Camping!!!

You Are My Miracle

Ahli-ahli Phoenix masih ingat lagi janji mereka pada makcik Soojin. Mereka berjanji yang mereka akan melindungi Ahra walau apa pun yang terjadi. Pada hari malam sabtu itu, Kesemua ahli Phoenix tidak boleh tidur mengenangkan apa yang pernah terjadi pada Ahra ketika dia masih kecil. Tambah-tambah lagi Myungsoo dan Woohyun. Jejaka yang secara tidak sengaja telah Ahra curi hatinya. Mereka bertujuh betul-betul tidak sangka perkara seteruk itu boleh terjadi pada Ahra! Pada kali pertama mereka berjumpa Ahra, Ahra kelihatan seperti gadis biasa yang periang yang mempunyai pelbagai kemahiran. Tetapi siapa yang sangka. Di sebalik sifat periangnya itu tersembunyi memori hitam yang meninggalkan  kesan yang besar kepada Ahra. Woohyun berasa amat pelik. Sebulan sebelum kedatangan Ahra ke Seoul International High School, Dia sangka yang dia tahu segala-galanya mengenai Ahra kerana latar belakang gadis itu telah dia siasat bersama Hoya, Penyelidik kumpulan Phoenix.

        Tetapi mengapa berita mengenai kemalangan yang dasyat itu tidak pernah keluar di dalam dada-dada akhbar?? Malah dia tidak pernah melihat berita mengenai kemalangan itu disiarkan di televisyen padahal datuk Ahra amat terkenal orangnya. Datuk Ahra merupakan salah seorang jutawan terkaya korea. Tetapi apa yang Woohyun tahu, pihak polis mengabarkan bahawa jutawan kaya itu hilang ketika mendaki gunung. Berita itu hanya diketahui oleh teman-teman rapat datuknya sahaja. Nampaknya kemalangan yang menimpa Ahra dan datuknya telah ditutup rapi oleh orang-orang bawahan ibu dan ayah Ahra. Oleh kerana mereka berdua kaya dan mempunyai pengaruh yang besar, Woohyun tidak terkejut jika perkara dasyat itu boleh disembunyikan tanpa meninggalkan sebarang bukti.

         Sedang Woohyun termenung jauh memikirkan perkara itu, Tiba-tiba, bahunya ditepuk dari belakang oleh Ahra menyebabkan dia tersedar dari lamunan!

         Ahra tersenyum sambil bergerak duduk di hadapan meja Woohyun merenung matanya " Woohyun!! Apa yang awak menungkan tu?? Tak baik tau termenung! Awak tengah berangan eh?? "

         Woohyun yang terperanjat tergagap-gagap membalas pertanyaan Ahra " Ta...Taklah!! Awak ni Ahra! Jangan lah sergah macam tu! Nasib baik tak gugur jantung saya ni tau! ".

         Ahra tersenyum manis " Yelah~ Dah awak termenung dari tadi~ Puas saya panggil tapi awak tak dengar-dengar! ".

         Woohyun menggarukan kepalanya " Oh, yeke?? Saya minta maaf sebab tak dengar!  Ada apa awak panggil saya?? ".

         Ahra terus bertanya " Saya nak tanya, Masa awak datang rumah saya hari sabtu tu, Ada tak Omma saya bagitahu apa-apa?? ".

         Woohyun terus berlakon sambil mengelengkan kepalanya " Tak ada apa-apa pun~ Kenapa??  Ada apa-apa yang perlu saya tahu ke?? ".

         Ahra terus mengoyangkan kedua-dua tangannya " Tak...Tak ada apa-apa lah! " 

Ahra yang takut rahsianya terbongkar terus berlalu kemudian duduk di tempat duduknya. Seperti biasa, Myungsoo tidak masuk lagi pada waktu pertama sesi pembelajaran. Walaupun di dalam kelas 4 Ace tengah riuh dengan suara-suara para pelajar, Ahra masih lagi merasa kosong apabila jejaka itu tidak ada berdekatan denganya. Ahra merebahkan kepalanya di atas meja kemudian mengeluh. Hatinya bertanya-tanya. Di manakah agaknya Myungsoo pergi?? Adakah sekarang ni dia berada di pokok besar dibelakang sekolah?? Mengapa dia selalu berada di situ?? Ahra mengeluh panjang kemudian termenung memandang keluar tingkap. Woohyun tersenyum melihat Ahra. Kelihatan seperti ada perkara yang menganggu gadis itu. Tetapi sayang sekali Woohyun tidak tahu perkara yang membuatkan Ahra tidak senang duduk ialah mengenai rakan baiknya, Myungsoo. Jika Woohyun tahu, Pasti hatinya akan jatuh berderai bagaikan kaca yang pecah kerana terjatuh ke atas lantai. 

         Tidak lama kemudian, Suasana yang riuh sebentar tadi tiba-tiba sahaja menjadi senyap setelah cikgu Minwoo masuk sambil membawa sebalang kaca yang berbentuk bulat dipenuhi dengan cebisan kertas yang ada nombor di atasnya. Ahra mengalah sebaik sahaja cikgu Minwoo masuk. Nampaknya Myungsoo takkan masuk waktu pertama cikgu Minwoo. Ahra terlupa yang pagi itu, Kelas pertama sekali merupakan kelas Pendidikan Seni. Pelajar-pelajar yang berada di dalam kelas itu mula pelik. Agaknya apakah tujuan cikgu Minwoo membawa balang kaca itu?? Sebelum bertanya, Pelajar kelas 4 Ace memberi ucapan selamat pagi dan tunduk hormat kepada cikgu Minwoo.

        Sebelum para pelajar dapat mengangkat tangan mereka untuk bertanya, Cikgu Minwoo menyampaikan maklumatnya terlebih dahulu. " Saya tahu yang awak semua pelik dengan balang kaca yang saya bawa ni kan?? Baiklah, Pertama sekali, Sebelum saya meneruskan sesi pembelajaran saya, Saya ingin menyampaikan bahawa kamu semua, Pelajar 4 Ace akan berkhemah di Gunung Jirisan di kawasan Gyeongsangnamdo pada hujung minggu ini! ".

        Sebaik sahaja pelajar-pelajar yang berada di dalam kelas itu mendengar perkataan ' berkhemah ' mereka terus hilang kawalan kemudian menjerit kegembiraan! Cikgu Minwoo ketawa melihat anak-anak muridnya yang gembira tidak terkata tambah-tambah lagi Dongwoo!

        Sungyeol yang teruja terus melemparkan bertubi-tubi soalan kepada cikgu Minwoo! " Cikgu!! Kat sana tak silap saya ada air terjun kan?? Kat sana nanti mesti banyak bunga-bunga yang cantik kan?? Kita pergi sana naik apa cikgu?? Kita tidur kat sana ke?? Kiteorang tidur dalam khemah ke?? Adakah kami boleh mandi?? Berapa ramai cikgu yang pergi!!! "

        Cikgu Minwoo mengelengkan kepalanya melihat Sungyeol yang over excited apabila diberitahu mengenai perkhemahan " Ya Sungyeol~ Kat sana ada air terjun~ Kat sana memang ada banyak bunga-bunga yang cantik. Kita pergi ke sana dengan menaiki bas yang disediakan pihak sekolah. Kita akan bermalam di sana selama 3 hari 2 malam. Kamu semua boleh mandi disana tetapi lelaki dan perempuan harus mandi berasingan masa. Cikgu yang akan pergi ke sana ialah cikgu Park, Joongki, Yunho, Daesung dan saya sendiri. Tetapi kamu semua perlu tahu! Tujuan saya membuat perkhemahan ini adalah untuk kamu semua melukis alam semulajadi dengan tenang! Bukan pergi saja-saja! Siapa yang tidak ada lukisan sebelum hari ketigan perkhemahan, Saya akan tinggalkan dia disana! ".

         Para pelajar perempuan yang berada di dalam kelas 4 Ace menjadi betul-betul gila!!! Tentu perkhemah kali ini merupakan perkhemahan yang paling seronok dan tidak dapat dilupakan!!! Dengan hadirnya Teachers Over Flower dan juga kumpulan Phoenix di sana, Apa lagi yang boleh membuatkan mereka segembira itu??

         Cikgu Minwoo terus sahaja memberitahu syarat-syarat yang perlu mereka patuhi sambil mengangkat sehelai kertas yang dipegangnya " Ok. Pertama sekali, Kamu semua harus meminta kebenaran ibu bapa penjaga, Yang kedua pula, Kamu semua harus mengikut semua peraturan yang berada di dalam kertas yang saya pegang ni. Hoya, Tolong saya edarkan kertas-kertas ni. ".

         Hoya yang duduk di barisan hadapan terus bangun lalu mula mengedarkan kertas-kertas itu kepada teman-temannya. Setelah para pelajar membaca syarat-syarat sepintas lalu, Cikgu Minwoo meneruskan apa yang ingin disampaikannya sambil mengangkat tinggi balang yang dibawanya tadi. " Baiklah, Di dalam balang yang cikgu pegang ni ada nombor-nombor yang perlu kamu semua cabut untuk menentukan siapa pasangan kamu ketika berada di dalam bas dan juga untuk aktiviti-aktiviti yang telah disediakan dia sana. Semua orang ambil satu nombor bermula dengan barisan pelajar dari sebelah kiri ".

         Seorang demi seorang bangun. Tak lama kemudian sampai giliran Ahra. Agaknya Siapa lah yang akan jadi pasangan Ahra ketika berkhemah nanti?? Adakah salah seorang ahli kumpulan Phoenix?? Ahra memasukkan tangannya ke dalam balang kemudian mengambil satu nombor. Semua pelajar lelaki merenung nombor yang berada di dalam tangan mereka dalam-dalam! Mereka betul-betul berharap dapat berpasangan bersama Ahra termasuklah Woohyun!!

         Ahra mengambil satu nombor kemudian menunjukkannya kepada cikgu Minwoo. Cikgu Minwoo terus mencatit nombor yang Ahra dapat ke atas kertas yag dipegang. Kemudian memaklumkan kepada para pelajarnya " Baiklah, Ahra dapat nombor 20. Sesiapa yang dapat nombor 21 sila angkat tangan dan keluar di depan ya? ".

         Ahra dan para pelajar memandang sekeliling. Agaknya siapa yang memegang nombor 21?? Kemudian secara tiba-tiba seorang murid memberitahu cikgu Minwoo " Cikgu! Belum ada lagi pelajar yang memegang nombor 21 lah! ".

         Cikgu Minwoo mengangguk " Oh begitu ke?? Kalau macam tu sesiapa yang dapat nombor 21 nanti datang ke depan bersama Ahra ya? Baiklah, Kita teruskan. Sungjoong. Kamu seterusnya. ".

Woohyun dan pelajar lelaki yang kain mengeluh melihat nombor yang berada di tangan mereka. Mereka tertanya-tanya. Mengapa nombor 21 tiada di dalam genggaman mereka sekarang?? Hendak saja mereka menyelerakkan semua kertas-kertas yang berada di dalam balang kaca itu kemudian mencari nombor 21!! Ahra pula kembali ke tempat duduknya lalu menunggu. Tak sabar rasanya dia ingin berjumpa dengan pasangannya nanti! Ahra betul-betul berharap yang Yeongja menjadi pasangannya! Tetapi malang sekali, Yeongja dapat nombor 18 pula~ Ahra tidak kisah dengan siapa yang menjadi pasangannya, Asalkan orang itu seseoran yang dia kenal, Paling tidak seorang pelajar perempuan. Seorang demi seorang mencabut keluar nombor. Tetapi semuanya bukan nombor 21! Puas Ahra dan pelajar-pelajar lain menunggu untuk melihat siapa yang akan duduk di sebelah gadis tercantik sekolah tiba-tiba sahaja pintu hadapan kelas diselak dan Myungsoo masuk.

         Myungsoo masuk kemudian tunduk hormat pada Cikgu Minwoo lalu meminta maaf diatas kelewatannya " Maafkan saya cikgu kerana lambat masuk ".

         Cikgu Minwoo tersenyum. Dia dapat agak yang Myungsoo sekali lagi tertidur di bawah pokok di belakang sekolah. " Nampaknya kamu tertidur lagi ya Myungsoo?? ".

         Myungsoo tersenyum kemudian menggarukan kepalanya sambil mengangguk! Hampir pengsan pelajar perempuan di dalam kelas itu melihat senyuman Myungsoo! Jantung Ahra berdegup laju sebaik sahaja melihat Myungsoo masuk ke dalam kelas! Dia berusaha sedaya upaya untuk mengawal perasaanya kerana wajah Ahra senang merah apabila dia malu! Ahra secara diam-diam menepuk-nepuk pipinya lalu mengalihkan pandangan ke luar tingkap!

         Cikgu Minwoo terus menghulurkan balang kaca itu kepada Myungsoo untuk dia mencabut satu nombor. Sebelum Myungsoo mengambil satu nombor, Dia sempat mengalihkan pandanganya terhadap Ahra. Dia boleh tahu yang Ahra sedang mengelak daripada mamandang dirinya. Myungsoo tersenyum sendiri lalu mengeluarkan satu nombor kemudian menunjukkan kepada cikgu Minwoo. Nombor yang Myungsoo keluarkan membuatkan Cikgu Minwoo tersenyum. Cikgu Minwoo terus mengumumkan nombor yang Myungsoo dapat lalu memanggil keluar pasangannya. Semua pelajar perempuan termasuk Ahra tertunggu-tunggu untuk melihat pasangan Myungsoo yang bertuah.

          Cikgu Minwoo terus menayangkan nombor yang dicabut oleh Myungsoo kemudian berkata " Kim Myung Soo dapat nombor 21! Pasangan awak adalah Ahra ya Myungsoo?? Ahra mari kedepan! ".

Hampir gugur jantung Ahra mendengar apabila dia mendapat tahu yang Myungsoo adalah pasangannya!! Pelajar lelaki cemburukan Myungsoo sementara pelajar perempuan pula camburukan Ahra! Woohyun sayu memandang Ahra. Sedikit sebanyak timbul perasaaan cemburu di dalam hatinya. Ahra bangun perlahan-lahan menuju ke hadapan! Para pelajar memberi tepukan kepada mereka berdua! Ahra memandang tepat ke arah cikgu Minwoo kerana tidak ingin Myungsoo nampak reaksi wajahnya! Myungsoo juga terkejut sebenarnya! Siapa sangka dia boleh dapat berpasangan dengan Ahra walupun dia masuk lambat ke dalam kelas! Myungsoo berpura-pura mengalihkan pandangannya ke arah lain kerana dia juga malu dan teruja pada waktu yang sama!

           Apabila Ahra sampai di depan, Cikgu Minwoo menulis nama mereka lalu menyuruh Ahra dan Myungsoo menurunkan tanda tangan. Selepas menanda tangan kertas itu, Mereka berdua duduk di tempat duduk mereka. Ahra berasa janggal dan malu pula selepas perkara yang tidak dijangka itu terjadi! Myungsoo pula berlagak seperti biasa sambil memandang ke depan. Selepas semua murid mengambil undian, Cikgu Minwoo terus menerangkan dengan lebih lanjut tentang tugasan yang akan dia beri ketika di sana nanti.

           Cikgu Minwoo terus menepuk kedua-dua belah tangannya sebanyak dua kali! Secara tiba-tiba cikgu Park, Cikgu Joongki, Cikgu Yunho dan cikgu Daesung masuk secara berbaris! Berderai semua jeritan murid perempuan kerana teruja dan terkejut! Mereka semua seolah-olah sedang melihat bintang pujaan mereka sedang berdiri! Cikgu-cikgu yang tampan itu melemparkan senyuman yang manis sekali!

           Cikgu Minwoo pun mula memberitahu mengikut kategori pilihan rakan-rakannya itu " Baiklah. Sesiapa yang ingin menjadi ahli kumpulan cikgu Daesung, Sila beratur di belakangnya ya? Sesiapa yang memilih cikgu Daesung harus melukis pemandangan di atas gunung Jirisan. Sudah tentu kamu semua harus mendaki gunung bersamanya. Jadi sesiapa yang ingin mendaki gunung dan melukis pemandangan dari atas sana sila bangun bersama pasangan dan beri nama pada saya ".

           Beberapa orang murid bangun bersama pasangan mereka lalu beratur di belakang cikgu Daesung. Ahra mula risau!!! Dia terlupa nak tanya pada Myungsoo!! Adakah Myungsoo tahu melukis?? Sebagus mana lukisannya nanti?? Dan yang paling penting!!! Siapa yang akan Myungsoo pilih??! Bagaimana jika dia dan Myungsoo membuat pilihan yang berbeza?? Ahra terus mengeluh sambil menutup matanya! Apa yang perlu dia buat?? 

            Myungsoo yang faham perubahan Ahra terus tersenyum! Dia tahu yang Ahra sedang serabut memikirkan apa yang perlu dibuat! Kadang-kadang agak seronok melihat Ahra begitu. Kerana Ahra nampak kelakar dan comel! Myungsoo membiarkan sahaja gadis itu berfikir sampai hendak meletup otaknya!

            Cikgu Minwoo terus menyebut lukisan dan cikgu yang perlu para pelajar pilih. Dia sendiri sebenarnya berharap agar Ahra memilih dirinya kerana ingin melihat kemampuan anak gurunya itu untuk melukis! " Siapa yang ingin memilih cikgu Park harus melukis pemandangan air terjun. Siapa yang ingin memilih untuk melukis air terjun sila berdiri di belakang cikgu Park sekarang ".

            Beberapa orang murid lagi bangun lalu berdiri di belakang cikgu Park! Ahra semakin gementar! Apa yang harus dia buat?? Nampaknya dia perlu mengikut apa sahaja lukisan yang Myungsoo pilih! Ahra yang mula putus asa terus menutup mukanya lalu merebahkan kepalanya di atas meja! Dia ingin sekali bertanya kepada Myungsoo tapi masalahnya adalah dia tidak berani nak menatap mata Myungsoo!!

            Myungsoo ketawa kecil melihat Ahra dan akhirnya Myungsoo pun menyapa Ahra " Kita tunggu cikgu Minwoo habis kenalkan semua tema untuk melukis~ Nanti baru kita pilih~ ".

Ahra terus mengangkat wajahnya lalu memandang Myungsoo!! Ahra betul-betul tak sangka yang Myungsoo akan bercakap dengan dia!!! Ahra yang masih tergamam kerana Myungsoo bercakap dengannya terus sahaja merenung wajah jejaka yang tampan itu tanpa mengelipkan mata walaupun sekali!!! Myungsoo tersenyum dan ketawa apabila melihat Ahra memandang dia begitu! Ahra yang tidak dapat mengawal emosi terus ' meletup ' kegembiran!!! Wajahnya berubah lebih merah dari biasa!!! Ahra cepat-cepat mengalihkan pandangannya lalu menyembunyikan wajah dengan kedua-dua tangan!! Ahra berasa sungguh gembira!! Dia tidak pernah nampak Myungsoo tersenyum begitu dekat dengannya!! Myungsoo hanya ketawa memandang Ahra kemudian kembali memandang cikgu Minwoo di hadapan! 

             Woohyun mengalihkan pandangannya. Hatinya bagai disiat-siat apabila melihat Myungsoo tersenyum kepada Ahra. Dia sendiri tidak tahu kenapa kebelakangan ini dia menjadi begitu sensitif apabila lelaki-lelaki lain mendekati Ahra walaupun lelaki-lelaki itu daripada kumpulan Phoenix sendiri!! Woohyun menarik nafas panjang lalu terus memberi perhatian kepada apa yang cikgu Minwoo sedang katakan!

             " Baiklah untuk tema yang ketiga, Adalah melukis model ataupun sukarelawan. Awak semua harus melantik seorang daripada kamu untuk menjadi model dan melukis pelajar yang telah dipilih. Tetapi ingat bentuk dan paras rupa haruslah sama. Untuk tema ini, Cikgu yang akan menjadi ketua kumpulan adalah cikgu Joongki. Siapa yang ingin memilih tema ini bangun dan bergerak ke depan sekarang ". Kata cikgu Minwoo sambil menunggu murid-murid bangun untuk beratur.

             Ahra yang baru mula nak bertenang daripada ' letupan ' tadi mula berfikir. Melukis seseorang adalah kepakarannya. Patutkah dia memilih tema yang ini untuk tugasan kali ini?? Tetapi Ahra tak boleh membuat keputusan sesuka hati. Dia harus tengok tema apa yang Myungsoo akan pilih. Kalau Myungsoo tidak setuju dengan tema yang dia pilih, Ahra harus mengikut tema yang Myungsoo pilih. Ahra termenung seketika kemudian terus mendengar tema-tema yang disebutkan cikgu Minwoo. Mungkin ada tema yang lebih mudah untuk dia lakukan.

             Cikgu Minwoo terus memberitahu tema yang terakhir " Sesiapa yang ingin menjadikan cikgu Yunho sebagai ketua harus melukis perkara-perkara yang mengenai binatang ataupun serangga. Tetapi oleh kerana binatang-binatang liar susah untuk didekati saya akan beri kelonggaran untuk melukis menggunakan daya imaginasi sendiri tetapi tidak dibenarkan meniru daripada internet ataupun orang lain. Dan sesiapa yang ingin masuk ke kumpulan saya pula harus melukis tentang alam semula jadi. Tidak kisah sama ada pokok-pokok atau bunga-bunga. Memandangkan bunga-bunga di gunung Jirisan berkembang mekar pada bulan ini, Saya sendiri bercadang untuk melukis bunga yang ada di atas gunung tu. Jadi sesiapa yang sudah buat keputusan sila bangun dan bergerak pada cikgu pilihan masing-masing ".

             Ahra mula berfikir. Dia ingin sekali melukis tema yang diketuai cikgu Joongki, Tetapi bolehkah Myungsoo mengikutinya nanti? Kerana melukis wajah seseorang dan juga bentuk badan dengan sempurna memang perkara yang sangat sukar dilakukan! Ahra mengeluh panjang kemudian dia membuat keputusan untuk mengikut kumpulan cikgu Minwoo, Iaitu bertemakan melukis bunga-bunga dan pokok-pokok yang berada di gunung Jirisan.

             Sedang pelajar-pelajar lain bangun bergerak beratur di belakang cikgu pilihan masing-masing, Ahra memberanikan diri untuk bertanya kepada Myungsoo " Awak nak pilih tema yang mana?? ".

             Myungsoo berfikir sebentar. Tidak lama kemudian dia bersuara " Saya ikut saja apa yang awak pilih~ ".

             Ahra mengangguk " Kalau macam tu kita masuk kumpulan cikgu Minwoo ya?? ".

             Myungsoo mengangguk. Mereka berdua terus berlalu kemudian bergerak kebelakang barisan cikgu Minwoo. Cikgu Joongki cemburu pula apabila melihat Ahra menjadikan cikgu Minwoo sebagai ketua! Cikgu Joongki mula menjuihkan bibirnya pada cikgu Minwoo! Cikgu Park dan cikgu Daesung mula ketawa melihat reaksi temannya itu! Cikgu Minwoo pula tersenyum lebar apabila Ahra masuk ke dalam kumpulannya. Bolehlah dia melihat cara Ahra melukis dan sejauh mana bakatnya. Setelah semuanya selesai beratur, Cikgu-cikgu mula mencatit nama-nama pelajar yang ada di dalam kumpulan mereka.

Tanpa dijangka, Woohyun dan pasangannya, Sungjoong berada di dalam kumpulan yang sama dengan Ahra dan Myungsoo. Ahra yang tidak tahu bagaimana perasaan Woohyun terhadapnya terus menyapa Woohyun dengan senyuman. Ahra gembira dia dan Woohyun berada di dalam kumpulan yang sama. Woohyun pula berpura-pura tersenyum membalas sapaan Ahra. Woohyun tidak boleh tersenyum secara biasa apabila Myungsoo berhampiran dengan Ahra. Ahli-ahli kumpulan Phoenix yang lain pula menepuk dahi masing-masing apabila mereka tidak sama kumpulan dengan Ahra! Malah mereka boleh menyalahkan sesama sendiri walaupun pasangan mereka bukan ahli Phoenix! Yeongja pula berlainan kumpulan kerana memilih untuk melukis air terjun. Sementara Dongwoo dan Sunggyu memilih lukisan yang bertemakan haiwan dan serangga Hoya dan Sungyeol pula memilih melukis pelajar yang akan menjadi sukarelawan nanti.

 

 

    

            

         

         

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Kaira97
Chap 32 is here baby~ Do you guys think this will be the end? Just keep reading and please subscribe and leave your comment jsy~

Comments

You must be logged in to comment
princea2899 #1
Chapter 33: Author nim. .. jebal palli update. .. I can't wait. .. what will happend to Ahra? ?? Did Ahra accept Myungsoo? ?? ♡♥♡♥
Update soon. .. please update. .. ♡♥♡♥
scyaheeda
#2
Chapter 32: suspen betol citer ni.. author nim awk mmg hebat la blh buat citer yg mendebarkan..jjang~~
erasyazana_kookie
#3
Chapter 28: oh cara ni lmbt lg diorang nk couple,hhh ni suspen bru,relex2..tnggu update bru, :-D
Ai_ena
#4
Chapter 28: ooyeeahhh...xsbr nk tungu Ahra n L couple..mestii sweet bagaiiXD
jillin
#5
Alamak, asal bukak2 gmbr myungsoo xkluar eh,, myungsoo ni L ye...sbb dlm byk2 watak xde muke dia pon...
Kaira97
#6
Mianhae to my readers and subscribers cause making u guys waiting~ Maklumlah SPM xD but im back now~ :3 Beta akan sambung chap dengan pantas so please keep reading jusaeyeoo~ (Sorry utk ayat beta xD)
woohyun98
#7
Chapter 25: update soon :)
EXOXOXOSEHUNIE12 #8
Chapter 25: Update soon!
Your story was toooooooo much Daebak
Kaira97
#9
Hehe chosueomnidaa~ Maklumlah busy sikit~ Line pun prob~ Akan update dlm waktu yg terdekat~