PERANG BERMULA......

THE FORCE'S

 Shikoku, Tokyo , Jepun....

 Terdapat sebuah kampung yang dikenali sebagai Kampung Shikuko. Kampung tersebut aman damai dan suasananya begitu tenang sekali. Disitu tinggalnya sebuah keluarga yang hidup aman damai. Akan tetapi ketenangan kampung tersebut tercalar apabila kejahatan menjalar disitu. Park JungSoo, iaitu bekas ketua 'THE FORCE's'  tidak dapat berdiam diri lagi dan dia harus menentang Cho KyuHyun. JungSoo membawa isteri serta anaknya yang baru sahaja berusia 8 tahun ke ruangan bawah tanah.

  TaeYeon merangkul lengan suaminya supaya tidak turut serta."Abang, saya mohon tolong jangan pergi" rayunya."

  "TaeYeon-ah, lepaskan tangan abang" TaeYeon enggan melepaskan tangannya. Dia tidak sanggup sekiranya suaminya terkorban di medan perang. Dia telah pun melihat masa depan dan suaminya tidak mungkin akan terselamat daripada peperangan tersebut. Seminggu sebelum terjadinya kekacauan di kampung tersebut, dia telah melihat masa depan. TaeYeon melihat suaminya mati ditangan KyuHyun, bekas ahli 'THE FORCE'S'.

  "Abang takkan tak kesiankan anak kita nie... ChanYeol masih kecil lagi, dia pun masih perlukan ayahnya juga" TaeYeon berharap suaminya akan berfikir tentang anak lelaki mereka. Melihatkan JungSoo yang masih dengan keputusannya, dia mengalah dengan hati yang tidak rela. Dia tidak kisah sekiranya suaminya dianggap lelaki yang lemah tetapi dia tidak sanggup untuk kehilangan suami tercinta.

  Kedua belah pipinya dipegang oleh suaminya. TaeYeon memandang ke wajah suaminya dan anak mata mereka saling bertamu. JungSoo sedar bahawa dia tidak mungkin akan selamat didalam peperangan tersebut, tetapi dia berharap akan ada keajaiban yang terjadi.

  Telah lama dia melarikan diri bersama isteri serta anaknya. Dia tidak sanggup lagi untuk melarikan diri. Dia harus menentang KyuHyun walaupun nyawanya menjadi ganti.

  ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH

  Kedengaran lagi teriakan daripada penduduk kampung tersebut.

  "Janji dengan abang, walau apa pun yang terjadi.....jangan awak tinggalkan tempat ini" ujar JungSoo.'Abang, susah untukku berjanji padamu', fikir TaeYeon.

  "Abang terlalu mementingkan diri sendiri"  ujar TaeYEon.

  "Selama ini abang melarikan diri daripada peperangan ini....Abang memang tidak layak menjadi ketua 'THE FORCE'S'.Abang tidak ingin anak kita memandang rendah pada abang apabila dia mengetahui bahawa ayahnya telah melarikan diri dari medan perang." matanya tidak lepas daripada memandang isterinya dengan harapan TaeYeon akan mengerti.

 "P-please come back again" JungSoo mengangguk lantas mengucup dahi isterinya dengan penuh kasih sayang. Airmatanya TaeYeon jatuh membasahi pipinya apabila dahinya dikucup.

 "Uljima, abang ingin melihat wajah kamu yang sedang tersenyum menghantar abang ke medan perang bukannya tangisan" JungSoo mengelap air mata isterinya itu.

 "I love you" tubuh JungSoo bagaikan bertenaga apabila mendengar kalimah cinta yang terbit dari bibir isterinya.

 "Love you more" sekali lagi JungSoo mengucup dahi dan memeluk tubuh isterinya untuk yang kali terakhirnya. TaeYeon memeluk erat tubuh suaminya itu. Dia akan merindui pelukan suaminya itu. Inilah kali terakhir dia akan memeluk tubuh suaminya dengan penuh kasih sayang.

 Jung Soo mencangkung sehingga ketinggiannya sama dengan anak lelakinya."Ayah akan kembali bukan?" tanya ChanYeol.JungSoo meramas rambut anaknya itu. TaeYeon memerhatikan anak beranak tersebut. Dia menahan diri untuk menangis.

 "ChanYeol-ah, janji dengan ayah. Jaga ibu kamu dengan sebaik mungkin" ChanYeol memandang wajah ayahnya. " Kamu jangan lawan cakap ibu kamu" ChanYeol mengangguk mengerti.JungSoo membuka jam tangannya lantas dia memasangkan di tangan ChanYeol. "Jam tangan ini amat penting, jangan pernah kamu tanggalkannya."

  ChanYeol memandang jam tangan tersebut. Terdapat logo EXO pada jam tersebut. JungSoo memeluk anaknya sebelum dia pergi. " Promise me son,kill em all" bisik JungSoo. Sebelum dia beredar JungSoo menghadiahkan senyuman sehingga menampakkan lesung pipitnya itu.

  Telah hampir 2 jam TaeYeon dan anaknya berada disitu. Hatinya begitu gundah.

  JungSoo.....Walau apa pun yang terjadi saya akan sentiasa berada di sisi awak.

  TaeYeon menggigit bawah bibirnya apabila mengingatkan kata-kata yang pernah diluahkan pada suaminya itu sebelum berlakunya peperangan. Dan kini dia akan menunaikan janjinya itu. TaeYeon memandang ke arah anaknya yang berada didalam pelukannya. Benih cintanya bersama JungSoo.

  "Sayang, ibu ingin turut membantu ayahmu. Kamu duduk diam-diam di sini" ChanYeol mengeleng kepalanya kerana dia tidak ingin ibunya pergi.

  "Ibu, jangan tinggalkan saya sendirian...Saya takut" 

~~~~~~

 

 "What ever you hear, don't scream"

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
azure_bliss
#1
Tahniah sbb telah direcommend c:

Vrite nih btul2 nmpk interesting. Bookmark activated! c:
sayhershe
#2
Chapter 37: x penah imagine citer yang macam ni... daebak lah author nim... hohoho

*jeles ngn Renata huhu Yi Xing ge~
thelucidream
#3
Chapter 37: All I can say is DAEBAK !!
KayKyuQ
#4
OMGGG SRSLY I LOVE THIS STORYYYYY ! SM RULE ! AUTHOR RULE <3 LOVEEE !
cutegirl99 #5
Chapter 30: wow.... saya sangat suka ff ni...