The word I Can't Say

You Are My Miracle

Ahra duduk diam di bawah cahaya lampu. Di mana agaknya Woohyun?? 15 Minit dah berlalu. Tak lama lagi fenomena hujan meteor tu akan berlaku! Ahra betul-betul nak tengok hujan itu! Macamana kalau dia terlepas waktu hujan itu turun?? Ahra memeluk lututnya sambil memandang ke arah langit. Malam itu disinari cahaya bulan. Bintang-bintang bertaburan di langit. Ahra berasa sedikit menyesal. Apa yang patut dia cakap pada Woohyun jika dia sampai nanti?? Sepatutnya tadi dia tahan Myungsoo dan tolak pelawaan jejaka itu walaupun itu peluang sekali seumur hidup. Tak sanggup rasanya Ahra hendak kecewakan Woohyun. Ahra berpaling ke sebelah kanannya dan nampak Yeongja, Dongwoo dan Sungyeol sedang bergurau brmain dengan lampu suluh. Ahra tersenyum. Kalau  bukan kerana dia takutkan gelap mesti dia dah bermain bersama mereka.

       Ahra mengeluh panjang lalu keluarkan satu botol belon buih daripada poket seluarnya. Ahra membuka penutup botol belon buih yang dipegangnya dan mula meniup belon-belon. Dia masih ingat lagi. Itulah permainan yang paling dia suka bermain dengan datuknya ketika kecil iaitu lumba meniup buih yang paling besar. Ahra tersenyum tawar sambil mengalirkan air mata memandang buih-buih belon yang terbang tinggi ke arah langit yang hitam. Kata datuknya, Jika dia sunyi ataupun sendirian, Meniup belon adalah perkara yang paling seronok dilakukan.

       Secara tiba-tiba Woohyun menutup mata Ahra dari belakang! Ahra terperanjat besar kerana dia takutkan gelap! Ahra ingatkan lampu dah rosak ataupun dia dah hilang daya penglihatan! Ahra terus memegang matanya! Ahra menghela nafas lega apabila dia dapat rasakan itu tangan seseorang!

       Ahra yang menyangkakan orang yang menutup matanya itu Yeongja terus memusingkan kepalanya ke belakang " Awak ni kan Yeongja~ Saya ingatkan saya dah buta tadi! ".

       Ahra tergamam apabila nampak Woohyun sedang tersenyum manis kepadanya " Woohyun! Awak dah sampai?? Bila awak naik?? ".

       Woohyun mengeleng sambil mengeluarkan sapu tangannya " Baru tadi~ Awak menangis lagi ya?? Awak ni kuat nangis la Ahra~ Awak marah ya sebab saya datang lambat?? ".

       Wajah Ahra mula merah " Mana ada la! Saya teringat dekat datuk saya sebab tu saya nangis!! ".

       Woohyun tersenyum sambil mengesat airmata Ahra " Dah! dah! berhenti menangis! Saya cakap tadi nak bawak awak pergi tengok hujan tahi bintang kan?? Tadi saya lambat sebab carik tempat yang sesuai~ Oleh kerana sekarang saya dah jumpa~ Jom kita pergi! Lagipun.... Saya.... Ada perkara nak beritahu awak.... ".

       Ahra mengangguk " Kalau macam tu jom lah kita pergi cepat! Penting ke perkara yang nak awak bagitahu saya tu Woohyun?? ".

        Woohyun tersenyum sambil memandang wajah Ahra " Awak akan tahu bila kita sampai sana nanti! ".

        Woohyun terus menarik lengan Ahra membuatkan gadis itu bangun dari duduk lalu menutup mata Ahra dengan kedua belah tapak tangannya dari belakang. Ahra bergerak perlahan-lahan ke depan sambil tersenyum. Kemudian Ahra berhenti setelah ingat sesuatu! Macamana dengan Myungsoo?? Kalau Myungsoo cari dia nanti macamana?? Tapi Woohyun nak cakap sesuatu yang penting dengannya! Agaknya Myungsoo akan marah ke nanti kalau tak jumpa dirinya??

        Woohyun yang sedang menunggu Ahra berjalan semula terus menurunkan tangannya daripada mata Ahra dan bertanya " Kenapa awak berhenti Ahra?? Awak tak nak pergi ya?? ".

        Ahra mengeleng laju kerana ingatkan dia dah lukakan perasaan Woohyun! " Tak lah! Saya! Tadi! Saya lupa nak cakap! Yang saya takut nak tengok hujan tu dekat tempat gelap! Saya tak nak menyusahkan awak... ".

        Woohyun terus menepuk bahu Ahra " Oh! Pasal tu ke?? Jangan risau! Saya dah uruskan~ Saya pasti awak akan terkejut bila sampai ke tempat tu nanti! Ianya lebih terang daripada matahari! Rasanya lah~ ".

        Ahra ketawa kecil kemudian mengangkat tangan Woohyun untuk menutup matanya semula " Kalau macamtu jom kita pergi! Saya nak tengok tempat yang ' lebih terang ' daripada matahari tu~ ! ".

        Woohyun tersenyum " Jom kita pergi! ".

Mereka berdua terus bergerak perlahan-lahan menuju ke tempat yang Woohyun cakapkan. Walaupun hati Ahra berbelah bahagi untuk pergi bersama Woohyun, Tetapi apa yang boleh dia buat?? Lagipun apa salahnya kalau dia buat Myungsoo marah sekali?? Myungsoo buat Ahra marah dan terasa banyak kali! Ahra ketawa jahat di dalam hatinya ' Padan muka awak Myungsoo! Cubalah carik saya~ Tu pun kalau awak jumpa! '. Tak lama kemudian mereka berdua sampai di tempat yang Woohyun katakan ' sesuai ' untuk mereka berdua tengok hujan tahi bintang.

       Apabila Woohyun berhenti, Ahra pun bertanya " Kita dah sampai ke?? ".

       Woohyun tersenyum manis di belakang Ahra kemudian menurunkan kedua-dua belah tanganya daripada menutup mata Ahra. Ahra pun membuka matanya. Alangkah terkejutnya Ahra melihat keadaan sekeliling! Pokok-pokok di sekitar kawasan dia dan Woohyun berdiri dihiasi lampu berwarna putih! Belon-belon berwarna warni terapung di dahan pokok! Ahra tergamam sekitar kerana tak percaya dengan apa yang dilihat! Memang benar kata Woohyun! Tempat itu seolah-olah lebih terang daripada matahari! Macamana Woohyun boleh buat semua ini dalam masa sesingkat 15 minit??

       Woohyun berjalan di hadapan Ahra lalu menghulurkan satu belon dengan senyuman terukir di bibirnya " Awak suka?? ".

       Ahra mengangguk laju sambil mengambil belon yang dihulur " Saya suka sangat! Macamana awak buat semua ni Woohyun?? Saya betul-betul terkejut! ".

       Woohyun ketawa kecil " Ianya bukan perkara yang mustahil kalau kita lakukan dengan bersungguh-sungguh~ Saya buat semua ni dari petang tadi tau! Kalaulah awak tak terima pelawaan saya tadi, Saya akan jadi betul-betul kecewa tau! ".

       Ahra tersenyum kemudian duduk " Tapi saya sekarang ada di sinikan?? Jadi jangan kecewa ya Woohyun~ ".

       Woohyun mengangguk lalu duduk di sebelah Ahra " Betul cakap awak.... Awak.... Berada di sini dengan saya sekarang.... ".

       Ahra merenung langit yang ditaburi bintang-bintang. Dia ketawa di dalam hati mengenangkan Myungsoo yang mencari dirinya dalam keadaan merengus marah! Padan muka dia! Kemudian Ahra mengalihkan pandangannya pada Woohyun semula " Apa yang awak nak cakap pada saya Woohyun?? ".

      Woohyun tersentak! " Huh?? ".

      Ahra mengelengkan kepalanya " Tadi awak kata nak cakap sesuatu pada saya~ Cepatlah saya tunggu ni ".

      Woohyun menggarukan kepalanya " Oh~ Pasal tu ke?? ".

      Ahra ketawa " Ye! Pasal ' tu ' lah! ".

      Woohyun mula tak senang duduk! Sebenarnya dia nak beritahu Ahra yang dia suka padanya! Secara tiba-tiba peluh sejuk keluar dari dahinya! Jantungnya berdegup laju! Semakin Ahra gesa dirinya untuk beritahu semakin laju jantungnya berdegup! Woohyun mula menarik nafas dalam-dalam! Kemudian memandang wajah Ahra!

      Woohyun terus menepuk dadanya " Ahra! Sebenarnya! Saya! Sebenarnya saya! ".

      Ahra ketawa sambil menepuk belakang Woohyun " Hei! Rileks lah! Awak ni kenapa tergagap-gagap?? Cakaplah perlahan-lahan. Saya dengar ni. Sebenarnya awak kenapa?? ".

      Woohyun tersengih sambil menggaru kepalanya " Maafkan saya.... Sebenarnya saya! Saya nak cakap yang! Saya sebenarnya! Saya nak beritahu yang saya! ".

Woohyun asyik mengulang perkataan yang sama membuatkan Ahra runsing! Ahra tak pernah lihat Woohyun begitu sebelum ni! Ahra mendengar Woohyun mengulang perkataan yang sama selama 5 minit! Woohyun pula menjadi orang yang tentu arah! Susah betul nak ucapkan tiga perkataan itu! Lidahnya menjadi kelu setiap kali mata dia dan Ahra bertentangan! Itulah waktu yang paling memalukan bagi Woohyun! Malu yang teramat sangat! 

       Akhirnya Woohyun mengucapkan perkataan itu! Tapi masalahnya perkataan yang disebut bukan perkataan yang dia inginkan! " Sebenarnya saya sukakan kopi??????!!!!!!!! ".

       Ahra ketawa besar! " Itu ke apa yang awak nak cakapkan?? Tapi kenapa sampai macamtu sekali?? ".

       Woohyun malu besar dan tak henti-henti mengutuk dirinya di dalam hati! " Ya! Saya sangat sukakan kopi sampaikan benda tu buat saya gagap! Malah sekarang ni pun saya terasa nak minum kopi! Awak nak tak?? Saya nak!! ".

      Ahra mengangguk " Ya~ Boleh jugak~ Pergilah ambil kopi yang awk sukakan sangat tu~ Saya tunggu awak dekat sini ".

      Woohyun mengangguk kemudian berlari sepantas yang mungkin jauh daripada Ahra! ' Apa yang aku merepekan tadi??! Kenapa aku cakap pasal kopi pulak depan Ahra??! Ahra!!! Saya nak cakap yang saya sukakan awak!!! ' Jerit Woohyun di dalam hatinya! Nasib baik cikgu Minwoo ada sediakan kopi dan beberapa minuman lain! Kalau tidak di mana dia nak cari kopi di atas gunung Jirisan itu??  Sekarang dia perlu bertenang. Apa yang penting sekarang ni adalah ambil kopi untuk dia dan Ahra kemudian bagitahu pada Ahra sekali lagi tentang perasaanya.

     

      

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Kaira97
Chap 32 is here baby~ Do you guys think this will be the end? Just keep reading and please subscribe and leave your comment jsy~

Comments

You must be logged in to comment
princea2899 #1
Chapter 33: Author nim. .. jebal palli update. .. I can't wait. .. what will happend to Ahra? ?? Did Ahra accept Myungsoo? ?? ♡♥♡♥
Update soon. .. please update. .. ♡♥♡♥
scyaheeda
#2
Chapter 32: suspen betol citer ni.. author nim awk mmg hebat la blh buat citer yg mendebarkan..jjang~~
erasyazana_kookie
#3
Chapter 28: oh cara ni lmbt lg diorang nk couple,hhh ni suspen bru,relex2..tnggu update bru, :-D
Ai_ena
#4
Chapter 28: ooyeeahhh...xsbr nk tungu Ahra n L couple..mestii sweet bagaiiXD
jillin
#5
Alamak, asal bukak2 gmbr myungsoo xkluar eh,, myungsoo ni L ye...sbb dlm byk2 watak xde muke dia pon...
Kaira97
#6
Mianhae to my readers and subscribers cause making u guys waiting~ Maklumlah SPM xD but im back now~ :3 Beta akan sambung chap dengan pantas so please keep reading jusaeyeoo~ (Sorry utk ayat beta xD)
woohyun98
#7
Chapter 25: update soon :)
EXOXOXOSEHUNIE12 #8
Chapter 25: Update soon!
Your story was toooooooo much Daebak
Kaira97
#9
Hehe chosueomnidaa~ Maklumlah busy sikit~ Line pun prob~ Akan update dlm waktu yg terdekat~