Protect You

You Are My Miracle

Di hadapan Myungsoo dan Ahra sekarang ada tiga jalan yang berbeza. Mereka berdua cemas tak tentu hala! Terutamanya Ahra! Myungsoo pula sedang runsing memikirkan jalan mana yang mereka berdua lalu sewaktu mereka berdua datang ke sini tadi! Otak Myungsoo sedang ligat memikir! Patutkah dia ikut jalan tengah? Ataupun jalan yang sebelah kanan??! Myungsoo mengusutkan kepalanya runsing! Secara tiba-tiba dia teringat yang dia ada membawa telifon bimbitnya bersama! Dengan pantas Myungsoo mengeluarkan telifon bimbitnya dari dalam poket seluarnya! Tetapi di saat dia ingin membuat panggilan liputan pula tiada! Myungsoo mengeluh panjang sementara Ahra tidak henti-henti berlari di belakang Myungsoo cemas!!

       Ahra yang dari tadi berlari terus sahaja berkata " Macamana ni??! Macamana ni??! Macamana ni??! Apa patut kita buat??! Apa patut kita buat??! Kita akan mati!!! ".

       Myungsoo yang naik rimas terus menjerit " Ahra!! Boleh tak awak bertenang! Saya tengah carik jalan sekarang ni!! ".

       Ahra terus terdiam! " Choseoumnida~ ".

       Dengan diamnya Ahra, Myungsoo mula berfikir semula. Setelah beberapa saat, Myungsoo terus memutuskan untuk ikut jalan tengah. Ahra pula hanya mengekorinya di belakang. Keadaan mula menjadi semakin gelap, Myungsoo dan Ahra telah berjalan selama satu jam tetapi mereka berdua tak nampak satu sinar cahaya pun! Nampaknya mereka berdua dah sesat! Mereka dikelilingi pokok-pokok dan bunyi haiwan yang menakutkan! Ahra merapatkan jaraknya dengan Myungsoo! Sudah cukup teruk dia harus duduk di dalam tempat yang gelap sekarang dia sesat pula! Bersama Myungsoo???!!!.

       Semakin lama mereka berjalan, Semakin jauh mereka berdua tersesat di dalam hutan! Langit pula mendung secara tiba-tiba melindungi bulan dan bintang-bintang yang bersinar di langit. Ahra menjadi takut! Apabila guruh mula berbunyi, Secara ' Automatik ' dia memeluk lengan Myungsoo! Walaupun Myungsoo sudah tahu tentang keadaan Ahra tetapi hatinya tetap sahaja berdebar laju!

       Myungsoo mendongakkan kepalanya dan memandang ke langit " Nampaknya hari nak hujan. Kita kena cari tempat berteduh ".

       Ahra hanya mengangguk lemah kerana takut. Apa yang berlaku pada saat itu sama seperti kejadian yang meragut nyawa datuknya dulu. Berada di dalam hutan yang gelap dikelilingi pokok-pokok serta bunyi haiwan yang menakutkan. Mereka juga tak dapat nak meminta bantuan dan hari pula nak hujan. Cuma yang berbeza pada ketika itu dia bersama Myungsoo... Yang masih hidup.

       Myungsoo yang sedar Ahra menguatkan genggaman pada lengannya setiap kali guruh berbunyi terus memeluk bahu gadis itu membuatkan mereka berdua semakin rapat. " Jangan risau... Kita akan selamat... Saya ada di sini... ".

       Ahra yang dapat rasakan kehangatan di dalam pelukan Myungsoo terus mendongakan kepala memandang wajah Myungsoo. Jejaka itu sedang tersenyum manis. Senyuman yang dilemparkan Myungsoo menenangkan hatinya. Setelah Myungsoo nampak Ahra sedikit tenang, Dia terus mencari tempat berlindung dengan Ahra di dalam pelukannya. Selepas beberapa saat mereka berjalan, Secara tiba-tiba hujan mula turun selebat-lebatnya! Myungsoo terus mempercepatkan langkahnya mencari tempat berlindung! 10 minit berlalu dan akhirnya mereka terjumpa sebuah gua dan membuat keputusan untuk bermalam di situ!

       Myungsoo dan Ahra duduk di dalam mulut gua dalam keadaan yang gelap dan sejuk. Walaupun hati Ahra berdebar apabila bersama Myungsoo tetapi guruh yang berdentum di langit menakutkan dia dan membuatkan rasa itu hilang.

       Myungsoo yang risaukan tentang keadaan Ahra terus membuat keputusan untuk mencari ranting kayu untuk membuat api " Ahra, Awak tunggu di sini sekejap. Saya nak pergi cari ranting kayu nak buat api. Nanti boleh kita panaskan badan ".

       Ahra yang mendengar cadangan Myungsoo terus membantah " Awak tak payah lah pergi Myungsoo! Awak tak kan jumpa ranting kayu yang kering masa hujan macam ni! ".

       Myungsoo mengeleng " Saya kena cari kayu api Ahra. Walaupun saya tahu ianya mustahil untuk cari kayu yang kering, Tapi saya kena usaha! Kalau tak kita berdua akan mati kesejukkan di sini! ".

       Ahra tetap membantah! " Tak! Awak tak boleh pergi!! Kalau awak nak pergi juga! Bawa saya sekali!! Tolonglah jangan tinggalkan saya sendiri di sini... ".

       Myungsoo yang faham keadaan Ahra terus menenangkan gadis itu " Awak janganlah risau... Saya akan kembali... Saya janji... Saya takkan pergi jauh... Awak tak boleh ikut saya... Nanti awak jatuh sakit... Lagipun macamana saya nak carik kayu api kalau awak asyik nak peluk lengan saya... Baik awak berteduh di sini... ya...? ".

       Akhirnya Ahra mengangguk perlahan membenarkan Myungsoo pergi meninggalkan dirinya " Kalau awak nak pergi... Awak ambiklah jaket saya ni... berteduh dari hujan... Awak janji jangan pergi jauh-jauh ya Myungsoo...?? ".

       Myungsoo tersenyum manis " Ya... Saya janji!! Saya akan balik secepat yang mungkin!! Awak tunggu saya ya Ahra!!! ".

Myungsoo terus berlari meninggalkan Ahra di dalam gua bersendirian. Walaupun dia tak sampai hati nak tinggalkan Ahra bersendirian, Tetapi dia perlu cari sesuatu yang boleh memanaskan badan mereka berdua yang sudah kuyup dibasahi hujan jika tidak mereka berdua akan jatuh sakit! Dengan perginya Myungsoo tinggallah Ahra seorang di dalam gua. Pada waktu itu, Ahra terpaksa berlaawan dengan fobianya sendiri. Dia kini berada di dalam tempat yang gelap dengan guruh yang sambung-menyambung. Ahra terus memeluk lutut di dalam gua itu sambil menekup kedua-dua belah telinganya. Apa yang dia boleh buat sekarang hanyalah berdoa agar Myungsoo selamat pulang kembali.

       Sementara itu Myungsoo di dalam hutan sedang bersungguh-sungguh mencari kayu api! Nasib nya baik kerana dia terjumpa sebuah pokok yang amat besar yang boleh mengelakan dari bawahnya basah. Di bawah pokok itu ada banyak ranting-ranting kayu yang kering! Myungsoo terus mengambil sebanyak ranting kayu yang boleh kemudian balut dengan jaket Ahra yang kering. Dengan perasaan yang riang Myungsoo berlari pulang menuju ke gua di mana Ahra ditinggalkan. Di dalam gua pula Ahra sedang mengigil akibat ketakutan dan kesejukan. Agaknya bila Myungsoo akan pulang?? Myungsoo sudah meninggalkan dirinya di dalam gua itu selama satu jam! Apa yang terjadi pada Myungsoo?? Adakah dia selamat?? Airmata Ahra mula mengalir. Dia harap Myungsoo tak apa-apa.

       Beberapa saat berlalu dan secara tiba-tiba dia dengar suara Myungsoo!! " Ahra!! Saya dah balik!! ".

       Ahra membuka matanya yang tertutup sedikit adakah itu benar-benar Myungso kerana di luar hujan lebat! " Myungsoo...?? ".

       Myungsoo yang tak dengar akan suara Ahra terus menjerit sekali lagi " Ahra! Ini saya!! Saya dah balik!! Awak ok ke?? ".

       Sinar terpancar pada mata Ahra kerana dia pasti itu memang suara Myungsoo! Dia yang terduduk sebelum ini kerana  ketakutan terus berdiri kemudian mengesat airmatanya!! " Myungsoo?!! "

       Sebaik sahaja Myungsoo masuk ke dalam gua, Ahra terus berlari ke arahnya kemudian memeluk Myungsoo!!! Kayu-kayu yang dipegang Myungsoo jatuh ke tanah!! Myungsoo tergamam tak berkata-kata!! " Ah...! Ahra...!! ".

       Air mata Ahra mengalir laju " Awak penipu!! Awak kata awak pergi sekejap je!! Kenapa awak tinggalkan saya sendirian??! Saya takut.... ".

       Myungsoo tersenyum. Dia terus membalas pelukan Ahra " Mianhaeyo... Saya janji saya takkan buat lagi.... Maafkan saya Ahra... ".

Air mata Ahra mengalir dengan lebih laju. Dia betul-betul bersyukur Myungsoo kembali ke gua. Itulah satu jam yang paling lama dalam hidupnya. Satu jam yang menakutkan. Satu jam yang dia takkan lupakan. Tak lama kemudian, Myungsoo terus menyalakan api. Dengan daun dan ranting-ranting kayu kering yang dia jumpa di dalam hutan tadi. Di luar gua hujan masih turun dengan lebat. Kini mereka berdua sedang panaskan badan dengan api yang Myungsoo hasilkan. Memang benar kata Myungsoo. Api itu dapat panaskan badan mereka berdua.

        Akhirnya Ahra tertidur sambil kepalanya tersandar pada dinding gua. Dia betul-betul kelihatan penat. Myungsoo yang duduk bertentang dengannya ketawa kecil sambil menambahkan lagi kayu ke dalam api yang menyala. Myungsoo yang bersimpati terus bangun lalu duduk di sebelah Ahra. Myungsoo menyandarkan kepala Ahra pada bahunya kemudian menyelimutkan Ahra dengan jaket yang dipinjam tadi. Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang terjadi sekarang. Hari itu berbagai perkara terjadi. Myungsoo masih ingat lagi sebelum mereka semua datang ke tapak perkhemahan itu, Ibu Ahra ada meminta pertolonganya untuk menjaga anaknya. Walau bagaimanapun, Janjinya pada Ibu Ahra telah pun dikotakan.

       Myungsoo tersenyum sendirian kemudian mengalihkan pandangannya ke arah Ahra yang sedang tidur di bahunya " Saya benci awak Ahra... Saya benci awak... Dah berkali-kali saya cuba menjauhkan diri saya daripada awak... Tapi saya tak boleh... Saya tak boleh... Sebab setiap kali saya cuba larikan diri daripada awak.... Kaki saya akan bergerak sendiri kepada awak... Walaupun tanpa kerelaan hati saya... Awak gadis yang jahat Ahra... Sebab... Awak dah curi hati saya... Nan niga joahae... Kim Ahra... ".

Sebaik sahaja Myungsoo menghabiskan kata-katanya, Dia terus mengenggam tangan Ahra kemudian mencium dahi gadis yang tertidur itu dan akhirnya dia tertidur di sisi Ahra. Hujan pula mula berhenti dan bulan dan bintang kembali menyinari langit malam. Pada keesokan hari, Cikgu Park dan guru pembimbing yang lain jumpa mereka berdua dalam keadaan basah kuyup di dalam gua itu dengan bantuan penyelamat. Ahra dan Myungsoo di bawa pulang ke tapak perkhemahan dan diberi rawatan.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Kaira97
Chap 32 is here baby~ Do you guys think this will be the end? Just keep reading and please subscribe and leave your comment jsy~

Comments

You must be logged in to comment
princea2899 #1
Chapter 33: Author nim. .. jebal palli update. .. I can't wait. .. what will happend to Ahra? ?? Did Ahra accept Myungsoo? ?? ♡♥♡♥
Update soon. .. please update. .. ♡♥♡♥
scyaheeda
#2
Chapter 32: suspen betol citer ni.. author nim awk mmg hebat la blh buat citer yg mendebarkan..jjang~~
erasyazana_kookie
#3
Chapter 28: oh cara ni lmbt lg diorang nk couple,hhh ni suspen bru,relex2..tnggu update bru, :-D
Ai_ena
#4
Chapter 28: ooyeeahhh...xsbr nk tungu Ahra n L couple..mestii sweet bagaiiXD
jillin
#5
Alamak, asal bukak2 gmbr myungsoo xkluar eh,, myungsoo ni L ye...sbb dlm byk2 watak xde muke dia pon...
Kaira97
#6
Mianhae to my readers and subscribers cause making u guys waiting~ Maklumlah SPM xD but im back now~ :3 Beta akan sambung chap dengan pantas so please keep reading jusaeyeoo~ (Sorry utk ayat beta xD)
woohyun98
#7
Chapter 25: update soon :)
EXOXOXOSEHUNIE12 #8
Chapter 25: Update soon!
Your story was toooooooo much Daebak
Kaira97
#9
Hehe chosueomnidaa~ Maklumlah busy sikit~ Line pun prob~ Akan update dlm waktu yg terdekat~