A Confession

You Are My Miracle

Bas yang dibawa menjadi tidak terkawal kerana keadaan Ahra semakin memburuk. Mereka perlu sampai ke tempat perhentian yang seterusnya dengan segera kerana nyawa Ahra dalam bahaya! Yeongja pula sedang menangis teresak-esak sambil menyalahkan dirinya. Dia betul-betul berasa bodoh kerana mengikut segala yang Ahra katakan dan akibatnya rakan baiknya yang baru itu sedang tenat menahan sakit. Dia tak sepatutnya mengikut kata Ahra dan terus memberitahu cikgu Yunho tentang keadaan Ahra semalam! Dongwoo dan Sungyeol kini berada di samping gadis itu menenangkannya. Hoya pula sentiasa berada di sisi Ahra memeriksa nadi gadis itu. Myungsoo yang membaringkan kepala Ahra pada pehanya dari tadi tidak henti-henti bercakap dengan gadis itu agar tidak menutupkan matanya!

        Myungsoo membalut tubuh Ahra yang kecil dengan selimut dan baju panas yang banyak sambil mengenggam erat tangan Ahra walaupun tanganya sakit " Ahra!! Ahra!! Awak dengar cakap saya!! Jangan tutup mata awak!! Pandang saya!! Pandang saya!! Awak tak akan apa-apa!! Kita dah nak sampai!! ".

        Dengan sisa tenaga yang tinggal sedikit Ahra mula memanggil nama Myungsoo " Myung... Soo... ".

        Myungsoo dengan segera memandang wajah gadis itu " Jangan bercakap!! Simpan tenaga awak!! Saya ada di sini... ".

        Ahra mula ingin menutup matanya kerana tak tahan menahan sakit " Se... Sejuknya... ".

        Myungsoo terus memegang tangan Ahra dengan kedua-dua belah tangannya kemudian menggosok dengan laju untuk memanaskan Ahra " Sungjoong!! Bagi aku lebih banyak selimut!! Ambik je apa yang ada!! Cepat!!! ".

        Secara tiba-tiba Hoya menjadi panik kemudian mengalihkan pandanganya pada cikgu Yunho " Cikgu!! Suhu badan Ahra naik pada 39.7 darjah!!! ".

        Myungsoo dan lain-lain terperanjat besar!! Cikgu Minwoo menghampiri Ahra yang tercungap-cungap kemudian mengesat peluh yang keluar dari dahi Ahra dengan sapu tanganya " Ahra, Awak boleh dengar saya ke?? Tolong bertahan Ahra!! Buka mata awak!! ".

        Ahra hanya mampu tersenyum tawar kemudian mengalihkan pandanganya pada Myungsoo yang mula bergenang air matanya " Saya... Dengar... Cikgu... Myungsoo... Awak... Menangis... ?? ".

        Myungsoo buat-buat tak dengar apa yang Ahra katakan kemudian marah pada gadis itu " YA!!! Awak tak dengar ke??! Saya kata jangan bercakap!!! Awak ni memang keras kepala betul kan!!! ".

        Genggaman tangan Ahra mula lemah dan darah mula keluar dari hidungnya!! Kini mata Ahra sudah pun tertutup. Ahli-ahli Phoenix yang lain mula memanggil-manggil nama Ahra! " Ahra!!! Ahra!!! Ahra!!! ".

        Hoya lagi sekali memaklumkan suhu badan Ahra pada cikgu Yunho! " Cikgu!! Dah naik 40 darjah!! ".

        Cikgu Yunho mula panik!! " Laju... Cepat!!! Laju lagi!!! Dia dah mula tak sedarkan diri!!! ".

        Myungsoo menggosok tangan Ahra dengan lebih laju kemudian menggoncangkan badan gadis itu! " Ahra!!! Bangun!!! Ahra!!! Tolonglah bangun!!! Awak masih tak tahu!!! Awak masih tak tahu!!! Bangun!!! ".

        Nasib Ahra baik kerana ketika dia sudah mula tidak sedarkan diri, Mereka sudah pun sampai di tempat perhentian! Ambulans yang sudah menunggu kedatangan mereka telah menyediakan katil untuk Ahra! Sebaik sahaja bas berhenti Myungsoo terus mengendong Ahra keluar dari dalam bas dan berlari ke arah Ambulans sambil diikuti oleh cikgu Yunho. Murid-murid yang lain terpaksa pulang sementara Myungsoo dan cikgu Yunho masuk ke dalam van Ambulans bersama-sama Ahra. 

       Ketika di dalam van ambulans, Cikgu Yunho dan jururawat yang lain sedang bertungkus lumus membantu Ahra. Memandangkan cikgu Yunho seorang doktor yang berpengalaman, Dia dapat membantu apa yang perlu ketika di dalam van itu. Darah yang keluar dari hidung Ahra sudah dibersihkan dan alat bantuan pernafasan juga telah dipasang. Denyutan nadi Ahra diperiksa setiap saat dan beberapa suntikan telah pun diberi untuk mengurangkan suhu badan gadis itu. Myungsoo yang duduk di sisi Ahra menggengam erat tangan Ahra. Dia tak henti-henti berdoa agar tuhan tak mengambil Ahra daripadanya. Dia tak sangka yang perkara ini akan terjadi!

 Tak lama kemudian mereka tiba di hospital besar Cheongju. Myungsoo, Cikgu Yunho dan jururawat mengusung katil tersebut. Di saat mereka semua sedang berlari sambil mengusung katil itu untuk ke bilik kecemasan, Ahra sempat membuka matanya. Myungsoo terus mengenggam erat tangan Ahra! Ahra hanya mampu tersenyum tawar. Air mata Myungsoo bergenang sekali lagi. Kalau boleh dia tak mahu senyuman itu hilang daripada pandangannya. Dia mahu Ahra tersenyum riang seperti biasa! Dia mahu hantar Ahra pulang ke rumah setiap hari. Dia mahu makan ais krim bersama Ahra setiap hari. Dia mahu mengesat air mata Ahra jika dia sedih. Dia mahu berada di sisi Ahra apabila Ahra perlukan bahu. Dia mahu dengar Ahra menyebut namanya sekali lagi. Dia mahu dengar Ahra memanggil namanya dengan penuh tenaga sambil melemparkan senyuman!

       Myungsoo yang tak ingin air matanya menitis terus sahaja bercakap dengan Ahra " Ahra!! Kita dah sampai di hospital!! Jadi buka mata awak!! Buka mata awak!! Awak tak akan apa-apa!! Awak dengar tak cakap saya ni!! Ahra!! ".

       Ahra terus menyelukan tangannya ke dalam poket seluar kemudian mengeluarkan sapu tangan Myungsoo. " Ini... Sapu... Tangan awak... ".

       Myungsoo mengambil sapu tangan yang dihulur Ahra tanpa berkata apa-apa kerana air matanya betul-betul ingin mengalir! " Awak ni bodoh ke apa!!! Macamana awak boleh terfikir nak pulangkan sapu tangan pada saat-saat macam ni!!! Nyawa awak dalam bahaya lah!!! ".

       Kini mereka semua dah nak sampai di hadapan pintu kecemasan. Myungsoo mengenggam tangan Ahra dengan lebih kuat tak ingin melepaskan gadis itu pergi. Ahra ketawa kecil sambil menahan kesakitan kemudian dia menarik kolar baju jejaka itu agar Myungsoo dengar apa yang dia ingin katakan " Myungsoo ya... Gomawo... Geurigu... Nan... ".

       Myungsoo terus memotong kata-kata gadis itu dan meletup marah kerana Ahra tak ingin mendengar kata-katanya " Shikeureo!! Saya cakap jangan!! ".

       Secara tiba-tiba Ahra menghabiskan ayatnya sambil air mata mengalir " Joahae.... ".

       Akhirnya air mata Myungsoo jatuh setelah mendengar kata-kata Ahra. Ahra di bawa masuk ke dalam bilik kecemasan. cikgu Yunho masuk sekali ke dalam bilik kecemasan itu memandangkan dia seorang doktor. Mata Myungsoo sedikit pun tidak berkelip dan air matanya mengalir laju. Secara tiba-tiba lututnya menjadi lemah membuatkan Myungsoo melutut di hadapan pintu kecemasan. Adakah dia salah dengar?? Ahra baru sahaja katakan yang dia suka pada dirinya. Akhirnya Myungsoo dapat tahu yang dia sebenarnya tak bertepuk sebelah tangan. Dia tak tahu dia patut gembira ataupun sedih. Gadis yang dia cintai kini sedang berada di dalam keadaan kritikal.

       Dengan air mata yang mengalir laju Myungsoo menepuk-nepuk dadanya menahan sebak " Ahra... Kenapa awak... Buat saya macam ni... Awak... Buat... Saya jadi gila... ".

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Kaira97
Chap 32 is here baby~ Do you guys think this will be the end? Just keep reading and please subscribe and leave your comment jsy~

Comments

You must be logged in to comment
princea2899 #1
Chapter 33: Author nim. .. jebal palli update. .. I can't wait. .. what will happend to Ahra? ?? Did Ahra accept Myungsoo? ?? ♡♥♡♥
Update soon. .. please update. .. ♡♥♡♥
scyaheeda
#2
Chapter 32: suspen betol citer ni.. author nim awk mmg hebat la blh buat citer yg mendebarkan..jjang~~
erasyazana_kookie
#3
Chapter 28: oh cara ni lmbt lg diorang nk couple,hhh ni suspen bru,relex2..tnggu update bru, :-D
Ai_ena
#4
Chapter 28: ooyeeahhh...xsbr nk tungu Ahra n L couple..mestii sweet bagaiiXD
jillin
#5
Alamak, asal bukak2 gmbr myungsoo xkluar eh,, myungsoo ni L ye...sbb dlm byk2 watak xde muke dia pon...
Kaira97
#6
Mianhae to my readers and subscribers cause making u guys waiting~ Maklumlah SPM xD but im back now~ :3 Beta akan sambung chap dengan pantas so please keep reading jusaeyeoo~ (Sorry utk ayat beta xD)
woohyun98
#7
Chapter 25: update soon :)
EXOXOXOSEHUNIE12 #8
Chapter 25: Update soon!
Your story was toooooooo much Daebak
Kaira97
#9
Hehe chosueomnidaa~ Maklumlah busy sikit~ Line pun prob~ Akan update dlm waktu yg terdekat~