Dark Memory

You Are My Miracle

Masuk hari ini, Sudah seminggu Ahra bersekolah di Seoul International School. Myungsoo pula seperti biasa. Masih lagi kacak dan dingin. Ahli-ahli Phoenix pula semakin rapat dengan Ahra. Begitu juga dengan Yeongja. Hari itu merupakan hari minggu. Ahra membawa Hana bermain di rumah Yeongja daripada pagi sehingga lewat petang. Pada hari itu, Ibu Ahra, Mengambil keputusan untuk memberitahu perkara yang penting kepada kumpulan Phoenix. Ianya merupakan satu rahsia. Rahsia yang amat besar yang belum pernah dia beritahu kepada sesiapa. Hanya keluarga dan juga guru kelas Ahra iaitu Park Jung Min. Memandangkan Ahra dan kumpulan Phoenix semakin rapat. Ibunya berpendapat perkara ini perlu diberitahu demi kebaikkan anak perempuannya itu. Sebaik sahaja Ahra melangkah keluar dari rumah bersama Hana pada pagi itu, Ibu Ahra terus memanggil kumpulan Phoenix datang ke rumah. Kumpulan Phoenix pula risau kerana takut sama ada rahsia yang Ahra dibuli Areum dulu terbongkar! Mereka bertujuh melangkah masuk ke ruang tamu perlahan kerana risau. Woohyun selaku ketua pun mula berbicara setelah duduk di atas sofa.

         " Ada apa makcik Soojin memanggil kami bertujuh datang? Ada perkara yang tak kena ke? Atau kami dah buat salah terhadap Ahra? ". Tanya Woohyun bersungguh-sungguh sambil menatap mata ibu Ahra. Sehingga naik risau ahli kumpulannya yang lain.

         " Tak! Bukan begitu! Makcik tahu kamu bertujuh baik kepada Ahra... Termasuklah Yeongja... Tapi... Mula-mula sekali.... Makcik nak minta maaf kepada kamu bertujuh kerana panggil kamu bertujuh pagi-pagi macam ni... Sebenarnya... Makcik ada perkara nak beritahu kamu semua... Ianya mengenai Ahra... ". Jawab ibu Ahra perlahan sambil mengeluh.

         Semua ahli kumpulan Phoenix mula memberi perhatian sebaik sahaja nama Ahra disebut! Tambah-tambah lagi apabila ibu Ahra mula serius apabila bercakap. " Tak mengapa lah Makcik. Kami semua tak kisah pon. Ada apa dengan Ahra makcik? " Tanya Sungyeol bersungguh-sungguh.

         Ibu Ahra mengangguk lalu memulakan cerita. " Baiklah... Makcik akan mulakan... Tapi kamu bertujuh mesti berjanji tidak memberitahu sesiapa ".

         Mereka bertujuh terus mengangguk serentak. " Baiklah Makcik ".

         Ibu Ahra pun mula bercerita " Apa yang makcik ingin beritahu ni, Merupakan rahsia Ahra. Tidak ada orang lain yang tahu tentang perkara ini melainkan keluarga kami. Makcik membuat keputusan untuk memberitahu kamu bertujuh kerana kamu semua sudah mula rapat dengan Ahra. Makcik harap selepas makcik beritahu akan perkara ini, Kamu semua boleh melindungi Ahra ".

         Sekali lagi mereka bertujuh mengangguk. Myungsoo juga mula memberi perhatian terhadap apa yang ibu Ahra ingin beritahu. Nampaknya perkara ini betul-betul serius sehinggakan ibu Ahra terpaksa menunggu Ahra keluar dari rumah untuk menceritakan tentangnya.

         Ibu Ahra menarik nafas panjang lalu berkata " Sebenarnya... Ahra takutkan petir dan juga gelap... ".

         Kumpulan Phoenix terus bingung! Hoya terus bertanya mendapatkan kepastian " Takutkan petir dan gelap?? Maksud Makcik? ".

         Ibu Ahra terus bercerita " Sebenarnya... Semasa Ahra berumur 7 tahun... Dia terlibat di dalam kemalangan bersama datuknya... datuknya meninggal di tempat kemalangan sementara Ahra cedera ringan... ".

         Dongwoo yang berasa pelik terus bertanya " Tapi makcik, Apa kena mengena kemalangan itu dengan Ahra takutkan petir dan gelap? ".

         " Pada hari itu... Datuk Ahra membawa Ahra keluar berjalan-jalan menaiki kereta... Kerana ingin menyambut Ahra yang datang bercuti daripada California... Ketika dalam perjalanan pulang... Hujan petir turun dengan lebat... Ketika kereta yang mereka naiki menuruni bukit... Petir menyambar salah satu tiang elektrik...  Lalu jatuh di tengah-tengah jalan... Kereta yang dipandu Datuk Ahra hilang kawalan sewaktu ingin mengelak dari dihempap tiang elektrik... Kereta... yang mereka naiki... masuk gaung... ". Air mata Ibu Ahra mula bergenang!

         Kumpulan Phoenix pula terperanjat besar apabila mendengar cerita yang baru mereka dengari! Mereka bertujuh kehilangan kata-kata dan terus sahaja mendengar cerita yang disampaikan ibu Ahra.

         Ibu Ahra mengesat air mata yang menuruni pipinya " Pada malam itu... Bantuan lambat sampai... Kerana hujan petir yang teramat kuat... Bahu Ahra tercedera... Dia menangis keseorangan... memanggil-manggil datuknya yang tidak lagi bernyawa... Ahra... Ahra... Pada masa itu Ahra... ".

         Air mata meluncur laju membasahi pipi ibu Ahra! Sungjoong segera bergerak ke sebelah ibu Ahra lalu menenangkannya. Sementara ahli-ahli yang lain tertunduk memandang lantai kerana terkejut.

         Ibu Ahra terus bercerita " Pada masa itu... Ahra yang belum tahu yang datuknya sudah meninggal... merayau-rayau... Di dalam hutan... Meminta pertolongan... Agar seseorang datang menolong datuknya... Apabila hujan petir sudah reda... Pihak berkuasa sampai... Mereka jumpa kereta yang masuk ke dalam gaung... Mereka jumpa datuk Ahra yang sudah meninggal... Tetapi tidak jumpa dengan Ahra... Semalaman mereka mencari Ahra... Akhirnya mereka jumpa dia dalam keadaan yang menyedihkan... Ahra duduk di bawah pokok sambil menutup telinga dengan kedua-dua belah tangannya... Bahunya tercedera... Dia juga mengigil kesejukkan... Walaupun Ahra tak apa-apa... Tetapi dia mengalami trauma yang sangat teruk akibat apa yang dialaminya... Berbulan-bulan lamanya dia tidak bercakap... Ahra menerima sesi terapi yang lama sehingga dia berumur 12 tahun di California... Sepanjang tempoh itu... Mak cik tak pernah nampak dia tersenyum... Tetapi mujurlah... Dia tak apa-apa apabila Makcik dan Pakcik membuat keputusan untuk menetap di sini... Makcik lega kerana dapat melihat senyuman Ahra kembali... Makcik harap kamu bertujuh boleh tolong Makcik kekalkan senyuman Ahra... ".

         Kumpulan Phoenix terus bergerak mengelilingi Ibu Ahra sambil memujuknya " Makcik... Janganlah risau... Kami akan buat yang terbaik demi Ahra... Terima kasih kerana beritahu kami apa yang jadi pada Ahra sewaktu dia kecil dulu... Makcik janganlah menangis...". Pujuk Woohyun sambil memegang tangan Ibu Ahra

         Ibu Ahra mengesat airmatanya lalu tersenyum " Terima kasih ya kamu semua... Makcik betul-betul hargai... ".

         Kumpulan Phoenix terus tersenyum! Tiba-tiba Dongwoo menepuk kedua-dua belah tangannya! " Kalau macamtu! Jom kita semua masak untuk Ahra! Kita buat suprise party untuk dia! Bila dia balik nanti, Boleh lah dia dan Hana makan! Konon-kononnya kita buat party sempena kemasukkan ahli baru kumpulan Phoenix! Siapa setuju angkat tangan! ".

         Sungyeol terus mengangkat tangannya tanda setuju! " Saya setuju! ". Sebaik sahaja Sungyeol mengangkat tangan, Sungjoong, Hoya, Sunggyu dan lain-lain turut mengangkat tangan mereka! " Saya pon setuju! ". Myungsoo pula menggarukan kepalanya lalu mengangkat tangannya "A... Aku pon setuju~ ". Akhirnya semua sekali angkat tangan! Termasuklah Ibu Ahra! Kemudian Ibu Ahra memberi cadangan " Apa kata kita buat kek Red Velvet?? Itu kegemaran Ahra! ". Mereka semua setuju dengan cadangan itu!

         Tiba-tiba Dongwoo berlari menuju ke pintu hadapan rumah! " Saya pergi beli belon kejap makcik! Saya beli banyak-banyak!!! ".

         Sungjoong berlari mengekori Dongwoo " Hyung!! Nak Ikut!! ". Mereka berdua terus hilang dari pandangan!

         Woohyun dan Myungsoo pula menawarkan diri untuk membeli barang! Banyak betul yang hendak dibeli! Bahan hendak buat kek, Masak spagetti, Desert dan macam-macam lagi! Mereka berdua menaiki kereta ferari Myungsoo lalu meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah Ahra pergi ke Supermarket! di rumah Ahra pula, Sunggyu, Hoya dan Sunggyeol sedang menangis  tidak berlagu menolong ibu Ahra mengupas bawang merah!!!

          Sunggyu mengesat air mata dengan lengan bajunya " Isk... Isk... Aku sangka tak pulak... Yang bawang... Isk... Isk... Boleh buat aku menangis sampai macam ni sekali ".

          Sungyeol terus merebahkan kepalanya pada bahu Sunggyu " Jangan risau Sunggyu~ Aku faham perasaan kau~ Kita berkongsi nasib yang sama~ Bawang ni amat menyiksakan! ".

          Hoya mengelengkan kepalanya melihat gelagat dua orang rakannya itu. Dia yang berasa simpati terus menggeluarkan gula-gula getah. " Nah! Korang kunyah lah benda ni~ Inilah salah satu cara kalau tak nak mata pedih masa potong bawang! ".

          Tiba-tiba, Sunggyu terus mengetuk kepala Hoya! " Ni lagi sorang! Patutkan dari tadi kerjannya meniup belon! Bila aku dah menangis macam pondan barulah nak keluarkan benda yang amat berguna ni! Cuba keluarkan dari tadi! Abis jatuh maruah aku nangis kat depan makcik Soojin! ".

           Ibu Ahra tersenyum melihat gelagat anak-anak rakannya. Mereka saling tak tumpah seperti rakan-rakannya ketika muda dulu! Hoya pula mengusap-ngusap kepalanya kesakitan! " Sakit lah! Kau main kepala eh Kim Sunggyu! Aku ni dah la bijak! Kalau hilang kepandaian aku macamana?? ".

           Sunggyu menjelirkan lidahnya " Kalau hilang kepandaian kau~ Aku ucapkan padan muka jer~ ".

           Hoya memuncungkan mulutnya~ Sunggyeol pula menjadi penonton yang menyumbangkan gelaknya yang sedap didengar! " Wahahaha ".

           Hoya menjeling tajam memandang Sungyeol! Sungyeol terus menutup mulutnya! Dia tahu apa akan terjadi apabila Hoya marah! Pernah sekali, Hoya meletakkan gam gajah di kerusi Dongwoo di dalam kelas! Tak pasal-pasal hari tu, Dongwoo harus ke tandas dengan kerusi di punggungnya kerana tidak dapat menanggalkan kerusi yang melekat! Sungyeol tidak mahu perkara itu terjadi kepadanya tambah-tambah lagi apabila Ahra baru sahaja berpindah ke sekolah itu! Dia tidak mahu memalukan dirinya sendiri di depan Ahra! Selepas mereka bertiga puas bergurau, Mereka sambung membuat kerja. Tak lama kemudian Dongwoo dan Sungjoong pulang dari membeli belon. Mereka berdua mula meniup belon sebaik sahaja sampai di dalam rumah. Mereka berdua membeli berbagai warna belon dalam kuantiti yang banyak! Akhirnya mereka berdua tercungap-cungap kepenatan kerana meniup belon terlalu banyak! Mereka berdua mula meminta bantuan dan menjerit dari ruang tamu!

            "  YAA! Kim Sunggyu, Lee Howon, Lee Sungyeol!!! Ppali Ireowa!! Korang bertiga ganti kiteorang pulak!! Aku dah tercungap-cungap ni!! Kalau aku pengsan nanti sape pulak yang nak wat CPR kat aku~ " Kata Dongwoo sambil mengurut dadanya seperti orang tua.

           Mereka bertiga pon muncul dari dapur dalam keadaan memakai apron~ Mereka bertiga bersetuju untuk menukar pekerjaan dengan Dongwoo dan Sungjoong kerana mereka sudah penat berdiri memotong bawang! " Kalau macam tu kau berdua pergi ke dapur tolong makcik Soojin~ Kiteorang dah penat berdiri ni. Nak duduk pulak~ ".

           Dongwoo dan Sungjoong mengangguk lalu menanggalkan apron yang dipakai Hoya dan Sungyeol kemudian berlalu masuk ke dapur. Sungyeol dan Sungjoong mencapai beg plastik yang dipenuhi belon dan mula meniup! Hoya pula memandang dalam keadaan tersengih! Sunggyu lagi sekali marah pada Hoya!

            " YAA! Lee Howon! Neon Jigeum Boa Shin Goaeyeo??! Cepat lah tiup dgn kiteorang! Nanti Ahra dan Hana balik lah! ".

            Hoya mengelengkan kepalanya sambil ketawa " Korang berdua ni tak pernah dengar benda yang bernama Pam Gas ke?? Kalau kau berdua guna benda tu kan lagi senang?? Kan banyak belon dalam plastik tu?? Kau nak tiup sampai bila?? Sampai tahun depan?? ".

            Kali itu, Sungyeol pula yang mengetuk kepala Sunggyu! " Aishh!! Neon Jinjja Pabo!! ".

            Sunggyu yang terperanjat terus memandang Sungyeol sambil mengusap kepalanya! " Mwo?? YAA! Lee Sungeol!! Kau sedar tak kau baru jer ketuk kepala aku sambil kata aku bodoh?? Dah lah kau buat benda yang sama dengan aku! Maknanya kau pon sama Bodo la! ".

             Sungyeol terus tersengih! " Araseo~ Araseo Hyung! Nan Jinjja Mianhae! ". Sungyeol merayu meminta simpati! Sunggyu yang sudah tidak boleh bersabar terus mengejar Sungyeol sehingga keluar rumah dalam keadaan memakai apron dan tidak memakai kasut! Di saat Sungyeol ingin memulas tombol pintu rumah Ahra, Woohyun dan Myungsoo masuk selepas membeli barang dari Supermarket! Woohyun dan Myungsoo terperanjat melihat Sungyeol yang melulu keluar seperti rusa dikejar harimau! Nasib baik Woohyun sempat mengelak daripada bertembung dengan Sungyeol! Kalau tak! Pasti habis semua bahan-bahan masakan yang dia beli bersama Myungsoo! 

            Sungyeol menjerit sambil ketawa apabila melihat Sunggyu yang naik marah lalu memberi amaran kepada Woohyun dan Myungsoo! " Tepi! Tepi! Tepi! Hamster bertukar jadi Harimau!!! ".

             Woohyun dan Myungsoo segera memberi laluan sambil ketawa melihat Sunggyu yang naik gila!! Sungyeol dan Sunggyu berlari sekeliling rumah sementara Woohyun dan Myungsoo terus masuk ke rumah sambil menjinjing bahan-bahan masakan menuju ke ruang tamu di mana Hoya mengepam belon menggunakan alat pam gas yang diminta daripada ibu Ahra.

            Dongwoo dan Sungjoong yang dengar Sunggyeol dikejar Sunggyu mula membuat taruhan! Dongwoo terus bermula " Aku bertaruh 10 Won yang Sunggyu dapat pukul Sungyeol~ ". Sungjoong mengangguk " Aku bertaruh Sungyeol dapat lari dari Sunggyu. 20 Won! ".

            Woohyun dan Myungsoo ketawa sambil bertanya kepada Hoya " Apahal dengan Hamster ngan Choding tu?? ". 

            Hoya yang sedang menyimpul penghujung belon yang dipamnya menjawab soalan mereka berdua sambil matanya tertumpu kepada belon yang diikatnya " Tak payah nak ganggu diaorang tu~ Hal rumah tangga~ Biasalah! Dah! Korang pergi hantar barang-barang tu kat Makcik Soojin! Dah lama dia tunggu tu! Nanti tak sempat pulak masak kalau Ahra balik! ".

            Woohyun dan Myungsoo mengangguk sambil ketawa kemudian berlalu masuk ke dalam dapur. Lalu meletakkan barang yang mereka beli diatas meja besar yang ada di dapur itu. " Makcik, Ini dia barang-barang yang makcik suruh kami beli, Ada apa-apa yang boleh kami tolong?? ".

             Sebaik sahaja Ibu Ahra ingin membuka mulutnya, Mereka terdengar Sungyeol menjerit! " AARRHH!!! ". Semua yang berada di dalam rumah meluru lari ke arah pintu masuk untuk melihat apa yang terjadi! Baru sahaja mereka sampai di ruang tamu, Sunggyu masuk sambil menunjukkan tanda 'Peace' di tangannya! " Jangan risau makcik~ tak ada yang jadi~ Makcik sambung lah buat kerja~ ".

             Hoya meninjau-ninjau sekeliling Sunggyu mencari Sungyeol tetapi tidak kelihatan! " Hyung! Mana kau campak budak tu?? ".

             Sunggyu tersengih gembira " Budak baik tu ke?? Dia ada ni ha~ Masukklah Sungyeol~ ". Sunggyu berlalu duduk di sofa sambil menyambung mengepam belon-belon yang berada di atad meja! Sementar yang lain tertumpu kepada pintu menunggu Sungyeol masuk ke dalam rumah! Apa yang dah jadi dengan dia agaknya?!

              Tak lama kemudian Sungyeol masuk dengan benjol di atas kepalanya " Sumpah aku tak nak cakap macam tu lagi kat depan dia!!! Gila sakit kepala aku!!! ".

Apa lagi! Terbarai ketawa masing-masing melihat keadaan Sungyeol!!! Tambah-tambah lagi si Dongwoo! Walaupun Sungjoong sedih kerana dia kehilangan duit 20 Won kepada Dongwoo, Dia tidak boleh menahan ketawanya melihat benjolan yang besar di atas kepala Sungyeol! Sungguh besar!! Ibu Ahra juga ketawa melihat keadaan Sungyeol. Lepas ni pasti Sungyeol akan lebih berhati-hati dengan percakapannya! Dia mengusap-ngusap benjolan yang berada di atas kepalanya! Ibu Ahra mengeleng melihat gelagat anak-anak muda itu. Akhirnya mereka semua kembali membuat kerja selepas puas ketawa~ Mereka terpaksa membuat kerja dengan cepat kerana mereka telah membazirkan banyak masa! Tambah-tambah lagi, Pembuatan kek Red Velvet amatlah susah! Setelah Dongwoo dan Sungjoong habis menghiaskan ruang tamu, Mereka bertujuh membantu menyiapkan masakan di dapur. Akhirnya pada pukul 4 segala-galanya siap. Termasuklah kek Red Velvet kegemaran Ahra.

              Apabila semuanya sudah sedia, Woohyun dan lain-lain memakai topi parti untuk memeriahkan lagi suasana! Tiba-tiba loceng pintu rumah berbunyi! 

              " Omma! I'm Home! "

Nampaknya Ahra sudah balik! Dongwoo dan lain-lain terus berlari menyembunyikan diri kemudian menutup lampu membiarkan suasana di dalam rumah agak gelap! Ahra dengan perlahan membuka pintu rumah sambil memimpin tangan Hana. Ahra yang memang tidak suka keadaan yang gelap, Perlahan-lahan melangkah masuk ke dalam rumah sambil memanggil ibunya. Jika tidak kerana Hana ada bersamanya, Pasti Ahra tidak akan masuk ke dalam rumah sehinggalah ibunya menyalakan lampu!

              " Omma? Omma? Omma ada kat rumah ke?? Kenapa tutup lampu?? ". Ahra meraba-raba dinding rumahnya mencari suis lampu ruang tamu. Sebaik sahaja lampu dipasang, Kumpulan Phoenix dan ibu Ahra melompat keluar dari tempat persembunyian dan menjerit! " Surprise!!! ".

              Ahra dan Hana terperanjat besar! Selepas beberapa saat mereka berdua tersenyum dan ketawa! " Omma! Apa semua ni?? Awak semua pun! Suprise party?? Untuk saya?? Tapi kenapa?? ".

              Woohyun tersenyum " Party ni kami buat sempena menyambut kedatangan baru ahli Phoenix~ Dari dulu lagi kami tak pernah raikannya dengan betul! Jadi~ Kami rancang untuk buat hari ni~ Spagetti ni! Saya dan Myungsoo yang masak tau! ".

             Ahra ketawa sambil menghampiri meje makan! Dia nampak kek kegemarannya! Di atas kek itu tertulis ' Harap  Senyuman Di Wajah Kamu Takkan Hilang~ '.

             Ahra tersenyum sayu! Dia yang tahu kek itu dibuat oleh ibunya terus memeluk wanita pertengahan umur itu dengan senyuman yang lebar terukir di wajahnya! Tiba-tiba Myungsoo berdehem sambil memandang ke arah kek " Ehm~ Ehm~ Bila kita nak makan ni~ ? ".

              Ibu Ahra mengangguk " Baiklah mari kita makan! ".

Ahra membuat keputusan untuk mengajak Yeongja untuk datang ke rumahnya. Sebaik sahaja Yeongja sampai, Mereka semua makan beramai-ramai! Pada masa itu Ahra betul-betul gembira! Dia terlupa semua perkara yang buruk yang pernah berlaku pada dirinya! Apabila mereka semua habis makan, Mereka semua duduk berbual seketika. Tetapi perang makanan bermula apabila Dongwoo mencorengkan muka Hoya dengan krim kek yang masih tertinggal! Ahra dan yang lain-lain bertempiaran lari sekeliling rumah! Hoya dan Sungjoong sudah comot akibat dicoreng oleh Dongwoo! Tetapi Dongwoo tumbang apabila Ahra dan Yeongja yang mencorengkan wajahnya dengan krim kek! Dia tidak rasa pada ketika itu ada orang yang boleh menumpaskan Ahra dan Yeongja yang bergandingan bahu menumpaskan 'musuh' mereka. Habis comot mereka semua pada hari itu termasuklah Myungsoo!

             Senyuman Ahra yang terukir di wajahnya menenangkan hati Kumpulan Phoenix dan Ibu Ahra. Orang yang paling gembira melihat Ahra tersenyum pada ketika itu adalah Myungsoo selain daripada Ibu Ahra! Siapa sangka gadis yang begitu periang ada masa lampau yang amat perit. Myungsoo tidak dapat bayangkan bagaimanakah keadaan Ahra ketika dia jalani sesi pemulihan di California dulu. Kalau boleh dia tidak ingin melihat Ahra seperti itu. Dia akan buat segala yang termampu untuk membuat Ahra untuk terus tersenyum walaupun dia terpaksa mengadaikan nyawanya sendiri. Apabila dia melihat Ahra tersenyum, Ada satu perasaan timbul di dalam hatinya. Dia sendiri tidak tahu apakah perasaan itu. Yang pasti dia tidak pernah rasa seperti itu sebelum ini. Tetapi Myungsoo dan ahli kumpulan Phoenix bernasib malang pada hari itu kerana sebaik sahaja mereka pulang ke rumah sekali lagi telinga mereka ditarik oleh ibu mereka kerana pulang dalam keadaan yang comot seperti kanak-kanak!           

 

        

        

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Kaira97
Chap 32 is here baby~ Do you guys think this will be the end? Just keep reading and please subscribe and leave your comment jsy~

Comments

You must be logged in to comment
princea2899 #1
Chapter 33: Author nim. .. jebal palli update. .. I can't wait. .. what will happend to Ahra? ?? Did Ahra accept Myungsoo? ?? ♡♥♡♥
Update soon. .. please update. .. ♡♥♡♥
scyaheeda
#2
Chapter 32: suspen betol citer ni.. author nim awk mmg hebat la blh buat citer yg mendebarkan..jjang~~
erasyazana_kookie
#3
Chapter 28: oh cara ni lmbt lg diorang nk couple,hhh ni suspen bru,relex2..tnggu update bru, :-D
Ai_ena
#4
Chapter 28: ooyeeahhh...xsbr nk tungu Ahra n L couple..mestii sweet bagaiiXD
jillin
#5
Alamak, asal bukak2 gmbr myungsoo xkluar eh,, myungsoo ni L ye...sbb dlm byk2 watak xde muke dia pon...
Kaira97
#6
Mianhae to my readers and subscribers cause making u guys waiting~ Maklumlah SPM xD but im back now~ :3 Beta akan sambung chap dengan pantas so please keep reading jusaeyeoo~ (Sorry utk ayat beta xD)
woohyun98
#7
Chapter 25: update soon :)
EXOXOXOSEHUNIE12 #8
Chapter 25: Update soon!
Your story was toooooooo much Daebak
Kaira97
#9
Hehe chosueomnidaa~ Maklumlah busy sikit~ Line pun prob~ Akan update dlm waktu yg terdekat~