba.Sebelum wanita itu terjaga dia mula bangun dan berganjak dari situ apabila memastikan luka wanita itu bakal sembuh.

 

~~~~~

 

Helena menerima tamparan oleh ibunya apabila mengetahui yang dirinya gagal menjalankan tugas yang diberi padanya.Dia kecewa dengan dirinya sendiri kerana tidak dapat menjalankan tugas sebagai seorang anak yang boleh diharap.Namun,saat itu dia tidak menyesali akan segala yang telah menimpanya.Dia terkenangkan pemuda yang telah menyelamatkan dirinya malam tadi.Dan kata-kata pemuda itu masih terngiang-ngiang dimindanya.

 

Peringatan ibunya membuatkan dirinya terpempan,dia ingin membantah namun tiada apa yang dapat dilakukannya.Dan yang lebih menyakitkan apabila dia mendapat tahu bahawa pemuda tersebut merupakan anak kepada musuh ayahnya.

 

Bagi ingin menghapuskan perasaan halus yang mula ingin bercambah dihati kecil gadis itu,KyuHyun membuat keputusan untuk membangkitkan anaknya itu sebagai orang yang baru.

 

Ya,Helena memang telah bangkit semula.Malah kuasanya menjadi semakin hebat dari sebelumnya.Namun,perasaan yang telah ada dalam dirinya itu tidak akan pernah terhapuskan.

 

~~*~~

"Who the hell are you?"

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
azure_bliss
#1
Tahniah sbb telah direcommend c:

Vrite nih btul2 nmpk interesting. Bookmark activated! c:
sayhershe
#2
Chapter 37: x penah imagine citer yang macam ni... daebak lah author nim... hohoho

*jeles ngn Renata huhu Yi Xing ge~
thelucidream
#3
Chapter 37: All I can say is DAEBAK !!
KayKyuQ
#4
OMGGG SRSLY I LOVE THIS STORYYYYY ! SM RULE ! AUTHOR RULE <3 LOVEEE !
cutegirl99 #5
Chapter 30: wow.... saya sangat suka ff ni...