Unexpected Enemy

You Are My Miracle

Selepas kejadian yang berlaku di kantin, Ahra dan Yeongja menjadi rakan baik. Mereka dan lain-lain balik menuju ke kelas selepas makan. Ahra menanyakan berbagai-bagai jenis soalan kepada Yeongja demi unuk memperkukuhkan lagi persahabatan yang baru terbentuk.

      " Apa yang awak selalu buat pada waktu lapang Yeongja? Di mana awak tinggal? ".

      " Saya tinggal berdekatan dengan rumah awak. Saya ada nampak awak pindah ke rumah banglo tu 2 hari lepas. Kalau pada masa lapang saya suka berlatih  taekwando dengan ayah saya. Tapi Ahra. Macamana awak boleh tahan tumbukkan saya tadi? Dengan satu tangan pulak tu! Awak betul-betul kuat lah! ".

       Dongwoo terus menyampuk " Betul tu! Mase tu awak nampak betul-betul cool tau! Macam dalam cerita kartun kat TV! Macamana awak boleh buat macam tu? Ajar lah saya jugak! ".

      Ahra tersenyum " Macam yang Woohyun cakap tadi. Saya pon ahli taekwando juga. Tapi selain taekwando, Saya juga ada belajar Kungfu, Judo,Tinju dan lain-lain. Mungkin oleh kerana saya terima pelbagai latihan,Tangan saya jadi kuat. Sebab tu saya boleh tahan tumbukkan awak ". 

Pelajar-pelajar lain memandang Ahra kagum! " Wah~! Hebat lah! ". Woohyun secara tiba-tiba melilitkan tangannya sekeliling leher Ahra " Tengok! kan saya dah kata! Awak memang patut masuk dalam kumpulan kami! Saya rasa kalau awak masuk dalam kumpulan kami, Awak akan jadi harta kami yang paling berharga! ". Kata-kata Woohyun disokong ramai pelajar! " Masuk je lah Ahra! ".

       Secara tiba-tiba jalan mereka dihalang oleh 3 orang pelajar perempuan yang berpakaian uniform sekolah agak keterlaluan dengan skirt pendek dan juga berbagai aksesori di baju! Salah seorang daripada mereka merenung Ahra dengan tajam lalu berkata " Jadi~ betul lah apa yang saya dengar. Kumpulan Phoenix nak masukkan seorang pelajar perempuan yang baru berpindah  ke dalam kumpulan mereka ".

      Sebaik sahaja mereka bertiga muncul, Wajah ahli kumpulan Phoenix dan juga pelajar-pelajar lain berubah menjadi marah! Woohyun menurunkan tangannya dari leher Ahra lalu menjeling kepada gadis itu " Awak nak ape Areum? Ketepi lah kiteorang nak lalu! ". 

       Gadis yang bernama Areum itu ketawa kecil sambil menggelengkan kepala " Ish ish ish~ Woohyun Oppa~ Tak baik la cakap macam tu~ Tambah-tambah lagi kepada seorang perempuan yang lemah macam saya tau~ ". Kegedikkan nya terserlah! Sementara rakan-rakannya yang lagi 2 orang hanya menyokong kata-kata ketua mereka itu. " Tak baik tau~ ". Pelajar-pelajar yang mengikuti Ahra dari kantin tadi geli memandang aksi mereka bertiga!

       Areum mendekati Ahra lalu membelai rambutnya " Jadi kau lah orangnya. Kim Ah Ra. Pelajar yang dikatakan terlalu  'cantik ' paras rupa? Hrmm~ Boleh lah tahan. Tapi takde lah secantik aku. ". 

      Ahra hanya mendiamkan diri manakala Yeongja dah mengepal-ngepal penumbuknya menahan marah! Areum yang perasan dengan aksi Yeongja memandang dengan sinis " Kenapa gemuk? Kau nak pukul aku ke? Tangan kau yang buruk tu, tak layak nak menyentuh muka aku yang cantik ni! Tolonglah sedar sikit diri tu! ".

      Ahra pula menjadi marah mendengar kawan barunya itu dihina! Woohyun yang menahan geram dari tadi menolak Areum ke tepi lalu menarik tangan Ahra pergi dari situ. Tapi Areum mengejar mereka berdua lalu menghalang jalan di hadapan mereka. " Woohyun! Saya tak setuju kalau awak memilih dia sebagai salah seorang ahli! Sepatutnya awak pilih saya! Bukannya dia! Saya lagi cantik dari dia! Saya lagi bagus dari dia! ".

Ahli-ahli phoenix dan pelajar yang mengejar mereka dari belakang tadi ketawa! Manakala Sunggyu tersenyum sinis memandang Areum " Apa? Weih korang, Aku rasa, Aku tak salah dengar kan? Areum? Masuk kumpulan Phoenix? Hahaha~ Jangan nak berangan la weih! ". Semua pelajar ketawa sambil memandang Areum dan kumpulannya! Sementara Areum dah merah muka menahan marah manakala ahli kumpulannya tutup muka kerana malu! .

       Areum merenung Ahra dengan tajam sambil menundingkan jari kepadanya! " Ko ingat baik-baik eh! This is not over! ". Lalu Areum mengalihkan pandangannya kepada Woohyun " Oppa! Saya takkan putus asa selagi Oppa tak terima saya masuk dalam kumpulan Phoenix! ". Woohyun memandang tepat ke dalam mata Areum " Rasanya~ perkara seperti itu takkan berlaku~ Lagipun kiteorang dah sepakat untuk memilih Ahra termasuklah Myungsoo! Good luck for that~ ". 

Areum terus berlalu pergi bersama kumpulannya. Ahra betul-betul keliru degan kejadian yang berlaku! Siapa gadis tu? Kenapa dia nak marah-marah kepada dia? Apa yang telah dia buat salah?. Tetapi apa yang mengganggu Ahra sekarang ialah Woohyun yang belum lepaskan pergelanggan tangannya! Mukanya dah merah sementara menunggu Woohyun melepaskan pergelanggan tangannya. Akhirnya dia terpaksa mengeluarkan suara.

       " Ermm. Woohyun. ". Woohyun memandang Ahra " Awak tak payah nak perdulikan Areum tu! Rosak mood saya hari ni! ".

      Ahra menggeleng sambil mennunjukkan jari ke arah pergelanggannya " Bukan sebab tu. Tapi. Tangan. ". Woohyun memandang arah yang ditunjuk. Muka dia menjadi merah serta merta lalu melepaskan tangan Ahra! " Maaaf! Maaf! Serius saya tak perasan! ". Secara tiba-tiba dia menjadi gelisah tak tentu arah! 

      Ahli-ahli Phoenix ketawa sambil mendekati mereka berdua. Sungjoong terus melilitkan sebelah tangannya di sekeliling leher Ahra. " Jom lah Cik Kim~ Mari kita masuk kelas ya~ Tak payah nak layan Si Woohyun tu. ". Woohyun terpinga-pinga melihat Sungjoong pergi! Hoya dan Sungyeol pula ketawa sambil menarik tangan Woohyun mengekori mereka berdua. Sungjoong membawa Ahra pergi sementara Yeongja, Ahli-ahli Phoenix dan para pelajar mengejar mereka dari belakang. Sunggyu terus menjerit kepada Sungjoong " Weih! kau tak payah lah nak ambik kesempatan Lee Sung Joong! ". Sungjoong hanya ketawa membawa Ahra pergi sambil menjelirkan lidah ke arah Sunggyu " Siapa cepat dialah yang dapat~ ". Mereka semua ketawa sambil mengejar Sungjoong dan menjerit " YA! Lee Sung Joong! ".

Tak lama kemudian mereka semua sampai ke dalam kelas. Myungsoo masih ada di tempatnya berpura-pura seolah-olah dia masih tidur. Sementara Sunggyu pula sedang bergurau menjerut leher Sungjoong " Siapa yang kau jelirkan lidah tadi huh Lee Sung Joong?! ". Sungjoong ketawa " Arhh! Hyung! mianhae mianhae! Saya gurau jer la! ". Ahra tersenyum melihat mereka berdua. Selepas puas melihat mereka berdua bergurau, Ahra mengalihkan pandangannya ke arah Myungsoo yang tidur memalingkan mukanya tidak ingin memandang Ahra.

      Ahra meletakkan susu segar dan roti yang dibelinya di kantin sebentar tadi di atas meja Myungsoo. " Nah. Saya beli ni di kantin tadi. Makan lah bila awak terasa lapar nanti. Saya saja belikan untuk awak. Nanti awak tak payah keluar nanti ".

      Myungsoo mengangkat mukanya lalu memandang Ahra. Dia mengambil susu dan roti itu sambil berkata " Ni je? Erm. Terima kasih ". Dia membuka plastik roti lalu memakan roti itu sambil memandang keluar ke luar tingkap. Ahra ingin berbual dengan Myungsoo tapi agak susah kerana Myungsoo tidak ingin melayannya. Setiap soalan yang ditanya Ahra, Dia tidak menjawab walaupun sepatah malah tidak memandang Ahra langsung! Suasana di dalam kelas pula agak bising kerana pelajar-pelajar di dalam kelas bersorak melihat Sungjoong dan Sunggyu sedang bergusti lengan! Tak lama kemudian Yeongja datang kepada Ahra lalu mengajak Ahra untuk berbual. Hari itu berlalu begitu sahaja kerana guru-guru si sekolah mesyuarat dari pagi hingga lah ke petang. Sebaik sahaja loceng terakhir persekolahan berbunyi, Ahra dan Yeongja mengalas beg mereka lalu keluar dari kelas pulang ke rumah. 

       Ahra menawarkan untuk meneman Yeongja pulang ke rumah. " Yeongja! Jom kita jalan kaki sama-sama! Nanti boleh saya lawat rumah awak! Itu pun kalau awak tak kisah~ ".

       Yeongja tersenyum lebar "Dah tentu boleh! Saya tak kisah pon! Omma saya mesti suka kalau saya bawa kawan balik rumah! Omma saya betul-betul harap yang saya akan dapat kawan di sekolah ni! Oh Ya! Omma saya ada kedai Ramyeon yang popular tau! Masakkan Omma saya memang sedap! ".

       Ahra menggangguk " Betul ke? Tak sabar rasanya saya nak mencuba! ". Mereka berdua ketawa sambil berpeganggan tangan.

      Tiba-tiba Ahra terdengar suara seseorang memanggilnya daripada belakang " Ahra! Ahra! Tunggu! ". Mereka ialah ahli-ahli Phoenix! Mereka bertujuh mendekati Ahra. Myungsoo pula hanya mendiamkan diri sambil berjalan memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket mengekori kawan-kawannya.

        Dongwoo dan Sungyeol tercungap-cungap mengejar Ahra! Ahra tersenyum ke arah mereka sambil berkata " Oh! Awak berdua rupanya! Ada apa? ".

        Sunggyu tersenyum sambil memandang ke arah Ahra " Awak nak balik dengan kami tak? Kami boleh hantarkan~ Lagi pon awak salah seorang daripada kami ".

       Ahra merenung Sunggyu lalu berkata " Awak ni. Kan saya dah cakap. Saya belum setuju lagi. Esok pagi baru saya bagi keputusannya ".

       Woohyun pula menambah " Tapi tak salah kan? Kalau kami hantar Cik Km Ah Ra balik? " Dia berkata sambil mengelipkan matanya. 

       Muka Ahra mula bertukar menjadi merah " T...Tak apa! S... Saya dan Yeongja nak balik jalan kaki! ". Ahli-ahli Phoenix ketawa melihat gelagat Ahra!

       Hoya tersenyum sambil membetulkan cermin matanya " Nampaknya, Wajah awak dah merah Cik Kim. Tak sangka pula awak ni pemalu orangnya ".

       Sungyeol tersenyum malu sambil berkata " Ermm~ Kalau macamtu boleh tak kalau saya pon nak jalan kaki dengan awak? "

       Ahra tersenyum " Dah tentu boleh! Tapi awak tak penat ke? Di mana rumah awak? Jauh ke dari rumah saya? ".

       Sungyeol mengeleng " Tak lah! Rumah awak dan saya dekat jer! Kan kawasan perumahan kita adalah untuk orang-orang kaya! Sebenarnya rumah kita semua ada kat dalam satu taman! ".

      Ahra menggangguk " Oh! Ya ke?? Patutkan semua rumah besar-besar~ Rupa-rupanya itu semua rumah awak semua ".

Ahra terperanjat! Kalau mereka semua tinggal di tempat perumahan yang sama, Maknanya makin susah lah Ahra nak melepaskan diri dari mereka! Terutama Woohyun! Dia berasa tidak senang dengan perlawaan Woohyun untuk masuk ke dalam kumpulan Phoenix tambah-tambah lagi apabila gadis yang bernama Areum telah memberi ugutan kepadanya pagi tadi.

       Secara tiba-tiba lamunan Ahra terhenti apabila Woohyun menepuk bahunya " Ahra! Saya pun nak balik jalan kaki la dengan awak! ".

        Ahra menggangguk " Ya boleh~ Tapi! Awak kata yang awak semua ni anak orang kaya kan? Tak ada ke orang gaji yang jemput? atau kereta sendiri? Paling tidak pun pengawal peribadi! Tak takut kene culik ke?

        Sunggyu terus menyampuk apabila Woohyun ingin menjawab soalan Ahra " Sebenarnya, Kami semua ada kereta sendiri. Pengawal peribadi pun ada. Banyak pulak tu. Cuma hari ni kami merayu pada ibu bapa kami untuk longgarkan keselamatan sedikit sahaja~ Yalah untuk menyambut kedatangan awak. Saya rasa pengawal saya takkan bagi saya untuk dekati awak memandangkan kita belum kenal. Pengawal kami semua ada di sekeliling sekolah ni ". Kata Sungyu sambil tersenyum mempamerkan matanya yang sepet.

        Woohyun terus mengetuk kepala Sunggyu sebaik sahaja dia habis bercakap " Aishh kau ni! Boleh tak jangan nak menyampuk bila orang tengah bercakap! ". 

        Sunggyu menggosok kepalanya " Yela-yela~ Kalau ya pun tak payah lah ketuk kuat-kuat! ". Woohyun terus mengalihkan pandangannya kepada Ahra " Memang kami ada kereta, sebab tu kami tawarkan nak hantar awak dan Yeongja pulang. Tapi kalau awak nak jalan kaki, Saya boleh suruh pembantu membawa kereta kami pulang ".

         Ahra setuju " Hrmm... Baiklah. Ikut lah saya kalau nak. Saya memang nak biasakan diri dengan keadaan di sekeliling  bandar ni. Nanti saya tak sesat ". 

        Tiba-tiba Myungsoo bersuara " Saya tak nak ". Semua orang berpaling memandang Myungsoo.Kemudian Woohyun bertanya " Eh? Kau kenapa? Asal tak nak ikut? ".

        Myungsoo mengosok-gosok leher nya " Sorry la Woohyun. Aku rasa aku tak berapa sihat hari ni. Mungkin lain kalilah. Aku pergi dulu. Jumpa korang esok ".

Myungsoo terus berlalu pergi sambil menyandang begnya. Ahra berasa agak risau dengan kesihatan Myungsoo. Dia membuat keputusan untuk melawat Myungsoo apabila dia balik nanti. Boleh juga dia berkenalan dengan ahli keluarga Myungsoo nanti. Mereka berlapan pun berjalan menuju ke pintu pagar sekolah. Di situ, Terdapat 6 Pengawal Peribadi. Sementara berpuluh-puluh orang lagi di sekeliling sekolah. Nampaknya yang berdiri di hadapan pintu sekolah ialah ketua mereka.

         Mereka menyambut kedatangan tuan muda mereka. " Selamat pulang tuan muda Howon. Sila masuk ke dalam kereta ". Ketua pengawal peribadi yang lain mengatakan perkara yang sama kepada tuan muda mereka.

        Dongwoo terus berkata kepada pengawal peribadinya " Pengawal Choi, Saya nak berjalan kaki hari ni. Arahkan pengawal-pengawal yang lain pulang. Awak juga saya benarkan pulang jika awak mahu ".

        Pengawal Choi tunduk hormat kepada Dongwoo " Tidak tuan muda. Saya akan iringi tuan pulang ke rumah dengan selamat. Saya akan berjalan kaki dengan tuan ".

Para ketua pengawal peribadi yang lain menyatakan hasrat yang sama seperti Pengawal Choi. Ketua pengawal peribadi terus mengarahkan anak-anak buahnya pulang membawa kereta. Sebaik sahaja mereka terima arahan, Mereka terus membawa kereta-kereta sport milik tuan muda mereka berenam pulang. Mereka berlapan pun berjalan pulang dengan pengawal peribadi ahli-ahli Phoenix di belakang mereka. Sepanjang perjalanan mereka pulang, Mereka berbual.

          Woohyun yang berjalan seiringan dengan Ahra sambil memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket seluar terus bertanya kepada Ahra " Ahra. Awak tak ada pengawal peribadi ke ?. Maksud saya, Tak mungkin Appa awak akan abaikan keselamatan awak kan? ".

          Ahra mengeluh " Huh~ Saya ada sebenarnya. Malah lebih ramai dari awak punya. Tapi saya tak nak dikelilingi dengan orang yang risaukan keselamatan saya. Saya rasa, Saya boleh jaga diri sendiri. Lagi pun, Tak selesa lah. Sebab tu saya belajar seni pertahankan diri  ".

              Woohyun menggangguk " Oh~ Begitu rupanya ". Secara tiba-tiba Ahra terus memeluk lengan Yeongja membuatkan gadis tembam itu terperanjat! " Yeongja! yeongja! Petang ni awak nak tak pergi jalan-jalan? Awak bawa lah saya jalan-jalan sekeliling bandar ni! Saya nak biasakan diri~ Boleh ya? ".

          Yeongja tersenyum " Ya, Mestilah boleh! ". Ahra bersorak gembira sambil menggangkat kedua-dua belah tangannya mendengar persetujuan Yeongja " Yeay!!! "

          Sungyeol memandang kakinya sambil merah muka bertanya " Tapi....Saya nak ikut....boleh...? ".

          Ahra berpaling ke belakang mendekatkan wajahnya memandang Sungyeol " Awak tahu tak Sungyeol. Saya rasa awak ni comel. Saya suka lah dengan awak ni. Awak boleh ikut saya ". Ahra mempamerkan senyuman yang membuat hati Sungyeol berdegup kencang.

          Sungjoong dan lain-lain tak puas hati " Cik Kim! Kenapa Sungyeol sorang pulak yang comel?! Saya ni lebih comel dari dia tau! ". Kata-kata Sungjoong disokong ahli-ahli Phoenix yang lain! Sementara Sungyeol masih lagi tergamam dengan perbuatan Ahra tadi!

             Ahra menjelirkan lidahnya " Eleh~ Nak ikut saya keluar jalan-jalan cakap je la~ Ni nak marah-marah kat Sungyeol pulak~ Kan Sungyeol? ".

          Sungyeol masih lagi tersengih sensorang! Ahra menepuk dahinya sambil menggelengkan kepalanya " Saya tak sepatutnya cakap macam tu dekat dia tadi ".

         Sunggyu terus menepuk belakang Sungyeol membuatkan budak yang tengah angau itu tersedar " Weih! Apa lah kau ni! Jangan la ambik serius pulak apa yang Ahra cakap tadi! Dia bergurau jer tadi la! ". Sungyeol buat-buat ketawa " Hahaha...Dah tentu....Takkan lah aku nak ambik serius apa yang Ahra cakap. Macam orang terhegeh-hegeh jer aku ni... ".

Mereka semua ketawa. Kemudian teruskan perjalanan. Sementara Sungyeol tertinggal di belakang, menepuk-nepuk dadanya sambil memandang Ahra yang sedang ketawa mendengar lawak Dongwoo " Apa yang tak kena dengan aku ni?? ". Secara tiba-tiba lamunannya terhenti apabila Hoya memanggilnya " Sungyeol! Cepat lah! Nanti kau tertinggal! ". Sungyeol memegang kedua-dua tali beg nya kemudian menarik nafas dalam-dalam dan tersenyum " Ya! Aku datang ni! ".

          Tak lama kemudian mereka sampai di rumh Yeongja. " Ahra inilah rumah saya. Dan di tepi itu kedai Ramyeon keluarga kami. Awak nak masuk makan dulu ke? ". 

         Ahra menggeleng " Tak apa kejap lagi saya datang ya? Saya pergi tukar baju dulu, Nanti saya datang rumah awak. Lepas makan di kedai awak nanti, Awak terus bawa saya pergi ke Bandar ya? ".

          Yeongja menggangguk " Baiklah. Saya akan tunggu awak. Bye, Ahra! ". Yeongja menggangkat tangannya melambai rakan barunya itu sebaik sahaja Ahra melangkah pergi. 

Ahra juga melambai tangannya " Bye~ ". Ahra tersenyum. Sekarang hanya tinggal mereka bertujuh. Mereka berlima menolak-nolak sesama sendiri kerana ingin jalan seiringan dengan Ahra. Sementara Hoya hanya tersenyum melihat gelagat rakan-rakannya itu. Mereka semua terpaksa mendaki bukit yang agak tinggi untuk sampai ke taman perumahan mereka.

          Ahra menoleh ke arah ahli-ahli Phoenix kemudian bertanya " Jadi siapa di antara kamu semua yang jadi jiran kiri dan kanan saya ? "

         Sungjoong dan Dongwoo menggangkat tangan mereka " Saya! Saya tinggal di sebelah kanan. Sungjoong pula tinggal di sebelah kiri ".

            Ahra mengganguk faham " Oh~ begitu rupanya~ Jadi jiran depan rumah saya Myungsoo. Siapa pula yang duduk di belah kiri dan kanan Myungsoo? ".

         Hoya dan Woohyun pula yang menggangkat tangan mereka " Saya jiran sebelah kiri Myungsoo. Hoya pula jiran sebelah kanan. Sungyeol jiran saya. Sunggyu pula jiran Sungjoong. Faham? ".

         Ahra mengeleng kemudian berkata " Faham! ".

         Woohyun ketawa. " Awak mengeleng tapi kata ' faham ' ? awak ni kelakar lah ".

        Ahra tersenyum " Itu tandanya 50-50 lah~ Nanti saya datang melawat awak semua ya? Jangan tutup pintu masa saya datang pulak ". 

           Ahli-ahli Phoenix ketawa " Kami takkan buat macam tu lah~ Siapa yang buat macam tu, Awak bagi tau jer saya! Biar saya ketuk kepala dia! " Kata Woohyun sambil menunjukkan cara menggetuk kepala.

        Ahra ketawa " Yalah~ ". Tak lama kemudian mereka sampai di taman perumahan mereka. Tetapi mereka berhenti di rumah Dongwoo. Kemudian Woohyun berkata " Tengok eh~ Itu rumah Dongwoo. Depan tu pula rumah Hoya ". Dongwoo dan Hoya terus pergi ke rumah mereka kemudian berdiri di situ. Kemudian Woohyun menyuruh Ahra berdiri di hdapan rumahnya pula " Ok. Di sini rumah awak. Di depan pula rumah Myungsoo ". Sebelum disuruh, Sungjoong terus berdiri di hadapan rumahnya " Di situ pula, Rumah Sungjoong ". Woohyun terus bergerak di hadapan rumahnya sambil menjerit kerana takut Ahra tak dengar kata-katanya " Di sini rumah saya! ". Seterusnya rumah Sunggyu dan Sungyeol. " Sungyeol duduk di sebelah rumah saya! Sunggyu pula duduk di sebelah rumah Sungjoong! Sekarang awak faham tak ?! ". Ahra meletakkan kedua-dua belah tapak tangannya di antara mulutnya kemudian menjerit " Saya faham!! ". Kata Ahra sambil menunjukkan tanda ' ok ' menggunakan tangannya.

       Mereka semua terus menjerit di hadapan taman perumahan itu! Sunggyu menjerit pada Ahra " Ahra! Datang rumah saya tau! " Ahra membalas " Baiklah!! ".

       Dongwoo dan Sungjoong ikut menjerit walaupun mereka berjiran! " Ahra!! Rumah saya juga! ". Sungjoong menyambung " Saya pun!! ".

      Ahra ketawa melihat mereka menjerit. Ahra pun menjerit sekali  " Ya~ !! ".

      Secara tiba-tiba, Myungsoo keluar ke berandanya sambil terpesin dan memakai baju sejuk " (HATCHUM!!!) YAA!!! SHIKEUREO!!! AKU NAK TIDUR PUN TAK BOLEH LAH!!! ".

      Mereka semua berterabur masuk ke dalam rumah masing-masing! Takut melihat Myungsoo yang sedang marah kerana mereka buat bising! Mereka boleh dengar Dongwoo, Sunggyu dan Woohyun sedang ketawa sehingga nak keluar anak tekak kerana melihat Myungsoo marah sambil terpesin!  " WAHAHAHAHA!!! "

       Myungsoo betul-betul marah! " YAA!!! JANG DONG WOO!!! (HATCHUM!!!) KALAU AKU KELUAR NANTI!!! NEON JINJJA CHUGEOSEO!!! ".

         Dongwoo ketawa tak henti-henti sambil menjerit pada Myungsoo ! " MIANHAE~ ! MIANHAE~ ! MYUNGSOO YAA!!! WAHAHAHAHAH!!! ".

      Myungsoo terus masuk ke dalam biliknya sambil menutup pintu berandanya kuat " BAAMM!!! ". Dia meyumpah-nyumpah Dongwoo di dalam hatinya kerana mengganggu dia tidur! " Tak guna betul budak tu! Siap lah kalau aku dah sihat nanti!! ( HATCHUM!!!) ".

Ahra juga turut ketawa sebaik sahaja dia melepasi pintu masuk ke dalam rumahnya! Dia ketawa sambil memegang perutnya yang sudah mula terasa senak kerana tidak cukup oksigen akibat ketawa! Dia tidak sangka berkawan dengan mereka bertujuh boleh buat dia ketawa sampai macam tu sekali! Dah lama betul dia tak ketawa macamtu! Secara tiba-tiba, Ibunya datang dari belakang menepuk punggung Ahra! Ahra yang sedang ketawa menghadap pintu sedikit pun tidak perasan dengan kehadiran ibunya! membuatkan dia berhenti ketawa kemudian merintih kesakitan sambil menggosok punggungnya!  " OUCH!! Omma! Appo! (Sakitlah!) ". Sebaik sahaja dia memalingkan mukanya, Ahra seakan akan disumpah menjadi batu kemudian disambar petir membuatkan badannya berkecai! Dia betul-betul terperanjat melihat tetamu yang ramai di dalam rumahnya! Dan mereka semuanya ibu-ibu kepada ahli kumpulan Phoenix!

   

 

 

 

 

 

 

 

       

 

     
 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Kaira97
Chap 32 is here baby~ Do you guys think this will be the end? Just keep reading and please subscribe and leave your comment jsy~

Comments

You must be logged in to comment
princea2899 #1
Chapter 33: Author nim. .. jebal palli update. .. I can't wait. .. what will happend to Ahra? ?? Did Ahra accept Myungsoo? ?? ♡♥♡♥
Update soon. .. please update. .. ♡♥♡♥
scyaheeda
#2
Chapter 32: suspen betol citer ni.. author nim awk mmg hebat la blh buat citer yg mendebarkan..jjang~~
erasyazana_kookie
#3
Chapter 28: oh cara ni lmbt lg diorang nk couple,hhh ni suspen bru,relex2..tnggu update bru, :-D
Ai_ena
#4
Chapter 28: ooyeeahhh...xsbr nk tungu Ahra n L couple..mestii sweet bagaiiXD
jillin
#5
Alamak, asal bukak2 gmbr myungsoo xkluar eh,, myungsoo ni L ye...sbb dlm byk2 watak xde muke dia pon...
Kaira97
#6
Mianhae to my readers and subscribers cause making u guys waiting~ Maklumlah SPM xD but im back now~ :3 Beta akan sambung chap dengan pantas so please keep reading jusaeyeoo~ (Sorry utk ayat beta xD)
woohyun98
#7
Chapter 25: update soon :)
EXOXOXOSEHUNIE12 #8
Chapter 25: Update soon!
Your story was toooooooo much Daebak
Kaira97
#9
Hehe chosueomnidaa~ Maklumlah busy sikit~ Line pun prob~ Akan update dlm waktu yg terdekat~