A New Member

You Are My Miracle

Ahra mehempaskan badan ke atas katil. Badannya lesu-lesu mengenangkan apa yang terjadi hari itu. Tambah-tambah lagi selepas dia mengejar Hana. Ahra termenung seketika sambil memandang siling biliknya. Perasaannya bercampur baur. Patutkah dia bersedih kerana Areum menjatuhkan sebaldi air padanya? Ataupun patutkah dia gembira kerana Myungsoo telah menghantar dia balik? Ahra menutup mukanya dengan bantal. Hari dah semakin gelap. Ahra menghelakan nafasnya sebelum bangun menuju ke beranda bilik untuk melihat bintang-bintang yang bertaburan di langit. Angin sepoi sepoi bahasa menyelak rambut Ahra yang panjang. Di tangannya, Dia menggengam sapu tangan yang Myungsoo beri. Ahra terbayang-bayang akan wajahnya. Siapa sebenarnya Myungsoo?? Adakah dia seorang yang sombong?? Adakah dia seorang yang baik?? Pelbagai persoalan bermain di mindanya. Ada sesuatu tentang pemuda itu yang membuatkan Ahra tertarik. Yang pastinya, Myungsoo seorang yang penuh misteri. Tiada sesiapa yang dapat mengagak tentang dirinya. Ahra memandang sapu tangan yang dipegang lalu tersenyum.

        Walau macamana pun, Dia berterima kasih kepada Myungsoo kerana telah menenangkan dia tadi. Begitu juga dengan Woohyun dan lain-lain. " Aku patut basuh sapu tangan ni sebelum pulangkan pada Myungsoo... ". Itulah perkara yang bermain di fikiranya sebelum dia kembali masuk ke dalam biliknya.

        Sebaik sahaja Ahra menutup pintu berandanya, Tiba-tiba Sungjoong dan Dongwoo keluar dari beranda bilik mereka sambil memegang Walkie Talkie. Oleh kerana jarak rumah mereka yang agak jauh terpisah, Mereka berkomunikasi menggunakanya. Mereka berdua membuat pelbagai reaksi menggunakan tangan mereka kerana takut Ahra keluar dari biliknya!. Mereka tertinjau-tinjau memastikan ahli baru kumpulan Phoenix itu betul-betul sudah tidur! Tetapi mereka berdua tidak pasti kerana Ahra tidak memadam lampu bilik tidurnya. 

        Sungjoong memandang Dongwoo sambil menaikan jari telunjuknya menyuruh Dongwoo diam. Kemudian dia mengangkat Walkie Talkie dan berhubung dengan Dongwoo dengan keadaan berbisik " Aku rasa dia dah tidur lah! ".

        Dongwoo mengeleng dan mengangkat walkie talkie berhampiran mulutnya " Aku raasa belum lah sebab lampu bilik dia belum padam! ".

        Sungjoong membalas " Bagi tau jer la Woohyun! Nanti pandai-pandai lah dia ' handle '.

        Dongwoo mengangguk " Suke hati kau lah Sungjoong~ ".

        Sungjoong terus menekan satu butang pada Walkie Talkie nya lalu berhubung dengan Woohyun yang sedang memerhatikan mereka berdua daripada beranda rumahnya. Woohyun yang menerima isyarat mengangkat Walkie Talkie hampir dengan mulutnya kemudian berbicara. 

         " Hyung! Burung dah masuk dalam sangkar! Saya ulangi burung dah masuk dalam sangkar!! ".

         " Apa benda yang kau merepek ni  Lee Sungjoong?? "

         " Maksud saya, Ahra dah masuk bilik lah~ ! "

         " Kalau kau cakap macam tu daripada awal kan senang! Nak berburung-burung pulak dengan aku! ".

         " Yela-yela~ Orang nk buat macam dalam cerita James Bond tu~ "

         " Kau tak payah nak mengada ngada! Kau tunggu situ kejap. Suruh Dongwoo datang rumah kau. Hyung dengan yang lain-lain dah ready ni. Pintu gate rumah kau, Kau tak kunci kan?? ".

         " Ha'ah, Saya tak kunci! Hyung datang lah cepat! Lagi pun Omma ngan Appa takde kat rumah ni! ".

         " Hrmm. Araso. ".

         Woohyun mematikan Walkie Talkie nya lalu memandang ke arah Hoya, Sungyeol,Sunggyu dan Myungsoo yang duduk di atas katilnya. " Korang, Semua dah ready! Dia dah tidur! Jom! ".

         Sunggyu memandang Woohyun serius " Woohyun, Perlu ke kita buat macam ni? Aku tahu lah benda ni sebahagian daripada ' Upacara ' untuk member baru, Tapi masalahnya, Si Ahra tu perempuan!  Masuk bilik dia malam-malam macam ni! Kalau kite tertangkap kat Appa dia macamana?? Habis lah kita! "

         Woohyun menggeleng " Jangan risau! Kita bukannya nak apa-apakan Ahra! Lagipun, Appa dia takde rumah malam ni kan?? Kan kita dah siasat, Yang ayah dia ada mesyuarat urgent kat Jeju-do! Lagipun ayah dia takkan balik untuk 3 hari  ?? Ini bukan kali pertama kita buat macam ni! Mase aku masuk bilik kau dulu, takde sape pon yang perasan! Dah-dah! Jom arh! ".

 Mereka semua terpaksa akur dengan kehendak ketua mereka itu. Mereka berlima keluar perlahan-lahan dari bilik Woohyun lalu berjalan menuju ke rumah Sungjoong. Pada malam itu, Mereka bertujuh bersetuju untuk menyambut kedatangan ahli Phoenix yang baru dengan cara masuk ke dalam bilik Ahra tanpa disedari Omma dan adiknya, Hana. Mereka merancang untuk menyoal selidik Ahra untuk mengenali Ahra dengan lebih mendalam. Sebaik sahaja, Mereka bertujuh sudah berkumpul di depan beranda bilik Sungjoong, Mereka terus berjalan di atas bumbung dengan berhati-hati, Untuk sampai ke beranda bilik Ahra. Tetapi mereka bertujuh mengalami sedikit kesulitan! Dan Sungjoong hampir-hampir jatuh! Pada ketika itu, Woohyun yang telah menyeberang dahulu, Telah sampai ke beranda Ahra dan dia menghulurkan tangannya ingin menolong Sungjoong.

               " Cepat lah Sungjoong! Hulurkan tangan kau! ". Arah Woohyun yang berbisik kerana takut Ahra terjaga.

           Sungjoong yang yang takutkan ketinggian, Mengigil-gigil sambil memandang ke bawah! " Tingginya!! Kalau jatuh ni, Mau 3 bulan kat hospital!! ".

            Woohyun yang marah melihat Sungjoong yang teragak-agak, Terus menarik lengan Sungjoong! Sungjoong menjerit ketakutan! " YAA!!! ANDWAE!! ANDWAE!! "

            Ahli-ahli Phoenix yang lain mula panik! Jeritan Sungjoong agak kuat! Mereka takut jika Ahra terjaga akibat daripada jeritan Sungjoong yang nyaring! Sebaik sahaja Sungjoong sampai di beranda Ahra, Woohyun terus menekup mulutnya lalu menyorok di sebalik dinding! Woohyun takut jika Ahra nampak bayangannya! Yang lain-lain yang berada di beranda rumah Sungjoong terus berlari sambil tolak-tolak masuk ke dalam bilik Sungjoong kemudian terus mematikan lampu! Sunggyu dan Dongwoo pula sedang ketawa sambil menonggeng di atas katil Sungjoong! 

            " Bodoh betul lah budak tu! "

            " Kau nampak tak cara dia menjerit tadi??! Sebijik cam pondan! Hahaha~ ! ".

            Myungsoo, Hoya dan Sungyeol pula ketawa sambil menutup mulut mereka! Kadang-kadang Sungjoong tak ubah seperti perempuan yang menyamar seperti lelaki! Dah lah mukanya putih dari yang lain-lain. Ditambah pula dengan alat-alat penjagaan kulit yang ada di dalam begnya! Rasa-rasanya kalau di pakaikan rambut palsu mesti cun!

            Woohyun yang ingin memastikan Ahra betul-betul sudah tidur, Terus membuka pintu beranda Ahra dan meninjau sedikit. Gadis itu masih lagi tidur malah posisinya sedikit berubah! Kalau lah Ahra terjaga tadi, Habislah mereka bertujuh dipukul oleh Ahra! Kalau gadis sebesar Yeongja pun dapat ditumbangkan, Apatah lagi mereka bertujuh yang berbadan kecil! Woohyun menghelakan nafas lega. Dia terus mengalihkan pandanganya ke arah Sungjoong. Kali ini dia betul-betul marah! Sungjoong pula hanya tersengih meminta simpati!

            " Kau jerit sekali lagi, Aku masukan lipas dalam baju kau! ".

            " Hehehe~ Mianhae hyung~ ".

            Woohyun terus memanggil rakan-rakannya yang lain keluar dari dalam bilik Sungjoong " Korang! Keluar cepat! Dia tidur lagi! ".

            Myungsoo dan yang lain-lain keluar perlahan-lahan. Myungsoo terus berjalan meniti bumbung yang agak curam. Dia mengangkat kedua-dua belah tangannya mengimbangkan badan. Ketika dia ingin melompat masuk ke dalam beranda Ahra, Dia terdengar sesuatu terkoyak! Kuat sungguh bunyinya! Tapi bunyinya tak cukup kuat untuk membuat kan Ahra terjaga! Ahli-ahli yang berada di belakangnya terus menekup mulut masing-masing menahan ketawa! Mereka tahu yang seluar Myungsoo telah koyak!

            Dongwoo berbisik perlahan ke telinga Sunggyu " Sorang lagi buat lawak bodoh~ ! ".

            Myungsoo terus memusingkan kepalanya lalu memandang Dongwoo! Dongwoo memang minta dirinya dipukul! Dia tak habis-habis mencari pasal dengan Myungsoo sejak semalam lagi! Myungsoo menahan kemarahannya dan memberi yang tajam kepada Dongwoo! Dongwoo terus mengalihkan pandangannya! Dia tidak ingin mata mereka bertembung! Dia tahu apa akibatnya kalau Myungsoo naik marah! Dia memang menyesal kerana berkata begitu! Myungsoo terus melompat masuk ke dalam beranda Ahra. Dia tidak ingin membuat bising kerana takut Ahra akan terjaga. Tetapi dia pasti akan membalas apa yang Dongwoo telah katakan padanya di sekolah! " Siaplah kau esok Dongwoo! Jaga kau! Aku akan pastikan telinga kau lebih panjang daripada sami yang ada kat kuil! ".

 Akhirnya, Mereka semua berjaya menyeberang. Woohyun terus membuka pintu beranda Ahra dengan perlahan. Dia melangkah masuk dengan berhati-hati manakala ahli-ahli yang lain mengekori dia dari belakang. Oleh kerana bilik Ahra besar, Mereka bertujuh terus berpecah pergi melihat sekeliling. Bilik Ahra betul-betul besar membuatkan Sungjoong cemburu! Bilik Ahra besar sedikit dari biliknya. Di dalam Ahra ada Piano yang berwarna putih bersih. Di dinding pula tergantung lukisan-lukisan Ahra, Gambar-gambarnya serta Violin putih yang diletakkan di dalam bekas kaca khas. Ahli-ahli Phoenix dapat mengagak yang violin itu amat mahal harganya dan pasti menyimpan banyak kenangan.

           Selepas puas menjelajah bilik Ahra, Mereka bertujuh bergerak menuju ke arah Ahra yang sedang nyenyak tidur. Nasib baik Ahra tidak memakai pakaian yang menjolok mata pada malam itu! Sebaliknya dia memakai baju pijama yang dilengkapi hoodie bertelinga arnab! Myungsoo tersenyum memandang Ahra. Ahra kelihatan lebih comel apabila matanya tertutup. Woohyun melutut di tepi katil lalu menenung wajah Ahra. Wajahnya berubah merah apabila dia melihat bibir Ahra yang berwarna merah jambu lembut!

           Secara tiba-tiba lamunannya terhenti apabila Hoya menepuk belakangnya! " Apa yang kau tunggu lagi tu?? Kejut lah Ahra ".

              Woohyun menggangguk. Woohyun terus memegang bahu Ahra lembut. Lalu menggoncang badannya perlahan. " Ahra? Ahra? Bangun ".

           Pada waktu itu, Ahra yang sedang bermimpi tentang Myungsoo menjadi putera terus mengigau sambil memegang erat tangan Woohyun! " Ya! Saya terima lamaran awak putera kacakku! ".

          Apa lagi!!! Wajah Woohyun terus berubah kemerahan dengan cepat!!! Tangan Ahra sungguh lembut!!! Woohyun terus menjadi malu dengan serta merta!!!

          Ahli-ahli Phoenix yang lain terperanjat melihat perkara yang sedang berlaku di hadapan mata mereka pada ketika itu!! Sunggyu pula terus menutup mata Sungjoong! " Budak-budak tak elok tengok benda-benda macam ni~ ! ".

          Sungjoong ketawa malu " Hyung! Jangan lah tutup! Saya nak tengok lah! ".

           Walaupun Woohyun malu, Dia terus sahaja mengejutkan Ahra. Dengan beberapa goncongan yang kuat dari Woohyun, Ahra terjaga! Pada mulanya, Ahra ingat yang dia sedang bermimpi kerana dia nampak Kumpulan Phoenix sedang berada di dalam biliknya! Pada larut malam! Dia terus bangun dan duduk dalam keadaan tenang menghadap mereka bertujuh. Ahra menggosok matanya sambil memegang tangan Woohyun. Ahra berasa pelik! Dia telah menggosok matanya beberapa kali tetapi kenapa bayangan mereka bertujuh masih belum hilang??

           Bahkan Hoya sedang berkata-kata kepadanya! " Ahra, Awak dah bangun??

           Ahra merenung Hoya dengan mata yang kuyu " Kenapa mimpi boleh bercakap?? Kan aku dah bangun ni?? " 

           Myungsoo ketawa " Awak bukan mimpi lah! Kami betul-betul ada di dalam bilik awak ".

           Ahra tersenyum " Awak semua?? Dalam bilik saya?? Pada waktu malam macam ni?? Mustahil lah~ ".

           Myungsoo terus mencubit pipi Ahra kuat " Adoi! Adoi! Sakit lah! ".

           Ahra terus terperanjat! " Kenapa aku boleh rasa sakit dalam mimpi?? ". Ahra terus memandang Woohyun yang sedang menahan malu kerana dia memegang tangannya! Muka Ahra pula yang berubah merah! Dia telah sedar sepenuh nya dari tidur! Dia terus melepaskan tangan Woohyun dalam keadaan panik! Dia berundur ke penjuru katil dan ingin menjerit! Ahli-ahli Phoenix yang lain mula risau!

           Sebaik sahaja Ahra ingin membuka mulutnya, Myungsoo terus menerkam Ahra lalu menekup mulutnya menyebabkan mereka berdua sekali lagi terjatuh dan bertentang mata! Jantung Ahra berdegup laju! Dia boleh bau wangian yang Myungsoo pakai! Ahra ingin meronta tetapi lengannya ditekan ke lantai oleh Myungsoo membuatkan dia tak boleh bergerak!

           Myungsoo terus menenangkan Ahra " Baiklah, Pertama sekali, Jangan menjerit. Kedua, Bertenang. Kerana kami datang ke sini bukannya nak mencederakan awak. Dan ketiga, Jangan bagi tahu sesiapa pasal hal ni. Kalau tidak, Saya akan buat lagi teruk dari ni ".

          Ahra mengangguk laju! Myungsoo terus mengalihkan badan dan tangannya. Ahra terus berdiri lalu memandang  mereka bertujuh dengan serius! Ahra marah sambil bercekak pinggang " Ok! Baik awak semua jelaskan apa yang tengah berlaku sekarang ni??! Kenapa awak bertujuh ada dalam bilik saya?? Macam mana awak semua masuk?? ".

          Sungyeol terus menjelaskan apa yang terjadi " Sebenarnya macam ni Ahra. Setiap kali ada ahli baru masuk ke dalam kumpulan Phoenix, Kami akan buat ' Upacara ' untuk mengenali ahli baru dengan lebih mendalam. Kami akan menyelinap masuk ke dalam bilik ahli baru dan mulakan sesi perkenalan. Kami nak awak bagitahu apa yang awak suka, Apa yang awak tak suka. Jadi kita berlapan akan jadi lebih rapat. Dan satu lagi, kami masuk melalui beranda awak ".

          Ahra membantah " Tetapi masalahnya, Awak semua boleh buat pada waktu siang kan?? Kenapa nak buat pada waktu malam??  Perempuan yang macam saya ni mestilah marah kalau ada sekumpulan lelaki menyelinap masuk ke dalam bilik pada waktu malam! ".

          Woohyun yang tertunduk malu tadi terus bersuara " Kami memang buat pada waktu malam kerana tak nak orang lain ganggu. Kami juga perlu dengar betul-betul apa yang awak suka dan tak suka supaya tak ada kesilapan yang berlaku. Lagipun waktu malam yang paling bagus kerana sunyi. Alah, Lama-lama nanti awak biasa lah dengan kami ".

          Ahra menghelakan nafasnya. " Baiklah-baiklah. Memandangkan esok sekolah, Saya akan ikut saja kehendak awak semua. Saya taknak bangun lambat esok. Jadi tanya apa yang awak semua nak tanya sekarang. Kalau saya berbalah dengan awak semua sampai esok pon saya tak boleh tidur! ".

          Sungjoong tersenyum " Ha~ Macam tulah Cik Ahra~ ! Bagi kerjasama~ Sekarang mari kita semua duduk di atas lantai dan bentuk satu bulatan. Sunggyu Hyung!, Tolong padamkan lampu. Saya akan pasang lilin di tengah-tengah bulatan kita ".

           Sebaik sahaja Sunggyu ingin memetik suis lampu, Dia dihalang oleh Ahra " Jangan!! Saya tak suka gelap. Biarkan lampu tu terbuka. Lagipun nanti Omma saya perasan. Saya memang tidur tak tutup lampu dari kecil ".

           Sunggyu yang tak mengesyak apa-apa mengangguk lalu duduk bersama mereka membentuk bulatan di atas lantai.  Semua telah duduk kecuali Myungsoo. Sungyeol memandang Myungsoo lalu bertanya " Neon Waegeurae?? Ppali Anjeoo~ (Kau kenapa?? Cepatlah duduk~) ".

           Myungsoo tidak memandang Sungyeol sebaliknya memandang Ahra! " Ermm... Awak... Ada seluar tak?? Seluar yang besar~ ".

           Ahli-ahli Phoenix yang lain terus ketawa sambil menekup mulut apabila mereka teringat kejadian yang membuat seluar Myungsoo koyak! Ahra memandang mereka bertujuh pelik! Apa yang dah berlaku sebenarnya?? Ahra mengelengkan kepalanya lalu bangun membuka almarinya. Dia mencari seluar yang paling besar yang dia ada dan hulurkannya kepada Myungsoo.

           Myungsoo yang sedang menunggu sambil berpeluk tubuh memandang seluar yang dihulur Ahra. Seluar yang Ahra beri berwarna Merah jambu terang dan bercorakan arnab putih membuatkan Myungsoo memandang Ahra sambil meyepetkan matanya " Awak serius ke nak saya pakai yang ni?? "

           Wajah Ahra berubah kemerah-merahan " Ta...tapi saya tak da yang lain~ Semua nya kecil-kecil. Ini je yang besar. Kalau awak tak nak saya boleh ....! "

           Myungsoo merengus " Apa apa jelah! Bagi saya seluar tu! Kat mane saya boleh tukar seluar?? ".

           Ahra menundingkan jari nya ke arah tandasnya " Di situ ".

Myungsoo berlalu sambil membawa seluar yang Ahra beri dengan tangan belah kanannya. Pada waktu itu, satu-satunya perkara yang Myungsoo fikir ialah rasa bersalah pada Ahra. Dia tahu yang dia tak patut bersikap begitu kasar pada Ahra. Bukannya gadis itu telah buat salah kepadanya. Cuma dia takut rakan-rakan baik yang berenam itu perasan akan perubahan yang berlaku pada dirinya. Sejak Ahra hadir, Dia berasa lebih tenang dan mudah tersenyum. Myungsoo yakin, Jika dia tak berlakuan seperti biasa, Rakan-rakannya akan perasan tentang perubahan sikapnya.

            Selepas Myungsoo selesai memakainya, Dia keluar dalam keadaan gementar! Semua orang yang berada di dalam bilik itu menekup mulut masing-masing tidak ingin keluarkan bunyi! Merek cuba menahan ketawa mereka tetapi tak boleh kerana Myungsoo nampak betul-betul kelakar! Sebaik sahaja Myungsoo membalas pandangan mereka, Mereka semua berhenti gelak lalu menurunkan tangan yang menekup mulut masing-masing. Habislah kalau Myungsoo mengamuk di situ juga!

            Sunggyu pon mula mengalihkan topik walaupun suaranya tersekat-sekat menahan gelak " Ba...Baik Baiklah! Ka... Kat mana....Ki kita tadi?? Si...silakan ahli-ahli yang ingin menanyakan soalan kepada ahli baru kita, Cik Kim Ah Ra ".

             Myungsoo berjalan perlahan kemudian duduk di atas lantai berhadapan dengan Ahra. Maka terbentuk lah satu bulatan yang dibuat mereka berlapan buat. Sebelum ahli-ahli lain mula bertanya tentang Ahra, Myungsoo memberi amaran terakhir " Siapa gelak, Aku botakkan kepala dia! ". Ahli-ahli yang lain terus terdiam. Mereka tahu jika Myungsoo sudah mula memberi amaran, Mereka tidak boleh main-main! Jika tidak pasti ada yang botak sebaik sahaja keluar daripada bilik Ahra nanti!

             Woohyun terus mulakan ' Upacara ' " Baiklah. Selaku ketua kumpulan Phoenix, Saya istiharkan upacara ini bermula! Cik Kim Ahra harus menjawab semua soalan. Walaupun soalan itu mengarut ". Ahra mengangguk perlahan menandakan dia setuju. Mereka semua mula bertanyakan soalan kepada Ahra, Bermula daripada Woohyun, Myungsoo, Hoya, Sungjoong, Sungyeol, Sunggyu dan akhir sekali Dongwoo. Mereka terus sahaja menanyakan soalan mengikut giliran.

             Woohyun pun mula dengan soalan pertama " Awak ada benda yang awak benci atau benda yang awak tak suka? Contohnya seperti lelaki yang menghisap rokok ataupun apa-apa aja? ".

             " Ya Sudah tentu. Saya memang benci kepada serangga terutama sekali yang ada banyak kaki seperti labah-labah, lipas, lipan, ulat gonggot. Saya juga benci ulat bulu! Saya benci benda-benda yang lembik seperti ulat bulu dan ulat sutera! Tapi saya takkan sesekali mencederakan mereka! "

            " Macamana pula dengan jenis lelaki yang awak suka?? "

            " Saya suka lelaki yang memahami saya. Saya suka lelaki yang sentiasa ada apabila saya perlukan dia. Tak kira lah pada waktu gembira dan sedih. Dia juga mesti tahu macamana cara nak menggembirakan hati saya. Saya akan lebih suka pada dia jika dia pandai buat kelakar dan sentiasa comel dan ceria ".

            " Kalau lelaki yang awak tak suka pula macamana Ahra?? ".

            " Saya paling benci lelaki yang ada tatoo di badannya. Saya juga tak boleh terima jika dia seorang perokok. Saya tak suka kalau dia seorang yang suka menyiksa binatang dan dia juga mestilah hormat orang-orang tua dan sukakan kanak-kanak ".

            " Awak pilih laut atau kawasan pergunungan sebagai tempat percutian awak Ahra?? ".

            " Saya sukakan kedua-duanya tapi, Saya lebih sukakan laut ".

            " Bunga apa yang awak paling suka Ahra?? "

            " Saya suka sangat bunga Baby breath! Mereka sangat cantik! ".

            " Awak ada alahan tak Ahra? "

            " Ya. Saya alah pada binatang yang bulu nya gugur. Jika saya mendekati mereka, Saya akan terpesin tak henti-henti dan wajah saya berubah kemerah-merahan kerana gatal ".

            " Awak lebih suka emas atau perak? "

            " Saya lebih sukakan perak ".

            " Pada waktu lapang apa yang awak suka lakukan? "

            " Saya akan melukis. Kadang kala saya akan main violin dan piano ".

            Tiba-tiba Woohyun menanyakan soalan yang memberanjatkan " Siapa diantara kami yang awak dapati paling menarik Ahra?? ".

           Ahra tersentak kemudian mencuri pandang kepada Myungsoo. Hatinya berdegup kencang! Mukanya pula mula berubah kemerah-merahan! Patutkah dia bagitahu perkara yang sebenar?? Myungsoo pula mula memeluk tubuhnya dan memandang ke arah lain seolah-olah dia menyuruh Ahra memilih dirinya! " Ermm...Saya....Tak tahu....Mungkin....Awak Woohyun ~ "

           Myungsoo yang mendengarnya agak kecewa! Begitu juga dengan ahli-ahli yang lain. Woohyun pula tersenyum malu mendengar jawapan Ahra! Myungsoo merengus di dalam hatinya " Aisshh!!! Tak guna betul la! Apalah yang awak nampak dekat Woohyun tu!! Saya ni kan ada?! ". Ahli-ahli Phoenix yang lain juga memikirkan benda yang sama!

           " Kalau macamtu, Awak rasa, Awak paling sesuai dengan siapa diantara kami Ahra? ".

           " Saya rasa Dongwoo sebab dia sangat ceria dan kelakar orangnya ".

           Dongwoo yang tersenyum lebar menumbuk bahu Sungjoong bergurau " Aku dah agak dah~ ! Mesti aku~ Arhhh~ Sukanya~ !! ". Dongwoo yang sedang berada di awang-awangan mula berguling-guling di atas lantai mengelilingi mereka bertujuh " Yeay, Yeay~ Ahra suka aku~ Ahra suka aku~ Korang kalah! Hahahaha ~ ! ". Myungsoo terus memandang Dongwoo dengan pandangan yang tajam menyuruh dia duduk! Dongwoo yang faham akan maksud pandangan itu terus duduk semula di tempatnya sambil mendiamkan diri.

           Ahra mengelengkan kepalanya memandang keletah Dongwoo " Dah~ dah~ ! Cepat! Awak semua ada soalan lagi tak ni?? Saya dah mula ngantuk ni~ ".

           Kumpulan Phoenix mula mengajukan soalan yang banyak untuk Ahra jawab! Masa berjalan dengan pantas, Akhirnya dengan 200 soalan, Tepat jam 3 pagi mereka semua selesai menjalankan upacara mengenali ahli terbaru mereka. Dongwoo dan lain-lain menguap sambil berjalan ke arah beranda Ahra. Seorang demi seorang keluar ikut beranda Ahra lalu meniti bumbung dengan berhati-hati ke beranda Sungjoong. Ahra tersenyum melihat mereka bertujuh balik.

          Sebaik sahaja Ahra ingin masuk ke dalam bilik, Myungsoo memanggilnya membuatkan Ahra menoleh ke beranda Sungjoong " Ahra! Seluar awak ni... saya pulangkan esok ya? Terima kasih kerana bagi saya pinjam... ".

          Muka Ahra berubah kemerah-merahan! Sekali lagi Myungsoo yang dingin melemparkan senyuman yang paling hangat pernah dia rasai! Sungguh manis apabila Myungsoo tersenyum!

          Ahra tergagap-gagap membalas soalan Myungsoo " Ya...Yalah! Sa...Saya tak kisah pon! Pulangkan lah bila-bila masa jer yang awk nak! ". Ahra memandang kakinya malu! 
          Myungsoo terus sahaja berkata-kata " Oh ya! Ahra, Saya harap putera kacak awak tu... Bukannya saya~ Lain kali tidur jangan sampai mengigau ya?". Myungsoo terus mengelipkan matanya lalu berlalu masuk ke dalam bilik Sungjoong meninggalkan Ahra yang berdiri kaku selepas melihat kelipan matanya! Jantung Ahra berdegup kencang! Myungsoo selalu berubah-ubah! Ahra terus berlari masuk ke dalam biliknya sambil menepuk-nepuk pipinya tidak mahu sesiapa meihat pipi yang merah itu! 

 

                   

   

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Kaira97
Chap 32 is here baby~ Do you guys think this will be the end? Just keep reading and please subscribe and leave your comment jsy~

Comments

You must be logged in to comment
princea2899 #1
Chapter 33: Author nim. .. jebal palli update. .. I can't wait. .. what will happend to Ahra? ?? Did Ahra accept Myungsoo? ?? ♡♥♡♥
Update soon. .. please update. .. ♡♥♡♥
scyaheeda
#2
Chapter 32: suspen betol citer ni.. author nim awk mmg hebat la blh buat citer yg mendebarkan..jjang~~
erasyazana_kookie
#3
Chapter 28: oh cara ni lmbt lg diorang nk couple,hhh ni suspen bru,relex2..tnggu update bru, :-D
Ai_ena
#4
Chapter 28: ooyeeahhh...xsbr nk tungu Ahra n L couple..mestii sweet bagaiiXD
jillin
#5
Alamak, asal bukak2 gmbr myungsoo xkluar eh,, myungsoo ni L ye...sbb dlm byk2 watak xde muke dia pon...
Kaira97
#6
Mianhae to my readers and subscribers cause making u guys waiting~ Maklumlah SPM xD but im back now~ :3 Beta akan sambung chap dengan pantas so please keep reading jusaeyeoo~ (Sorry utk ayat beta xD)
woohyun98
#7
Chapter 25: update soon :)
EXOXOXOSEHUNIE12 #8
Chapter 25: Update soon!
Your story was toooooooo much Daebak
Kaira97
#9
Hehe chosueomnidaa~ Maklumlah busy sikit~ Line pun prob~ Akan update dlm waktu yg terdekat~