Shopping~

You Are My Miracle

Cikgu Park melihat jam di tangannya buat kali kedua sambil mengeluh " Aisshh!! Mana budak-budak ni?! Diaorang dah lambat 15 minit!! ".

       Cikgu Minwoo tersenyum sambil memeluk tubuhnya " Tunggu aje lah~ Kejap lagi sampailah tu... Mungkin diaorang ada masalah sikit... ".

       Cikgu Park mengeluh panjang " Huhhh~ Yalah... Aku tunggu lagi 5 minit je! Kalau lambat, Aku masuk dulu!! Wayang dah memanggil-manggil tu!! ".

      Ahli-ahli Teachers Over Flowers yang lain tersenyum! Menonton wayang memang menjadi perkara yang disukai oleh cikgu Park. Sehari tidak menonton wayang memang tak lengkap hidupnya! Pada waktu-waktu begini dia biasanya akan menonton wayang di panggung miliknya di rumah. Tetapi oleh kerana dia ingin keluar membeli belah hari itu, Dia terpaksa menonton wayang di luar. Baru sahaja cikgu Park ingin mengangkat tangannya untuk melihat jam kali ketiga, Sungjoong membunyikan hon keretanya membuatkan cikgu Park terperanjat! " Tin...Tin!!! ".

      Cikgu Yunho tersenyum " Tu, Diaorang dah sampai! Kau ni kecoh lah Jung Min~  "

      Cikgu Park mengerutkan mukanya " Masa itu emas lah! ".

      Cikgu Daesung terus ketawa! " Masa itu emas konon~ Tapi keje kau masa lapang betul tengok wayang je~ ".

      Cikgu Park terus menaikkan jari telunjuknya ke bibir memberi isyarat kepada cikgu Daesung! " Shhh!!! Kau ni!! Kalau dengar dekat anak-anak murid aku malulah!! ".

      Cikgu Joongki yang nampak Ahra di dalam kereta dari jauh terus merapikan dirinya! Sebaik sahaja Ahra, Yeongja dan kumpulan Phoenix turun dari kereta terus, Cikgu Joongki menyasarkan Ahra untuk dipeluk! " Ahra~~ Dah sampai akhirnya kamu~~ Lama abang tunggu~ ".

      Sebelum cikgu Park memeluk Ahra, Cikgu Daesung terus menarik tangannya membuatkan Cikgu Joongki berpusing lalu memeluk dirinya! Cikgu Daesung menepuk-nepuk belakang cikgu Joongki kuat! " Yelah~~ Yelah~~ Aku pun sayang kau jugak Joongki~ ".

      Cikgu Joongki tersengih memandang cikgu Daesung sambil membalas menepuk kuat belakang cikgu Daesung yang dipeluk " Kau ni kacau lah Daesung! Tak senang hidup aku! ".

      Cikgu Daesung ketawa " Aku akan ganggu hidup kau selagi aku hidup~ Jangan risau la eh~ ".

      Cikgu Park terus bertanya kepada Hoya " Kenapa kamu semua lambat ni?? ".

      Hoya menundukkan kepalanya meminta maaf " Mianhae seonsaengnim~ Tadi Dongwoo sakit perut. Kami semua terpaksa tunggu dia~ "

      Cikgu Park mengalihkan pandangan kepada Dongwoo " Kamu ni kan~ ".

      Dongwoo tersengih sambil memandang cikgu Park " Chosuomnida Songsaengnim~ "

      Cikgu Minwoo tersengih sambil mengeleng kepala apabila melihat cikgu Park! Akhirnya dia yang terpaksa kendalikan semuanya! " Ok, Kamu semua nak pergi mana dulu ni? Makan atau beli barang keperluan?? Cikgu Park kamu nak tengok wayang. Kamu semua nak join dia ke?? ". 

      Sungjoong yang memang kaki wayang terus bertanya " Cikgu nak tengok filem apa cikgu?? ".

      Cikgu Park tersenyum lebar " Cikgu nak tengok citer Despicable Me 2~ Citer tu cam best jer~ Cikgu minat betul minions yang kecik warna kuning tu! ".

      Sungjoong mengangguk laju!! " Betul tu cikgu!! Diaorang tu comel giler!! Saya nak ikut cikgu lah! ".

      Cikgu Minwoo mengangguk " Kalau macam tu, Sungjoong ikut cikgu Park... Ada sesiapa lagi yang nak ikut cikgu Park?? Kalau tak ada kita boleh pergi beli barang sekarang ".

     Ahra dan yang lain-lain mengelengkan kepala mereka. Akhirnya, Mereka semua berpecah sebaik sahaja masuk ke dalam pusat membeli belah.

Ahra berasa agak kekok apabila dia berjalan di tengah-tengah di antara Myungsoo dan Woohyun!! Yeongja pula sudah jauh ke depan berbual bersama Dongwoo dan cikgu Daesung! Sedang mereka berjalan, Tiba-tiba Ahra nampak satu gerai aiskrim. Dia berhenti seketika sambil memandang gerai yang menjual berbagai perisa. Walaupun baru tadi Myungsoo baru belanja dia makan aiskrim, Tetapi entah kenapa hari itu, Dia hanya ingin makan benda-benda yang manis! Selepas beberapa saat, Barulah Myungsoo dan Woohyun sedar yang Ahra tiada di tengah! Mereka berdua tersenyum yang melihat Ahra yang ' Dipukau ' oleh gerai aiskrim yang berada di hadapan matanya. Mereka berdua pun mendekati Ahra.

      Woohyun mengelengkan kepalanya kemudian menepuk nahu Ahra " Ahra!! ".

      Ahra terus tersedar daripada lamunannya! " Huh?? ".

      Woohyun yang bersimpati terus bertanya " Awak nak ke pergi ke kedai aiskrim tu?? Kalau awak nak aiskrim, Saya boleh belikan ".

      Ahra mengeleng laju! " Eh!! Tak apa! Tak apa! Saya tenung je kedai tu tadi, Hiasan luar kedai tu nampak menarik. Lagipun kalau saya nak, Saya boleh beli sendiri! ".

      Woohyun yang tak mahu mendengar kata-kata Ahra, Terus menarik lengan gadis itu sehingga ke depan gerai yang menjual aiskrim sementara Myungsoo mengekori mereka berdua dari belakang sambil memasukkan tangan ke dalam poket seluarnya " Nah, Awak pilih je yang mana awak nak, Saya belanja ".

      Ahra tetap berkeras kepada Woohyun " Tak apa lah Woohyun! Saya tak nak menyusahkan awak. Saya akan beli kalau saya nak nanti ".

      Woohyun tersenyum " Kalau awak tak beli, Saya akan tinggalkan awak dekat Mall ni, Saya takkan hantar awak balik~ ".

      Akhirnya Ahra terpaksa akur lalu memesan kepada pekerja kedai " Cik, Saya nak aiskrim perisa vanilla satu dan dua aiskrim perisa coklat ya? ".

      Pekerja kedai itu melemparkan senyuman yang manis kepada Ahra lalu segera menyiapkan pesanan " Baiklah cik. Silatunggu sebentar ya ".

      Woohyun yang terkejut Ahra pesan banyak pun bertanya " Saya tak tahu pulak yang awak betul-betul sukakan aiskrim Ahra! ".

      Ahra tersenyum " Saya memang sukakan sukakan aiskrim dari dulu dan lagi satu, Dua aiskrim coklat ni untuk awak dan Myungsoo lah~ Takkan lah saya nak biarkan awak berdua pandang saya makan jer~ Tapi awak bayar eh Woohyun~ ? ".

      Woohyun terus ketawa! " Yelah~ Yelah~ ".

      Myungsoo yang daripada tadi hanya mendiamkan diri tiba-tiba sahaja ketawa! " Ahra~ Saya rasa kalau awak hari-hari makan aiskrim mesti awak jadi gemuk kan?? Padahal masa balik tadi baru saya belanja awak makan aiskrim~ ".

      Ahra mula membuat muka masamnya! Muncungnya jadi panjang sampai tahap boleh sidai baju! " Mana ada lah! Baru hari ni saya makan aiskrim di Korea sejak datang dari California! Baru dua kali jer! Bukannya banyak pun!! Lagipun saya rasa bersalah pula sebab dah comotkan mulut awak tadi! ".

      Myungsoo terus sahaja menyakat Ahra " Ohh~ Jadi dekat California tak ada aiskrim lah ya?? Kesian~ Kalau macam tu mulai dari hari ni saya akan belikan awak aiskrim yang banyak eh~ ?? ".

      Ahra terus memukul lengan Myungsoo! " Mana ada! Bukan macam tulah!! ".

      Ahra dan Myungsoo yang sedang asyik bergurau sedikit pun tidak perasan yang Woohyun sedang tersenyum tawar sambil melihat mereka berdua! Woohyun mula berubah apabila dia mendapat tahu yang Myungsoo menghantar Ahra baik hari ni dan apa maksud Ahra dengan mencomotkan mulut Myungsoo?? Macamana Myungsoo boleh belanja Ahra aiskrim?? Sebenarnya apa yang telah terjadi hari ni?! Adakah dia telah membuat langkah yang salah apabila terpaksa meninggalkan Ahra untuk menolong bapanya?? Dia mula berasa kurang senang. Woohyun boleh nampak yang Myungsoo semakin selesa dengan Ahra! 

      Tak lama kemudian, Aiskrim mereka yang mereka pesan siap. Woohyun mengambil ketiga-tiga aiskrim itu lalu beri kepada Ahra dan Myungsoo. Ahra amat gembira apabila aiskrim itu sampai ke tangannya! " Terima kasih ya Woohyun! Wahh~ Aiskrim ni nampak sedap lah! ".

      Woohyun tersenyum sambil mengangguk " Ya... Dah! Mari kita pergi beli barang cepat! Nanti lambat pulak kita balik! ".

      Ahra mengangguk faham " Yalah~ ! ".

      Tak lama selepas mereka semua berjalan, Akhirya mereka sampai di bahagian yang menjual peralatan-peralatan untuk berkhemah! Sungyeol berlari melulu masuk ke dalam kedai itu kerana terlampau teruja untuk berkhemah!

      Yeongja yang menunggu Ahra di hadapan kedai itu mula menjerit! " Ahra! Cepatlah! Kita pilih baju sama-sama! ".

      Ahra menjerit sekali sambil melambaikan tangannya! " Ya!! Saya datang! ".

Dengan perginya Ahra bersama Yeongja, Tinggallah Woohyun dan Myungsoo yang berjalan perlahan menuju ke kedai itu. Entah kenapa, Mereka berdua terasa janggal pula apabila bersama! Sebelum ini perkara seperti itu tidak pernah berlaku! Woohyun nekad untuk bertanya kepada Myungsoo mengenai perkara dia menghantar Ahra balik tadi! Serabut juga kepala Woohyun untuk memikirkan alasan untuk diberi kepada Myungsoo! Agaknya, Myungsoo akan perasankah nanti yang dia sebenarnya sukakan Ahra jika dia bertanya??

      Woohyun menghelakan nafasnya dengan perlahan lalu mengubah intonansi suaranya kepada ceria agar Myungsoo tidak perasan! " Macamana kau plak yang boleh hantar Ahra balik tadi Myungsoo?? Seingat aku, Kau tak berapa sukakan Ahra ".

      Myungsoo terus mengalihkan pandangannya kepada Woohyun " Aku bukan tak sukakan dia. Aku cuma tak biasa dengan dia lagi. Kalau pasal yang aku hantarkan dia balik tu, Aku cuma... Terserempak dengan dia masa balik! Motor aku rosak... Lagipun ada budak nak kacau dia... Aku pon temankanlah dia balik jalan kaki. Asal kau tanya?? ".

      Woohyun mengangguk " Oh~ Macam tu... Tak ada, Aku saja tanya. Aku ingatkan kau betul-betul sukakan dia ".

      Myungsoo terus mengelabah sambil ketawa " Hahaha! Tak delah! ".

      Woohyun terus menepuk belakang Myungsoo sambil ketawa sama " Hahaha! Aku dah agak dah! Lagipun Ahra bukan jenis yang kau suka! Dah! Jom kita pergi barang! Ahra tunggu saya! ".

       Riak wajah Myungsoo berubah sebaik sahaja Woohyun pergi meninggalkan dirinya. Dia menjerit kuat di dalam hatinya " Memang... Memang betul cakap kau Woohyun... Ahra memang bukan jenis yang aku suka.... Tapi... Aku dah jatuh cinta... Dan aku cintakan dia!!! ".

       Sebaik sahaja Myungsoo masuk ke dalam kedai itu, Myungsoo nampak yang Sungyeol dan Dongwoo bergaduh bagaikan kucing dan anjing kerana berebut sweater yang sama! Myungsoo ketawa sambil mengelengkan kepalanya! Dongwoo dan Sungyeol sering sahaja bergaduh di atas perkara-perkara yang remeh! Hari Selasa lepas, Mereka bergaduh mengenai selipar, Semalam pasal penyapu, Hari ni pasal sweater pulak??! Myungsoo terus mendekati mereka berdua yang sedang menarik rambut.

       Myungsoo menghulurkan tangannya meminta sweater yang mereka berdua rebutkan " Bak sini sweater tu ".

       Sungyeol merungut sambil memberi sweater itu kepada Myungsoo " Nah ~ ! Tapi jangan bagi capang tu! ".

       Myungsoo terus mengetuk kepala Sungyeol " Aku takkan bagi dekat dia! Korang ni macam budak-budak kan?? Tak malu ke gaduh depan orang?? Nanti aku bagilah balik! ".

       Sungyeol monyok sambil menggosok-gosok kepalanya " Sakitlah!! ".

       Myungsoo terus bertanya kepada wanita yang berkerja kedai itu " Sweater ni, Ada yang lain tak?? Kawan-kawan saya nakkan sweater yang sama lah ".

       Pekerja itu mengeleng sambil tersenyum lebar kerana Myungsoo amat kacak! " Tak adalah~ Sweater jenis tu stok dah habis~ Lagipun tu limited adition~ Tinggal yang tu je~ "

       Myungsoo mengeluh sambil mengeluarkan handphonenya. Dia terpaksa menghubungi pusat membeli belah milik keluarganya untuk mencari sweater yang sama

       " Yeobusaeyeo?? Pengurus Lee?? ".

       " Ya Tuan Muda Myungsoo ".

       " Saya nak minta tolong sikit. Dekat Mall kita, Ada tak Sweater jenis Adidas warna hitam yang siri number dia L 1331992 ?? ".

       " Maksud Tuan Muda, Sweater limited adition tu ya?? Kalau Sweater yang tu, Mall kita pun dah kehabisan stok tuan. Tapi saya boleh memesannya di kilang kalau Tuan Muda nak. Tapi kenapa pula Tuan Muda cari sweater tu?? Tuan Muda nak sangat ya sweater tu?? ".

       " Tak adalah Si Dongwoo dan Sungyeol bergaduh nakkan sweater yang sama. Kat Mall ni pula sweater tu tinggal satu jer ".

       " Nampaknya Tuan Muda Dongwoo dan Sungyeol bergaduh lagi ya?? ".

       " Ya, Begitulah nampaknya "

       " Baiklah Tuan, Saya akan hantar Sweater tu di rumah pada keesokan hari ya?? ".

       " Ya, Saya tunggu ".

       Myungsoo mengangguk lalu memutuskan talian. Dia kembali kepada Dongwoo dan Sungyeol yang bermasam muka. Myungsoo terus menghulurkan sweater yang mereka berdua rebutkan kepada Sungyeol " Nah! Dongwoo kau bagi sweater ni dekat Sungyeol dulu, Esok pagi kau datang rumah aku ambik sweater yang baru. Pengurus Lee dah pergi tempah kat kilang ".

       Dongwoo terus memeluk Myungsoo! " Terima kasih Myungsoo~ Aku sayang kau~ ".

       Myungsoo terus menolak muka Dongwoo jauh-jauh! " Isshhh!!! Kau ni dah kenapa??? Eiii!!! Gelilah!!! Lepas!! Lepas!!! ".

       Ahra tersenyum melihat mereka. Baru kali ni dia nampak Myungsoo ketawa dengan gembira. Sebelum ini Myungsoo hanya muram dan bersikap kasar padanya. Hari ni dia nampak banyak sisi Myungsoo yang tersembunyi. Dari saat dia pergi sekolah sampai ke pusat membeli belah ni. Sifat mengambil berat, tanggungjawab serta prihatin. Tiba-tiba lamunan Ahra terhenti apabila Myungsoo memandang ke arahnya! Ahra dengan segera mengalihkan pandangannya ke arah baju-baju yang berada di belakangnya! Ahra pura-pura berlakon mencari baju! Myungsoo tersenyum menampakkan giginya yang putih ~ Macamlah dia tak nampak yang Ahra memerhatikan dirinya dari tadi~

 

        

      

        

 

 

     

  

 

      

        

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Kaira97
Chap 32 is here baby~ Do you guys think this will be the end? Just keep reading and please subscribe and leave your comment jsy~

Comments

You must be logged in to comment
princea2899 #1
Chapter 33: Author nim. .. jebal palli update. .. I can't wait. .. what will happend to Ahra? ?? Did Ahra accept Myungsoo? ?? ♡♥♡♥
Update soon. .. please update. .. ♡♥♡♥
scyaheeda
#2
Chapter 32: suspen betol citer ni.. author nim awk mmg hebat la blh buat citer yg mendebarkan..jjang~~
erasyazana_kookie
#3
Chapter 28: oh cara ni lmbt lg diorang nk couple,hhh ni suspen bru,relex2..tnggu update bru, :-D
Ai_ena
#4
Chapter 28: ooyeeahhh...xsbr nk tungu Ahra n L couple..mestii sweet bagaiiXD
jillin
#5
Alamak, asal bukak2 gmbr myungsoo xkluar eh,, myungsoo ni L ye...sbb dlm byk2 watak xde muke dia pon...
Kaira97
#6
Mianhae to my readers and subscribers cause making u guys waiting~ Maklumlah SPM xD but im back now~ :3 Beta akan sambung chap dengan pantas so please keep reading jusaeyeoo~ (Sorry utk ayat beta xD)
woohyun98
#7
Chapter 25: update soon :)
EXOXOXOSEHUNIE12 #8
Chapter 25: Update soon!
Your story was toooooooo much Daebak
Kaira97
#9
Hehe chosueomnidaa~ Maklumlah busy sikit~ Line pun prob~ Akan update dlm waktu yg terdekat~