Plan

You Are My Miracle

Selepas membuat perbincangan dan pemilihan AJK untuk perkhemahan, Ahra, Yeongja dan kumpulan Phoenix bergerak menuju ke kantin untuk rehat. Ahra berbual-bual dengan riang dengan mereka sambil berjalan sementara Myungsoo dan Woohyun berjalan di belakang mereka sambil tersenyum. Seperti biasa, Mereka menjadi tumpuan murid apabila berjalan. Semua pelajar di Seoul International High School sudah tahu yang kini Ahra telah menjadi sebahagian daripada kumpulan Phoenix. Mereka semua menerima Ahra sebagai gadis kaya yang peramah dan tidak sombong. Tetapi sebaik sahaja mereka melepasi dinding bangunan untuk ke kantin, Areum dan dua orang rakannya muncul dari belakang sambil berpeluk tubuh. Pada waktu itu, Areum benar-benar marah melihat Ahra yang sedang tersenyum dan bergelak ketawa di tempat yang sepatutnya milik dia. Matanya penuh kebencian melihat Ahra. Ingin sekali dia hapuskan senyuman yang terpancar di wajah gadis itu tetapi malangnya Woohyun dan yang lain-lain telah memberi amaran keras untuknya. Nampaknya dia perlukan cara yang baru untuk menyakiti gadis itu.

         Areum terus merancang dengan gengnya " Aku dengar kelas 4 Ace ada perkhemah hujung minggu ni? "

         Salah seorang daripada rakannya mengangguk " Ya. Dengarnya 3 hari 2 malam. Kelas 4 Ace pergi dengan bimbingan cikgu-cikgu Teachers Over Flowers ".

         Areum tersengih jahat " Bertuah betul nampaknya perempuan tu. Tapi tuah tu takkan kekal lama ".

         Dua sahabatnya saling berpandangan. Mereka ketakutan. Mereka tidak pernah melihat Areum seperti itu! Pandangannya lain. Walau apapun yang akan berlaku pada Ahra kali ini pasti akan jadi sangat teruk! Sahabat-sahabat Areum tidak mahu lagi terlibat dengan Areum jika benar dia ingin mencederakan Ahra! Pasti teruk jika mereka dibuang sekolah! Tambah-tambah lagi kalau melibatkan polis!

         Mereka yang bimbang pun bertanya " Apa yang kau nak buat Areum?? Kau nak cederakan Ahra ke?? ".

         Areum ketawa mendengarnya " Cedera?? Siapa pula yang nak cederakan dia?? Aku nak buat dia menderita je!! ".

         Sahabatnya saling berpandangan! Mereka tidak sedap hati! Areum nampaknya serius dengan apa yang dikatakannya! Areum menyelak rambutnya lalu tersengih " Tapi untuk kali ini kita biarkan dia berseronok berkhemah dulu. Bila dia balik nanti tahu lah nasib dia ".

         Areum terus berlalu dari koridor diikuti geng-gengnya kemudian mereka hilang dari pandangan. Sementara di kantin pula, Ahra dan kumpulan Phoenix telah melabuhkan punggung mereka di atas kerusi tempat istimewa mereka makan. Yeongja pula berdiri di sebelah Ahra. 

         Ahra rasa sebersalah pula melihat rakannya berdiri begitu " Apa yang awak buat Yeongja? Ambil lah kerusi. Duduk sebelah saya ".

         Yeongja hanya tersenyum " Tak apalah Ahra. Lagipun saya tak berhak duduk di sini. Awak makan lah. Saya akan tunggu awak ".

         Ahra menggeleng sambil ketawa " Awak ni mengarut je lah Yeongja! Semua orang berhak duduk di sini! Kenapa awak kata awak tak ada hak?? Dekat meja makan ni tak ada tulis nama saya pun! Woohyun? Bolehkan kalau Yeongja duduk di sini?? ".

         Woohyun mengangguk sambil tersenyum " Sudak tentu boleh! Kenapa pula saya nak melarang?? Dia rakan baik awak. Rakan baik awak, Rakan baik saya juga! "

         Ahli-ahli Phoenix tersenyum setuju dengan kata-kata Woohyun. Dongwoo bangun lalu mengambil satu kerusi bagi kepada Yeongja " Nah, Teddy Bear! Duduklah! Makan dengan kami ".

         Yeongja ketawa sambil mengambil kerusi yang Dongwoo bagi! " Kenapa awak panggil saya Teddy Bear pulak?? ".

         Sungyeol terus menjawab soalan Yeongja untuk Dongwoo " Yalah! Sebelum jumpa Ahra, Awak seperti Beruang yang ganas mencari mangsa! Tapi bila awak jumpa Ahra, Awak berubah kepada Beruang yang dijual di pusat membeli belah! ".

         Mereka semua ketawa! Tiba-tiba seorang pelayan datang membawa makanan ke atas meja. Pelayan itu diikuti dengan anak-anak buahnya memenuhkan meja dengan makanan yang mewah!

         Ahra ketawa! " Banyak nya! Siapa yang nak makan ni?? Habis ke semua ni?? ".

         Sunggyu mengangguk " Mestilah Ahra! Lagipun kita kan ada Teddy Bear?? Kalau tak habis nanti bolehlah bagi dia~ ".

         Yeongja membuntangkan matanya! " Hei! Jangan kutuk saya tau! ".

         Sunggyu ketawa " Saya gurau jer lah! Kiteorang tak pernah tinggalkan sisa makanan tau! ".

         Hoya terus melilitkan tangannya atas tengkuk Sunggyu " Huh?? Tak pernah kau kata?? Kitaorang memang lah tak pernah tinggalkan sisa makanan~ Tapi bukan tahun lepas kau makan tak habis ke?? ".

         Sunggyu mula gagap " Yan...Yang tu aa...aku!! Nak bagi anak anjing aku makan!!! ".

         Hoya mengangguk " Oohh~ Macam tu~ Kau mana ada anak anjing Sunggyu~ ".

         Sunggyu terus mati akal! " Ermm...ermmm... Ahra!! Jom kita keluar beli barang untuk khemah petang ni nak?? ".

         Hoya terus menggetuk kepala Sunggyu " Eh! Alih topik pulak dia! ".

         Ahra ketawa " Beli barang ke?? Hrmm bagus juga cadangan awak tu... Tapi saya tak janji lah~ Kalau jadi saya call awak eh Sunggyu? ".

         Sunggyu terus tersengih! " Awak~ Nak call kita ke~ Sukenye~ Tapi kan awak~ Saya tak ada lah nombor phone awak~ Nanti awak bagi dekat kite eh~ Boleh lah kite mesej malam-malam~ ".

         Bulu roma ahli Phoenix naik sebaik sahaja Sunggyu menunjukkan kegedikkannya! Myungsoo terus naik angin! " YA! Hyung! Geumanhae! Tak selera aku nak makan lah! ".

         Sungjoong dan yang lain-lainmeyokong kata-kata Myungsoo! " Betul tu! Dah macam pondan desperate aku pandang! ".

         Sunggyu terus mengalihkan pandangannya kepada Sungjoong! " Mworago??! ".

         Sungjoong terus alih topik sambil menundingkan jarinya kepada salah satu hidangan iaitu burger " Tak ada apa lah Hyung! Burger ni tak cukup mayonis lah! Saya tak suka~ ".

         Sunggyu tersenyum " Oh yeke~ Aku ingat kan apa tadi~ ".

         Sungjoong terus tersengih sambil memandang kebelakang lalu berbisik " Pondan desperate~ ".

         Sunggyu terus pegang kepala Sungjoong kemudian memasukkan burger yang besar itu ke dalam mulutnya! Habis penuh mulut Sungjoong! " Kau cakap lagi sekali nanti aku masukkan kasut aku pulak nak?? ".

         Sungjoong mengeleng sambil bercakap dengan mulutnya " Mianhae hyung~ Janji tak buat lagi~ "

Semua yang berada di meja itu ketawa melihat Sungjoong yang bercakap dengan mulut penuh! Dongwoo pula dah mengalirkan air mata kerana terlalu kelakar! Sungyeol dan Hoya pula sempat mengeluarkan handphone mereka sambil menangkap gambar Sungjoong! Dan yang paling kelakar sekali! Sungjoong boleh membuat tanda ' Peace ' dengan tangan walaupun mulutnya penuh! Katanya walaupun keadaan begitu dia tetap harus selalu nampak ceria dan periang! Dengan ' Pelancaran ' burger masuk ke dalam mulut Sungjoong, Kumpulan Phoenix dan Yeongja terus makan sebelum waktu rehat habis! Sedang mereka makan, Tiba-tiba Ahra merasakan yang ada seseorang sedang memerhatikannya! Dia terus menoleh kebelakang! Tetapi tidak ada sesiapa! Ahra mula rasa tidak selesa!

         Woohyun yang perasan akan perubahan Ahra pun bertanya " Ada apa Ahra?? Kenapa awak berhenti makan? ".

         Ahra yang tidak ingin merisaukan rakan-rakannya terus mengelengkan kepalanya " Ta... Tak ada apa-apa... ".

         Myungsoo terdiam. Dia juga dapat rasakan ada seseorang sedang memerhatikan Ahra. Tetapi dia mendiamkan sahaja perkara itu dan terus makan. Selepas makan, Mereka semua masuk ke dalam kelas dan sambung pelajaran bahasa Inggeris mereka dengan cikgu Park di dalam perpustakaan untuk membuat nilam. Mereka bersembilan duduk di satu meja membaca buku. Ahra yang mahir berbahasa Inggeris membaca novel dengan laju. Sekejap sahaja terus dia menukar buku.

         Apabila Ahra bangun untuk menukar buku untuk kali kedua, Sungyeol, Sungjoong dan Dongwoo merapatkan kerusi mereka dengan Sunggyu kemudian bercakap dengan lembut " Hyung~ ".

         Sunggyu memandang mereka bertiga dengan pelik " Apa korang nak huh? Baik semacam je ni  ".

         Mereka bertiga tersenyum lebar " Alah hyung ni~ Macam tak biasa pulak~ Ermm~ Hyung! Tadi Ahra ada bagi number phone dia dekat hyung kan?? Kiteorang pun nak jugak~ ! ".

         Sunggyu tersenyum jahat " Ooohh~ Nak number phone Ahra rupa-rupanya~ Kalau aku bagi apa aku dapat~ ?? Yelah kan~ Aku ni dah lah pondan desperate~ Hamster mata sepet~ Bagi korang aku ni hanyalah sampah di tepi jalan~ ".

         Mereka bertiga mula mengambil hati Sunggyu " EH! Mana ada! Siapa lah yang jahat sangat cakap macam tu dekat hyung! Hyung ni baik lagi kacak! Hyung lah yang paling kacak diantara kiteorang! Kalau hyung bagi number phone Ahra kat kiteorang, Kiteorang akan belanja Hyung makan selama satu bulan! Tak kira lah apa yang hyung nak makan! Kiteorang tetap akan beli! "

         Sunggyu mengangguk sambil tersenyum lebar! " Bagus~ Bagus~ Macam ni lah budak baik~ Nah ambik ni~ Aku cakap korang salin ya~  010~ ".

         Tanpa mereka berempat sedari, Myungsoo, Woohyun dan Hoya turut menyalin number phone Ahra! Kesian sungguh Myungsoo memandang Sungjoong, Sungyeol dan Dongwoo! Kena belanja Sunggyu selama sebulan. Sementara dia Woohyun dan Hoya pula tidak perlu buat apa-apa! Rupa-rupanya inilah perbezaan antara mereka! Ada yang pandai dan ada yang kurang pandai~ Yeongja pula hanya ketawa melihat mereka. Ada-ada sahaja perangai mereka! Tak lama kemudian Ahra kembali dengan buku baru yang dipegang di tangannya. Ahra terus duduk bersebelahan dengan Hoya dan Yeongja dan terus membaca buku yang baru diambilnya. Nampaknya malam ni mesti Ahra akan dapat banyak mesej dan panggilan!

         Sedang Ahra membaca, Secara tiba-tiba buku yang dibacanya ditutup kemudian dia mendapatkan perhatian ahli kumpulan Phoenix dan Yeongja. " Awak semua, Sekiranya jika saya dan Sunggyu jadi untuk beli barang untuk berkhemah pada petang ini, Siapa lagi yang nak ikut?? " 

         Sungyeol, Sungjoong, Dongwoo dan Yeongja terus mengangkat tangan mereka " Saya!! Saya!! Ahra saya nak ikut!! ".

         Ahra mengangguk " Hrmm... Awak pula Hoya?? Woohyun?? Awak dan Myungsoo tak mahu ikut ke?? ".

         Hoya dan Woohyun mengangguk " Boleh juga. Lagipun hari ni tak ada apa nak buat kat rumah. Lagipun kalau pergi ramai-ramai mesti seronok kan?? ".

         Ahra tersenyum " Awak pula Myungsoo?? ".

         Myungsoo menggarukan kepalanya sambil memandang ke tempat lain " Ermm~ Boleh kot~ Saya free hari ni ".

         Ahra terus menepuk tangannya " Nampaknya semua akan pergi! Tapi kita nak naik apa ya?? ".

         Sungjoong terus memberi cadangan " Memandangkan hari ni cuaca baik, Apa kata awak naik kereta saya Ahra?? Saya rasa nak bawa kereta BMW saya yang open roof tu. Kereta tu pun dah lama tak gerak. Tak payah nak pasang aircond! Boleh sedut udara nyaman! ".

         Mereka semua terus berbincang! Woohyun pula memberi pendapatnya " Kalau macamtu kita naik tiga buah kereta cukup lah. Kalau masing-masing bawak kereta membazir minyak pula. Siapa yang nak keluarkan kereta dia petang ni angkat tangan ".

         Setelah mereka berfikir beberapa saat, Yang ingin mengeluarkan kereta mereka petang ini adalah Myungsoo, Woohyun dan Sungjoong. Ahra dan Yeongja naik kereta Sungjoong. Sungyeol dan Dongwoo naik kereta Woohyun. Sunggyu dan Hoya naik kereta Myungsoo. Semuanya telah ditetapkan. Nampaknya petang ini mereka semua akan shopping sakan! Pasti akan penuh satu kereta dengan barang-barang! Sungyeol, Dongwoo dan Sungjoong dah betul-betul tak sabar nak keluar shopping! Tambah-tambah lagi ini kali pertama mereka semua keluar bersama Ahra!

         Tiba-tiba cikgu Park datang duduk bersama di meja Phoenix dan bertanya " Cikgu dengar tadi kamu semua nak keluar eh? Cikgu nak join boleh?? Rasanya bagus juga kalau ajak diaorang ( Teacher's Over Flowers ).

         Sungjoong dan lain-lain terus mengangguk! " Cikgu nak ikut?? Wah! Bagus jugak tu! Tapi cikgu ngan lain-lain kena belanja kiteorang makan lah~ ".

         Cikgu Park berfikir sebentar " Hrmm~ Boleh lah~ ".

         Dongwoo terus bersorak! " Yeay! Kita dah ada sponsor untuk makan! Ni dah kira bagus! ".

         Cikgu Park mengangguk " Ok, Petang ni jumpa cikgu dekat Mall Cheongdam-dong. Apa-apa call tau! Hoya kalau ada apa-apa jadi call cikgu ya?? ".

         Hoya mengangguk " Baiklah cikgu! ".

         Cikgu Park terus memandang jamnya lalu berkata " Ok, Kamu semua cikgu dan kawan-kawan tunggu dekat depan Mall pukul 3 tepat ya? Sekarang dah pukul 1:15... Kamu semua pun boleh balik dah, Cikgu lepaskan kamu awal. Lagipun cikgu ada mesyuarat kejap lagi ".

Ahra, Yeongja dan Ahli-ahli Phoenix mengangguk. Pelajar-pelajar kelas 4 Ace terus bangun lalu mencapai beg galas mereka dan keluar dari perpustakaan selepas menunduk hormat pada cikgu Park. Sewaktu dalam perjalanan hendak keluar dari bangunan sekolah, Tiba-tiba sahaja Woohyun mendapat panggilan daripada ayahnya yang syarikat mengalami sedikit masalah dan ayahnya itu perlu ke luar negara. Woohyun meminta maaf kepada Ahra kerana tidak dapat menemaninya balik. Ahra yang memahami hanya tersenyum dan mengangguk. Akhirnya Ahra terpaksa balik sendirian kerana Yeongja ada latihan judo dengan cikgu Daesung pula. Apabila Sungjoong dan lain-lain ingin menawarkan untuk menghantarnya pulang Ahra menolak kerana tidak ingin menyusahkan. Myungsoo pula terpaksa menyuruh orang suruhannya membawa motor balik. Myungsoo yang risaukan keselamatan Ahra terus mengekorinya daripada belakang tanpa Ahra sedari. 

          Ahra yang berjalan bersebelahan dengan jalan raya menyepak-nyepak batu kecil berada di hujung kakinya. Dia mengeluh bosan. Selalunya apabila ada Woohyun mereka berdua sering berbual sambil ketawa tetapi sekarang dia harus berjalan sambil menutup mulutnya. Myungsoo yang berjalan betul-betul di belakang tersenyum. Dia tahu yang Ahra bosan. Kalau Ahra tahu yang Myungsoo berjalan di belakang tentu dia akan berjalan dengannya. Myungsoo terus mengeluarkan earphone kemudian di sumbat ke dalam telinganya. Dia sengaja tidak memainkan apa-apa lagu kerana takut dia tidak perasan jika Ahra berada di dalam kesusahan. Tambah-tambah lagi apabila ada orang yang memerhatikan Ahra di sekolah tadi.

          Selang beberapa minit mereka berdua berjalan, Tiba-tiba Myungsoo terdengar 3 orang murid lelaki dari Seoul International High School berbisik-bisik di belakangnya.

          " Weih, Tu lah Kim Ah Ra dari kelas 4 Ace kan?? Budak baru yang dari California tu?? ".

          " Yelah! Wah! Dia nampak cantik walaupun dari belakang! ".

          " Aku dengar dia masuk kumpulan Phoenix?? Nampaknya dia tu mesti kaya kan?? ".

          " Dia tu betul-betul sempurna lah! Muka cantik kaya pulak tu! ".

          " Siapa yang dapat jadi teman lelaki dia mesti untungkan?? Apa kata kau try! Dia dah lah jalan sorang tu! Budak-budak lain kata dia tak sombong! ".

          " Ha'ah la weih~ ! Mana lah tahu kalau dia sangkut dekat kau, Penuh jugak poket kitaorang! Pergi lah try cepat! Tegur dia! Kau yang paling kacak dikalangan kitaorang! ".

          Dua orang rakannya itu menolak-nolak sahabatnya memaksa untuk mendekati Ahra! Sahabat kepada dua orang rakan itu terus merapikan dirinya kemudian membetulkan rambutnya! Mereka bertiga sedikit pun tidak sedar yang berjalan di hadapan mereka ketika itu adalah Myungsoo!! Myungsoo yang mendengar setiap patah kata ketiga-tiga orang murid itu terdiam sambil memandang telifonnya buat-buat tidak tahu.

         Sebaik sahaja rakan kepada 2 orang sahabat itu mahu mendekati Ahra, Myungsoo dengan pantas mencabut earphonenya lalu melilitkan lengannya di sekeliling pinggang Ahra membuatkan mereka berdua semakin rapat! Ahra dan ketiga-tiga orang pelajar itu terkejut besar!! Lebih-lebih lagi Ahra!! Kini wajah dia dan Myungsoo hanya seinci jauh!! 

         Belum sempat Ahra berkata apa-apa Myungsoo terus berkata " Jagiya~ kenapa tak tunggu saya tadi? Awak kata nak jalan sama-sama balik sekolah ~ ".

         Ahra tergamam! Lidahnya kelu apabila mata mereka bertentang! " Myungsoo!! Ta..Tapi..! Bi..Bila..! Pula~ ?! ".

         Myungsoo terus sahaja mempamerkan senyuman lalu membawa Ahra pergi dari situ " Awak nak tak makan aiskrim?? Saya belikan~ Perisa apa yang awak nak?? ".

         Ketiga-tiga orang pelajar tadi amat marah! " Isshhh!!! Siapa pulak....!! ".

         Belum sempat mereka bertiga menghabiskan kata-kata, Myungsoo menoleh kebelakang kemudian memberi pandangan mata yang menakutan kepada tiga orang pelajar tadi! Pelajar-pelajar itu seolah-olah boleh membaca pandangan Myungsoo yang berbunyi ' Jangan dekati Ahra lagi kalau tak mahu masalah!!! '

 Mereka bertiga tergamam sementara Myungsoo membawa Ahra pergi! Nampaknya Ahra dah menjadi milik orang lain! Dan orang itu adalah Kim Myungsoo cucu kepada President Korea! Tidak mungkin pelajar biasa seperti mereka bertiga dapat menandingi Myungsoo! Tambah-tambah lagi Myungsoo salah seorang daripada kumpulan Phoenix! Pasti mereka akan mendapat susah kalau kumpulan Phoenix mengambil tindakan! Mereka bertiga mengeluh kecewa! Jika mereka tahu yang berjalan di hadapan mereka ketika itu adaah Myungsoo dan bukannya murid biasa, Pasti idea-idea seperti itu tidak akan terlintas di dalam fikiran! Akhirnya mereka bertiga menyalahkan sesama sendiri!

         Sementara itu, Myungsoo dan Ahra sudah separuh perjalanan nak sampai ke rumah. Myungsoo singgah ke kedai lalu membeli ais krim untuk Ahra. " Nah, Saya tak tahu awak suka perisa apa jadi saya ambil vanilla ".

         Ahra menerima ais krim itu kebingunggan! Apa yang baru sahaja berlaku tadi?? Myungsoo memanggilnya ' Jagiya ' ??!! Ahra membuka pembalut aiskrim itu dan jalan beriringan dengan Myungsoo " Myung...Myungsoo...! Apa yang jadi tadi?? ".

         Myungsoo terus memakan aiskrim yang dipegang dengan selera " Awak ni memang bendul kan?? Lain kali jangan jalan sensorang masa balik rumah! Tadi ada orang nak ganggu awak! Jangan nak salah faham ya! Saya sikit pun tak suka awak! ".

         Ahra menjuihkan bibirnya marah " Hrmm...! Terima Kasih lah sebab ' Membantu ' !! ".

         Myungsoo mengalihkan pandangannya pada Ahra " YAA! Saya dah tolong awak tadi tau!! Awak ni memang tak reti berterima kasih langsung!! ".

         Ahra terus memandang Myungsoo " Betul lah! Saya dah cakap terima kasih tadi kan?? ".

         Myungsoo tidak puas hati " Tapi ucapan terima kasih awak tu tak ikhlas langsung! ".

         Ahra yang suka melihat Myungsoo marah seperti budak-budak terus mencomotkan mulut Myungsoo dengan aiskrim vanillanya!! Habis comot mulut Myungsoo!! Ahra ketawa sambil lari!! " Saya betul-betul ikhlas lah!! Hahaha ".

         Myungsoo mengesat mulutnya yang comot dengan pergelangan bajunya lalu mengejar Ahra! " YAA!!! Kim Ah Ra!! Mari sini!! Habis comot baju saya!! ".

         Ahra menjulurkan lidahnya mengejek Myungsoo! " Kejarlah kalau dapat~ !! Myungsoo comot!! ".

         Myungsoo betul-betul marah melihat Ahra! Tetapi akhirnya Ahra selamat apabila dia sempat masuk ke dalam rumahnya! Myungsoo yang termengah-mengah akhirnya berputus asa kemudian pulang. Buat masa ini Ahra selamat! Tetapi apabila mereka semua akan keluar pergi membeli belah nanti habislah dia!!

            

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Kaira97
Chap 32 is here baby~ Do you guys think this will be the end? Just keep reading and please subscribe and leave your comment jsy~

Comments

You must be logged in to comment
princea2899 #1
Chapter 33: Author nim. .. jebal palli update. .. I can't wait. .. what will happend to Ahra? ?? Did Ahra accept Myungsoo? ?? ♡♥♡♥
Update soon. .. please update. .. ♡♥♡♥
scyaheeda
#2
Chapter 32: suspen betol citer ni.. author nim awk mmg hebat la blh buat citer yg mendebarkan..jjang~~
erasyazana_kookie
#3
Chapter 28: oh cara ni lmbt lg diorang nk couple,hhh ni suspen bru,relex2..tnggu update bru, :-D
Ai_ena
#4
Chapter 28: ooyeeahhh...xsbr nk tungu Ahra n L couple..mestii sweet bagaiiXD
jillin
#5
Alamak, asal bukak2 gmbr myungsoo xkluar eh,, myungsoo ni L ye...sbb dlm byk2 watak xde muke dia pon...
Kaira97
#6
Mianhae to my readers and subscribers cause making u guys waiting~ Maklumlah SPM xD but im back now~ :3 Beta akan sambung chap dengan pantas so please keep reading jusaeyeoo~ (Sorry utk ayat beta xD)
woohyun98
#7
Chapter 25: update soon :)
EXOXOXOSEHUNIE12 #8
Chapter 25: Update soon!
Your story was toooooooo much Daebak
Kaira97
#9
Hehe chosueomnidaa~ Maklumlah busy sikit~ Line pun prob~ Akan update dlm waktu yg terdekat~