Wrong Answer

You Are My Miracle

Myungsoo duduk semula setelah mengambil pisau yang terjatuh. Terkejut juga dia apabila Ahra berterus terang! Myungsoo terus menenangkan dirinya kemudian mula mempermainkan Ahra! Dia tak boleh beritahu tentang perkara itu semalam! Ahra pula hanya menunggu jawapan sambil melihat Myungsoo mengupas buah di tangannya. 

       Myungsoo menahan dirinya dari ketawa walaupun dia agak malu sebenarnya! " Couple apa pulak awak ni Ahra?? Awak ni ntah apa-apa ntah bila dah sedar biskut ".

       Ahra terus tercengang! " Bukan ke semalam... Masa awak usung saya dengan cikgu Yunho.. Awak cakap.. ".

       Myungsoo terus sahaja berpura-pura " Cakap apa~? Cakap yang saya cintakan awak dan tolong jangan tinggalkan saya? Macam dalam drama pulak~ Eh~ Saya takkan cakap macam tu lah~ Sebab awak bukannya 'Style' saya~".

       Pada saat itu, Tawa Myungsoo betul-betul nak meletup melihat reaksi Ahra! Nampaknya Ahra seperti percaya dengan kata-katanya! Sementara Ahra yang dari tadi menunggu jawapan Myungsoo terus terperanjat apabila dia mendengar kata-kata jejaka itu! Adakah ini bermakna apa yang terjadi semalam hanyalah mimpi??! Adakah dia dan Myungsoo sebenarnya tak ada cakap apa-apa semalam??! Tapi dia betul-betul pasti dengan apa yang terjadi! Myungsoo mengatakan yang dia suka padanya! Ahra juga telah membals kata-kata nya! tak mungkin semua itu mimpi! Tak mungkin!!

       Ahra bersungguh-sungguh memerah otaknya! Kemudian baru dia teringat. Semalam sebenarnya hanya dia sahaja yang meluahkan isi hatinya sementara Myungsoo hanya mendiamkan diri! Muka Ahra terus berubah kemerahan! Lalu dengan segera dia baring semula dia atas katil sambil menutup mukanya dengan selimut! Dia betul-betul malu!! 

       Ahra terus mengomel dalam hatinya ' Huarghhhh malunya aku!!! Macam perempuan gila bayang je cakap macam tu dekat dia!!! Aku ni memang syok sendiri betul lah!! Kim Ahra!! Mana kau nak letak muka kau lepas nih!!! Malunya nak hadap muka Myungsoo!!! Pabo! Pabo! Pabo!! Arghhhhh kenapa aku cakap macam tu tadi!!'tengah Ahra menyalahkan dirinya sendiri tiba-tiba Myungsoo bersuara sambil tersenyum kelakar! Bertambah malu Ahra dibuatnya!

       Myungsoo tersenyum sambil menghulurkan sepinggan buah apple yang sudah siap dipotongnya " Dah~ dah~ Awak boleh simpan malu awak tu lain kali tak? Sekarang makan apple yang saya dah potong ni ".

Ahra yang mendengar kata-kata Myungsoo terus bangun perlahan-lahan sambil menghadap ke tempat lain sambil makan apple yang dipotong Myungsoo. Tak sanggup betul rasanya nak bagi Myungsoo melihat mukanya yang sudah kemerah-merahan itu! Rasa nak menangis pun ada jugak! Myungsoo yang melihat gelagat Ahra hanya mampu ketawa kecil. Kalau nak ketawa besar-besar nanti makan pulak penumbuk si Ahra ni! Myungsoo boleh bayangkan bertapa merahnya muka Ahra! Tapi masalahnya sekarang Ahra tak tahu yang Myungsoo juga sukakan dirinya!

       Melihat keadaan Ahra yang begitu dia terus mengusik gadis itu. " Cik biskut~ Oh cik biskut~ Pandanglah sini~ Apasal makan hadap tempat lain tu~ Pandanglah sini~ Saya pun nak jugak apple tu~ ".

       Ahra yang memang sudah malu tak terkata terus sahaja makan buah apple itu sementara memalingkan belakangnya kepada Myungsoo " Diam lah Myungsooo. Saya dah malu sangat ni ".

       Myungsoo terus sahaja menganggu Ahra sambil ketawa dan secara tiba-tiba pintu bilik Ahra dikuak kemudian Woohyun masuk dalam keadaan tercungap-cungap! Myungsoo yang nampak sahaja wajah Woohyun terus riak wajahnya berubah dan dia menjadi dingin semula apabila Woohyun menyentuh kedua-dua belah pipi Ahra " Awak tak apa-apa ke Ahra?! Saya risau betul tau! Saya datang secepat yang boleh! ".

       Ahra ketawa kecil kemudian menurunkan tangan Woohyun daripada wajahnya " Saya dah okay sekarang lah~ Kalau awak tak datang pun saya tak kisah, Saya tahu awak sibuk. Awak datang seorang ke? Yang lain-lain mana?? ".

       Woohyun terus mencapai kerusi yang terdekat kemudian duduk di sebelah Myungsoo " Haihhh awak ni betul-betul buat saya risau tau! Saya tak datang sorang.. Kejap lagi diaorang naiklah.. Yeongja pun ada sekali.. Ni, untuk awak..".

       Woohyun terus menghulurkan sejambang bunga babybreath kepada Ahra. Ahra dengan segera mengambilnya kemudian menghidu bunga tersebut sementara Myungsoo masih lagi membatukan diri dari tadi " Terima kasih Woohyun. Bunga ni bau wangi sangat ".

       Woohyun tersenyum manis sebelum mengalihkan pandanganya terhadap Myungsoo " Sama-sama~. Yang engkau ni pulak Myungsoo, Bila kau nak balik? Aku boleh ganti tempat kau, Kau pergilah balik mandi ke makan ke. Kau dah jaga Ahra dari semalam kan? ".

       Myungsoo mengeluh sedikit sambil memandang ke arah tingkap. Dia betul-betul dengan kehadiran Woohyun di situ! " Tak payah lah. Kau Jelah yang balik. Aku nak duduk sini. Tenang sikit ".

        Woohyun menyembunyikan senyum jahatnya. Dia tahu kenapa Myungsoo jadi macam tu " Alah yeke? Aku pun malaslah nak duduk rumah. Apa kata kita berdua jaga Ahra dekat sini? Meriah sikit kan~? ".

       Ahra tergamam! Ada sesuatu yang tak kena dengan mereka berdua! Dia dapat rasakan sesuatu yang tegang sedang berlaku! Kemudian Ahra dengan berani mengeluarkan suaranya " Tapi dalam hospital mana boleh sampai ada 2 orang yang jaga...".

       Mendengar suara Ahra, Woohyun terus mengalihkan semula pandangannya terhadap gadis yang telah berjaya mencuri hatinya itu " Betul jugak cakap awak Ahra~ Habis tu macamana? Saya nak teman awak di sini~".

       Mata Ahra tak lekang memandang Myungsoo. Jika tadi dia dan Myungsoo sedang bergurau, Sekarang Myungsoo hanya mendiamkan diri tidak mengucapkan apa-apa! Myungsoo juga tidak ingin menyakat Ahra dan memandang dirinya seperti tadi. ' Apa yang tak kena agaknya..? ' Gumam Ahra di dalam hati.

       Lagi sekali secara tiba-tiba, Pintu bilik Ahra dikuak dengan ganas lalu masuk 5 orang lelaki dan seorang perempuan. Mereka ialah ahli Phoenix dan juga Yeongja! Sebaik sahaja nampak Yeongja, Ahra terus tersenyum riang lalu menderpakan tanganya meminta Yeongja memeluknya " Yeongjaaa~! ".

       Airmata Yeongja bergenang lalu memeluk Ahra " AHRA!! Maafkan saya! Saya betul-betul minta maaf! Ini semuanya salah saya! kalaulah saya tak dengar cakap awak, Awak tak akan masuk ke dalam hospital..".

       Ahra ketawa kemudian menepuk-nepuk belakang gadis yang berbadan agak besar itu " Tak apalah Yeongja. Perkara dah jadi kan? Nak buat macamana? Saya tak salahkan awak pun.. Sebab saya tau semua ni salah saya, Jadi padanlah dengan muka saya sebab masuk sini. Inilah balasan kalau sembunyikan kita sakit".

        Yeongja mengesat airmatanya kemudian dia merenung Ahra lama " Sebagai balasan, Tolonglah bagi saya jaga awak selama awak dekat sini ya? Saya dah pun bawak semua baju-baju saya sepanjang saya akan berada di sini ".

       ' Pulak!!! ' Jerit Ahra di dalam hati! Tadi Myungsoo dan Woohyun! Ni Yeongja pula! Tiba-tiba Hoya dan lain-lain pulak menyampuk " Tak! Saya lah yang patut temankan Ahra sebab sayakan anak doktor? Saya tahu apa yang perlu dibuat nanti~! ".

       Dongwoo dan Sungyeol pula yang menyampuk " Ehhhhh~ Tak betul tu~ Antara korang semua, Kitaorang lah yang paling banyak tahu pasal Ahra~ Jadi kitaorang boleh hiburkan dia kalau dia bosan nanti~ Setakat anak doktor tak payah lah sebab kat sini jururawat ada~ Doktor ada~ Tak perlu anak doktor~ ".

        Mata Hoya mula menggeluarkan api yang membara sementara aliran arus elektrik keluar daripada mata Dongwoo dan Sungyeol! Ahra menggarukan kepalanya! Apa semua ni??! Ahra menggarukan kepalanya kemudian menjarakkan mereka berdua " Dah~! Dah~! Tak payah nak gaduh-gaduh! Saya tak payah nak berteman pun tak apa! Saya bukannya budak kecik lagi nak teman! ".

        Akhirnya Myungsoo yang mendiamkan diri dari tadi terus bersuara! " Andwaeee! Sekurang-kurangnya biar salah seorang dari kami yang teman awak! Awak harus berteman! ".

       Ahra mengeluh panjang sambil mengusutkan rambutnya! Sunggyu dan Sungjoong yang diam dari tadi terus meletakkan buah tangan yang mereka bawa di atas meja lalu turut menyertai mereka semua " Kami pun nak teman Ahra! ".

       Selepas beberapa saat, Ahra terus menggeluarkan ideanya! " Saya tahu! Awak semua pergi cabut undi atau main batu kertas gunting~! Saya tak kisah walau sesiapa pun yang temankan saya ".

        Mereka semua mengangguk setuju sambil berkata serentak " Kami setuju! ".

       Ahli-ahli Phoenix dan Yeongja mula membuat bulatan di satu penjuru kemudian bermain batu kertas gunting. Habis bergema bilik Ahra dengan suara mereka! " Batu! Kertas! Gunting! ".

       Mereka semua terperanjat! Adakah ini keajaiban??! Mereka semua melakukan simbol batu! Sementara seorang sahaja membuat simbol kertas! " Alahai kau! Apsal pulak kau yang menang nih?! ".

       Dan orangnya ialah!

  

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Kaira97
Chap 32 is here baby~ Do you guys think this will be the end? Just keep reading and please subscribe and leave your comment jsy~

Comments

You must be logged in to comment
princea2899 #1
Chapter 33: Author nim. .. jebal palli update. .. I can't wait. .. what will happend to Ahra? ?? Did Ahra accept Myungsoo? ?? ♡♥♡♥
Update soon. .. please update. .. ♡♥♡♥
scyaheeda
#2
Chapter 32: suspen betol citer ni.. author nim awk mmg hebat la blh buat citer yg mendebarkan..jjang~~
erasyazana_kookie
#3
Chapter 28: oh cara ni lmbt lg diorang nk couple,hhh ni suspen bru,relex2..tnggu update bru, :-D
Ai_ena
#4
Chapter 28: ooyeeahhh...xsbr nk tungu Ahra n L couple..mestii sweet bagaiiXD
jillin
#5
Alamak, asal bukak2 gmbr myungsoo xkluar eh,, myungsoo ni L ye...sbb dlm byk2 watak xde muke dia pon...
Kaira97
#6
Mianhae to my readers and subscribers cause making u guys waiting~ Maklumlah SPM xD but im back now~ :3 Beta akan sambung chap dengan pantas so please keep reading jusaeyeoo~ (Sorry utk ayat beta xD)
woohyun98
#7
Chapter 25: update soon :)
EXOXOXOSEHUNIE12 #8
Chapter 25: Update soon!
Your story was toooooooo much Daebak
Kaira97
#9
Hehe chosueomnidaa~ Maklumlah busy sikit~ Line pun prob~ Akan update dlm waktu yg terdekat~