You Make Me Cry

You Are My Miracle

Ahra tersengih senseorang ketika Woohyun pergi ambil kopi. Agaknya Myungsoo mesti sedang mencari dia sekarang bagai nak gila! Ahra ketawa kecil kemudian memandang ke arah langit yang hitam. Kalaulah di situ tak ada lampu dipasang yang Woohyun pasang mesti Ahra tak benarkan Woohyun pergi! Ahra mula membuka penutup botol buih belonnya kemudian mula meniup seperti tadi. Satu demi satu belon keluar daripada gelung bulat buih belon itu. Di saat Ahra perhatikan buih-buih belon itu terbang ke udara, Secara tiba-tiba satu tahi bintang muncul! Ahra menjadi amat teruja kemudian terus bangun dari tempat duduknya! Satu demi satu! Selepas beberapa saat, Berpuluh-puluh tahi bintang meluncur di langit! Sinar kegembiraan terpancar di wajah Ahra! Dia betul-betul teruja! Jadi inilah yang dikatakan fenomena hujan tahi bintang yang jarang berlaku! Dia memang beruntung kerana berdiri di situ sekarang! Itulah perkara yang paling cantik pernah Ahra lihat seumur hidupnya!

       Ahra terus mencari kelibat Woohyun! Dia tidak mahu Woohyun terlepas melihat semua itu! Kenapa lama sangat Woohyun mengambil kopi!!! Saat-saat yang jarang berlaku seperti itu sepatutnya dikongsi bersama seseorang! Secara tiba-tiba semak yang berada di sebelah Ahra bergerak-gerak! Ahra yang teruja terus tersentak lalu memandang ke arah semak di sebelahnya! Agaknya apa itu?? Manusia atau??!! Binatang liar??! Ahra mula mencapai ranting kayu yang berada berdekatan dengannya lalu mengacu ke arah semak itu! Ahra tak kisah jika di sebalik semak itu adalah manusia kerana dia boleh lawan! Biarpun manusia itu berlima! Tetapi kalau harimau yang keluar macamana??!! Dia tak mahu mati di situ!!!

       Ahra mula mengundurkan langkahnya setapak ke belakang! " Siapa tu??! Woohyun?? Itu awak ke?? Awak janganlah main-main!! Saya takut la!! ".

       Ahra terus terdiam kerana soalanya tak dibalas! Dia tahu disebalik semak itu bukannya Woohyun!! Ahra menelan air liur pekatnya! Peluh mula membasahi dahi tangannya juga mengigil kerana ketakutan! Perkara seperti ini tidak sepatutnya terjadi!!! Secara tiba-tiba benda yang bergerak di sebalik semak itu terus keluar! Ahra menjerit kuat lalu terus mengayunkan ranting kayu yang dipegang sambil menutup matanya!

       Suasana menjadi sunyi seketika! Ahra terdiam. Adakah pukulannya telah mengena ' binatang ' itu?? Ahra mengangkat wajahnya lalu memberanikan diri melihat benda yang telah dipukul tadi. Myungsoo sedang memandang tepat pada matanya sambil merengus kemarahan! Ranting kayu yang digunakan Ahra untuk memukul tadi sedang ditahan Myungsoo menggunakan tangan kanannya!

       Ahra menghela nafas lega " Awak rupanya Myungsoo... Saya ingatkan... ".

       Myungsoo merampas ranting yang dipegang Ahra lalu campak ke tepi! " Kenapa?! Awak ingatkan Woohyun yang datang kan??! Kalau macam tu saya minta maaflah sebab dah kecewakan awak!! ".

       Secara tiba-tiba Myungsoo naik berang membuatkan Ahra bingung! " Bu...! Bukan macam tu!! Saya ingatkan awak...! ".

       Myungsoo terus sahaja menengking Ahra! " Awak ni memang terukkan Ahra??! Awak tahu tak betapa risaunya saya??! Saya cari awak di mana-mana tapi tak jumpa!! Saya ingatkan awak dah hilang!! Tapi rupanya awak di sini bersama Woohyun bergelak ketawa sementara saya cari awak macam orang gila??! ".

       Ahra tunduk memandang kakinya. Airmatanya sudah bergenang. Dia tahu dia salah. Tetapi perlu ke Myungsoo marah dirinya sehingga begitu?? " Saya... Minta maaf... ".

       Myungsoo tersengih " Minta maaf?? Itu saja ke yang awak tahu??! Awak dari dulu tak habis-habis menyusahkan saya!! Bila situasi dah jadi macam ni perkara yang awak tahu buat hanya lah minta maaf!! Awak tahu saya yang ajak awak tengok hujan tahi bintang dulu kan??! Kenapa awak pergi kepada Woohyun pula??! ".

       Airmata Ahra jatuh ke bumi " Tapi... Saya betul-betul... Minta maaf... Tapi Woohyun... Ajak...! ".

       Myungsoo sekali lagi memotong ayat-ayat Ahra! " Cukup sampai di situ Ahra!! Saya tak nak dengar awak minta maaf lagi!! Saya tak sangka awak seorang yang macam ni Ahra!! Awak ni memang...! ".

 Kali ini ayat-ayat Myungsoo pula dipotong! Belum sempat Myungsoo menghabiskan ayat-ayatnya, Buku lima Woohyun  sampai ke pipi Myungsoo! Myungsoo terus terbaring di tanah! Woohyun mengenggam penumbuknya menahan marah! Dia tahu yang Myungsoo marah pada Ahra, Tapi perlu ke potong setiap ayat-ayat gadis itu?? Tambah lagi Ahra sedang menangis! Tak dapat ke Myungsoo lihat semua itu?? Ahra sedang menangis teresak-esak sementara Myungsoo pula hanya tahu melepaskan kemarahannya! Tak boleh ke dia berlembut dengan seorang gadis??

       Woohyun memandang tepat pada mata Myungsoo " Boleh tak kau berhenti sekejap??!! Kau tak boleh nampak ke yang Ahra tengah menangis??!! Kenapa dengan kau ni Myungsoo?? Dulu kau tak macam ni!! ".

       Myungsoo yang terduduk di tanah mengesat bibirnya yang berdarah kemudian memandang wajah Ahra. Gadis itu sedang menangis! Myungsoo terus tergamam! Apa yang telah dia buat??!! Dia tak bermaksud nak buat Ahra menangis! Myungsoo mula rasa menyesal.

       Woohyun pula menanggalkan jaketnya lalu letakkan pada bahu Ahra " Mari kita turun Ahra... Yeongja dan lain-lain tunggu awak di bawah tau... Diaorang ajak kita makan BBQ yang cikgu Park masak... ".

       Ahra yang menangis hanya mengangguk lemah. Woohyun terus memimpin membawa Ahra pergi. Sebelum mereka hilang dari pandangan Myungsoo, Woohyun sempat menoleh ke belakang dan berkata " Untuk pengetahuan kau.... Aku yang ajak Ahra datang sini dulu... ".

       Myungsoo terus terdiam! Itu ke yang Ahra cuba nak katakan pada dia di tempat mereka melukis tadi??! Baru Myungsoo sedar! Agaknya itu lah yang Ahra cuba sampaikan tetapi dia pula asyik memotong ayat gadis itu! Patutlah Woohyun begitu marah! Tadi pun Ahra cuba untuk bagitahu padanya tapi dia enggan dengar!! Apa yang telah dia buat??! Sekarang gadis yang dia cintai sedang menangis kerana perbuatannya!

        Myungsoo bangun kemudian menepuk-nepuk debu tanah yang terlekat pada bajunya. Kini Woohyun dan Ahra telah hilang dari pandangan. Hatinya bagai dicucuk-cucuk apabila melihat Woohyun membawa Ahra pergi. Semua ini tidak akan terjadi jika dia mendengar kata-kata Ahra. Agaknya Myungsoo sangat sukakan Ahra sehinggakan dia begitu marah apabila tahu Ahra pergi tengok hujan tahi bintang dengan Woohyun. Dan sekarang dia perlu mintak maaf pada Ahra.

        Sedang Myungsoo mengejar mereka berdua, Woohyun menenangkan Ahra sambil memeluk bahunya. Woohyun tahu pada ketika itu pasti Ahra masih lagi terkejut. Woohyun terus berpura-pura ketawa seolah-olah tiada apa yang terjadi " Rugi betulah saya tadi Ahra! Saya ambil kopi lama sangat! Baru saya nak tengok hujan tahi bintang tu dengan awak~ Si Sungyeol lah kacau saya~ Malam ni saya nak masukkan lipas lah dalam khemah diaorang awak nak join saya tak?? ajak Yeongja skali~ Baru gempak~ ! ".

        Ahra mendiamkan diri di dalam pelukan Woohyun. Air matanya masih lagi meluncur laju. Woohyun mengelengkan kepalanya lalu berdiri di hadapan Ahra sambil menatap mata gadis itu " Ahra... Janganlah menangis lagi... Nanti kalau kita sampai di bawah nanti semua orang ingat saya yang buat awak jadi macam ni.... Saya tak nak cikgu Daesung tarik telinga saya! Sakit tau! Telinga cikgu Joongki tu pun dah nak jadi macam telinga Dongwoo sebab selalu sangat kena tarik! Tolonglah selamatkan telinga saya yang cantik ni Ahra~~~ ".

        Ahra mula tersenyum kemudian mengesat airmatanya yang membasahi pipi " Biarlah telinga awak kena tarik pun~ Biar lagi panjang dari Dongwoo~ ".

        Woohyun terus merajuk! " Sampai hati awak buat kita macam ni kan~ Awak tak sayang kat kita eh~ Kenapa awak nak biar cikgu Daesung tarik telinga saya~ ".

        Senyuman mula terpancar pada wajah Ahra kemudian dia mencubit pipi Woohyun " Itu hukuman sebab bergaduh~ Depan saya pulak tu~ Kalau awak nak tau saya ni kuat mengadu tau~ ".

        Woohyun terus menutup telinganya dengan kedua-dua belah tangan " Alah awak ni Ahra~ Tak payah la bagi tau cikgu eh?? ".

        Ahra ketawa sambil menjelirkan lidahnya " Saya nak bagi tahu jugak~ ".

Akhirnya mereka berdua berbalah sehingga sampai ke tapak perkhemahan. Myungsoo dan Woohyun dikenakan hukuman oleh cikgu Daesung iaitu berdiri dengan satu kaki selama setengah jam. Walau bagaimana pun akhirnya mereka berdua berbaik semula kerana Ahra paksa mereka untuk minta maaf sesama sendiri. Ketika mereka berdua berjabat tangan sambil minta maaf, Ahra berdiri di sebelah mereka sambil tersenyum riang. Bagi Myungsoo pula di masih runsing untuk memikirkan cara untuk minta maaf pada Ahra. Walaupun Ahra sudah kembali tersenyum, Dia tetap rasa bersalah.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Kaira97
Chap 32 is here baby~ Do you guys think this will be the end? Just keep reading and please subscribe and leave your comment jsy~

Comments

You must be logged in to comment
princea2899 #1
Chapter 33: Author nim. .. jebal palli update. .. I can't wait. .. what will happend to Ahra? ?? Did Ahra accept Myungsoo? ?? ♡♥♡♥
Update soon. .. please update. .. ♡♥♡♥
scyaheeda
#2
Chapter 32: suspen betol citer ni.. author nim awk mmg hebat la blh buat citer yg mendebarkan..jjang~~
erasyazana_kookie
#3
Chapter 28: oh cara ni lmbt lg diorang nk couple,hhh ni suspen bru,relex2..tnggu update bru, :-D
Ai_ena
#4
Chapter 28: ooyeeahhh...xsbr nk tungu Ahra n L couple..mestii sweet bagaiiXD
jillin
#5
Alamak, asal bukak2 gmbr myungsoo xkluar eh,, myungsoo ni L ye...sbb dlm byk2 watak xde muke dia pon...
Kaira97
#6
Mianhae to my readers and subscribers cause making u guys waiting~ Maklumlah SPM xD but im back now~ :3 Beta akan sambung chap dengan pantas so please keep reading jusaeyeoo~ (Sorry utk ayat beta xD)
woohyun98
#7
Chapter 25: update soon :)
EXOXOXOSEHUNIE12 #8
Chapter 25: Update soon!
Your story was toooooooo much Daebak
Kaira97
#9
Hehe chosueomnidaa~ Maklumlah busy sikit~ Line pun prob~ Akan update dlm waktu yg terdekat~