Ghost Story

You Are My Miracle

Setelah puas berenang, Myungsoo duduk di tepi tebing memerhatikan Ahra dan lain-lain. Dia gembira melihat Ahra tersenyum bergurau dengan rakan-rakannya. Tetapi masalah yang menghantui dirinya sekarang adalah! Dia lapar! Myungsoo sangat menyesal kerana tak makan bersama yang lain-lain tadi! Malah pada masa itu Ahra sendiri telah menawarkan bekalan yang dimasaknya tetapi dia jual mahal pula! Dan sekarang dia harus menangung akibatnya! Dia mengosok-gosok perutnya yang merintih kelaparan. Agaknya di mana dia boleh dapatkan makanan?? Setahunya, Makanan tidak akan disediakan sampailah malam nanti! Nampaknya terpaksalah dia berlapar!

       Secara tiba-tiba seseorang menepuk bahunya dari belakang membuatkan dia terkejut! Sekali dia berpaling, Orang itu adalah Ahra! Ahra tersenyum manis lalu menghulurkan tapauwae kecil kepada Myungsoo. Ahra sudah menjangkakan perkara ini terjadi nasib baik dia ada menyimpan sedikit makanan! Myungsoo sendiri pelik! Sejak bila pula gadis itu keluar daripada air?? Padahal tadi dia bermain air dengan Yeongja!

       Ahra ketawa kecil sambil menghulurkan bekas tapauwae itu " Nah. Saya dah agak mesti awak lapar~ ! Saya ada simpan sedikit makanan untuk awak. Tadi saya pelawa awak makan awak tak nak ".

       Myungsoo yang ingin menjaga airmukanya terus berpura-pura jual mahal " Eleh~ Saya tak laparlah! Siapa kata saya lapar?? Saya ni masih penuh dengan tenaga! ".

       Sebaik sahaja ayatnya habis, Perutnya terus berbunyi! Ahra ketawa melihat Myungsoo! Wajah Myungsoo pula bertukar kemerah-merahan! Alangkah malunya dia pada ketika itu kerana lakonannya tidak menjadi! Kenapalah perutnya berbunyi pada ketika itu??!

       Ahra tersenyum lebar lalu bertanya lagi sekali " Awak ni betul ke tak lapar~ ?? Jadi~ Tak apalah kalau saya bagi makanan ni pada Yeongja kan?? ".

        Myungsoo menelan air liurnya buat-buat tak nampak bekal yang dihulur Ahra! Tapi Myungsoo tak dapat menahan godaan daripada bau yang dikeluarkan oleh masakannya! Myungsoo terus duduk tegak walaupun dia nak bekalan yang dihulur Ahra! 

        Myungsoo menghulurkan tangan menerima bekalan itu tetapi matanya memandang ke arah lain! " Sa... Saya tak nak membazir! La... Lagipun! Mesti Yeongja dah kenyang sebab makan banyak tadi! Bak sini tapauwae tu! ".

        Ahra ketawa melihat gelagat Myungsoo! Wajahnya dah berubah merah padam kerana menahan malu! Pada saat itu Myungsoo seakan-akan kehilangan maruah dirinya! Dalam fikirannya hanya satu perkataan yang berlegar-legar semasa Ahra duduk di sebelahnya ' Malunya! Malunya!! Malunya!!! '

        Myungsoo menggarukan kepalanya lalu mencuri-curi pandang Ahra " Saya makan dulu~ ".

        Ahra betul-betul teruja di saat Myungsoo masukkan makanan yang dimasaknya ke dalam mulut! Agaknya apa komen Myungsoo??  Wajah Ahra makin lama makin dekat dengan Myungsoo! Badan Myungsoo pula semakin lama semakin condong ke kanan!

        Akhirnya Myungsoo meletup! " YAA! Kenapa dekatkan muka macam tu??!! Macamana saya nak makan!! ".

        Ahra ketawa kecil " Hehe Mianhae~ Mianhae~ Saya cuma nak tau reaksi awak tentang masakan saya~ ".

        Myungsoo mengelengkan kepalanya " Aissshh! Awak ni kan! ".

        Tiba-tiba Ahra terus menjerit sambil menepuk dahinya membuatkan Myungsoo terperanjat! " Alamak! Saya lupa nak bawak air! Awak tunggu kejap eh kat sini?? Saya pergi ambil air! Nanti kalau awak tercekik susah pulak! ".

        Lagi sekali Myungsoo mengelengkan kepalanya tetapi sebaik sahaja Ahra hilang dari pandangan, Myungsoo ketawa kecil sambil memandang ke arah tapauwae yang dipegangnya. " Awak ni kan Ahra... Awak memang gadis yang paling unik pernah saya jumpa ".

        Woohyun melihat gelagat Myungsoo dan Ahra dari jauh. Segala-galanya jelas bahawa Myungsoo sukakan Ahra. Dia tak penah berkelakuan seperti itu terhadap perempuan! Nampaknya Myungsoo telah berbohong kepadanya ketika dia bertanya sama ada dia sukakan Ahra atau tidak di pusat membeli belah tempoh hari. Woohyun mengepal-ngepal penumbuk sambil merenung bayangannya di dalam air. Hatinya bagai disiat-siat kerana terpaksa melihat semua itu di depan matanya. Tetapi dia tak boleh buat apa-apa kerana dia tak punya hak untuk menghalang jika benar Myungsoo sukakan Ahra.

        Sedang mereka asyik bergembira malam pun menjelma. Kini mereka sedang duduk mengelilingi unggun api di tempat lapang kawasan perkhemahan mereka. Cikgu Park sedang memetik gitarnya sementara Sunggyu pula menyanyi! Semua pelajar 4 Ace dan guru-guru pembimbing memberi tepukan gemuruh kepada mereka berdua!

        Sunggyu mula berdehem membersihkan intonansi suaranya " Ehem~ ehem~ Testing2~ Lagu yang saya nak nyanyikan ni adalah lagu daripada salah seorang kumpulan INFINITE~ Nama beliau macam saya tapi dia bukan saya~ (Memang dia pon!!)  Saya akan sampaikan lagu solonya yang bertajuk 60 Seconds~ Lagu ni saya tujukan khas kepada sesiapa yang sedang dilamun cinta~ Saya harap sesiapa yang dilamun cinta itu dapat luahkan perasaannya terhadap orang yang dicintai~ ".

        Semua pelajar sekali lagi memberi tepukan gemuruh kepada mereka dan ada diantara pelajar perempuan yang merupakan peminat Sunggyu menjerit memberi sokongan terhadapnya! " Oppa!!! Oppa!!! ".

        Sunggyu pun mula menyanyi! ' Jongjong georeooda meomchwo~ duribeondaedaga neowa majuchin siseon~ ( I keep walking when I stopped and looked around, then I meet eyes with you) '

        Ahra mula menepuk tangannya menghayati setiap lirik lagu yang dinyanyikan Sunggyu! Ternyata suara Sunggyu sangat merdu rupanya! Ahra tak pernah tahu pun yang sebelum ni Sunggyu pandai menyanyi! Ahra terus sahaja mendengar Sunggyu menyanyi! 

        ' Keojineun nun~ jogeumssik beoreojineun ipsul~ ( My eyes widen, My lips slowly apart ) '

        ' Nae simjangi gwitgareul ullyeo~ ( My heart is ringing in my ears ) '

        ' Yushicomyeon chungbunhan story~ Nae mameuro neon deureowasseo ( 60 Second is enough for this story, You have entered my heart )

        Ahra yang gembira mendengar lagu dendangan Sunggyu sedikit pun tak perasan bahawa pada saat itu, Dua jejaka sedang memandang ke arahnya secara diam-diam! Lagu yang dinyanyikan Sunggyu sama seperti kisah mereka ketika bertemu dengan Ahra! Mereka jatuh cinta 60 saat pertama mereka memandang Ahra buat pertama kali. Myungsoo jatuh cinta kepadanya ketika Ahra berlari menuju ke sekolah di hadapan rumahnya. Sementara Woohyun pula ketika Ahra masuk ke dalam kelas. 

Selama ini mereka berdua hanya ketawakan watak utama di dalam drama kerana tidak boleh menyebut tiga patah perkataan yang senang di hadapan orang yang mereka cintai, Tetapi sekarang kata-kata mereka terkena pada diri sendiri! Tiga perkataan itu tak mengambil 1 minit pun untuk diucapkan tapi kenapa mereka tak boleh sebut perkataan ' Saya cintakan awak ' di hadapan Ahra?? Sekarang baru mereka tahu perasaan apabila seseorang itu jatuh cinta dan ianya bukan perkara yang mudah untuk ucapkan tiga patah perkataan yang boleh mengubah hidup mereka untuk selama-lamanya.

        Mereka berdua termenung memandang Ahra sehinggalah Sunggyu habis menyanyikan lagu 60 Second. Tepukan gemuruh dan berbakul-bakul pujian di terima Sunggyu! Dia tersengih sambil menggarukan kepalanya malu! " Hehehe terima kasih~ Suara saya taklah sesedap mana~ Biasa-biasa jer~ ".

        Sunggyu terus duduk sebaik sahaja dia habis nyanyikan lagu. Cikgu Park meletakkan gitarnya di sisi lalu bertanya " Ok~ Kita dah nyanyi~ Lepas ni apa pulak?? Ada sesiapa nak bagi cadangan?? ".

        Secara tiba-tiba Sungjoong terus mengangkat tangan sambil menjerit! " Cikgu! Saya tahu! Apa kata kita semua kongsi cerita hantu! ".

        Cikgu Park terus tersengih-sengih gagap sambil memandang ke arah cikgu-cikgu yang lain " Pe... Perlu ke kita bukak kisah hantu ni korang?? ".

        Cikgu Yunho tersenyum lebar melihat cikgu Park mula takut! Dia memang tahu yang rakannya itu tak sukakan cerita hantu! " Teruskan Sungjoong~ Cikgu rasa kamu mesti ada kisah untuk dikongsikan dengan rakan-rakan sekelas jika kamu dah cadangkan untuk cerita kisah misteri dan paranormal ni~ Jadi apa kata kamu mulakan dulu ".

        Dongwoo mula mengeleng panjang! Dia memang tak sukakan cerita hantu sejak dari kecil lagi kerana semua cerita-cerita itu memberi dia mimpi ngeri! Sungyeol yang duduk di sebelahnya mula menjadi mangsa! Dongwoo merapatkan jaraknya dengan Sungyeol kemudian dengan pantas melilitkan lengannya dengan lengan Sungyeol!

       Sungyeol mula memberontak! " Isshh!! Ko ni kenapa?? Lepaslah!! Geli! ".

       Dongwoo terus menekup mulut Sungyeol dan alih topik " Shhwit! Sungjoong dah nak cerita tu! Diam lah! ".

       Sungyeol terus mengalihkan tangan Dongwoo dari mulutnya sambil mengeluh " Aishh! Ko ni! ".

       Sungjoong pun terus bercerita! Dia mula mewujudkan suasana seram serta menyelak rambutnya yang agak panjang menutupi sebahagian kanan wajahnya " Kisah yang nak saya sampaikan ni~ Merupakan kisah benar yang berlaku di tapak perkhemahan yang kita duduk sekarang ni~ ".

        Cikgu Park dan Dongwoo mula mengesat peluh sejuk yang keluar dari dahi! Kenapalah Sungjoong nak ceritakan kisah pasal tempat yang mereka duduk sekarang! Habislah kalau mereka berdua nak buang air lepas ni!

        Cikgu Park yang ingin nampak macho di hadapan para pelajarnya terus ketawa besar! " Hahahah!! Menarik betul cerita kamu ni Sungjoong! Teruskan! Teruskan! ".

        Cikgu Daesung terus menepuk bahu cikgu Park membuatkan dia terperanjat! " Budak tu cerita pun belum Jungmin! Kau ni rileks lah sikit!! ".

        Cikgu Park terus membetulkan cara duduknya sambil menelan airliur " Ye... Yeke?! Sorry ganggu! Te... Teruskan~ ".

        Sungjoong pun teruskan dimana dia berhenti tadi " Pada zaman dulu~ Katanya di Gunung Jirisan ni~ Ada satu perkampungan kecil~ Di kampung tu ada seorang gadis yang amatlah cantik yang diberi nama Seo Ha Neul~ Semua penduduk di kampung itu sayangkan Haneul sebab dia amat baik dan periang orangnya! Dia selalu sahaja menolong orang-orang yang berada di dalam kesusahan. Pada suatu hari, Haneul telah naik ke atas puncak gunung untuk memetik bunga-bunga liar yang boleh dijadikan ubat. Dia terserempak dengan seorang pemuda bernama Lee Jung Min yang telah tercedera akibat terjatuh ke dalam gaung ketika dia mendaki. Mereka berdua telah jatuh cinta pada pandang pertama ".

        Sebelum Sungjoong menghabiskan ceritanya Dongwoo terus menyampuk! " Eh Sungjoong! Kau nak cerita pasal hantu ke pasal orang bercinta ni?? Mana hantunya??! ".

        Cikgu Joongki terus protes! " Eh budak sorang ni! Kawan kamu tu belum habis bercerita! Sabar-sabarlah! Yang kamu menyampuk ni kenapa?? ".

        Dongwoo tersengih " Hehehe~ Mianhae seonsaengnim~ ".

        Cikgu Park pula mula tak senang duduk! Kenapa pula nama pemuda itu sama seperti namanya! Mesti Sungjoong memang sengaja nak kenakan dia!

        Cikgu Joongki mengeleng panjang " Kalau kamu menyampuk sekali lagi, Hari ni kamu tidur kat luar khemah! Teruskan Sungjoong ".

        Sungjoong pun menyambung bercerita " Haneul telah merawat kecederaan pemuda yang bernama Jungmin itu lalu membawanya pulang ke kampung. Pemuda itu tinggal di kampung sehingga lah dia sembuh. Oleh kerana dia telah jatuh cinta kepada Haneul, Dia membuat keputusan untuk mengahwini Haneul dan menetap di situ bersamanya. Mereka bahagia sepanjang perkahwinan mereka. Tetapi langit tidak selalunya cerah. Suatu hari, Jungmin membuat keputusan untuk mencari rezeki di bandar. Dengan berat hati Haneul merelakan pemergian suaminya. Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Tahun berganti tahun. Jungmin tak pernah pulang ke pangkuan Haneul. Puas Haneul menunggu akhirnya dia telah ke bandar untuk mencari suaminya. Setelah sekian lama mencari akhirnya Haneul bertemu juga dengan suaminya. Tetapi apa yang memeranjatkan Haneul adalah Jungmin berpura-pura tidak mengenali dirinya. Malah pada ketika itu, Jungmin bersama dengan seorang perempuan yang lebih cantik dari dirinya. Jungmin juga mendakwa yang dia dan perempuan itu sudah berkahwin dan kini perempuan itu sedang hamil. Dengan hati yang telah terluka Haneul pulang ke kampung dalam keadaan menangis. Penduduk kampung tak pernah melihat senyuman terpancar pada wajah Haneul sejak kejadian itu. Malah Haneul menangis setiap hari tanpa jemu sehingga matanya bengkak. Oleh kerana Haneul tak dapat menerima kenyataan yang Jungmin curang kepadanya, Haneul berlari ke atas puncak gunung dan lompat ke bawah ".

         Ahra secara tiba-tiba menangis! Airmatanya meleleh tanpa dia sedari! Hoya yang duduk di sebelah Ahra terus tolong mengesat airmatanya! Ahra terus terperanjat! Kenapa pula dia menangis??! Adakah kisah yang diceritakan Sungjoong terlalu sedih baginya??

         Ahra terus mengambil saputangan itu dari tangan Hoya lalu mengesat semua airmatanya! Ahra ketawa sambil menangis " Maafkan saya Sungjoong! Saya rasa~ Cerita yang awak sampaikan ni lebih kepada sedih daripada menakutkan. Kesian betul saya pada Haneul. ".

         Sungyeol dan Dongwoo pula dengan sedaya upaya menahan airmatanya dari keluar! Memang tak dinafikan kisah yang disampaikan Sungjoong sangatlah menyayat hati dan sedih! Ahra dan beberapa pelajar perempuan sudah pun menangis!

         Sungjoong menggaru kepalanya " Maafkan saya! Saya tak bermaksud pula nak buat awak semua menangis! ".

         Ahra terus mengeringkan air matanya " Tak apa! Saya rasa, Saya ni je yang terlebih emosional~ Sampai situ je ke cerita awak Sungjoong?? Teruskanlah ".

         Sungjoong mengangguk " Saya teruskan ya?? Pada saat itu, Penduduk tak tahu yang Haneul telah membunuh diri. Kehilangan Haneul menjadi tanda soal kepada penduduk. Akhirnya selepas beberapa minggu, Seorang petani di kampung itu jumpa mayat Haneul tersadai di dahan pokok di atas gunung ketika dia ingin mencari herba. Masa itu, Keadaan Haneul amatlah menyedihkan kerana mayatnya dah reput dan sebahagian daripada daging belakang badannya telah dimakan oleh burung gagak. Semua penduduk kampung berdukacita di atas pemergian Haneul. Jasad Haneul telah disemadikan secara sempurna dan telah dikuburkan di kampung itu. Walaupun begitu, Roh Haneul tak tenang dan ingin membalas dendam terhadap Jungmin. Tetapi sayang sekali kerana Jungmin terlibat di dalam kemalangan dan mati. Haneul tak mempunyai peluang untuk membalas dendam. Dia terperangkap antara dua dunia. Haneul terpaksa mencari seseorang bernama Jungmin yang masuk ke dalam kampungnya untuk dibunuh, Jika tidak dia tidak boleh bersemadi dengan tenang. Penduduk kampung selalu terserempak dengan Haneul memetik bunga-bunga di puncak gunung dalam keadaan tersenyum tenang memakai gaun putih. Dengar cerita sampai ke hari ni dia masih belum jumpa dengan orang yang bernama Jungmin untuk di bunuh~ Dan mungkin malam ni dia akan berpeluang untuk membalas dendam~ ".

         Sengih Sungjoong sambil memandang ke arah cikgu Park! Cikgu Park terus cemas tak tentu pasal! " Ta...! Tapi! Cikgu tak buat apa-apa salah pon!!! ".

         Semua orang yang berada di tapak perkhemahan itu menakut-nakutkan cikgu Park! " Habislah cikgu~ Habislah cikgu~ Haneul carik cikgu~~ ".

         Cikgu Park terus menangis ketakutan! " Awak semua janganlah macam ni!!! Cikgu takutlah huhuhu~ !! ".

Cikgu Minwoo mengeleng panjang melihat gelagat rakannya itu! Perangai mengalahkan budak-budak! Nampaknya malam ni mesti dia tak boleh tidur dengan tenang kerana cikgu Park akan takutkan semua perkara yang dilihatnya sampailah pagi esok! Terima kasih lah kepada Sungjoong kerana telah berjaya menakutkan guru kelasnya itu. Cikgu Daesung dan cikgu Joongki pula ketawa sehingga nak terkeluar anak tekak melihat cikgu Park! Tak sangka betul mereka yang cikgu Park percaya akan cerita rekaan Sungjoong! Di suatu sudut di sebalik pokok kelihatan seorang gadis memakai gaun putih tersenyum manis melihat mereka semua bergelak ketawa. Gadis itu mencium setangkai bunga liar yang dipegangnya lalu hilang di bawah sinaran bulan. Mungkinkah kisah yang disampaikan Sungjoong bukan rekaan??

         

    

 

     

     

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Kaira97
Chap 32 is here baby~ Do you guys think this will be the end? Just keep reading and please subscribe and leave your comment jsy~

Comments

You must be logged in to comment
princea2899 #1
Chapter 33: Author nim. .. jebal palli update. .. I can't wait. .. what will happend to Ahra? ?? Did Ahra accept Myungsoo? ?? ♡♥♡♥
Update soon. .. please update. .. ♡♥♡♥
scyaheeda
#2
Chapter 32: suspen betol citer ni.. author nim awk mmg hebat la blh buat citer yg mendebarkan..jjang~~
erasyazana_kookie
#3
Chapter 28: oh cara ni lmbt lg diorang nk couple,hhh ni suspen bru,relex2..tnggu update bru, :-D
Ai_ena
#4
Chapter 28: ooyeeahhh...xsbr nk tungu Ahra n L couple..mestii sweet bagaiiXD
jillin
#5
Alamak, asal bukak2 gmbr myungsoo xkluar eh,, myungsoo ni L ye...sbb dlm byk2 watak xde muke dia pon...
Kaira97
#6
Mianhae to my readers and subscribers cause making u guys waiting~ Maklumlah SPM xD but im back now~ :3 Beta akan sambung chap dengan pantas so please keep reading jusaeyeoo~ (Sorry utk ayat beta xD)
woohyun98
#7
Chapter 25: update soon :)
EXOXOXOSEHUNIE12 #8
Chapter 25: Update soon!
Your story was toooooooo much Daebak
Kaira97
#9
Hehe chosueomnidaa~ Maklumlah busy sikit~ Line pun prob~ Akan update dlm waktu yg terdekat~