A Tough Day

You Are My Miracle

'Ring~ Ring~ Ring~' Jam penggera Ahra berbunyi. Ahra mengeliat lalu duduk menggosok matanya. Dia memandang sekeliling  bilik sebelum mengalihkan mata kepada beranda yang membiarkan cahaya matahari memancar melalui cermin. Ahra bangun sambil mematikan penggeranya. Ahra berjalan menuju ke arah beranda bilik lalu keluar mengambil udara segar. Dia gembira pagi itu dia tak lambat macam semalam. Bila diingat kembali, Semalam macam-macam berlaku kepadanya. Kawan baru, Musuh baru, Membuat aksi yang memalukan di depan tetamu dan pengsan. Dia tersenyum sendiri " Semalam betul-betul gila ". Kata Ahra di dalam hati. Ahra memandang ke arah langit sambil mengangkat tangannya seolah-olah ingin mencapai awan yang lembut. Sinar matahari memancar mengenai wajahnya. Ahra hanya tersenyum seronok sinaran matahari menghangatkan wajahnya pada waktu pagi.Myungsoo yang baru bangun tidur ternampak Ahra. Memandangkan bilik Myungsoo betul-betul berhadapan dengan biliknya, Myungsoo dapat melihat segala yang Ahra lakukan. Ahra sedikit pun tidak sedar yang Myungsoo sedang memerhatikan gelagatnya! Myungsoo tersenyum. Pada pandangannya, Ahra agak comel. Secara tiba-tiba lamunan Myungsoo terhenti apabila dia terdengar Woohyun membuka pintu berandanya. Myungsoo yang tidak ingin Ahra nampak akan dirinya, terus berlalu masuk ke dalam bilik mandi.

       Woohyun yang kebetulan ingin mengambil udara segar ternampak Ahra di berandanya. Ahra agak comel apabila memakai baju tidur pijama. Woohyun berlari masuk ke dalam biliknya lalu mengulangi apa yang Ahra buat pada dia semalam. Woohyun ambil pen marker lalu menulis sesuatu di atas buku lakarannya. Kemudian Woohyun berlari keluar sambil melambai-lambai ke arah Ahra. Ahra yang perasan akan Woohyun terus membalas lambaian. Woohyun terus mengangkat tinggi buku lakarannya yang tertulis  'Good Morning' sambil tersenyum manis memandang Ahra. Ahra ketawa lalu berlalu masuk ke dalam biliknya mengambil kertas kertas lukisan semalam lalu menulis dengan pen markernya dan mengangkat menayangkan ayat yang ditulis 'Good Morning too~'

        Mereka berdua terus sahaja menulis kemudian tayangkan kepada satu sama lain

        ' Awak tidur lena semalam Ahra '

        ' Boleh lah~ Awak pula?? '

        ' Mestilah! Siapa yang tidur tak lena lepas makan biskut chocolate chip awak~ '

        ' Awak ni ada ada je lah~ '

        ' Awak pergi sekolah naik apa? '

        ' Saya nak jalan kaki dengan Yeongja, Nak ikut jom arh! '

        ' Boleh gak! '

        ' Kalau macam tu saya pergi siap dulu lah '

        ' Ok! Saya akan tunggu awak di depan rumah. Jangan lambat tau! '

        ' Ok! '

Dengan itu 'perbualan' mereka pon tamat. Mereka berdua bersiap-siap untuk pergi ke sekolah. Pada hari itu Ahra kelihatan cantik sekali dengan gaya melepaskan rambut panjang paras pinggang dan juga kasut Nike hitam yang baru dibeli oleh ayahnya, Dia nampak feminin sekali! Selepas bersarapan dengan keluarganya, Dia berlari keluar dari rumah. Tak mahu rakan barunya itu menunggu!

         Ayahnya tersenyum melihat gelagat anak sulungnya itu. " Bersemangat betul anak awak hari ni? " .

         Ibu Ahra tersenyum " Yelah~ Baru dapat kawan baru~ Kacak kacak belaka pula semuanya~ ".

         Ayah Ahra ketawa " Oh~ Begitu ke? Patutkan~ ".

Sebaik sahaja Ahra membuka pintu rumahnya, Woohyun tersenyum sambil melambaikan tangannya ke arah Ahra dari luar pintu pagar rumahnya. Ahra menyapa Woohyun lalu keluar bersama Woohyun. Woohyun agak terkejut dengan penampilan Ahra! Ahra nampak cantik walau apapun yang dia pakai!

        Ahra menyapa Woohyun sambil mempamerkan senyuman yang mencairkan hati mana-mana lelaki yang memandang " Pagi Woohyun! Lama ke awak tunggu? ". 

       Woohyun tidak menjawab! Dia masih lagi terpesona melihat Ahra " A..Awak, Nampak cantik h...hari ni ".

       Ahra tersenyum sambil menarik lengan Woohyun " Aik? Saya cantik hari ni je ke? Semalam tak cantik? Hahaha saya gurau jer lah! Jom lah kita pergi sekolah! ". 

       Wajah Woohyun kemerah-merahan menahan malu! Tetapi ada timbul sedikit perasaan gembira di dalam hatinya! Sebaik sahaja mereka berdua telah melepasi jalan menuruni bukit, Ahra terus melepaskan tangannya. Timbul pula sedikit rasa kecewa di dalam hati Woohyun " Isshh!! Asal Ahra lepaskan lengan aku?? Pegang la lama sikit!! ".

       Ahra berjalan-jalan sambil melihat bunga-bunga yang berkembang. Secara tiba-tiba dia berhenti lalu memetik sekuntum bunga " Oleh kerana semalam saya tergesa-gesa, Saya tak perasan akan kewujudan awak. Bunga yang cantik ". Sebaik sahaja Ahra menghabiskan ayatnya itu, Dia terus tersenyum sambil memandang Woohyun.

       Ahra membuat jantung Woohyun berdegup kencang! Wajahnya berubah merah serta-merta! Woohyun terus berdiri kaku! "K..Kenapa dengan aku ni! ".

       Ahra memandang Woohyun pelik " Awak ni kenapa? Jom lah! Nanti kita lambat ". 

       Woohyun mengangguk " Y...yela... ".

Mereka berdua teruskan perjalanan. Oleh kerana Woohyun ingin menghilangkan perasaan malu di hati, Dia cuba untuk membuka topik perbualan yang membuatkan Ahra dan dia selesa. Woohyun menggaru kepalanya sebelum bertanya. Ahra pula hanya tersenyum memandang sekeliling. Dia sedikit pon tidak sedar yang anak kepada pengetua sekolahnya sedang cuba menghilangkan rasa malu apabila bersama dirinya!

       " Erm... Ahra. Macamana dengan tawaran saya? Pasal nak masuk kumpulan Phoenix tu~ Awak nak? ".

       Ahra menepuk dahinya! Dia betul-betul lupa pasal tu! Oleh kerana semalam macam-macam perkara terjadi, Dia tak ingat langsung ingin memberitahu keluarganya pasal perkara itu! Ahra menundukkan kepalanya sambil menyatukan kedua dua belah tangannya meminta maaf. " Woohyun! Saya betul-betul minta maaf! Saya terlupa pasal tu! Saya...saya... ". Air mata Ahra mula bergenang! Dia betul-betul takut yang Woohyun akan marah padanya!

        Woohyun jadi cemas! Dia segera menenangkan Ahra " Eh! Eh! Ahra jangan nangis! Saya tak marah! Jangan! Jangan lah nangis! Saya tak kisah pon awak nak jawab bila! Kalau esok pon boleh! Saya boleh tunggu! Janganlah nangis! ".

       Ahra ketawa sambil mengesat air matanya " Haha! Awak tak marah ke? Nasib baik lah! ". Ahra terus berjalan meninggalkan Woohyun yang terpinga-pinga di belakang.

       Woohyun ketawa " Unik betul perempuan ni. Aku tertipu! Kalau lah dia berlakon gerenti dapat anugerah! ". Woohyun mengejar Ahra dari belakang lalu terus berbual sampai lah sekolah.

Sebaik sahaja mereka berdua sampai ke sekolah, Mereka berdua menjadi tumpuan. Si Kacak dan Si Cantik berjalan ke sekolah bersama. Amat padan! Mereka menimbulkan rasa cemburu dari pelbagai pihak! Mereka berdua berjalan menuju ke kelas sambil ketawa dengan riang mendengar cerita dari Woohyun. Ketika Woohyun membuka pintu kelas untuk Ahra, Ahra dihujani dengan air dari sebaldi air. Areum meletakkan sebaldi air di atas pintu masuk kelas untuk mengenakan Ahra. Habis basah seluruh baju Ahra. Semua yang berada di dalam kelas terperanjat! Begitu juga Woohyun! Ahli-ahli Phoenix mendekati Ahra dan juga Woohyun! Semua pelajar dalam kelas memandang ke arah Areum dan geng-gengnya dengan perasaan penuh marah. Ahra hanya mendiamkan diri sementara Areum dan kumpulannya ketawakan Ahra. Pagi yang ceria terus menjadi muram dalam sekelip mata.

       Woohyun mengenggam penumbuk memarahi Areum " Areum!! Kau fikir apa yang kau buat ni hah!! ".

       Areum hanya tersenyum sinis memandang Ahra " Tak ada apa-apa. Cuma akibat yang patut dia terima sebab mendekati kumpulan Phoenix. Dasar perempuan tak sedar diri!! ".

Ahra menutup mukanya dengan tapak tangannya lalu berlari keluar dari kelas sambil menangis. Sungyeol, Hoya dan Sungjoong berlari mengejar Ahra. Woohyun, Sunggyu dan Dongwoo memandang Areum dan kumpulannya dengan penuh perasaan marah. Myungsoo pula tidak tahu berada di mana. Pagi tadi, Dia dah sampai ke sekolah. Tapi dia tidak masuk ke dalam kelas.

        Woohyun memandang mata Areum tajam " Kau tak patut buat macam tu pada Ahra!! Dia tak pernah buat salah dengan kau!! ".

        Areum ketawa kecil " Tak buat salah?? Dia dah buat salah yang paling besar sebaik sahaja dia mendekati Awak!! ".

        Woohyun menumbuk meja guru yang berhampiran dengannya meningalkan kesan lekuk yang agak dalam membuatkan Areum dan kumpulannya terperanjat " Untuk pengetahuan kau, Dia tak pernah menghampiri aku!! Aku yang menghampiri dia!! Eh Kau dengar sini baik baik eh!! Sekali lagi! Sekali jer lagi!! Kau buat sesuatu pada Ahra!! Aku akan pastikan kau takkan dapat jejakkan kaki kau ke sekolah ni lagi!!! ".

       Sebaik sahaja Woohyun berpaling ingin mengejar Ahra, Areum memegang pergelangan tangan Woohyun " Apa yang awak nampak pada dia tu?! Awak tak nampak ke saya lagi cantik dari dia!! Saya lebih bagus!! Lebih baik awak masukkan saya dalam kumpulan Phoenix berbanding dengan perempuan yang entah dari mana usulnya!! ".

        Woohyun memusingkan kepalanya memandang Areum " Sepatah lagi perkataan keluar dari mulut kau. Aku akan pastikan kau menyesal seumur hidup!! ". Woohyun menyentap  pergelangan tangannya lalu keluar mengejar Ahra.

        Sunggyu dan Hoya memandang Areum dan kumpulannya sambil menunding jari kepada mereka " Sekali lagi korang buat perkara macam tu pada Ahra. Korang bertiga akan jadi musuh utama kumpulan Phoenix!! ".

Areum dan kumpulannya berang menahan marah! Areum mengigit bibirnya lalu keluar dari kelas sambil diejek oleh murid murid yang berada di dalam kelas. Sungyeol, Sungjoong dan Hoya pula hilang jejak Ahra. Ahra hilang entah kemana. Sungjoong menelifon Woohyun dan lain-lain yang sedang berlari mencari Ahra sekeliling sekolah. Woohyun mula risau dan tertanya -tanya di dalam hatinya " Di mana awak Ahra...". Sementara di belakang sekolah, Ahra sedang menangis sambil duduk di bawah sebatang pokok yang besar. Dia menangis sepuas hati. Dia kelihatan sangat serabut. Dengan rambut dan baju yang basah, dia kesejukkan.

       Pelbagai perkara bermain di dalam fikirannya Apa salahnya pada Areum? Kenapa dia buat begitu pada dia? Adakah ianya semata mata tentang memasukki kumpulan Phoenix? Atau sebab lain?? . Dia menangis kesunyian. Pada hari itu Yeongja tidak datang ke sekolah. Dia masih belum pulang dari melawat datuknya di Busan. Ketika dia berjalan menuju ke sekolah, Dia dan Woohyun ada singgah di rumah Yeongja. Tapi setelah menekan loceng rumah Yeongja berkali-kali, Ahra putus asa. Ahra membuat andaian yang Yeongja masih belum pulang dari Busan. Dia cuma berharap pada saat itu akan ada seseorang datang menenangkan dirinya. Dia tidak pernah fikir perkara yang sebegini akan berlaku kepadanya jika memasuki sekolah baru. Dia menangis teresak-esak sambil memeluk badannya menahan kesejukkan.

       Secara tiba-tiba Ahra terdengar orang bangun sambil mengeliat dari sebelah kanan sisi pokok. Orang itu ialah Myungsoo! Ahra terperanjat besar! " Aishh~ bising betul lah. Nak tidur pun tak boleh ". Tangisan Ahra yang teresak-esak menganggu tidurnya.

       Myungsoo berdiri memandang Ahra yang sedang menyangkung dengan mata yang berair. Ahra memandang Myungsoo dengan air mata yang meleleh menuruni pipi " A...Apa awak buat di sini Myungsoo? Demam awak dah ok ke? ".

 Myungsoo tidak menjawab pertanyaan Ahra sebaliknya mengeluarkan sapu tangannya yang berwarna biru kemudian menyangkung menghadap Ahra. Myungsoo dapat meneka apa yang berlaku kepada Ahra. Mesti ianya angkara Areum. Myungsoo tidak ingin menanyakan mengapa dia jadi begitu kerana dia tahu perkara itu pasti akan membuatkan Ahra terluka. Myungsoo tersenyum kemudian menyapu air mata Ahra dengan sapu tangannya. Ahra berasa malu kemudian ingin bangun menjauhi Myungsoo. Dia malu jika Myungsoo melihat dia dalam keadaan yang begitu.

      Sebaik sahaja Ahra ingin bergerak, Myungsoo memegang bahunya dan berkata " Jangan bergerak ". Ahra terpaku! Dia masih lagi belum melupakan hal semalam di mana Myungsoo dan dia bertentangan mata sebelum dia pengsan!

      Myungsoo menyapu air mata Ahra lalu menanggalkan jaket miliknya lalu membaluti badan Ahra dengannya. " Nah ambil sapu tangan ni. Awak mesti sejuk kan? Mari kita masuk ke dalam kelas ".

      Myungsoo membangunkan Ahra lalu memimpin dia perlahan-lahan berjalan menuju ke kelas. Ahra hanya mendiamkan diri mengikuti Myungsoo. Ahra tak sangka yang Myungsoo sebenarnya agak baik. Ahra mengenggam sapu tangan Myungsoo kuat. Tanpa mereka sedari, Woohyun melihat segala-galanya dari belakang. Sedikit sebanyak timbul perasaan cemburu di dalam hatinya. Dia tidak suka melihat lelaki lain mendekati Ahra. Dia terlambat. Sepatutnya dia yang berdiri di sebelah Ahra. Sepatutnya dia yang menenangkan Ahra bukannya Myungsoo.Tetapi perasaan itu cepat-cepat dia hilangkan kerana takut akan menjejaskan persahabatannya dengan Myungsoo.

       Ketika Myungsoo dan Ahra sampai di satu koridor yang menyambungkan kelas mereka dengan bilik guru, Mereka nampak ahli-ahli Phoenix dan cikgu Park sedang berbincang. Sebaik sahaja mereka nampak Ahra dan Myungsoo, Mereka mengerumuni mereka berdua.

       Cikgu Park menanyakan tentang keadaan Ahra " Ahra, Awak tak apa-apa ke? ".

       Ahra mengangguk " Ya cikgu. Saya tak apa-apa. Jangan risau. Cuma saya sejuk sikit ". 

       Myungsoo menyerahkan Ahra pada cikgu Park. Kemudian Sungjoong berkata " Cikgu, Saya dah suruh orang-orang saya menyediakan baju untuk Ahra. Uniform Ahra yang baru ada di dalam bilik guru. Jangan risau Ahra. Saiz baju itu sama dengan saiz baju awak. Awak pergilah tukar baju dulu ".

       Ahra tersenyum memandang Sungjoong " Terima kasih ya Sungjoong... ".

       Sungjoong mengangguk " Sama-sama. Lepas awak tukar baju nanti, Kita berbual ya? ".

       Ahra mengangguk lemah sambil tersenyum " Ya ".

Ahra dan cikgu Park berlalu pergi ke bilik guru. Ahli-ahli Phoenix memandang Ahra sayu daripada belakang. Kemudian Woohyun berpura pura bertanya kepada Myungsoo. " Kat mana kau jumpa Ahra, Myungsoo? ". Soalan Woohyun disokong ahli-ahli Phoenix " Ha'ah mana kau jumpa dia? ".

       Myungsoo menjawab soalan mereka sambil memasukkan tangannya ke dalam poket seluar " Aku jumpa dia dekat pokok belakang sekolah~ ".

       Sunggyu pula bertanya " Maksud kau dekat pokok yang kau selalu lepak tu ke? ".

       Myungsoo mengangguk " Ha'ah~ ".

       Dongwoo menghelakan nafasnya " Nasib baik lah kau jumpa dia. Kalau tak sekarang ni kita masih mencari dia lagi. Aku geram betul dengan Areum tu lah! Dari dulu sampai sekarang perangai tak berubah ubah! ".

       Woohyun menahan marahnya apabila Dongwoo menyebut nama Areum " Jaga lah dia kalau buat macam tu sekali lagi. Aku memang dah lama sabar dengan dia! ".

Mereka semua pon masuk ke dalam kelas. Menunggu Ahra. Akibat kejadian hari itu, Pembelajaran jadi tertangguh dengan tindakan disiplin ke atas Areum dan kumpulannya. Selepas setengah jam, Ahra masuk ke dalam kelas kemudian duduk di tempat duduknya iaitu di sebelah Myungsoo.

        Ahli-ahli Phoenix mengerumuni Ahra sambil bertanya " Ahra...Awak Ok?? ".

        Ahra tersenyum tawar " Ya. Saya Ok. ".

        Dongwoo terus membuka cerita demi untuk menceriakan ahra yang sedang murung " Awak tau Ahra! Biskut yang awak buat semalam memang sedap tau! Belum sempat family saya nak makan, saya dah habiskan! Makin capang telinga saya ditarik Omma saya tau~ Sakit~ ". Katanya sambil mengusap telinganya.

         Ahra tersenyum " Yeke? Tak apa nanti saya buat lagi. ".

        Melihat Ahra yang mula tersenyum, Ahli-ahli lain mula membuat lawak " Ahra! Ahra! Saya ada gambar Sunggyu pakai skirt pendek! Awak nak tengok tak?? ". Kata Sungyeol sambil mengeluarkan telifon Samsung miliknya.

        Sunggyu memandang Sungyeol dengan mata yang tajam " kau nak tunjuk skirt yang hitam ke atau yang polka dot? "

        Sungyeol ketawa " Nak tunjuk yang polka dot~ Awak tau tak Ahra, Sunggyu siap pakai stoking perempuan tau~ y siot~ ".

         Ahra mula ketawa " Saya nak tengok~ ".

         Sunggyu merampas telifon Sungyeol " Eh~ Tak boleh~ Tak boleh~ Nanti awak terpikat pulak~ Lagipun budak bawah umur tak boleh tengok~ ".

         Sungyeol memandang Sunggyu geli " Terpikat?? Tolong lah~ Bulu kaki pon tak cukur! "

         Sunggyu menumbuk lengan Sungyeol " Nak mati ke hah?! ".

Ketawa Ahra semakin besar. Myungsoo berasa agak lega selepas dia melihat senyuman gadis itu. Tak tahu kenapa senyuman Ahra menyejukkan hatinya. Dia mula berasa selesa berada dekat dengan Ahra. Terutama selepas Ahra memasak bubur untuknya semalam. Tetapi sayangnya, Myungsoo tak nak menunjukkan semua itu di hadapan Ahra.

         Secara tiba-tiba, Ahra bangun sambil tersenyum. " Baiklah Woohyun! Saya dah buat keputusan! Saya! Akan! Masuk kumpulan Phoenix! ".

         Woohyun tersenyum sambil bertepuk tangan " Yeay!!! Awak buat keputusan yang betul Ahra! ".

         Ahli-ahli Phoenix yang lain berdiri sambil bersorak menepuk tangan mereka. "Yeayy!!! ".

Myungsoo yang biasanya hanya mendiamkan diri, Tersenyum memandang Ahra. Ianya betul-betul perkara yang ajaib kerana Ahra berjaya membuat Myungsoo tersenyum. Selepas rehat, Mereka semua belajar seperti biasa. Pada hari itu, Walaupun Yeongja tiada bersama Ahra, Ahra tetap gembira di samping kumpulan Phoenix. Mulai dari saat itu juga, Ahra membuat keputusan agar berhadapan dengan Areum walau apa pun yang akan dilakukan olehnya. Ahra tidak akan mendiamkan diri dan biarkan dirinya dibuli. Dia bertekad untuk menggunakan seni mempertahankan diri jika dia perlu. Ahra juga meminta Woohyun agar pihak sekolah tidak memberitahu kedua-dua ibu bapanya tentang apa yang terjadi di sekolah pada hari itu. Jika ibu bapanya tahu, Mungkin Ahra akan ditukarkan ke sekolah lain kerana ibu bapanya benci pembuli.

         Apabila loceng berbunyi bagi mata pelajaran terakhir, Ahra mula mengemaskan beg sekolahnya. Ketika dia sedang memasukan buku-bukunya di dalam beg, Myungsoo yang berkongsi meja denganya bangun lalu bertanya " Nak balik naik motor saya tak? ".

         Ahra mengeleng " Tak apa lah. Saya boleh jalan kaki Lagipun saya tak nak menyusahkan awak ".

         Myungsoo merapatkan mukanya dengan wajah Ahra lalu merenung matanya " Awak fikir, saya nak sangat ke bagi awak naik motor saya?? Omma saya, suruh saya hantar awak balik sebagai tanda terima kasih. Sebab awak dah buatkan bubur untuk saya! Tak payah la awak nak fikir pasal benda lain~ ".

         Ahra tetap mengeleng sambil mengoyangkan kedua-dua belah tangannya " Tak! Tak apa lah! Saya boleh jalan kaki! Betul! Lagi pun nanti Woohyun nak jalan kaki dengan siapa? Pagi tadi saya jalan kaki dengan dia datang sekolah! ".

         Myungsoo mengalihkan pandanganya kepada Woohyun lalu bertanya " Woohyun, Kau boleh kan balik tumpang kereta si Sungyeol?? Aku kene hantar dia ni balik. Kalau Omma aku tau aku tak hantar dia balik, Habis aku! Malas aku nak dengar Omma aku berleter ".

         Woohyun tersenyum " Boleh jer~ Ahra, esok pagi jer lah kita balik sama-sama. Kau pulak Myungsoo hati-hati bawak anak orang. Jatuh pulak nanti~ ". Kata Woohyun bergurau. Walaupun sebenarnya dia tidak ingin Ahra balik dengan Myungsoo, Dia terpaksa merelakanya kerana tidak ingin rakan-rakannya menganggap dia menyukai Ahra.

         Myungsoo memandang Ahra semula " Dengar tu? Dah jom balik. Awak boleh jalan kaki dengan Woohyun esok pagi ".

         Ahra tetap berkeras hendak jalan kaki " Tapi Myungsoo, saya betul-betul tak nak menyusahkan awak! Serius saya boleh jalan kaki! ".

         Myungsoo mengeluh sambil menyandang begnya. Dia terus memandang Ahra " Awak ni memang keras kepala kan?? Kalau awak tak nak menyusahkan saya, Naik aje lah motor saya! Dah! Jom balik!  ". Myungsoo terus mengenggam pergelangan Ahra lalu menarik gadis itu keluar dari kelas.

Muka Ahra pula sudah mula merah! Dia tak tahu kenapa, Tapi setiap kali dia berhadapan dengan Myungsoo, Mukanya akan bertukar kemerah-merahan. Jantungnya juga berdegup pantas. Semua murid di sekolah memandang mereka berdua. Ada diantara mereka yang cemburu melihat Ahra. Sungguh bertuah gadis yang dipegang tanganya oleh Myungsoo.  Cikgu Park yang berada di dalam bilik guru, Nampak mereka berdua yang lalu. Cikgu Park ketawa " Ishh~ Ishh~ Ishh~ Anak murid aku~ tak sangka pula~ Ahra baru masuk sekolah semalam, Tapi dia berjaya menarik perhatian si hati batu Myungsoo ". Cikgu Park terus menyemak buku-buku latihan murid-murid kelasnya sambil tersenyum.

          Tak lama kemudian, Myungsoo dan Ahra sampai di tempat parking sekolah. Di situ ada 5 kereta sport berjenama Ferari pelbagai warna. Rupa-rupanya di situ ialah tempat parking istimewa untuk ahli-ahli Phoenix. Ahra perasan perkara itu selepas dia nampak satu lambang Phoenix pada bumbung tempat parking. Tiba-tiba lamunan Ahra terhenti apabila Myungsoo mencampakkan topi keledar berwarna putih kepada Ahra! Nasib baik Ahra sempat menangkap topi keledar itu. Kalau tidak pasti dah terkena wajahnya.

          Myungsoo terus menghidupkan enjin motorsikalnya. Dia menyarungkan topi keledar berwarna hitam berkilat pada kepalanya. Motor Myungsoo agak cantik juga. Bentuk motorsikalnya seperti Kawasaki Ninja. Warna motornya amat padan dengan topi kaledar Myungsoo yang berwarna hitam berkilat. " Apa yang awak tunggu lagi tu? Cepat pakai topi kaledar awak dan naik ".

          Ahra mengangguk perlahan " B...Baiklah ". Sebenarnya Ahra agak malu berada dalam jarak yang begitu dekat dengan Myungsoo! Tambah-tambah lagi dia memakai skirt!

          Ahra menyarung topi keledar yang diberi Myungsoo lalu naik motorsikalnya. Ahra sedikit pon tak perasan yang Myungsoo tersenyum melihat dia yang malu-malu bersamanya! Myungsoo memandang ke belakang lalu berkata " Peluk pinggul saya. Nanti kalau awak jatuh saya tak berhenti ambil awak ".

 Wajah Ahra betul merah! Tapi oleh kerana topi keledarnya, Myungsoo juga tidak perasan! Ahra memeluk pinggul Myungsoo dengan kadar denyutan jantung yang laju! Seolah-olah boleh meletup jantungnya itu! Apabila Myungsoo dapat merasakan pinggulnya dipeluk, Dia tersenyum kecil sambil menunggang motorsikalnya melepasi pintu pagar sekolah. Semua murid yang ada di situ memandang mereka berdua. Semua murid di sekolah itu kenal motorsikal yang sedang bergerak laju itu. Ianya milik Myungsoo. Sudah tentu yang menunggang motorsikal itu juga ialah Myungsoo. Tetapi siapa  pula gadis yang membonceng bersamanya?? Apa hubungan Myungsoo dengan gadis itu?? Segala persoalan timbul di dalam fikiran murid-murid yang memandang mereka berdua yang meluncur laju meninggalkan sekolah.

            Ketika itu, Areum dan kumpulannya nampak mereka berdua. Areum tersenyum sinis " Dulu Woohyun. Sekarang Myungsoo pula?? Tak sangka betul!! Dasar perempuan talam dua muka!! ". Rengus Areum di dalam hatinya.

           Bukan Areum seorang yang cemburu melihat mereka berdua, Malah Woohyun juga sama. Dia nampak Woohyun dan Ahra yang meluncur menaiki motorsikal meninggalkan sekolah. Woohyun tidak sedar yang dia sekarang telah terperangkap. Terperangkap kerana terlanjur mencintai Ahra tanpa dia sedari.

           Ahra yang berada di atas motor Myungsoo pula sedang menggeratkan pelukannya kerana Myungsoo membawa motor dengan laju! Ahra rasa seolah-olah dia melanggar puting beliung yang ganas! Setiap kali Ahra menguatkan pelukannya, Myungsoo tersenyum. Dia benar-benar berasa lucu melihat Ahra yang takut jatuh dari motorsikalnya! Tak lama kemudian, Mereka berdua sampai di kawansan perumahan mereka. Myungsoo berhenti di hadapan pintu pagar rumahnya lalu menyuruh Ahra turun dari motorsikalnya. Dia menanggalkan topi keledarnya begitu juga dengan Ahra.

          Ahra memandang Myungsoo pelik " Kenapa awak tak turunkan saya di hadapan rumah saya? ".

          Myungsoo memandang ke arah Ahra lalu mengambil topi keledar yang dipegang Ahra " Sebab senang, Saya tak perlu pusing nanti. Lagipun rumah awak di depan je kan?? Jalan je lah! Bukannya jauh pon! Orang dah hantar balik tu pun untung~ ".

          Ahra merungut di dalam hatinya " Kalau tak jauh, kan senang kalau awak hantar je aku kat depan rumah tadi! Bukannya jauh pon! Apahal dengan mamat ni? Tadi bukan main baik! Sekarang lain pulak! ". Ahra mengangguk lalu memandang Myungsoo " Yelah~ Terima kasih ya sebab hantar saya balik rumah. Saya betul-betul 'hargai' nya ".

           Di saat Ahra memusingkan badannya dari Myungsoo, Myungsoo memanggil namanya " Ahra! ".

          Ahra pon berpaling " Ya?? ".

          Myungsoo terus memberi senyuman yang manis kepada Ahra " Terima Kasih....Untuk bubur tu....Ianya...Betul-betul sedap.... ".

          Sekali lagi, Wajah Ahra berubah kemerah-merahan! Jantungnya berdegup kencang! Senyuman Myungsoo mencairkan hatinya dan membuat dia rasa tidak menentu! "Y...Yalah! ".

          Ahra berlari sambil memegang kedua-dua belah pipnya masuk ke dalam rumah! Dia tidak ingin Myungsoo nampak yang pipinya merah! Myungsoo ketawa dari belakang. Ahra nampak betul-betul comel dengan pipi yang merah! Sebaik sahaja Ahra masuk ke dalam rumahnya, Dia tersenyum sendiri! Adiknya, Hana melihat segala-galanya!

          Hana terus mengusik kakak nya! Sambil ketawa " Oohh~ Unnie~ Unnie suka abang Myungsoo ya~ ".

          Ahra menutup mulut adiknya! Takut ibu bapanya terdengar apa yang dikatakan oleh Hana! Ahra terus berbisik pada telinga adiknya " Shwit! Hana! Jangan lah cakap benda yang bukan-bukan! Unnie dan abang Myungsoo hanya berkawan lah! Abang Myungsoo cuma tolong hantarkan Unnie balik!! ".

         Hana ketawa melihat kakaknya yang cemas " Kalau macamtu kenapa muka Unnie merah-merah?? ".

         Ahra terdiam! " T...Tu...Sebab Unnie rasa dah nak demam! Dah! Dah! Pergi masuk ke dalam bilik kamu! ".

            Hana berlari menaiki tangga ke biliknya sambil berkata " Unnie suka abang Myungsoo~ ! ".

         Ahra berlari mengejar adiknya naik ke tingkat dua rumahnya sambil menjerit " Hana!!! ".

     

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Kaira97
Chap 32 is here baby~ Do you guys think this will be the end? Just keep reading and please subscribe and leave your comment jsy~

Comments

You must be logged in to comment
princea2899 #1
Chapter 33: Author nim. .. jebal palli update. .. I can't wait. .. what will happend to Ahra? ?? Did Ahra accept Myungsoo? ?? ♡♥♡♥
Update soon. .. please update. .. ♡♥♡♥
scyaheeda
#2
Chapter 32: suspen betol citer ni.. author nim awk mmg hebat la blh buat citer yg mendebarkan..jjang~~
erasyazana_kookie
#3
Chapter 28: oh cara ni lmbt lg diorang nk couple,hhh ni suspen bru,relex2..tnggu update bru, :-D
Ai_ena
#4
Chapter 28: ooyeeahhh...xsbr nk tungu Ahra n L couple..mestii sweet bagaiiXD
jillin
#5
Alamak, asal bukak2 gmbr myungsoo xkluar eh,, myungsoo ni L ye...sbb dlm byk2 watak xde muke dia pon...
Kaira97
#6
Mianhae to my readers and subscribers cause making u guys waiting~ Maklumlah SPM xD but im back now~ :3 Beta akan sambung chap dengan pantas so please keep reading jusaeyeoo~ (Sorry utk ayat beta xD)
woohyun98
#7
Chapter 25: update soon :)
EXOXOXOSEHUNIE12 #8
Chapter 25: Update soon!
Your story was toooooooo much Daebak
Kaira97
#9
Hehe chosueomnidaa~ Maklumlah busy sikit~ Line pun prob~ Akan update dlm waktu yg terdekat~