Let's Go!!!

You Are My Miracle

Tanpa mereka sedari, Hari dah pun gelap. Di tangan masing-masing penuh dengan shopping bag. Akhirnya mereka balik dengan keadaan yang puas hati. Semua yang mereka perlukan sudah dibeli dan sekarang tinggal untuk pergi ke Gunung Jirisan sahaja. Sebaik sahaja mereka semua sampai di tempat parking bawah tanah, Ahli-ahli Phoenix dan Yeongja memberi tunduk hormat kepada guru-guru mereka sebelum berpecah pulang ke rumah. Ahli-ahli Phoenix masuk ke dalam kereta yang mereka tumpang ketika datang ke Mall tadi. Ahra dan Yeongja naik ke dalam kereta Sungjoong kemudian meluncur laju meninggalkan bangunan Mall. Disebabkan terlalu penat, Ahra tertidur di dalam kereta Sungjoong. Ahra tertidur sambil kepalanya tersandar di bahu Yeongja. Sebaik sahaja Sungjoong berhenti di hadapan rumah Yeongja, Yeongja mengalihkan Ahra supaya dia tidur secara melintang di tempat duduk kereta Sungjoog. Yeongja mengucapkan terima kasih kepada Sungjoong lalu masuk ke dalam rumahnya.

       Sebaik sahaja sampai di taman perumahan mereka berlapan, Sungjoong memberhentikan keretanya di hadapan rumah Ahra. Tetapi apa yang merunsingkan Sungjoong pada ketika itu adalah, Bagaimana dia patut kejutkan Ahra? Patutkah dia memanggil ibu Ahra keluar untuk mengejutkannya? Ataupun gendong gadis itu keluar dari kereta? Mungkinkah dia patut biarkan sahaja Ahra tidur di dalam keretanya?? Sungjoong dan Ahra yang tidak keluar-keluar dari kereta menarik perhatian ahli-ahli Phoenix yang lain.

       Mereka semua mendekati kereta Sungjoong lalu Woohyun mengetuk tingkap keretanya " Sungjoong! Kenapa tak keluar-keluar lagi?? Ahra dah balik ke?? ".

       Sungjoong dengan segera membuat isyarat diam dengan jari telunjuknya " Shhh!! Ahra tengah tidur tu~ Nak buat macamana ni?? ".

       Myungsoo terus menyuruh Sungjoong membuka pintu keretanya lalu mengendong Ahra keluar dari kereta. Perbuatannya itu membuatkan Woohyun terkejut! Myungsoo terus mengarahkan ahli-ahlinya yang lain agar membantunya " Hoya, Kau tolong bawakkan barang-barang Ahra, Dongwoo, Kau plak bunyikan pintu loceng rumah Ahra".

       Mereka berdua mengangguk lalu dengan pantas menjalankan tugas yang diarahkan sementara ahli-ahli lain mengekori dari belakang. Sebaik sahaja di depan pintu pagar rumah Ahra, Dongwoo terus membunyikan loceng rumahnya ' Ding Dong~ '

       Suara ibu Ahra terus keluar daripada monitor di dinding pagar " Dugusaeyeo~ ?? ".

       Dongwoo terus menjawab " Makcik Soojin~ Ini saya Dongwoo. Saya dan lain-lain dah pulang daripada membeli barang. Tetapi Ahra tertidur pula. Myungsoo sedang mengendong dia sekarang ni. Boleh tak Makcik bukakan pintu agar kami boleh menghantar dia masuk?? ".

       Ibu Ahra yang takut anaknya itu menimbulkan masalah terus cemas! " Yeke?? Minta maaflah kerana sudah menyusahkan kamu! Masuklah! ".

       Pintu pagar yang menggunakan alat kawalan jauh rumah Ahra terus terbuka apabila ibunya menekan suis yang berada di dinding berdekatan dengan monitor tadi. Mereka bertujuh masuk sementara ibu Ahra bergegas keluar.

      Sebaik sahaja ibu Ahra nampak anaknya digendong Myungsoo, Dia terus mengeluh! " Aigoo~ Minta maaflah kerana menyusahkan kamu semua. Ahra memang selalu tertidur apabila terlalu penat ".

      Mereka bertujuh mengeleng " Tak apalah makcik Soojin. Ahra tidak pernah menyusahkan kami. Lagipun apa salahnya kami buat macam ni. Lagipun kami dah jadi kawan baik ".

      Ibu Ahra tersenyum sayu " Betul ke?? Lega makcik mendengarnya. Tapi Myungsoo, Boleh tak kamu tolong hantar sampai ke bilik Ahra?? Appa Ahra tiada di rumah kerana bekerja dan makcik tak larat nak mengendong dia ".

      Myungsoo mengangguk " Boleh sahaja makcik Soojin. Tolong tunjukkan arahnya ".

      Mereka bertujuh berlalu masuk ke dalam rumah Ahra. Sebaik sahaja sampai di biliknya, Myungsoo terus meletakkan Ahra perlahan-lahan ke atas katil sementara Hoya meletakkan barang-barang Ahra di atas meja belajarnya. Apabila semuanya sudah selesai, Ibu Ahra menemani kumpulan Phoenix keluar sehingga ke pintu hadapan rumahnya sambil mengucapkan terima kasih. " Makcik ucapkan terima kasih banyak-banyak ya kamu semua. Kamu semua jaga Ahra dengan baik ".

      Woohyun tersenyum manis sambil membalas kata-kata ibu Ahra " Tak apa makcik Soojin~ Kami betul-betul tak kisah lagipun Ahra tidur lena tadi. Takkan kami nak kejutkan dia pulak. Ok lah makcik, Kami balik dulu lah ya? Hari pun dah lewat malam ni ".

      Ibu Ahra terus mengangguk " Yelah... Hati-hati ya? Lagi sekali makcik ucapkan terima kasih ".

      Ahli-ahli Phoenix menunduk hormat kepada ibu Ahra kemudian terus balik ke rumah masing-masing. Myungsoo yang baru sahaja masuk ke dalam biliknya terus merebahkan badan sambil mengeluh panjang dia terkenangkan Ahra. Dia terus mengalihkan pandangannya ke luar beranda. Dia nampak Ahra sedang tidur nyenyak. Myungsoo terus ketawa kecil kemudian memadamkan lampu biliknya dan tidur.

      Masa yang berlalu begitu pantas. Dalam sekelip mata, Akhirnya tiba hari perkhemahan dan sekarang mereka sedang beratur di luar bas. Sungyeol betul-betul teruja!!! Dia tak habis-habis bersorak daripada rumahnya sehinggalah ke sekolah. Dongwoo pula sedang memperagakan sweater limited aditionnya kepada para pelajar yang lain. Myungsoo pula sedang mendengar lagu daripada handphonenya. Sebaik sahaja cikgu-cikgu Teacher's Over Flowers sampai, Para pelajar mula memberi perhatian! 

      Cikgu Park menepuk-nepuk tangannya " Ok! Ok! May I have your attention please! Sekarang, Cikgu akan ambil kedatangan kamu semua! Sila akan tangan apabila cikgu Minwoo panggil nama kamu ya?? " .

      Cikgu Minwoo mula memanggil nama dan menanda pada kertas yang dipegangnya.

     " Kim Sung Gyu! ".

     " Ya! ".

     " Lee Ho Won! ".

     " That's Me! ".

     " Jang Dong Woo! ".

     " Yo cikgu! ".

     Satu demi satu nama dipanggil dan akhirnya nama Ahra dan Myungsoo disebut

     " Dan yang akhir sekali, Kim Ah Ra dan Kim Myung Soo~ ".

     Ahra dan Myungsoo menjawab sambil angkat tangan serentak! " Ya! ".

 Mereka berdua saling berpandangan! Myungsoo menjeling lalu kembali memandang ke telifonnya menukar laguMuka Ahra terus berubah kemerahan dan merungut di dalam hatinya! Myungsoo sekali lagi berubah menjadi dingin! Walaupun selama ini, Myungsoo dah boleh menyesuaikan diri dengan Ahra, Tapi dia tetap tak suka bercakap! Setelah semua kedatangan telah diambil, Cikgu Park terus mengarahkan para pelajar kelas 4 Ace masuk ke dalam bas. Semua murid berpusu-pusu untuk mencari tempat duduk. Akhirnya Ahra, Myungsoo, Woohyun dan Hoya duduk bersebelahan.

      Sebaik sahaja sampai di tempat duduk mereka, Ahra terus mengangkat begnya ingin meletakkan rak di atas tempat duduk mereka. Tapi Ahra ada masalah. Beg itu terlalu berat!!! Kalau setakat dijinjing daripada rumah memanglah boleh! Tapi kalau nak mengangkat bagaikan angkat berat memang susah!!!

      Sedang Ahra memerah keringatnya untuk menaikkan beg yang berat serta besar itu, Myungsoo terus mengangkatnya dengan satu tangan sambil mengeluh! " Awak ni, Tahan tumbukkan dari Yeongja boleh! Tapi nak naikkan benda ni pon tak boleh?? Kata belajar seni pertahankan diri! ".

      Ahra menundukkan kepalanya sambil merungut " Beg tu berat sangatlah! ".

      Pada ketika itu, Woohyun yang baru sahaja ingin menolong Ahra memandang ke arah lain. Sejak Myungsoo mula selesa dengan Ahra, Dia langsung tak mempunyai peluang untuk menegurnya. Dia hanya dapat berbual dengan Ahra apabila Ahra yang menegurnya dahulu.

      Di saat Ahra ingin duduk, Satu lagi masalah membelenggu dirinya! Di mana dia patut duduk?? Ahra mula berfikir " Agaknya, Myungsoo lebih suka duduk di tepi tingkap atau bersebelahan dengan laluan untuk berjalan?? Aku sepatutnya duduk kat sebelah mana eh?? ".

      Myungsoo yang seakan-akan boleh membaca fikira Ahra terus menegur sambil matanya tertumpu pada skrin hanphone touch skrinnya " Awak duduk di sebelah tingkap. Saya nak duduk kat sini ".

      Ahra tersenyum riang mendengarnya kerana masalah dah selesai! " Nae~~ ".

Sebaik sahaja para pelajar dan guru sudah duduk, Bas pun bergerak keluar daripada perkarangan sekolah. Ahra dapat rasakan sedikit janggal apabila duduk bersama Myungsoo. Myungsoo pula dari tadi sedikit pun tidak mengalihkan pandangannya daripada skrin handphone. Ahra yang berasa agak curiga dengan apa yang ditonton sehingga menyebabkan jejaka itu asyik, mula merapatkan sedikit jarak mereka lalu menjenguk. Rupa-rupanya Myungsoo sedang menonton cara-cara untuk menanam pokok bunga! Tanpa Ahra sedari, Jarak mereka semakin dekat. Apabila bas melanggar bonggol, Kepala mereka terus terhantuk! 

       Mereka berdua terus mengaduh kesakitan sambil memegang kepala masing-masing! " Aduh!!! ".

       Myungsoo terus mengalihkan pandangannya terhadap Ahra lalu marah! " YAA!!! Neon jinjja waegeurae! Duduk lah dendiam! Sakitlah! ".

       Ahra memanjangkan muncungnya sambil meminta maaf " Chosuomnida~ Saya pun nak tengok~ Kepala saya pun sakitlah!! ".

       Myungsoo terus menyorokkan handphonenya tak bagi Ahra tonton sekali! Ahra merungut-rungut di dalam hatinya sambil membuat muka " Kedekut!!! ".

       Setelah beberapa minit perjalanan Ahra mula bosan. Tiba-tiba Handphonenya berbunyi. Ahra terus memeriksa. Rupa-rupanya ada mesej masuk! Ahra pun baca mesej itu.

       ' Ahra! Awak buat apa tu?? Mesej ngan saya jom! \(^_^)/ Hoya dah tidurlah! (--_--) Zzz~ Ni saya, Woohyun! '

       Ahra terus meninjau Woohyun di sebelah sambil tersenyum! Woohyun melambai-lambaikan tangannya! Ahra terus membalas mesej yang Woohyun hantar!

       ' Woohyun! Nasib baiklah awak nak mesej dengan saya! Myungsoo kedekut! Dia asyik tengok video jer tak nak berbual dengan saya~ (TT_TT)  Mana awak dapat number saya?? <(^_^)/ '

       ' Saya dapat dari Sunggyu! Myungsoo tu memang macam tu~ Awak janganlah ambik hati. Tak payah pedulikan dia~ '

       ' Memang saya tak nak pedulikan dia~ (>_<) Awak je yang baik dengan saya~ (^_^) Oh ya! Awak ada bawak bekal?? Saya ada buat biskut chocolate chip ari tu dengan salad & sandwich! Kalau awak nak kita boleh kongsi ramai-ramai nanti! Saya memang buat banyak! '

       ' Hehehe saya memang baik dengan awak~ Kalau bekal, Saya ada masak spagetti dengan Tteobeoki sikit~ Kongsi?? Boleh jugak! (^_^) Nanti mesti banyak makanan kitakan?? '

       ' Memanglah banyak kalau kita gabungkan~ Eh?? Awak masak?? Tak sangka pulak saya yang awak pandai masak! (?_?) '

       ' Tulah~ Sape suruh awak tak tanya~ Saya ni memang handal memasak tau! (>_<) '

       ' Yelah tu~ Ntah-ntah awak suruh orang gaji yang masak! (>_<) '

       Woohyun dan Ahra akhirnya mesej sehinggalah mereka sampai di tapak perkhemahan! Pelbagai ' Perkara ' yang mereka bincangkan semasa mesej tadi! Pada ketika itu Woohyun berasa gembira tidak terkata kerana dia berasa peluang untuk dapatkan Ahra daripada Myungsoo agak cerah! 

    

 

      

     

 

 

   

 

        

        

     

       

     

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Kaira97
Chap 32 is here baby~ Do you guys think this will be the end? Just keep reading and please subscribe and leave your comment jsy~

Comments

You must be logged in to comment
princea2899 #1
Chapter 33: Author nim. .. jebal palli update. .. I can't wait. .. what will happend to Ahra? ?? Did Ahra accept Myungsoo? ?? ♡♥♡♥
Update soon. .. please update. .. ♡♥♡♥
scyaheeda
#2
Chapter 32: suspen betol citer ni.. author nim awk mmg hebat la blh buat citer yg mendebarkan..jjang~~
erasyazana_kookie
#3
Chapter 28: oh cara ni lmbt lg diorang nk couple,hhh ni suspen bru,relex2..tnggu update bru, :-D
Ai_ena
#4
Chapter 28: ooyeeahhh...xsbr nk tungu Ahra n L couple..mestii sweet bagaiiXD
jillin
#5
Alamak, asal bukak2 gmbr myungsoo xkluar eh,, myungsoo ni L ye...sbb dlm byk2 watak xde muke dia pon...
Kaira97
#6
Mianhae to my readers and subscribers cause making u guys waiting~ Maklumlah SPM xD but im back now~ :3 Beta akan sambung chap dengan pantas so please keep reading jusaeyeoo~ (Sorry utk ayat beta xD)
woohyun98
#7
Chapter 25: update soon :)
EXOXOXOSEHUNIE12 #8
Chapter 25: Update soon!
Your story was toooooooo much Daebak
Kaira97
#9
Hehe chosueomnidaa~ Maklumlah busy sikit~ Line pun prob~ Akan update dlm waktu yg terdekat~