Teachers Over Flowers ~

You Are My Miracle

Ahra melangkah longlai ke dalam kelas bersama Yeongja. Yeongja risau melihat rakannya itu! Ahra nampak betul-betul mengantuk! Yeongja dapat mengagak yang Ahra tidur lambat semalam! Tetapi apa yang dibuatnya sampai tidur lambat? Pukul berapa Ahra tidur semalam? Apabila Yeonja bertanya kepadanya, Ahra hanya berkata yang dia tidak dapat tidur lalu melukis sehingga lewat malam. Sebaik sahaja Ahra sampai di tempat duduknya, Dia terus merebahkan kepalanya ke atas meja. Dia menoleh ke sebelah kirinya. Myungsoo tiada. Pasti budak itu tak sampai lagi. Ahra mengeluh sambil menutup matanya. Dia betul-betul ngantuk! Terima kasih kepada ' Upacara ' yang banyak membantu! Ahra tiba awal di sekolah hari itu kerana ingin tidur di sekolah. Ahli-ahli Phoenix dan murid-murid lain masih belum ada di dalam kelas kecuali dia dan Yeongja. Langit diluar pon masih hitam. Nasib baik Yeongja ingin pergi ke sekolah awal dengannya! Selepas beberapa saat, Ahra tertidur. Yeongja yang kasihan melihat keadaan Ahra keluar dari kelas mencari kopi atau ubat yang boleh membuat mata Ahra segar ketika cikgu mengajar. Dia tidak ingin teman barunya itu dimarahi cikgu sedangkan Ahra baru sahaja masuk ke dalam sekolah itu. Tinggallah Ahra seorang tertidur di dalam kelas.

       Selepas 10 minit berlalu, Myungsoo masuk ke dalam kelas sambil menyandang begnya di belakang dengan tangan kanannya. Dia terperanjat melihat Ahra yang sampai awal ke sekolah. Myungsoo tahu yang Ahra mengantuk kerana tidak cukup tidur semalam. Myungsoo terus berjalan menuju ke tempat duduknya di sebelah Ahra. Myungsoo memang selalu datang ke sekolah awal. Dia tidak pernah terlewat datang ke sekolah. Dia cuma akan pergi ke belakang sekolahnya untuk duduk melepak di pokok besar. Tetapi oleh kerana dia selalu tertidur, Murid-murid di sekolahnya akan mengangap yang Myungsoo seorang budak yang suka ponteng kelas pertama tetapi masuk kelas kedua. Myungsoo yang duduk di sebelah Ahra berasa agak tergugat kerana Ahra tidur sambil memandang ke arahnya. Myungsoo membuka buku latihan Mathematics dan mula menyelesaikan soalan yang susah. Satu demi satu soalan dijawab. Selepas 1 minit dia menutup buku latihan itu lalu memandang ke arah Ahra. Dia tidak boleh menumpukan perhatian jika Ahra berbuat begitu! Dia asyik memandang wajah Ahra yang tertidur tidak tahu kenapa! Myungsoo terus membawa buku latihan dan pensilnya menuju ke arah pintu keluar kelas.

       Selang beberapa langkah dia berhenti kemudian menoleh ke arah Ahra. Dia rasa bersalah pula meninggalkan gadis itu berseorangan di dalam kelas. Bagaimana jika ada pelajar lelaki yang nakal cuba berbuat sesuatu kepadanya?? Myungsoo menggaru kepalanya kasar dengan kedua-dua belah tangannya membuatkan rambutnya yang elok tersusun rapi serabut. Ahra selalu sahaja membuat dia risau walaupun gadis itu sedang tidur! Myungsoo terus menanggalkan jaketnya lalu menyelimuti bahu Ahra. Myungsoo terus mengigit bibirnya sambil berfikir. Kenapa dia perlu risau pasal Ahra?? Dia bukannya ada apa-apa hubungan dengan Ahra! Malah jika ada apa-apa yang jadi kepada Ahra bukannya salah dia! Siapa suruh tidur di dalam kelas sorang-sorang?? Myungsoo membuat keputusan untuk meninggakan Ahra berseorangan. Dia terus mencapai buku dan pensilnya lalu keluar dari kelas menuju ke pokok besar di belakang sekolah. Di situ tiada siapa boleh menganggunya!

       Sebaik sahaja Myungsoo sampai ke pokok itu, Dia terus melabuhkan punggungnya lalu membuka buku latihan dan mula menyelesaikan masalah matematik yang mencabar minda. 2 Soalan telah siap diselesaikannya. Tetapi perasaan risaukan Ahra tidak pernah meninggalkan jiwanya. Dia cuba membuat soalan yang lebih susah kerana ingin melupakan Ahra yang tidur berseorangan di dalam kelas. Formula-formula matematik mula bermain di dalam mindanya " X kuasa 2 tambah 70 per 100 bahagikan dengan 45... ". Mata pensilnya meluncur laju di atas permukaan buku latihan menyelesaikan masalah matematik itu tanpa menggunakan kalkulator. Tiba-tiba dia terbayang jika Ahra diganggu oleh sekumpulan pelajar lelaki di dalam kelas. Fikirannya bercelaru!!! Apa yang patut dia buat?!! Sehinggakan masalah matematik pon tidak boleh membuatkan dia melupakan Ahra! Myungsoo cuba lagi untuk melupakan Ahra! Dia membuat latihan itu sampai habis 2 muka surat. Tetapi perasaan risau tetap menyelubungi dirinya.

        Pencilnya kejap diletak kejap dipegang. Akhirnya dia membuat keputusan untuk naik ke kelas untuk menemani Ahra. Myungsoo berlari sepantas yang mungkin membayangkan Ahra menjerit namanya meminta tolong kerana diganggu oleh pelajar lelaki. Sampai sahaja di hadapan pintu kelas dia terus menyelak pintu dengan kuat sambil tercungap-cungap mengambil nafas memandang Ahra! Peluh membasahi dahinya. Dia nampak ada 6 orang pelajar lelaki mengelilingi Ahra! Memang betul perkara yang bermain di dalam fikirannya! Memang ada pelajar lelaki yang ingin mencederakan Ahra! Salah seorang pelajar lelaki ingin menyentuh Ahra untuk membangunkannya! Myungsoo yang merasakan Ahra dalam bahaya terus menjerit! " Jangan sentuh di...!!! ". Belum habis dia menghabiskan ayatnya, Keenam-enam pelajar lelaki itu memandang ke arahnya! Mereka semua ialah Woohyun, Sungjoong, Sungyeol, Hoya, Sunggyu dan Dongwoo! 

        Myungsoo diselubungi perasaan malu! Sunggyu yang terperanjat dengan jeritan Myungsoo terus memarahi dia " YA!! Neon jinjja waegeurae??! Kenapa kau jerit macam tu?! Terperanjat aku!! ". 

       Myungsoo mendekati mereka berenam sambil mengelap peluh yang keluar di dahi dengan lengannya " Aku ingat ada budak nak kacau Ahra tadi... Tu yang aku jerit tadi... Sorry arh... Aku tak tau plak rupa-rupanya korang~ ".

       Sungjoong tersenyum sambil menyucuk-nyucuk lengan myungsoo dengan jari telunjuknya " Kau risau kat Ahra eh~ "

       Myungsoo menepis tangan Sungjoong " Mane ade la! Aku cuma nak pastikan dia selamat sebab diakan salah seorang dari kita! ".

       Sungjoong terus menundingkan jarinya ke arah jaket yang membaluti badan Ahra " Habis tu yang ni apa?? Jaket kau boleh pastikan Ahra selamat ke?? "

       Myungsoo mula gagap " I..itu se...sebab hari ni kan sejuk!!! Aku bagi dia pinjam jer! ".

       Myungsoo terus mengambil semula jaketnya dengan perlahan kerana tidak ingin Ahra terjaga " Hah! Tengok ni aku dah ambik balik Ok! ".

       Woohyun ragu-ragu dengan jawapan Myungsoo. Dia tahu yang Myungsoo mula sukakan Ahra. Woohyun terus mengalihkan pandangannya ke arah Ahra lalu mengejutkan gadis itu " Ahra? Ahra? Bangun. Dah berapa lama awak tidur sini? Bangun cepat nanti leher awak sakit kalau tidur macam tu lama-lama ".

        Ahra bangun sambil menggosokan mata. Ahra belum terjaga sepenuhnya " Oh... Awak semua... Bila awak semua sampai...?? Mana Yeongja?? ". Tanya Ahra sambil melihat sekeliling.

        Sunggyu memandang ke arah Ahra " Awak datang ke sekolah bersama Yeongja ke tadi?? Tapi masa kami sampai tak ada Yeongja di dalam kelas! ".

        Ahra terus sahaja memandang sekeliling tanpa melihat Sunggyu " Yeke~ ? Mana pulak dia dah pergi~ ? Jangan-jangan dia kena ganggu dengan Areum tak??! ".

        Tiba-tiba Yeongja masuk dengan tangannya memegang secawan kopi panas dari restoran MC Donald yang dibeli. " Ahra? Awak dah bangun?? Eh? Awak semua pun dah sampai? Sorry Ahra tadi saya keluar kejap nak carik sesuatu yang boleh membuatkan awak tak tertidur masa sesi pembelajaran nanti... Ni, Saya ada bawakkan awak kopi. Harap lepas awak minum nanti, Awak tak ngantuk lagi ". Kata Yeongja sambil menghulurkan kopi itu kepada Ahra.

        Ahra tersenyum " Awak ni Yeongja! Buat susah-susah jer! Saya ingatkan awak dibuli oleh Areum tadi! Kenapa pergi tak bagi tahu saya? ".

        Yeongja menggarukan kepalanya " Dah awak tidur tadi~ Saya tak nak lah ganggu awak~ Lagipun awak nampak betul-betul ngantuk! Apa yang awak buat semalam sampai ngantuk macam ni?? ".

        Ahra terus memandang tajam ke arah kumpulan Phoenix! " Kan saya dah cakap~ Saya melukis sampai larut malam~ Tapi malangnya lukisan saya tak jadi disebabkan saya kene layan 7 ' orang anak buah ' yang degil tak reti nak tidur!! ".

        Dongwoo dan lain-lain memandang ke arah lain sambil bersiul~ Mereka tahu yang Ahra memang marah kepada mereka! Malah mereka bertujuh pun tak cukup tidur akibat upacara semalam! Ahra mengeluh~ Dah tak ada gunanya marah kepada mereka bertujuh kerana perkara sudah berlaku~ Bukannya dia boleh undurkan masa pun!

        Ahra terus mencapai kopi yang dihulur Yeongja " Terima kasih ya Yeongja~ ".

        Yeongja mengangguk sambil tersenyum. Girang sungguh hatinya melihat Ahra menghirup kopi panas itu perlahan. Kalau boleh dia nak lakukan apa sahaja untuk rakan pertamanya itu. Dia cukup bersyukur kerana Ahra ingin berkawan dengan dirinya yang besar itu. Kehidupannya terus berubah sebaik sahaja Ahra muncul di dalam dirinya! Setiap hari bibirnya mengukir senyuman apabila bersama Ahra! 

        Tiba-tiba Hoya mengajak Ahra dan kumpulannya untuk berjalan-jalan di sekeliling sekolah. Memandangkan Ahra masih belum kenal betul dengan kawasan sekolah, Hoya bercadang untuk membawa Ahra pusing-pusing melihat kawasan sekeliling sekolah. Ahra bersetuju dengan cadangan Hoya! Boleh lah dia menghilangkan rasa ngantuknya sambil berjalan dan minum kopi yang Yeongja beli!

        Mereka semua pun bergerak mengelilingi sekolah. Hoya menunjukkan setiap bangunan di sekolah itu siap dengan sejarah nya sekali! Lepas ni mesti Ahra takkan sesat jika ingin pergi ke mana-mana! Mereka semua ketawa sambil bergerak di dalam satu kumpulan! Semua murid yang baru hadir ke sekolah memerhatikan mereka bersembilan dengan penuh kagum dan cemburu! Termasuk lah Areum dan kumpulannya! Bagi Areum apa yang dipandangnnya amat lah menyakitkan hati! Kali ini dia tidak puas hati pada Yeongja pula! Areum faham jika Ahra diterima masuk kumpulan Phoenix, Tapi Yeongja?? Kenapa pula dia nak dekat-dekat dengan kumpulan Phoenix?? Tak sesuai langsung!! Areum mula merancang pelan jahatnya.

        Sebaik sahaja mereka semua selesai ' Melawati ' sekolah yang besar itu, Mereka masuk ke sekolah kemudian melalui koridor utama di mana semua murid-murid menggunakannya. Sedang mereka bersembilan berjalan, Tiba-tiba mereka dengar pelajar-pelajar perempuan menjerit kegilaan!!! Woohyun dan lain-lain tersenyum " Nampaknya mereka dah sampai~ ".

        Ahra binggung " Siapa yang dah sampai?? ".

        Yeongja pon terangkan " Teachers Over Flowers lah~ Awak tunggu jer kejap lagi diaorang lalu lah~ ".

Ahra pon menunggu~ Tiba-tiba Ahra ternampak 5 orang guru yang tampan sedang berjalan perlahan! Ketika mereka berlima berjalan seolah-olah ada cahaya di belakang mereka! Masa tu jugak lah lagu OST Boys Over Flower ' Paradise ' nyanyian SS501 berkumandang di dalam hati Ahra! Pelajar-pelajar perempuan mengerumuni mereka sambil menjerit! Ahra juga terperanjat! Tak sangka ada guru yang begitu kacak di sekolah itu! Yeongja terus memberitahu maklumat semua guru-guru yang sedang berjalan itu dari jauh.

        Yeongja menjuihkan bibirnya ke arah guru yang berjalan paling tengah sekali  " Yang berjalan di tengah tu merupakan ketua mereka. Namanya cikgu No Min Woo. Dia mengajar mata pelajaran Seni, Inggeris dan Memasak. Yang jalan kat belah kiri ngan kanan dia cikgu Song Joong Ki dan cikgu Kim Yun Ho. Cikgu Joongki ajar Sejarah dan Sivik. Cikgu Yunho plak ajar Sains dan matematik. Cikgu Yunho juga merupakan doktor di sekolah ni. Kalau budak-budak sakit dia yang merawat. Yang jalan sebelah cikgu Yunho tu cikgu Kim Daesung. Cikgu Tough tu ajar Pendidikan Jasmani. Dan akhir sekali, Guru kelas kita. Cikgu Park Jung Min. Ajar Bahasa Korea dan jepun. Cikgu Park juga merupakan Kaunselor sekolah ".

        Ahra menggangguk faham. Sungjoong terus menyambung " Mereka berlima bukan sahaja terkenal kerana wajah yang tampan. Malah mereka semua mempunyai syarikat sendiri. Cikgu Yunho merupakan anak murid kepada Ayah Hoya. Cikgu Min Woo pula saya dengar merupakan peminat bagi hasil lukisan mak awak. Di dalam sekolah ni, Mereka berlima dikenali dengan nama Teachers Over Flower kerana kacak. Tapi awak jangan risau, Kumpulan Phoenix lebih popular dari mereka ".

        Ahra ketawa kecil mendengarnya. Tiba-tiba cikgu Park menghampirinya bersama guru-guru lain! Wajah Ahra merah sedikit tetapi tidak lah semerah apabila Myungsoo mengelipkan matan kepadanya. Semua pelajar yang berada di koridor mengerumuni mereka! Pertembungan hebat antara Kumpulan Phoenix dan Teachers Over Flowers!

        Cikgu Park mula berbual dengan Ahra " Selamat pagi kamu semua. Oh ya Ahra, Semalam saya tak sempat nak tunjukkan kat mana lokar kamu sebab ada perkara yang tidak diingini berlaku semalam kan? Kalau macam tu, Mari ikut saya, Saya akan tunjukkan di mana lokar awak ".

        Ahra mengangguk " Baiklah cikgu ". 

        Sepanjang perjalanan guru-guru yang tampan berkenalan dengan Ahra. " Jadi kamu lah Kim Ahra ya?? Anak kepada Guru Soojin?? ". Tanya Cikgu Min Woo kepada Ahra.

        Ahra menggangguk " Ya... ".

        Cikgu Minwoo tersenyum " Saya rasa kamu mesti dapat bakat cikgu Soojin kan?? Tak sabar rasanya ingin lihat hasil seni awak ".

        Ahra melemparkan senyuman manis kepadanya " Saya tak lah sebagus Omma saya cikgu... Tapi saya memang bercita-cita untuk menjadi lebih baik dari Omma saya ".

        " Cikgu harap cita-cita kamu tercapai " Balas cikgu Minwoo sambil tersenyum.

        Sedang Ahra dan cikgu Minwoo berbual, Tiba-tiba cikgu Joongki menyampuk! " Saya rasa~ Awak lah gadis yang paling cantik di dalam sekolah ni Ahra~ Rasanya kalau saya muda sikit jer lagi, Saya mesti jadikan awak Yeoja Chingu saya~ ".

         Ahra ketawa sambil memandang ke arahnya " Terima kasih cikgu, Bagi saya, Cikgu pun kacak juga ".

         Senyuman Ahra yang manis menenangkan hati cikgu Joongki! Baginya itulah senyuman yang paling menawan yang pernah dia lihat! Kebanyakan pelajar perempuan di sekolah itu cair sebaik sahaja melihat senyumannya! Tetapi tidak kepada Ahra! Cikgu Joongki terus menguji Ahra! Tiba-tiba cikgu Joongki melilitkan lengannya keliling pinggang Ahra! " Tapi, Kalau saya tua sikit pon siapa kisah kan? Saya rasa kita berdua sesuai kalau jadi couple! ".

          Wajah Ahra berubah kemerahan! Apa yang tak kena dengan cikgu ni??! Tak sangka ada juga cikgu yang macam ni! Cikgu Daesung terus menarik telinga cikgu Joongki sambil mengheretnya menjauhi Ahra " Dah~ dah tu ya Joongki~ Kau tak payah nak mengada ngada kat sini! ".

          Cikgu joongki menepuk-nepuk tangan cikgu Daesung yang memulas telinganya " Ah!! Appo!! Weih! Cacat telinga aku! Tak payah lah tarik kuat-kuat! Aku gurau jer la! ".

          Cikgu Yunho mengeleng memandang gelagat rakan-rakan sekerjanya " Maafkan cikgu Joongki ya Ahra?? Dia tu memang suka menyakat orang. Terutamanya pelajar perempuan. Sebenarnya dia amat serius orangnya ketika bekerja ".

          Ahra mengangguk " Saya tahu cikgu Joongki hanya bergurau cikgu. Mesti seronok jika berada di dalam kelasnya kan?? ".

           Myungsoo dan Woohyun yang melihat dari belakang nyaris-nyaris sahaja ingin menghalang cikgu Joongki! Mereka mula risau selepas cikgu Joongki berjumpa dengan Ahra! Mereka tahu yang cikgu Joongki amat sukakan perempuan! Cikgu Daesung terus mencelah selepas cikgu Yunho habis berbual dengan Ahra! " Cikgu ada dengar macamana kamu boleh berkawan dengan Yeongja. Rasanya mesti menarik kalau kamu masuk kelab Judo kami kerana awak telah menumpaskan salah seorang pemain terhebat saya ".

           Ahra menunduk hormat kepada cikgu Daesung " Terima kasih di atas tawaran tu cikgu Daesung. Tapi saya rasa, Saya akan masuk kelab seni. Kerana saya ingin mengasah bakat saya. Lagipun saya dah pun masuk ke dalam kelab judo ketika berada di California dulu. Saya ingat, Saya ingin mencuba sesuatu yang baru ".

           Cikgu Daesung mengangguk " Tak mengapalah. Saya tidak paksa awak untuk masuk ke kelab Judo. Tetapi jika awak berubah fikiran datang lah ke kelab Judo ya? Kami sentiasa mengalu-alukan pelajar yang berkemahiran tinggi ".

           Ahra mengangguk sambil tersenyum " Ya. Baiklah cikgu Daesung ".

          Tiba-tiba Cikgu Park berhenti lalu menunjukkan Ahra lokarnya " Ahra. Ini dia lokar awak. Lokar awak diantara lokar Sungjoong dan Hoya. Awak boleh masukkan buku-buku awak ke dalam lokar awak mulai hari ni. Saya minta maaf kerana lambat tunjukkan di mana lokar awak ".

           Ahra mengeleng " Tak apa cikgu! Saya tak kisah! Saya tahu cikgu sibuk. Lagipun saya tidak ingin memaksa ".

           Cikgu Park tersenyum kemudian mengusap kepala Ahra " Terima kasih ya? Kamu memang baik hati. Kalau macam tu cikgu pergi dulu lah ya? Cikgu ada kelas pagi ni. Kamu semua pun cepat masuk ke dalam kelas ".

           Mereka semua mengangguk patuh kemudian menunduk hormat sebelum berlalu masuk ke dalam kelas. Cikgu Minwoo tersenyum memandang ke arah cikgu Park " Bertuah betul sebab kau dapat anak murid macam Ahra. Kata cikgu Soojin, Dia berbakat dari pelbagai bidang dari kecil. Kecuali Matematik ". Kemudian Cikgu Minwoo mengalihkan pandangannya ke arah cikgu Yunho sambil tersenyum " Nampaknya kau kena berusaha keras kali ni Yunho~ ".

           Cikgu Yunho tersenyum memeluk tubuhnya sambil memandang Ahra dari belakang " Aku tak kisah. Lagipun mengajar pelajar secantik Ahra pasti menyeronokkan. Aku harap, Kau tak cemburu~ Lebih-lebih lagi kau! Joongki! ". Perli cikgu Yunho sambil memandangnya!

           Cikgu Joongki menjelirkan lidahnya kepada cikgu Yunho " Eh! Aku sikit pon tak cemburu eh! Kalau setakat perempuan! Petik jari je aku boleh dapat tau! Lagipun aku rasa tercabar jugak sebenarnya! Ahra sikit pon tak menunjukkan minat kat aku! Padahal aku yang paling hensem kat dalam sekolah ni! ".

           Habis semua rakan sekerja cikgu Joongki memandang ke arahnya! Pantang sungguh mereka mendengar perkataan ' Lebih Kacak '! Kata-kata cikgu Joongki membingitkan telinga ahli Teachers Over Flower! 

           Sekali lagi cikgu Daesung laju mencapai telinga rakannya itu " Ulang balik! ".

           Cikgu Joongki mengaduh kesakitan " Adoii!! Boleh tak tolong jangan main telinga!! Aku gura jer la!!! ".

           Cikgu Minwoo dan Jungmin ketawa melihat gelagat mereka. Akhirnya mereka berlima bersurai kerana ada kelas yang perlu mereka ajar pada pagi itu.

Di dalam kelas 4 Ace pula seperti biasa, Gamat seperti pasar ikan. Ada yang bergossip, Ada yang bergurau dan ada yang bercerita. Ahra dan Myungsoo yang baru sahaja melabuhkan punggung mereka di atas kerusi membuat kerja sendiri. Ahra dapat rasa sedikit janggal ketika bersama Myungsoo. Dia ingin sekali berbual dengan Myungsoo. Tapi sayang sekali. Dengan sifat Myungsoo yang suka mendiamkan diri, Membuatkan Ahra pening untuk memulakan perbicaraan! Ahra mencuri-curi memandang Myungsoo malu. Myungsoo yang di sebelahnya pula mula membuka buku latihan matematik pagi tadi yang tak sempat disiapkannya kerana ' Pelbagai Gangguan ' menganggunya. Akhirnya Ahra putus asa dan memunsingkan badannya sedikit untuk mencapai buku lakaran yang berada di dalam begnya. Dia bercadang untuk mencuba teknik yang diajar ibunya semalam sementara menunggu cikgu masuk mengajar. Di saat Ahra ingin mula melukis, Tiba-tiba Myungsoo menegurnya sambil menyelesaikan masalah matematik di dalam bukunya.

             " Awak jangan dekat-dekat sangat dangan cikgu Joongki tu. Dia tu suka menyakat pelajar perempuan. Dalam erti yang lain. Dia tu gatal. Playboy pulak tu ". Kata Myungsoo sedikit pon tidak mengalihkan pandangannya daripada buku yang berada dihadapan matanya.

             Ahra tersenyum. Tak sangka pula yang Myungsoo mengambil berat tentang dirinya. Ahra mengangguk perlahan " Baikah~ ". Ahra terus melakar pada bukunya sambil tersenyum. Dia betul-betul seronok pada waktu itu. Seronok yang tidak terkata.

             Woohyun memandang Ahra yang tersenyum kegembiraan dengan penuh sayu. Ahra tersenyum walaupun Myungsoo tidak mengendahkannya. Pada waktu itu, Barulah dia sedar yang Ahra merupakan seorang gadis yang tabah. Woohyun tertanya-tanya. Adakah pelajar-pelajar di California melayan Ahra begitu? Ataupun lebih teruk? Kebanyakkan gadis yang mendekati Myungsoo tidak tahan dengan perangainya kerana Myungsoo jenis yang tidak ambil peduli masalah orang lain dan juga dingin. Ini kali pertama Woohyun melihat Myungsoo begitu ambil berat tentang seseorang. Terutamanya pada seorang gadis.

 

          

           

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Kaira97
Chap 32 is here baby~ Do you guys think this will be the end? Just keep reading and please subscribe and leave your comment jsy~

Comments

You must be logged in to comment
princea2899 #1
Chapter 33: Author nim. .. jebal palli update. .. I can't wait. .. what will happend to Ahra? ?? Did Ahra accept Myungsoo? ?? ♡♥♡♥
Update soon. .. please update. .. ♡♥♡♥
scyaheeda
#2
Chapter 32: suspen betol citer ni.. author nim awk mmg hebat la blh buat citer yg mendebarkan..jjang~~
erasyazana_kookie
#3
Chapter 28: oh cara ni lmbt lg diorang nk couple,hhh ni suspen bru,relex2..tnggu update bru, :-D
Ai_ena
#4
Chapter 28: ooyeeahhh...xsbr nk tungu Ahra n L couple..mestii sweet bagaiiXD
jillin
#5
Alamak, asal bukak2 gmbr myungsoo xkluar eh,, myungsoo ni L ye...sbb dlm byk2 watak xde muke dia pon...
Kaira97
#6
Mianhae to my readers and subscribers cause making u guys waiting~ Maklumlah SPM xD but im back now~ :3 Beta akan sambung chap dengan pantas so please keep reading jusaeyeoo~ (Sorry utk ayat beta xD)
woohyun98
#7
Chapter 25: update soon :)
EXOXOXOSEHUNIE12 #8
Chapter 25: Update soon!
Your story was toooooooo much Daebak
Kaira97
#9
Hehe chosueomnidaa~ Maklumlah busy sikit~ Line pun prob~ Akan update dlm waktu yg terdekat~