I'll Be There For You

You Are My Miracle

Ahra dan Myungsoo kini selamat sampai di tapak perkhemahan. Ahra yang kini sudah menerima rawatan sedang duduk berehat di hadapan bekas unggun api di tempat Sungjoong menceritakan kisah hantunya. Menunggu Myungsoo yang sedang menerima rawatan di dalam khemah. Dia harap Myungsoo tak apa-apa. Semalam dia sudah banyak menyusahkan Myungsoo. Dia ingin berterima kasih kepada Myungsoo sebaik sahaja jejaka itu keluar dari khemah dan pulangkan sapu tangan yang dipinjam! 

        Secara tiba-tiba bahunya di tepuk dari belakang! Ahra yang mengigatkan itu Myungsoo terus berpaling memandang ke belakang dengan gembira! " Myungsoo! Awak tak apa-ap...! ".

        Woohyun tersenyum sambil menghulurkan secawan kopi " Nampaknya... Awak betul-betul risaukan Myungsoo... ".

        Ahra terus minta maaf! " Maafkan saya Woohyun! Saya ingatkan tadi! ".

        Woohyun mengelengkan kepalanya " Tak apa... Kalau saya jadi awak pun saya akan risaukan dia... ".

        Ahra mengeluh panjang " Saya bukannya apa... Semasa kami berdua sesat semalam, Saya banyak menyusahkan dia... Saya rasa bersalah pula... ".

        Woohyun terus mengusap kepala Ahra " Jangan risau... Dia tak akan apa-apa... Cikgu Yunho dan Hoya tengah rawat dia sekarang... ".

        Ahra cuma mengangguk perlahan " Yeke....?? Baguslah kalau macam tu.... ".

        Woohyun terus duduk di sebelah Ahra sambil memeriksa lengan-lengan gadis itu " Awak tak apa-apa ke?? Ada yang sakit?? ".

        Ahra tersenyum manis sambil mengeleng " Saya tak apa-apa... Cuma luka kecil dekat dahi ni ".

        Woohyun terus menyelak rambut Ahra yang menutup dahi gadis itu " Aigoo~ Awak ni sepatutnya lebih berhati-hati! ".

        Ahra ketawa " Nae~ Chuoseomnida seonsaengnim~ ".

        Woohyun tersenyum lebar apabila mendengar Ahra memanggil dirinya sebagai guru " Eh! Nak ejek saya pulak?? ".

        Ahra menjelirkan lidahnya " Yelah! Dah jawapan awak macam cikgu~ Saya pun panggil lah awak cikgu~ ".

        Secara tiba-tiba Woohyun mengeluh kuat! " Macam-macam lah awak ni Ahra~ Arghh~~~ Cemburunya saya~!! ".

        Ahra memandang Woohyun bingung " Cemburu? Cemburu pasal apa?? ".

        Woohyun terus memandang Ahra semula " Saya cemburu dengan Myungsoo... Sebab dapat luangkan satu malam bersama awak... Hanya awak berdua saja... Kan bagus kalau saya yang sesat bersama awak... ".

        Wajah Ahra mula berubah kemerah-merahan! " I...! Itu! Bukan perkara yang patut dicemburukan lah!! ".

        Woohyun terus merapatkan wajahnya pada Ahra! " Kenapa pulak perkara ni tak patut dicemburukan?? Saya rasakan, Semua ahli Phoenix akan cemburu dengan Myungsoo bila diaorang balik nanti! ".

        Ahra mula berasa hairan " Balik? Balik dari mana? Baru saya perasan yang tapak perkhemahan ni kosong. Mana semua orang?? ".

        Woohyun terus menundingkan jarinya ke arah hutan " Diaorang pergi siapkan lukisan... Setakat ni baru saya, awak, Myungsoo dan Hoya yang siap... Jadi saya dan Hoya pun tinggal di sini tolong cikgu Joongki ngan cikgu Minwoo masak sementara cikgu Park ngan cikgu Daesung bawak diaorang pergi melukis. Dah lama jugak diaorang pergi. Tak lama lagi balik lah tu ".

        Ahra mengangguk faham sambil menghirup kopi yang Woohyun bawa untuk dia. Ahra terus tersenyum apabila terkenang Woohyun kata yang dia sukakan kopi pada malam semalam. Ahra merenung air kopi yang kehitaman itu kemudian mengalihkan pandanganya pada Woohyun sambil ketawa kecil " Rasanya awak mesti suka sangat kopi kan Woohyun?? Sampai bagi saya air kopi. Biasanya orang akan bagi air suam~ Tapi awak bagi saya kopi pulak ".

        Woohyun tergamam! Dia sendiri tak tahu kenapa dia mencapai air kopi panas dari atas meja yang terhidang sarapan untuk para pelajar tadi. Sedangkan di atas meja itu pun ada air suam! Woohyun hanya tersengih " Yelah kot~ Saya mesti sukakan kopi sangat~ ".

        Ahra terus ketawa mendengar kata-kata Woohyun. Kadang-kadang jejaka itu pandai menghiburkan hatinya. Secara tiba-tiba Woohyun memanggil nama Ahra dengan nada yang serius " Ahra... ".

        Ahra yang baru sahaja ketawa terus memandang Woohyun sambil tersenyum " Apa... ? ".

        Woohyun terus menyeluk poket seluarnya dan mengelarkan sesuatu " Awak nak tak pergi ke Iceland dengan saya?? ".

        Ahra mengambil tiket yang dihulur Woohyun " Iceland?? Buat apa?? ".

        Woohyun tersenyum " Saja-saja~ Saya nak bawak awak jalan-jalan. Awak kata belum kenal lagi kawasan sini kan?? Jadi saya belilah tiket ni ".

        Ahra ketawa kecil " Hrmm... Bolehlah~ Lagipun awak dah beli tiket. Kalau saya tak pergi membazir pulak. Eh! Dua tiket?? Kita berdua saja ke yang pergi?? ".

        Woohyun mengangguk sambil tersenyum " Ya~ Kenapa?? Tak sudi ke?? ".

        Ahra mengeleng laju kerana takut Woohyun tersingung " Tak! Buka tu maksud saya! Cuma bila kita berdua je yang pergi saya rasa macam~ Temu janji lah pulak~ ".

        Woohyun tersenyum lebar " Awak boleh anggap ianya satu temu janji kalau awak nak. Saya tak kisah pon. Lagipun memang kita berdua je yang pergi kan?? ".

        Secara tiba-tiba, Ahra dengar namanya dipanggil! Itu suara Yeongja! Nampaknya pelajar-pelajar yang pergi melukis dah balik! " Ahra!!! Awak tak apa-apa ke??!! ".

        Ahra membalas lambaian Yeongja dan ahli-ahli Phoenix yang lain kepadanya " Ya!! Saya tak apa-apa!!! ".

        Woohyun terus bangun dari tempat duduknya lalu menyangkung di hadapan Ahra " Ingat tau~ Ini rahsia kita. Jangan bagitau diaorang plak. Saya harap awak cepat sembuh. Saya akan jemput awak di depan rumah minggu depan ".

        Ahra mengangguk sambil tersenyum. Di saat Woohyun ingin berdiri, Dia menundukkan badannya sedikit lalu mencium dahi Ahra yang sudah ditutup plaster. Woohyun tersenyum kemudian meninggalkan Ahra yang sudah berubah kemerah-merahan! Di saat Yeongja dan ahli-ahli kumpulan Phoenix yang lain sampai pada Ahra, Wajah gadis itu memang sudah menjadi semakin merah! Kenapa Woohyun cium dahinya???!!!!!

        Yeongja yang risaukan keadaan Ahra terus merasa suhu badan Ahra dengan meletakkan tapak tangannya pada dahi gadis itu. " Ahra ya~ Neon Gwaenchanha?? Kenapa wajah awak merah-merah?? Awak demam ke?? Awak nak ubat?? ".

        Ahra termenung panjang sambil mengeleng perlahan " Saya tak rasa ada ubat untuk hilangkan merah pada wajah saya ni Yeongja... ".

        Yeongja dan ahli-ahli Phoenix yang lain hairan " Huh?? Apa maksud awak Ahra?? ".

Sedang Ahra termenung kerana terperanjat, Sepasang mata sedang memerhatikanya di sebalik khemah. Myungsoo telah lihat segala-galanya. Pada saat itu, Hanya tuhan saja yang tahu betapa sakitnya hati Myungsoo kerana terpaksa melihat dan mendengar perbualan Woohyun dan Ahra. Hatinya bertambah sakit apabila melihat Woohyun mencium dahi gadis yang dicintainya.Woohyun juga mengajak Ahra untuk bertemu janji. Myungsoo menepuk-nepuk dadanya menahan sebak. Tangan kanannya berbalut kerana terseliuh semalam. Sebenarnya dia sudah lama sudah dirawat. Malah Myungsoo ingin duduk di sebelah Ahra sebelum Woohyun tadi cuma Woohyun lebih cepat. Agaknya wajah Ahra akan semerah itu kah jika dia tahu yang semalam sewaktu di gua, Dia juga ada mencium dahi gadis itu. Malah dia juga meluahkan perasaanya. Agaknya Ahra akan terimakah dirinya?? Dia sendiri pun tak tahu. Yang dia tahu pada saat itu, Dia terlambat mencorak langkah dan mengakibatkan Woohyun selangkah lebih rapat pada Ahra. Dan dia benci perkara itu.

 

 

 

  

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Kaira97
Chap 32 is here baby~ Do you guys think this will be the end? Just keep reading and please subscribe and leave your comment jsy~

Comments

You must be logged in to comment
princea2899 #1
Chapter 33: Author nim. .. jebal palli update. .. I can't wait. .. what will happend to Ahra? ?? Did Ahra accept Myungsoo? ?? ♡♥♡♥
Update soon. .. please update. .. ♡♥♡♥
scyaheeda
#2
Chapter 32: suspen betol citer ni.. author nim awk mmg hebat la blh buat citer yg mendebarkan..jjang~~
erasyazana_kookie
#3
Chapter 28: oh cara ni lmbt lg diorang nk couple,hhh ni suspen bru,relex2..tnggu update bru, :-D
Ai_ena
#4
Chapter 28: ooyeeahhh...xsbr nk tungu Ahra n L couple..mestii sweet bagaiiXD
jillin
#5
Alamak, asal bukak2 gmbr myungsoo xkluar eh,, myungsoo ni L ye...sbb dlm byk2 watak xde muke dia pon...
Kaira97
#6
Mianhae to my readers and subscribers cause making u guys waiting~ Maklumlah SPM xD but im back now~ :3 Beta akan sambung chap dengan pantas so please keep reading jusaeyeoo~ (Sorry utk ayat beta xD)
woohyun98
#7
Chapter 25: update soon :)
EXOXOXOSEHUNIE12 #8
Chapter 25: Update soon!
Your story was toooooooo much Daebak
Kaira97
#9
Hehe chosueomnidaa~ Maklumlah busy sikit~ Line pun prob~ Akan update dlm waktu yg terdekat~