Wanna Go On A Date With Me?

You Are My Miracle

Ahra mengeluh perlahan sambil memandang ke arah langit. Macam-macam yang berlaku hari tu. Dia tak bermaksud langsung nak berkasar dengan Areum tadi. Ahra mengeuh perlahan. Jus apple yang berada di tangannya di minum. Sedang dia minum sambil matanya melilau, Tiba-tiba dia ternampak Myungsoo! Sedang memandang ke arahnya! Wajah Ahra terus berubah kemerahan dengan segera! Kerana Myungsoo hanya memakai jeans tight hitam dan tuala putih tersangkut di lehernya! Mata Myungsoo tepat memandang Ahra. Air berkarbonat di tangannya di teguk kemudian dia mengenyitkan sebelah matanya kepada Ahra! Apa lagi! Ahra terus tergopoh-gopoh masuk semula ke dalam biliknya! Jantungnya berdegup kencang! ' Apa kena pulak dengan Myungsoo nih! ' Gumam Layra di dalam hatinya.Tak mungkin dia dapat lupakan Myungsoo! Baru sahaja Ahra ingin menutup pintu berandanya tiba-tiba Handphonenya berbunyi. Nama Myungsoo tertera pada skrin. Ahra teragak agak sama ada patut angkat atau tak. Akhirnya Ahra menjawab. 

       " Yeobusaeyeoo..? ".

       " Kenapa awak tak tidur lagi? ".

       " Saya tak boleh tidur ".

       " Jumpa saya kat bawah. 5 Minit. Tukar baju. Saya tunggu ".

       " Ta-Tapi...! ".

       Belum sempat Ahra berkata apa-apa Myungsoo dah pun menamatkan panggilan. Ahra mencebik sambil merenung skrin handphonenya " Siapa kata saya nak turun~ ".

       Ahra terus mencampakkan badannya ke atas tilamnya yang empuk " Aaaahh~ selesanya~~ ".

       Ahra baru sahaja ingin memeluk patung kesayangannya tiba-tiba handphonenya vibrate. Ahra membaca mesej yang masuk. ' Tak keluar saya akan jerit kuat kuat biar semua orang jaga~ '.

       Ahra mengeluh " Aishhh jinjaaa...! Araseoo araseoo saya keluar! ".

       Ahra bersiap-siap sambil merungut " Ntah apa lah yang Myungsoo nak tengah-tengah malam buta nih! ".

Setelah siap, Ahra dengan perlahan keluar dari rumahnya. Tidak ingin mengejutkan keluarganya. Dia terasa jadi seperti budak jahat pula menyelinap macam tu. Agaknya kalau ibunya tahu mesti dia marah! Ahra membuka pintu rumahnya perlahan kemudian keluar. Dia berjalan seketika menghampiri pintu pagar rumahnya. Sebaik sahaja pintu pagar dibuka, Dia nampak Myungsoo sedang berdiri di dinding pagar rumahnya menunggu bersama motorsikalnya.

       Ahra terus menghampiri jejaka itu " Ada apa awak nak jumpa? Kan awak boleh je call atau pun hantar messag-! "

       Belum sempat Ahra menghabiskan ayatnya, Myungsoo terus berkata " Nak jalan jalan tak? ".

       Ahra terpaku seketika " Ap- Apa ? Yaaaa sekarang ni dah malam lah...! esok kan boleh? ".

       Myungsoo memandang anak mata Ahra tajam " Nak atau tak nak? ".

       Ahra mencebik " Nak.. ".

       Myungsoo ketawa kecil lalu mengusap kepala Ahra " Bagus~ Sekarang naik ".

       Ahra memakai topi keledar yang ada di atas tempat duduk motosikal Myungsoo " Jangan la buat saya macam budak-budak.. ".

       Selepas memakai topi keledar, Ahra terus membonceng Myungsoo lalu mereka meluncur laju menuju ke pusat bandar. Angin kuat menerpa ke arah mereka oleh kerana Myungsoo membawa motor dengan laju. Seolah olah dia sedang tergesa-gesa. Agaknya kemana Myungsoo ingin membawanya? Ahra sendiri tidak tahu. Tak lama kemudian mereka sampai ke sebuah cafe. Ahra menuruni motor jejaka itu di atas arahan penunggangnya.

       Topi keledarnya ditanggalkan kemudian Ahra memandang sekelililing "Kita kat mana ni? ".

       Myungsoo tersenyum lalu berkata " Heaven ".

       Sekali lagi fikiran dan bayangan yang bukan bukan masuk ke fikiran gadis itu! Dengan segera Ahra memeluk dirinya sendiri sekali lagi menyembunyikan dadanya! Maklumlah pada waktu watu malam begini tiada siapa tahu apa yang akan terjadi! Walaupun dengan rakan baik sendiri! Langkah berjaga-jaga harus dibuat! Ahra mengundurkan dirinya daripada Myungsoo setapak ke belakang. Air liur pekatnya ditelan sambil memandang jejaka itu. Wajahnya berubah kepada merah pekat "Aw.. Awak nak buat apa dengan saya..???".

       Myungsoo yang bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya terus ketawa besar! "Puahahahaha I wont do anything to you! Sekarang cepat masuk ".

       Myungsoo mengenggam erat tangan Ahra kemudian mengheret gadis itu masuk ke cafe tersebut, Muzik jazz yang perlahan boleh didengari. Myungsoo membawa Ahra duduk di bar yang berdekatan. Pemilik gerai itu yang bagaikan sudah mengenali Myungsoo dengan lama terus tersenyum "Lama kamu tak datang sini Myungsoo, Can I get something for you?".

       Myungsoo tersenyum " Bagi yang biasa ya hyung? Awak pulak nak minum apa Ahra? ".

       Ahra dengan perlahan melabuhkan punggungnya di tempat duduk sebelah Myungsoo " Urmm.. Vanilla Latte".

       Ahra memandang Myungsoo dengan pelik. Agaknya kenapa Myungsoo membawanya keluar pada malam ni? Ada apa-apa yang istimewa ke? Sementara menunggu pesanan, Ahra mula bertanya " Jadi kenapa awak bawa saya keluar malam ni? Ada apa-apa yang istimewa ke??".

       Myungsoo memalingkan badannya kemudian memandang band yang sedang memainkan lagu slow. "Tak ada apa.. Saya cuma terasa bosan dekat rumah.. Jadi saya ajak awak keluar".

       Ahra memandandang Myungsoo "Betul ke ni? Kalau awak bosan kenapa tak ajak ahli-ahli awak yang lain je yang keluar? Kenapa saya?? Awak tahu tak saya ni perempuan? Tak elok keluar malam malam macam ni.. Melainkan awak ada nak cakap sesuatu dengan saya..".

       Myungsoo tak memberi apa-apa jawapan. Dia hanya merenung band di hadapan. Tak lama kemudian pesanan mereka siap. Ahra membuat keputusan hanya membiarkan soalan itu untuk sementara waktu. Mungkin ianya perkara yang agak susah untuk diluahkan. Adakah.. Ianya penting..?

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Kaira97
Chap 32 is here baby~ Do you guys think this will be the end? Just keep reading and please subscribe and leave your comment jsy~

Comments

You must be logged in to comment
princea2899 #1
Chapter 33: Author nim. .. jebal palli update. .. I can't wait. .. what will happend to Ahra? ?? Did Ahra accept Myungsoo? ?? ♡♥♡♥
Update soon. .. please update. .. ♡♥♡♥
scyaheeda
#2
Chapter 32: suspen betol citer ni.. author nim awk mmg hebat la blh buat citer yg mendebarkan..jjang~~
erasyazana_kookie
#3
Chapter 28: oh cara ni lmbt lg diorang nk couple,hhh ni suspen bru,relex2..tnggu update bru, :-D
Ai_ena
#4
Chapter 28: ooyeeahhh...xsbr nk tungu Ahra n L couple..mestii sweet bagaiiXD
jillin
#5
Alamak, asal bukak2 gmbr myungsoo xkluar eh,, myungsoo ni L ye...sbb dlm byk2 watak xde muke dia pon...
Kaira97
#6
Mianhae to my readers and subscribers cause making u guys waiting~ Maklumlah SPM xD but im back now~ :3 Beta akan sambung chap dengan pantas so please keep reading jusaeyeoo~ (Sorry utk ayat beta xD)
woohyun98
#7
Chapter 25: update soon :)
EXOXOXOSEHUNIE12 #8
Chapter 25: Update soon!
Your story was toooooooo much Daebak
Kaira97
#9
Hehe chosueomnidaa~ Maklumlah busy sikit~ Line pun prob~ Akan update dlm waktu yg terdekat~